Category : Life stories and bablings

Mengapa programmer dan designer suka buat kerja malam?

Sebenarnya, bukan programer je, coder, designer pun suka buat kerja malam.  Tapi ini apply untuk yang kerja sendiri, yang buat freelance, ataupun yang .. tak logik la ada kompeni buka malam saja plak hahaha..

programing-malam

Tapi pasal apa malam? Siang2 tak boleh buat kerja ke?

Siang boleh… kalau dah korang keje makan gaji hari2 kena masuk office kol 9 , balik pukol 5.. takkan la korang tak buat kerja kan. Mesti la kene buat juga. Kalau tak, makan gaji buta la namanya.

Ok, berbalik pada tajuk asal. Aku sendiri, bahkan ramai gak jumpa geng2 designer dan programer suka berjaga malam sampai pagi. Mungkin nature nya mmg camtuh.

Mungkin sebab-sebab berikut juga : 

  1. Malam adalah sunyi, jadi lebih fokus
  2. Tidak panas macam siang hari
  3. Kurang gangguan orang lain

 

Apa2 pun, ada juga research lebih detail walaupun mungkin tak sama ngan lain2 karekter yang ada. Tapi boleh lah baca.

http://www.businessinsider.com/why-programmers-work-at-night-2013-1

 

Apa2 pun, aku mmg suka buat kerja malam, sebab aku rasa aman. Tapi kadang2 aku hanyut gak tidooo… zzzz


Hari hari sibuk, hari ini sibuk sikit sikit.

Takde apa yang aku nak update hari nih, banyak buat kerja dan study research sket.

Jadi aku tak mau taip panjang sebab hari nih aku malas, buat post sekadar nak cukup untuk hari ini. 😀

 

 


Beli PC Murah tapi Power? iMac Poyo?

Ok.. beberapa hari lalu aku ada mention pasal aku kuar beli 10 biji pc ngan kawan aku tuh kan… So mmg kitorang gi beli lah.  kat mana aku beli PC murah tapi power nih? Betul ke murah tapi power? ke cakap je lebih? Hahaha.

belipc1

*unpacking the new set

OK!.. untuk mengecewakan anda, tiada bende yang murah tapi power, kalau ada jawabnya banyak la nampak ferrari (boring) saja kat jalan. Ataupun berlambak2 la R35 GTR kat jalan gak hehe.

Berbalik pada cite asal, aku pun kebetulan arituh mmg dah plan dah nak pergi 2 3 hari sebelumnya nak pegi beli unit PC baru untuk Cybercafe member aku nih. Tapi duk tunggu ada orang nak beli PC lama tuh 10 unit sekali gus, tapi lepas postpone tangguh lagi, pastuh van rosak la ape la.. pastuh call2 tak angkat dah. Tah mende2…

So kitorang pun tak mau la tunggu orang tuh beli. Cari client lain la.. ada kira2 20 biji PC lama nak dijual.  PC2 tuh elok lagi, gaming specs cuma agak lama dan kurang sesuai utk keadaan semasa bagi peniaga seperti kami. Tapi kalau setakat nak pakai kat rumah tuh, on 24 jam seminggu pun xde hal la. Cumanya kitorang perlukan PC yang latest sket dengan graphic card lebih power untuk support game2 baru tanpa masalah.

belipc2

*pasang dan install

So… kebetulan hari tuh, adik ipar aku ngan adik aku yang kuat partinya turun dari Perak nak ke Himpunan Samsidar kata Tv3 bangang Himpunan Kebangkitan Rakyat aka #KL112 . Adik aku pinjam kamera aku lagi.. siap aku kata kalau hilang ke rosak ke ganti. (nanti aku upload gambar yang dia shoot, bagi panas sket… not bad gak, ada bakat adik aku nih shoot shoot huhu.

So adik ipar dan adik aku dan sedaramara dia sorang… diorang naik komuter kat Padang Jawa nih, pegi ke KL. So 4 x 4 dia (Mazda Fighter) tuh tinggal kat aku. So kitorang pergi la beli kat long-term-biz-partner (dah masuk 5 tahun kenal leng chai nih) pembekal kitorang somewhere in Klang (rahsia bisnes hehe) dengan 4×4 tuh, tak muat twin cab letak kat belakang, mujur la tak hujan hihi.

