Category : Designing

Aplikasi web ala Photoshop

Ada masa, kita oustation perlukan photo editor, tapi pc atau laptop tuh kita takde install program graphic editing software misalnya photoshop or gimp or what ever it is. Yang ada by standard cuma Microsoft Paint yang terlalu basic 😀 . In emergency case, bleh guna aplikasi online nih, browser base.

pixlr , photoshop online?

Aku pun pernah guna time nak edit dan resize gambar 1 event yang buat update segera 1 masa dulu. Kalau biasa guna photoshop, takde masalah sangat nak guna dia, almost 70% sama.

Bookmark or ingat jer web nih :

http://pixlr.com

 

 


Trend warna 2013

Merujuk kepada beberapa web terkemuka dunia, akan ada trend warna rasmi bagi setiap tahun. Jadi tahun ini warna rasmi adalah warna EMERALD. Hijau Emerald. Emerald adalah nama kepada 1 jenis permata berwarna hijau.

emerald-warna-2013

Hehe.. kata sorang kawan aku, ada segelintir orang takut ngan warna nih, diorang suka warna biru gelap je.. aku kata, no komen la. hehe.

Tahun ini juga, trend akan pergi kepada warna lembut dan harmony. Nanti aku study lebih lagi dalam versi lebih banyak warna pilihan dan berkaitan.

Sape yang kata warna nih trend? Aku ke? tak.. dah tentu la trend setter yang buat. Kalau nobody, takde orang peduli la jawabnya.. So warna emerald nih macam dipersetujui oleh mereka2 di oversea sana. Orang kita biasa la, slow sket… >_<

So… color trend nih bleh apply kat semua bende sebenarnya.. 😉

Nah rujukan :
gizmodo.com

pantone.com

 

 

 

 


Bang, ada orang komplen, mengapa web saya lambat loading?

Ok! hari nih aku nak citer sebagai start up, kepada coming soon, blog aku yang lebih berisi dan informatif. Selepas pikir panjang-pendek-panjang balik, aku nak jadikan blog aku nih sebagai blog yang bukan saja tempat merapu aku semata2… Sebaliknya juga mengisi dengan bende2 ilmu yang aku ada untuk di share ramai2. Moga2 dapatlah digunakan untuk tujuan elok dan bermanfaat. Amiinnnn…

*Anak saya, I mean, anak buah hehe… nama dia Nur Nadia Balqish. Kecik2 comel cam anak patung, baca pos adik aku la kat sini ^_^ (Aku rasa, gambar nih dia yang tangkap, bkan aku hehe)

Antara perkara2 yang aku buh kat sini adalah berkaitan mendesign dan perkara2 yang sewaktu dengannya misalnya photography. Mungkin.. mungkin aku tak se-pro orang lain ambil gambar, tapi aku ada 10 kali ganda kuasa super power editing dari orang lain hahaha. Korang ada? Ramai photographer harap barang mahal je, tapi editing hancus pun ramai. Ramai gak yang ada skill kedua-duanya. Osem!

Tapi lagi ramai HARAMJADAH dan MARKET KILLER yang cuma tahu beli kamera, petik-petik-petik dan caj murah2 juga kat luar sana. So… tak heranlah, bak kata beberapa kawan photog professional aku;

 “Market photographer hari ini susah nak cari makan, banyak dipenuhi photographer sampah, beli kamera, beli lens terus ingat diri hebat” ~ Encik X

Ok!. Aku takmau citer lagi pasal bab kamera dan editing gambar skang nih, aku nak citer dulu pasal masalah lazim web2 photographer. Yang tak berapa biasa dengan dunia web. Ada beberapa keadaan lazim berlaku, misalnya macam cerita kat bawah nih.

(more…)


8 Tips : Saya pun nak jadi designer juga! Macam mana?

Hari nih tak tau nak update pasal apa. Kalau pasal life, rasanya 2 3 hari nih aku tak de berjalan ke mana2 sangat. Banyak menghabiskan.. errr, memanfaatkan masa dengan buat kerja. Nak kata gi makan jalan2 ke luar pun takde ke mana2 sangat. Jadi, lepas pikir2, aku rasa malas nak pos bende berat2 lagi… hari nih aku nak citer pasal…

“Macam mana nak jadi designer?”

*malas nak mendesign khusus untuk topik nih, aku banyak keje tak setel nih.
* Courtesy of Pergh.net merangkap cover fb aku hehe
😀

Ok,  pertamanya dengan rendah hati, jiwa dan raga (ceh!) saya tidak mendakwa bahawa saya orang yang pakar disini, saya cuma salah seorang dari ribuan designer di luar sana, tidak lebih tidak kurang. Cuma kadang2 ada orang bertanya saya, dan nak saya bantu atau guide diorang supaya boleh buat kerja macam saya.

Sebenarnya dalam bidang design atau mereka bentuk ini, ada 2 pecahan utamanya iaitu :

  1. Pergi lah masuk belajar di IPTA atau IPTS yang berlambak di luar sana, pilih bidang yang berkenaan.
  2. Belajar Sendiri.

Ok, lazimnya yang bertanya aku tuh kerana tiada option 1. Barangkali kurang bernasib baik, atau dulu malas, sekarang baru nak rajin.  Ada juga yang barangkali terinspirasi dengan apa yang aku buat, ada juga yang kerana desakan hidup. Tidaklah aku ini senang orangnya, aku pun banyak pahit dari manis juga dan ranjau berliku lintang pukang terkangkang tersembam semua aku dah lalu. Pernah dapat payment berpuluh2 K (tapi boleh habis dalam masa sebulan?), pernah juga tinggal seringgit dalam poket bahkan sampai meminjam untuk nak makan. Pernah.  (more…)


Designer’s Block? Blank Screen Syndrome?

Designers block. Ada gak orang kata nama dia Blank Screen Syndrome. Itulah yang berlaku sehari dua nih.

Ini lah yang aku rasa menyerang aku sehari dua nih, aku jadi blur, nak buat ape pun tak tahu. Bile dah tensen sangat aku pun main game dan merapu2. Tapi bende nih tak boleh berlanjutan. Bahaya bagi perahu2 kecil kerana ombak dan angin kencang (pulak).

Sebenarnya, designer’s block adalah 1 istilah yang digunapakai 1 dunia. Which is specifically untuk bidang2 kreatif yang biasanya berkaitan seni visual. So, bagi bos bos yang konon2 macam terel, kalau korang tengok kadang2 staf yang keje bahagian nih dah 2 3 hari tak buat kerja, maka jangan terus suka2 tembak. (Tapi kalau dia mmg tiap2 hari camtuh, elok la buang je keje, tuh nama dia pemalas hahahaha) .

Designers block membawa maksud antaranya;

Orang lain nampak ;
– Duduk depan komputer nak buat kerja, tapi takde apa yang wujud kat screen tuh tak kiralah apa software pun samada photoshop, illustrator dan rakan2 sewaktu dengannya.

– Lepas bukak file kosong, conteng2 bende2 merepek, pastuh tutup tanpa save.

– Duduk termenung2 depan komputer, buka web sana sini cari idea tapi tak kunjung2 tiba.

– Ada gak kadang2 dah buat keje tuh 3, 4 jam, tapi delete, atau tutup tanpa save.

– Buat keje sikit, merayau sana sini.

– Ada gak kadang2 tido. Ada!

– Dan banyak lagi sebab2 lain yang aku tak terpikir buat masa nih.

(more…)