Doing AAE – Montage Designer Malaysia

Sunday, June 27th, 2010 4 komen! + 264 views


Warghhhhh!!!, another 7 scene to go! Penat weh…  Malam nih musti mau siap. :D


Click utk besarkan

Start scene complete. Detail scene not yet. Sound not yet. Voice over? Reconsider as an option. Suara aku? :D

Update : 4.10 siap semua scene dan + edit movement sket2. Nak main camera tak sempat ah nih gayanya, berat pun dah besar giler. test render nak check semua.. total2 6GB!


Click utk besarkan

Tak bleh nak speed dah…

MiniNiaga Prelaunch Video

Saturday, June 26th, 2010 1 orang berani komen + 212 views

Actually no secret, it’s from premium paid template, but i do need to customize, edit the sound etc etc and surely has to render it. My PC just not though enough to do the works. :D

Watch here : http://prelaunch.mininiaga.com/

Enjoy!

Now back to works mystic! The next launch video (no template) hahaha. Damn stress.. Will blog better after this.

Meanwhile kindly you all can visit my new latest project. Autorotik.com – Keghairahan Dunia Automotif! .

Lumba di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak

Saturday, May 8th, 2010 15 komen! + 667 views

Oklah! aku ceritalah ape yang aku bagitau kat pos sebelum nih. 1 benda yang aku rasa ramai orang sekadar cakap tapi tak pernah buat. Bawak kereta hebat, cakap macam pernah masuk litar tapi tak pernah. Jadi aku tak mahu cakap saja. Jadi aku masuk litar!

Dalam hidup, aku mahu mencuba pelbagai bende sekurang-kurangnya sesekali (atau beberapa kali). Dan aku telah pun berjaya lumba di track buat pertama kalinya dalam hidup aku dengan kereta lama aku. Well, don’t ask me why aku tak ada kereta baru. Sebab aku tak mahu walaupun mampu berhutang bank dan bayar tiap2 bulan cam orang lain!. And.. everybody had their own reason for what they do. Lagipun sebab kereta lama camnih lah aku selamba kaw kaw lenjan. :D . Kalu kete baru sah2 rasa kesian nak lenjan, keh keh.

Oh. Oklah back to race.

Info Ringkas :
Killerbees Trackday 2010
Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, PErak
14hb Mac 2010 – 7am to 6pm

My Beloved Mazda 323 Familia GTX Sedan

Kete nih aku beli dalam keadaan dhaif, restoration masih lagi berlaku sampai skang. Latest dah siap ketuk body, pasang bumper dan spoiler. Nak hantar cat sket lagi. Coming soon nak dump under the hood with B8T / 1.8 turbo (kalau ada duit lebih lah sebab enjin nih mahal nak mampus lo nih) atau  option lebih murah 1.8 NA dari siri Mazda Lantis tapi rasanya lebih berat nak masuk KFZE 2.0 NA dari juga siri Mazda Lantis.

Litar Dato’ Sagor Perak adalah pilihan utama ‘low budget racer’ yang tak mampu bayar sewa mahal litar Sepang (khabarnya RM15K untuk 3 jam! ) Ye ah, litar power, mesti la kene jaga standard. So kalau dulu mungkin arwah litar Batu 3 Shah Alam pilihan ramai mat rempit kereta, skang dah takde tempat, tuh yang ramai rempit kereta atas jalan raya biasa je. haha!. No worry, aku nak lumbe, aku pegi litar.

Sikit shoot litar nih pernah aku post dah dulu, so letak balik je la.
Nk tgk gambar lebih besar sila ke gallery aku, klik gambar bawah nih.

Race nih dianjurkan oleh komuniti peminat kereta Mazda Ford & Mazda iaitu Killerbees , satu komuniti yang aku join kira2 setahun dulu. Boring duk forum sendiri, layan la forum lain jugak ye dak? Lagipun nih ‘the other side of me’ huhu.  Trackday nih berlansung sehari suntuk dengan kehadiran ahli serata pelusuk bumi Malaysia, dengan penyertaan lumba hampir 100 biji semuanya! Dan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut :  1.6 turbo, 1.8 turbo dan NA Open (1.6/1.8/2.0 Natural Aspiration – non turbo ).  Race juga 2 kategori, CCT (main lap) dan ST (Sprint Test).