Ada ke PC murah tapi power?
Ada… cuma bergantung korang power ke tak aje. Kalau korang tak power dan konon2 nak jadi power, ikutlah tipical BLINDED BY THE BRAND… seperti pembeli Mac yang lain kah kah.. (oklah, ada exception utk yang betul2 by the reason yang reasonable – tapi ramai beli sebab brand je heh!). Orang pro main custom made, dengan bajet tertentu atau unlimited buat SUPER PC!. (Tak semestinya dia layan windows je, ubuntu bleh apa2 pun bleh)

Takde la aku beli SuperPC.. tapi let say… kalau kat market, orang kebanyakkan beli PC gaming spec (bukan super hi end) dengan harga RM1500.00 , tapi kitorang bleh beli pada harga RM1200.00 .. itukan bermakna, murah tapi power kan? kaaaannn…

belipc3

*monitor lcd lama utk dijual. RM180, ada lagi beberapa unit. SMS aku kalau berminat. 

Apetah lagi kalu ada bajet untuk PC yang orang lain beli pada harga RM3500.00 tapi kitorang beli pada harga RM2500 kannnnn… So mean, kitorang beli barang… MURAH TAPI POWER.

Dengan harga sebijik overated iMac, kitorang bleh buat superPC yang sekali ganda lebih hebat. Amacam? 😉

NOTE: Sebelum nih ada kira2 dalam 20 biji pc lama nak jual murah2 jer seken (sebab seken toksah la nak expect tahap gaban kan.). Tapi 10 biji dah ada orang book (orang lain, bukan orang yang problem tuh), dan dah beberapa biji dijual pada kawan2. So masih ada sikit lagi nak jual.

Specs PC lama tuh lebih kurang : 
Complete set CPU + LCD 17″ Square + Mouse / Keyboard / Speaker
Intel Dual Core
1GB / 512mb Graphic Card (tapi 1GB graphic card punya dah sold out. )
2GB RAM
320GB Hardisk
RM 520 Nego tipis.

Again, minat kalu, helo aku. 😉

 


Kerja bertangguh tak bersungguh, kerja bernanti tak menjadi

Rasanya ayat tuh adalah pepatah, tapi aku tak ingat sangat. Pilihlah yang mana suka.

kerja-tangguh-nanti

Tahun ini, plan aku banyak, harap2 tak la jadi seperti last year. Last year dan akhir tahun, tahun sebelumnya, adalah merupakan hari-hari yang malang dan dukacita.

Kata Jet Lee dalam sebuah movie yang dibintanginya… barangkali dari sebuah sajak sasterawan lama bangsanya :

Kisah pahit semalam adalah sejarah, usah di bawa ke hari esok sebagai satu bebanan.

Jadi, marilah kita teruskan hidup, merancang masa depan yang lebih gemilang, sesuai juga dengan saranan ini :

“Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam.” ~ Saidina Ali

Aku tak nak cerita lagi apa yang di rancang, dan apa yang dah aku susun untuk tahun ini, kerana kalau tak jadi… siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka? Aku sendiri hehe.. Kalau jadi nanti baru aku cerita. >_<

*graphic boleh sebarkan, tapi jangan ngada2 buang watermark credit aku, aku saman korang kang, belajar sikit respek kat orang punya hak bleh?. 

 


Design baru 2013 dan harga sebuah kepakaran?

Ok.. rasanya sedar tak sedar, theme ini juga dah cecah setahun lebih sikit usianya. Jadi, sebagai webdesigner dan webdeveloper, aku kene la buat2 rajin jugak buat layout baru web aku. kot?.

new-myspace-layout

*new myspace layout?

Ini adalah last year punya post [click]  pasal tukar theme wordpress yang baru. Nanti aku kene wat snapshot gak untuk design sekarang. Banyak dah theme wordpress aku buat, aku pun dah malas nak kira berapa. dari semuda-mudah theme, sampai la sepening2 theme, semua aku dah pernah buat.

