Category : Kamera

Saya juga ada DSLR. Nikon D3100 Murah?

Abaikan saja tajuk diatas, ia barangkali cubaan gerila untuk mendapatkan traffik carian keywords Nikon D3100 Murah. 😀 . Dunia online, pelbagai cara dicuba untuk reachable by the major search engine haha. Organic traffic adalah terbaek!

Beberapa bulan dahulu… ermm. (jap pause, check tarikh beli).

Ok! dah check.. 1 April 2011. Saya dah membeli kamera ini, dah sebulan lebih rupanya usia. Penggunaannya masih rendah, maklumlah.. saya bukanlah hardcore sangat nak layan kamera. Dibeli atas beberapa tujuan antaranya selain minat, adalah untuk support job-job2 berkaitan web dan multimedia.

Saya bukanlah jahil sangat DSLR, basic tuh dah ada lama, dah nak ilang pun sebab lama tak pegang… (kalau tak silap, semasa saya bekerja di Karangkraf, saya pernah mengikuti kursus asas DSLR pada tahun 2005 lagi) hehe.

Semasa yang membelinya, selepas puas survey di online mahupun offline.  Saya mendapat harga terbaek pada RM1990.00 tunai di sebuah kedai di Seksyen 19 shah alam.  (tak pasti harga skang makin turun atau makin naik, rasanya naik – sebab top model selalunya harga agak stabil). Rata2 kedai menjual full set sekitar RM2100 – RM2400. Korang survey lah sendiri plak.

Major reason dibeli untuk 1 projek video, tapi projek tuh abandoned dan canceled sebab time tuh terlalu sibuk barangkali. Jadi saya punya feedback barangkali tak memuaskan hati potential client. But it’s ok, banyak lagi yang bleh dilakukan dengan senjata ini. Ianya pelaburan.

Kamera ini berkemampuan menembak video pada skala HD, tapi difahami bahawa kerana option utamanya adalah gambar dengan extra kemampuan video. Jadi rakaman video terhad pada 10 minit setiap video.  Bagi yang beli model nih juga, dinasihatkan jangan shoot video tanpa henti, kerana boleh menjadikan kamera anda ROSAK!. Ini dipercayai kerana untuk proses video HD pada tempoh yang lama boleh menjadikan PROCESSOR kamera anda PANAS!

Hasilan HD video dari kamera ini sebenarnya mengagumkan (berbanding harganya yg murah ) lihat contohnya di youtube ini :
http://www.youtube.com/watch?v=J2rxtHkEUhI

Untuk kepuasan, view video tuh dalam HD mode, bkan normal.. sebab normal mode dah tentu bukan tahap sebenar HD MODE! 😀

Nah.. berkuasa juga bukan! 😀

Mahu lebih lagi maklumat ttg camera ini, kita serahkan pada yang pakar … contohnya di sini :
http://www.dpreview.com/reviews/nikond3100/