Ermmm… aku nak wat ‘snippets’ je la :
- It was a very fun day to me.
- Very-very hot day, aku yang ‘tanned’ menjadi rentung.
› Baca sepenuhnya pos menarik ini!

Me at Sepang Formula One 2010 Raceday Grandstand

Wednesday, April 7th, 2010 6 komen! + 491 views

Nak beli sendiri ticket Diamond Grandstand(nama pun berlian) berharga RM2600? Pikir 10 kali pun konpom tak jadik bro. Pikir 20 kali laaagi la tak jadi. Tapi kalau ada tiket tuh di-offer pada maksima RM500, gua bayar, gua pegi beb!… Apatah lagi tiket free macam yang aku dapat nih. Konpom la pegi. :D   Ongkos2 sampingan lain tuh pedulikkan… Aku ingatkan tiket nih tak la mahal sangat, semak2 balik… rupanya nih lah tiket paling mahal pun kat sepang. :D Tapi kalau aku dah ada income ratus2 ribu sebulan, antara bende yang mungkin aku akan pegi selalu, mende nih la…

Sewaktu ramai2 orang gilakan bolasepak EPL tuh, aku langsung tak minat. Aku minat F1 nih dah bertahun2 dah. Dah lama dah. Tiap2 race live atau tak live aku tgk kat tv. Tapi kadang2 miss gak. Jenis2 yang bawak kete cam hantu nih selalunya mmg suka la lumba2 nih. Bak kata member aku ‘Midon’, ayat kitorang sama2… “Masa muda2 dulu tak merasa bebende camnih, dah kalau boleh, ape la salahnya”.  Bukan tua ya! Cuma dilahirkan lebih awal. Orang jiwa tua adalah orang yang lemah. Mudakan jiwa anda. Contohnya, masuk lumba kat litar, macam yang aku buat bulan lepas. Hahaha.. pedulikkan.. (eh.. aku tak post lagi bab tuh.. nanti aku post later2.


” Do Not Touch, Do Not Cross.  ”
But I Do Sit On It!!!! lol.
wtf wtf wtf….aku baca tuh time aku dah nak balik, tak nampak pun ada sebelah sini tulis warning tuh. heh.. lantak!

Nih booth kat luar tuh, lotus punya stock2 kete lumba lama dia. 
› Baca sepenuhnya pos menarik ini!

MARS – Designed by me

Sunday, April 4th, 2010 2 komen! + 412 views

Design terbaru. Kerjasama antara ILuvIslam dan Flarebiz Network . Aku kembali bersama team flarebiz selepas kerjasama terakhir beberapa tahun dulu dengan Majalah IM. Kejap betul masa berlalu. ;)

Mujurlah, dalam kesibukan kerja rutin harian, aku masih berjaya menyiapkannya sebelum lanching day. Cuma sejujurnya aku masih belum berpuas hati lagi dengan hasil kerja sendiri. Berharap isu akan datang saya mampu menghasilkan sesuatu yang lebih mengujakan.

Lawati : http://mars.iluvislam.com

Already Gone, Live! Kelly Clarkson yang GEMUK.

Monday, March 22nd, 2010 9 komen! + 681 views

Gambar diatas adalah benar, Kelly Clarkson adalah perempuan gemuk sekarang. Sekiranya dia adalah artis di Malaysia, nescaya dia susah nak dapat show. Dan kalau dia masuk AF, dia akan tersingkir awal2 macam Aizat. Itulah Malaysia.

Jika diperhatikan, Juara Program Realiti lazimnya hanya beberapa siri awal saja yang hebat, yang kemudian2 lazimnya Indah Khabar dari rupa. Kadang2 lelakinya dah tak macam lelaki, macam pompuan dan macam bapuk pun ada contohnya (ya! kao pun taooo sape!) . Bluerkkkk….

Nikmati kehebatan suara Kelly Clarkson live ini, tetap power! dan yes.. aku minat suaranya sejak dia slim lagi, dan aku rasa bila dia berisi nih dia masih nampak comel. Oh! Bukan semua gemuk adalah comel, banyak yang hodoh macam kamu kamu kamu dan kamu yang gemuk juga! Hahaha..

Already Gone : Kelly Clarkson Live!