Dari client yang mudah, susah, dan macam2 ragam, semua aku dah jumpa. Sama jer bidang lain, kadang2 menyampah gak, bile ramai orang, masih anggap kerja design, coding, css, php dan segala yang berkaitan nih mudah. Ada orang anggap coding theme nih macam menaip surat rasmi 1 page kat Microsoft Words jer agaknya. Semua pikir mudah.

You know, seorang webdeveloper, buat kerja 3 subjek nak jadikan 1 web.

  1. Design (bukan 1, design final biasanya dari beberapa mockup bahkan berpuluh2 draft!)
  2. Styling (css, jquery and so on)
  3. Programing (php, theme, function what ever)

Nih tak apply untuk wordpress je. nak lagi pening buat dari scracth! dari NOTHING!. So how would you evaluate that? As a single job? Tuh la, kadang kita sendiri marah market kerja kita rosak (bidang lain) tapi kita nak pulak orang kira mudah untuk kerja2 kita. Betapa sellfish-nya kita (dan aku).

So lepas nih aku xmo dah wat keje murah2. Biar la orang lain plak sape nak buat keje murah. Aku malas nak buat dah kalau harga tak kena, lagi baik tak payah amik job dari wat jadi sakit hati kaaaannn. Lagi baik aku tido je, sell otak aku pun tak terbuang memikirkan coding2 tuh semua… kurang sikit agaknya rambut hitam jadi uban (ada banyak programer beruban usia muda! aku jumpa ramai, tapi aku baru lepas remaja je hihi)

Seperti juga dalam bidang photography macam aku cerita dulu, yang dah dirosakkan oleh photographer-sampah2-sarap- baru-abis-belajar-beli-kamera-petik2-ngaku-pro. Bidang2 lain juga tidak berkecuali, (sebut apa saja) ada saja yang offer servis murah, padahal cuma EDIT FREE THEME! dengan menokok nambah di situ di sini.  Ada juga yang pakai premium hacked theme dan modify. Macam2 aku jumpa. Malas nak cakap lebih. Tak termasuk geng bodoh main harga lagi tuh, diorang tak pikir nanti bidang web developement yang diorang nak jadikan kerjaya dah jadi bidang murahan ke? hah?.

Dan kelakarnya pula, bila timbul masalah, tak boleh nak setel, lalu carilah orang2 PRO yang boleh bantu. Ada yang cari berbulan2, bahkan bertahun (kot) nak solve masalah web diorang yang kalau diorang try sendiri sampai mati pun tak jadi.

Tapi mereka nak free or murah. Sebab nampak si PRO buat nampak mudah giler! 10 minit setel!.

Itulah, orang kita masih ramai tak hargai apatah lagi membayar erti “HARGA SEBUAH KEPAKARAN”.

Tunggu layout blog ini untuk tahun ini.. Tahap kepakaran aku ialah siap 1 theme dalam masa kurang 5 hari, atau se-express 2 hari non stop full focus!.

*cuma… masalahnya aku belum ada idea. >_< .. nk try ikut current trend la.. ala2 fb  + pinterest + instragram + new myspace?

layan la new myspace layout nih kalau lum layan https://new.myspace.com/play

 


Masih hari yang sibuk…

Again, snippets… aku tak larat nak memikir nak post panjang.  Ada idea, banyak, tapi sangat diyakini akan mengambil masa yang panjang untuk disiapkan… dan malangnya aku takda apa yang dipanggil MASA.

  1. Semalam aku tertidur awal so keje tak siap.
  2.  Tapi bangun masih agak awal, sambil sarapan pagi di kedai roti canai kat padang jawa nih yang aku pernah cerita dulu
  3. Lepas tuh nak sambung keje aku balik, tapi tak sempat nak buat banyak mana.. member biz ajak pegi beli barang computer jap kat Kelana Jaya.
  4. Lepas tuh balik semula dah kol 1.30 petang camtuh, so baru nak sambung keje balik gi makan dulu ngan member sorang lagi.
  5. So balik tuh, ingat nak buat kerja, tapi kene lak tolong hantar barang dari kedai no 1 ke kedai no 2. Adeh.
  6. So keje aku cuma siap lewat petang…
  7. Now re-start job hunting.

