Category : Makan-Makan

Pasar Malam Padang Jawa, Ada Sup Tulang Terbaik.

Hari nih aku malas la nak sambung post2 cam semalam. Nak ringan2 sket. So hari nih nak citer pasal pasar malam Padang Jawa, Shah Alam ini. Oh ya, baru-baru nih, pasar malam nih masuk paper, kerana ada tutup 20 minit menghormati waktu Maghrib dan beri kesempatan utk peniaga dan orang ramai solat. Actually bende nih setahu aku mmg dah lama praktik kat Kelantan, dulu2 1st buat kat Padang Bas Kota Bharu (miss that place ♥ ).

*sup tulang terbaek!

So, Pasar malam Padang Jawa nih berlaku pada setiap hari Jumaat , malam sabtu. dari jam seawal 5.00 petang sampai laaa.. kira2 jam 11 malam. Letaknya adalah di bawah jambatan flyover KTM Komuter, atau di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, juga belakang sekolah agama dan di sekitar Masjid padang Jawa itu sendiri. Tempat ini sangat sibuk, bahkan pasar malam tumpuan orang2 sekliling, dari padang jawa, seksyen 16, 7, Rimba Jaya, Ken Rimba dan kawasan2 sewaktu dengannyalah senang citer.

Antara port favourite aku sini adalah gerai Kak Dah / Abang Man Laksa.  Lokasinya terletak di belakang pejabat JKK dan juga belakang Klinik Desa menghadap arah rel keretapi (bukan arah masjid). Aku kenal diorang nih dah lama, sejak tahun… 2004 kot? Dulu aku pernah berniaga dengan adik ipar aku dan adik pompuan aku kat situ. Masa tuh kitorang meniaga Ikan Air Tawar. Yup, aku pernah pegang ikan, timbang, kira harga semua bahkan sampai pegi beli stok ikan kat Pasar Borong Klang tuh pun aku pernah buat. Kau ada? Haha. (nanti aku buat moment-to-remember pasnih, bab nih panjang leh citer)

(more…)


Apa itu berjimba? Jimba maksudnya?

Awal jam 1 pagi tadi, aku dan rakan2 keluar berjimba. Berjimba? ape tuh?
Berjimba should be considered as ‘urban malay’  slang. It does meaning for something like ‘going out to have some fun’ or similar. Konon2nya keluar berpoya2 bersama rakan2 lah.


Meanwhile, kalau refer kepada Urban Dictionary ia membawa maksud :
“a big green balloon with sexual organs  “

Bahkan Online Slang Dictionary membawa maksud yang lebih teruk!
“a term used for an erect penis.” 

kah kah kah.. padan muka korang 😀  (gelak guling2) * aku sambil bayang awek2 yang biasa guna perkataan tuh pastuh baca nih kah kah…

Manakala merujuk kepada bahasa kebarangkalian adaptasi dari English iaitu Jimber, Urban Directory membawa pula maksud :
“A Cannibis Joint. Also can be known as Jimbo “  Pulak kah kah.

OmaiGoddddddd…  *peace sign + duckface*

So basically, ianya macam tak membawa maksud yang baik mana. 😀  Jadi aku rasa aku xnak pakai la istilah nih lagi :))
*tapi takde la sampai nak kata ayat jimba tuh bahasa Yahudi dan Illuminati macam sesetengah Maleise yang takde otak tuh hahahaha .  (more…)


Makan Lagi… Pecel Lele Padang Jawa

Aku tak sempat nak taip panjang2 hari nih, banyak keje. So aku citer lagi pasal makan. Haduih… asik makan saje nih. 😀
Nih 1 lagi tempat makan popular kat Padang Jawa.

So… tempat nih antara tumpuan ramai, selalunya student2 dari Uitm dan sebarang IPT berdekatan. Boleh dikatakan sebagai tempat pameran awek gak la hahahaha.. (Abis la.. ramai la plak lelaki lepak situ nanti >_<) Ramai gak pekerja2 dihari bekerja, tapi rata2nya hari cuti dipenuhi oleh tak kira siapa.

So kalau nak lunch kat sini tanpa menunggu tempat duduk kosong, bolehlah datang makan sebelum jam 12 tengahari, kalau tak memang pack sampai jam 3 – 4 petang. kadang2 kalau hari cuti, mahu cecah jam 5 petang pun penuh.

Walupun ada pelbagai menu, menu utamanya adalah Pecel Lele (ikan Keli), Pecel Ayam, Bakso, bebola daging dan banyak lagi.

Fav aku, pecel ayam dengan air Josh. (ada yang kata, josh nih wujud sebelum extra josh tuh keluar lagi, buatan sendiri) Air Josh nih ada beberapa perasa. Standard, Manggo dan Anggur. Must try!

Total RM 6.00 (Kalau tanpa air tuh. cuma RM4.50 termasuk nasik! ) Murah? Sudah tentu! Rasa? Pun sedap. ♥

Cara nak pegi? Selepas turun flyover masuk padang jawa tuh, masuk simpang sebelah kanan, cuma dalam 10 meter dah nampak. 😉

*dulu kedai nih kebersihan dia agak kureng, walaupun servis laju. Cuma lepas raya baru nih, kedai nih dah upgrade, dapur siap mosaic dan dah nampak bersih.