Mantap, hebat, tarik power, tak gerak bibir pun vocal jelas.
“Benar, dia sudah pergi, aku pun dah pergi, semua pun dah blah! yang tinggal hanya memori. Terima itu!”.
Download MP3 dan liriknya?
› Baca sepenuhnya pos menarik ini!

Banyak gile kerja! Dan aku nak berenti keje.

Sunday, March 21st, 2010 Tiada yang berani komen lagi + 376 views

Dah lebih 5 tahun aku kat kompeni ini. Aku suka keje sini walaupun kadang2 aku tak suka. Bulan depan, dengan yakinnya aku nak berenti keje. Itu saja.

Adzakael dan Astina Turbonya

Thursday, February 25th, 2010 9 komen! + 590 views

Siapa adzakael? Wahahaha.. best tul letak tajuk nama member nih. :D


Oh.. ini bukan adzakael punya Astina. Adzakael punya warna hitam sebab adzakael fanatik kaler hitam hahaha. Tapi astina kunen atas ini adalah kereta yang bukan2 calang2 punyaan seorang kenalan juga. Champion car juga. Fikir 10 kali la kalau jumpe ini mahu ajak fight aaa..

Aku tak ingat, ape yang best sangat hari Khamis nih, sebab rasanya sama cam rutin harian lain kat opis. Ada sajelah kerjanya kan, cam korang gak.

Itu malam, aku balik lepak kampung Padang Jawa juga. Lepak2 makan, adzakael call aku, ajak makan. Masalahnya aku baru lepas makan. So aku suh la dia turun padang jawa untuk makan kedai2 kat sini. Lepak2 borak2.. pompang pompang dah kol berapa tah malam.

Kete dia dah masuk enjin yang sangat power, jeles gue. Tapi kelakarnya kete dia masih…
› Baca sepenuhnya pos menarik ini!

Meeting ISO Standard dan 2010 Performance Plan

Wednesday, February 24th, 2010 2 komen! + 381 views

Hari rabu… semalam masih ada cerita yang aku belum cerita lagi. :D Aku dah terlebih membebel jer pos sebelum nih.


Oh.. btw, my pergh.com dah masuk layout baru since last month rasanya. Layout lebih kurang yang nih gak, tweak sana sini jer. Save time…

Semalam pagi, ada meeting pagi, meeting pasal ISO standard, dan jugak meeting bersama sales department. Meeting nih lebih kepada orang-orang berkaitan pengurusan dalam department aku. Aku tak perlu masuk, tapi saja aku nak masuk, nak amik tahu dan aku percaya ada kaitan ngan kerja2 aku juga serba sedikit. Aku kene tahu workflow berkaitan.

Dan mungkin juga perlu tahu supaya tidak nampak poyo. Hehe.. Oh kamon, main stended mended nih, ko tak tau, silap2 kang ko kene. Baik ko amik tau kan. Meeting sampai kol baper tak ingat, tgh ari kot. Tak lama sangat. Petang semalam plak ada kene isi borang performance plan yang dah di isi dari pagi. Ada panjang lagi aku tulis kat forum pergh. Malas nak buh sini.

Tgh hari (Selasa) aku balik Padang Jawa jap, print dan cop 1 invois, pastuh pegi Pejabat Pos Sek. 16 Shah Alam guna express.. Ekspress la sangat, konon sampai esok. Tah ye ke tidak. Pos hantar ke agensi, kemudian diorang hantar ke MDEC. Ada la riban riban sikit. Harap2 bleh la tampung bayar server web-web aku nih. Ikutkan ada masanya perit nak membayarnya… Harap2 3 minggu lagi clear la check tuh.

Hari Rabu…
Aku sambung keje wat design 1 page utk dimasukkan dalam
› Baca sepenuhnya pos menarik ini!

Print Ads, Uprint, ILuvIslam, Sinar Harian. I’am DTP designer too!

Tuesday, February 23rd, 2010 2 komen! + 1,289 views

Lepas cuti panjang, rasa malas-malas tuh biasa la bagi tiap2 orang. Tapi kadang2, nak diistilahkan malas pun tak kena gak. Lebih tepat kalau kita katakan sebagai.. mencari tune mood. Tanpa mood yang baik, kerja mmg tak menjadi. Apatah lagi kalau korang keje bidang creative.


My ads design on Sinar harian paper. Tapi aku tak hingat nih date biler nyer. :D

Kelakar gak kadang2 dalam beberapa hal, orang mengganggap designer yang lepak termenung atau hisap rokok itu buang masa semata2 dan takde faedah. Terutama orang2 HR deparment dimana-mana syarikat pun… Kah kah.