Ada sikit lagi kerja aku kene selesai malam nih. Tapi rasanya mungkin aku tido awal kot.

*sori… tak boleh nak buat pos berisi buat masa nih, sebab poket dah kurang isi hehe..


Hari ini saya sibuk buat kerja

Nak menaip panjang, tapi saya perlu buat kerja sampai siap. Kerana banyak lagi yang saya nak buat besok dan hari2 seterusnya.  JUga perlu cari job2 baru. Jadi saya buat short snippets je la utk hari ini.

  1.  Semalam, merayau pusing2 Shah Alam, tunjuk tempat untuk adik kawan rapat saya tempat dia nak interview.
  2.  Pastuh lepak sampai jam 2.30 kat Pak Li Kopitiam seksyen 7 Shah Alam.
  3.  Balik tuh, saya berjaga sampai pagi, siapkan 1 kerja web design sampai siap. Kemudian email kat client.
  4.  Kemudian berborak dengan member yang baru balik kerja jam 3 pagi. Pukul 4 pagi baru boleh tidur.
  5.  Kemudian bangun , buat kerja lain. Design confirm saya mencoding sampai petang.
  6. dan sekarang saya nak sambung kerja sampai siap. Besok boleh claim.. kot ?

 

Itu sahaja utk malam ini…

*Aku kene ajar update tengahari la lepas nih rasanya. 😀


Alangkah kelakarnya manusia itu…

Rata2 kita yang sudah dewasa ini, tambah2 yang hidupnya sibuk, hectic, chaotic, dan whatever-tic (bukan mystic) akan… berasakan, yang alangkah indah dan mudahnya masa dulu2.

kidslife

Sememang mengeluh itu bukan lah perkara yang baik, tapi sebagai manusia yang sifatnya tidak sempurna (yang sempurna itu cuma 1, Allah yang esa) , kadang2 terlahir tanpa sedar ketidakpuasan, kekecewaan, keletihan dan segala bagai lagi.

Ini apply kepada hampir kesemua manusia, baik kaya, miskin, jahat, senang, susah, gemuk, kurus dan letaklah apa2 SIFAT sekalipun. Semuanya ada ketidaksukaan.

Tambah2 dalam dunia hari ini yang hidupnya adalah agak sukar, bertekanan, dan bermacam lagi, sebutlah ape2 pun SUASANA dan KEADAANnya.

Benar… sebagai Muslim dan beragama Islam, kita ada pembatasan dalam jiwa. Kita ada Qada’ dan Qadar sebagai rukun. Tapi… entahlah, kadang2 terjumpa juga orang yang agak alim, berugama, pun ada keluhan mereka tersendiri.

INGAT LAGI…

Masa kecil2 dahulu, hidup kita riang ria, tak payah pikir apa2. Main, jalan2, suka ria… Malas pegi sekolah buat pura2 sakit perut la, demam la… kemudian kita dah habis sekolah rendah.

Masuk sekolah menengah, kita pun cuma fikir bosan belajar, atau sibuk belajar nak lulus periksa. Ada juga yang bercinta monyet saat ini. Mudah sifirnya…

Apabila kita umur 16, 17, kita amat berharap dapat berumur 18 keatas, teringin nak jadi dewasa yang bebas dari hukum perlembagaan manusia. Kelakar juga, pembatasan umur 18 itu sebenarnya adalah 1 aras tak visible.

Yang belajar IPT kemainlah bersuka ria dan berpoya, ramai juga tak sedar diri, duit ‘pinjaman pelajaran’ jadi ‘pinjaman joli duniawi’. Hanya 10% dari ‘pinjaman itu’ digunakan untuk belajar, lebih dia? Aku tak mahu buat andaian, lu orang sendiri tahu ape lu orang buat.. ada laaa yang betul2 guna.. tapi berapa ramai? Ah.. alasan la korang..

Kemudian kita kerja, dengan impian nak beli itu dan nak itu ini begitu dan begini. Kita kejar mimpi selangit yang lazimnya 80% bersifat kebendaan. Oh come on! Tak payah lah korang nak berpura korang baik sangat awal2 dah pikir pasal akhirat konon… ada lah yang suci camtuh, tapi rasanya tak sampai 5% kapasiti populasi.