Sebenarnya begini, sebagaimana sesetengah wanita OBSES pada shopping, begitu juga obses seorang lelaki menengok perempuan dari atas, tengah, tengah, kaki dan tutttt… (oh itu soal ghairah hehe). tapi kalau dalam kerja plak.. sebagaimana obses orang2 Human Resources mencari salah pekerja baik disiplin kedatangan masalah kecil2 remeh waimma tak bagi staff merokok, maka begitulah obses seorang designer dengan termenung dan … yang mana hisap rokok, mmg la.. hisap rokok sambil otak berputar2.

Faktor logik… ada ke logik? Nikotin merangsang minda. Khayal? tak de la.. tapi mungkin menjadikan otak separa sedar? unconcius mind? oklah.. 10% dari unconcius mind, membolehkan khayalan wujud ilham inspirasi. Bleh gitu?  Kalau ikutkan, jarang benar jumpe designer tak merokok, kalau ada pun, diorang tak lah sekreatif mana sangat. heh!. Designer pompuan lain citer… diorang spesis lain, tapi ada ramai gak designer pompuan merokok aku kenal. Ape2 pun rokok tetap tak baik untuk kesihatan OK.

OK, last week sebelum cuti tuh, aku citer wat printed ads design. nih sebahagian snap. Paiseh.. cam nampak besar lak teks dalam tuh . Lantak pegi la besar jadinya, lagi jelas nampak. Lagipun hilight utama aku adalah URL tuh, sebab core business adalah order dan bayar online (walaupun payment option lain ada gak). Aku pun jarang wat ads untuk paper sinar nih, tak berapa fasih lagik.  Oh.. atas tuh yang versi snap. Bawah nih gambar-gambar-gambar versi ori. :D   
› Baca sepenuhnya pos menarik ini!

Ambil sijil gantian SPM, PMR, STPM yang hilang

Monday, February 22nd, 2010 43 komen! + 2,813 views

Anda hilang sijil SPM? PMR? STPM? atau sijil ape2 pun? Jangan bimbang!, anda boleh dapatkan salinannya. Fuh! Ayat cam salesman. Hehehe.

Ok!.. Sambung cerita.  Begini ya. Aku sendiri dah hilang entah kemana sijil2 PMR dan SPM aku, maklumlah, hidup berpindah randah, bertukar tempat rumah dan sebagainya sebelum ini. Jadi aku sendiri pun tak pasti di mana hilangnya. Cuma aku ada rasa macam sijil aku harituh dicuri bersama folio gambar-gambar yang aku ada. Gambar2 tuh yang mahal, sebab pada aku ia merujuk pada kerja2 yang pernah aku buat. Ada dalam 2 file folder gambar tak kurang setiap 1 tuh dalam 30 mukasurat / 3 gambar 1 page. Ralat betul.

Hari Isnin, aku sebenarnya pergi mengambil salinan sijil adik aku Heri. Awal pagi sekitar jam 8, kami ke Putrajaya menuju Kementerian Pelajaran Malaysia. Dulu dia pergi buat naik komuter dari Padang Jawa, turun Serdang dan ambil teksi ke Putrajaya. Tah ler… dia cerita camtuh. Pastuh bile pergi ngan kete aku, dia bleh kata tak ingat tempat, haih… mmg lemah daya ingatan budak nih. Jadi selepas berpusing2 kira-kira 2-3 kali, baru la jumpe tempat tuh. Nak parking kete plak 1 hal. Aku rasa, nih satu kegagalan perancangan. Tempat parking macam takde kat putrajaya area Kompleks Kerajaan nih. Atau mungkin lebih tepat… tempat parking percuma yang takde kot?

Tapi aku tgk, semua kereta pun cam parking berterabur jer, aku pun join la, parking pacak mana2 bleh. Ada la 1 tempat jumpe selepas berpeluh2 mencari. Pastuh kene menapak sikit ke bangunan yang ada seperti rujukan di atas. :D . Block E11 Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk memudahkan korang yang cari susah jumpe gak,
› Baca sepenuhnya pos menarik ini!

Hari seterusnya…

Sunday, February 21st, 2010 4 komen! + 491 views

Semalam aku tak boleh merayau2 malam2. Lepas abis tahlil tuh, just lepak rumah jer, nak kuar minum cam biasa pun rasa xde mood. Selalunya aku lepak sampai kol 3 pagi kat sg. koyan atau aku merayau2 bandar Lipis malam2 tuh.

Nenek aku yg aku amik sebelum maghrib tadi join kat rumah aku. Dia pun tak jadi tido rumah aku,  sebab adik ipar aku ada bawak balik ekstra 2 beg anak ikan puyu dalam lori. Ada beberapa ratus ekor atau dekat seribu ekor dalam tuh rasanya, nenek aku suka tgk anak2 ikan nih kalu baru lepas. Sebab bagi makan pagi2, dia punya makan macam ape punya riuh. Bila nenek aku cerita bab2 camtuh, aku paham, aku nampak nenek aku sangat sangat happy. :) . Mungkin esok pagi dia nak bagi makan ikan2 tuh, sebab tuh dia malas nak lepak rumah aku. So dia ikut adik ipar aku balik ke rumah dia.


Didalam kanvas ini ada beratus2 anak puyu sebesar jari kelingking. Patut amik gambar nih waktu bagi makan, baru nampak meriah dia makan. Err.. ini gambar amik masa siang hari. Sesapa nak benih puyu pada harga terbaek bleh kontek aku. Aku kroni terbaek ngan adik ipar aku. hahahaha..  :D

Ahad…
Sebenarnya aku malas nak merayau2 sebab aku kene cukup rest. Aku kene berkejar balik Shah Alam seawal jam 6 pagi. Sebab bas ke Arau perlis dari stesen bas sek. 17 S.Alam tuh bergerak kol 10 pagi. So aku ada kurang dari 4 jam la untuk sampai sana dari pahang. Tidak boleh terlalu yakin bleh sampai dalam masa biasa, maklum la.. mana la tau kot2 ada aral melintang. Sementelah kereta aku masih berpantang.

So lepas subuh, kitorang gerak. 4 orang lam 1 kete. Masa balik kg cuma 3 orang, since sorang lagi adik aku mmg dah kat kg. Isi minyak full tank di Petronas Sg. Koyan, tepat jam 7 gerak.  So bajet aku kol 9.30am bleh la sampai S.Alam. AKu limitkan speed 100-110kmh sebab ye lah, dalam pantang. haih…  Perjalanan kali ini non stop selagi tak sampai destinasi. Selalunya aku benti minum2 kat genting sempah sambil menikmati cuaca sejuk, secawan kopi, sebatang dua rokok dan melihat gelagat manusia sejam dua situ. Tapi tidak kali nih, aku perlu berkejaran.

Baiklah, aku pun masuk hiway karak, matahari mula naik memedihkan mata ada masanya. Aku maintain bawak 110kmh… Tapi pastuh mula la bawak 120kmh pastuh 140kmh pastuh…
› Baca sepenuhnya pos menarik ini!

Who Am I?
Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. A Web & Multimedia Designer. A multimedia freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. A Pekomik Committee. Supermoderator at WebmasterMalaysia. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]
Catch me? :
Location : K.Lipis - Klang - Shah Alam
Working : Karangkraf / Sinarharian
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Ini Iklan Namanya

Membebels

Previous Next
Latest on Thu, 17:54

jalang: celcom broadband macam sial line lembab...

fid Da: time ksh dgn ilmu ini..yup...ilmu kne cari.."ilmu akn dpt bile kite rajin" =)

nizam: lama x jmpa kwn lama rindu pula kt ko

nizam: sy ijam dkk muar

Ati: salamalaik ya akhawat fillah, sila layari : http://marhainiyus off.blogspot.com/ S yukran jazilan, wassalam

arifhazwan: setuju dengan bro nizam. bagi pancing je da cukup... kalau pandai guna, bnyk la dpt ikan.

Man: Layari http://www.vitaminco llagen.blogspot.com/ untuk tampil jelita!! "CERAH,P ercayalah"

» Hantar Pot Pet



 

Arkibs

Statistiks

Ada ekor makhluk sedang merayau-rayau dalam web ini.


Subscribe?

Dapatkan pemberitahuan apa-apa yang menarik dari Mystic?

E-mail:

Subscribe
Unsubscribe

Get this Wordpress newsletter widget
for newsletter software