Dan kemudian… hidup kita pun dah jadi Matrix. Dah jadi larian tikus (rat race), lalu kita jadi tipikal dan stereotype. Yang memilih jalan sendiri dengan jalan sukar mereka, yang pilih playsafe terus hidup dengan kebosanan mereka… sampai mati. Yang ikut aliran angin begitulah sampai sudah…

Kemudian… akhirnya kita berasa dan berkata:

 Alangkah indahnya masa kecil2 dulu.. tak payah fikir apa2 pun, main… makan.. tidur… semua dah ada.

* Sedangkan, barangkali saat itu, kekusutan yang sama di alami oleh orang2 tua kita.  

Ah… alangkah kelakarnya manusia ini…

(ini sesaje random thought ok. 😉 )


Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 27 ( AJL27 )

Berikut adalah keputusan AJL 27. Anugerah Juara Lagu ke 27 yang baru selesai sebentar tadi.

Juara :  Terukir di Bintang – Yuna

Naib Juara : Idola – Azlan & The Typewriter

Tempat Ketiga : Ku Akui – Hafiz

Persembahan Terbaik : Teman Pengganti – Black & RJ ( – ganti Malique – Tajuk alternatif dia ialah Rahsia Ini? )

Vocal Terbaik : Ku Akui – Hafiz

That’s all…

 

Sebenarnya aku dah lama x layan sangat hiburan nih. Tapi malam nih sambil wat keje layan la streaming online dia, tapi agak sucxks gak la sangkut2 pada line 20mb unifibiz nih. Jauh lagi la tahap streaming live negara kita nih berbanding negara SNSD dan Gangnam keh keh..

TV aku kat rumah tuh dah berabuk dah.. tambah2 sejak TV tuh dah macam takde cerita lain melainkan orang saja yang jahat , diorang saja yang baik nak mampus. Dah la citer sinetron indon yang melampau bodow piang banyak nam mampus,  berita siang malam pun dah tahap bosan, tak termasuk bonus dapat tgk makcik obes. Tak kuasa mak.

Apa2 pun, bebenda result camnih selalunya bagus untuk SEO dan trafik heh. (nih main point hehe)


My to do list first quater of 2013

Hari nih aku nak list apa yang aku nak buat dalam sukuan pertama tahun nih, banyak rasanya nak list… nak tgk achieve ke tak nanti :

  1. Nak update blog nih, selama 3 bulan sekurang2nya 80% penuh.
  2. Nak release Android apps sendiri personal punya dalam bulan Februari
  3. Nak release 1st ebook dalam tempoh 3 bulan nih.
  4. Nak setel semua bende sakit kepala nih
  5. Nak…

Ah.. pening la plak nak list.. sambung keje dulu bagi siap, baru bleh update blog lebih bagus hehe.

 


Nothing for today. Tiada apa-apa untuk hari ini

Takde mood, so buat la grafik merepek je.

nothing-for-today

Sape la yang mereka ayat boring tahap cipan tuh, sian cipan, tak bersalah pun.
Esok lusa aku gerenti akan tulis yang lebih panjang dari ini. Adios..


Layan game browser pun ok jugak.

Sehari dua nih boring sebab manga lazim layan iaitu One Piece tengah cuti panjang. Banyak gak yang lain cuti. Aku tak la keje manjang, walaupun aku x pernah ada cuti, dan tiap2 hari jugalah cuti. So aku kene ada leisure time walaupun tengah time keje. Untuk hilangkan mengantuk dan stress misalnya. (konon)

game-one-piece

So sehari dua nih aku terjebak plak layan game browser nih. Tapi takpe! coming soon insyaAllah kalau ada rezeki, memang aku akan pergi ke bidang yang lebih kurang juga. 😀 Setakat nih simpan idea dan plan. Mungkin aku kene start buat buku nota idea agaknya. >_<

So nak layan game nih bleh ke : http://pirates.game321.com/

*Malas nak update berisi sangat hari nih, xde mood nak mengarang yang berisi sebab makan masa yang sangat panjang dan kajian jugak. Adeh.