Category : Melayu Boleh

Adzakael dan Astina Turbonya

Siapa adzakael? Wahahaha.. best tul letak tajuk nama member nih. 😀


Oh.. ini bukan adzakael punya Astina. Adzakael punya warna hitam sebab adzakael fanatik kaler hitam hahaha. Tapi astina kunen atas ini adalah kereta yang bukan2 calang2 punyaan seorang kenalan juga. Champion car juga. Fikir 10 kali la kalau jumpe ini mahu ajak fight aaa..

Aku tak ingat, ape yang best sangat hari Khamis nih, sebab rasanya sama cam rutin harian lain kat opis. Ada sajelah kerjanya kan, cam korang gak.

Itu malam, aku balik lepak kampung Padang Jawa juga. Lepak2 makan, adzakael call aku, ajak makan. Masalahnya aku baru lepas makan. So aku suh la dia turun padang jawa untuk makan kedai2 kat sini. Lepak2 borak2.. pompang pompang dah kol berapa tah malam.

Kete dia dah masuk enjin yang sangat power, jeles gue. Tapi kelakarnya kete dia masih… (more…)


Sehari di kampung bersama sawit, getah, ikan keli dan tahlil.

Hermm.. nak kata lama tak balik kampung, baru gak balik kampung. Raya cine dulu aku tak balik, aku balik minggu berikutnya, tapi bagus gak, aku tak sangkut jem cam orang lain hehe.

Baiklah. Aku sambung cerita dari hari.. sabtu, walaupun aku dah pos semalam. Tapi shortly sebab guna phone via GPRS. Sebenarnya kampung aku ada ICT desa, tapi tutup kol 6 ptg. Walhal aku sangat sibuk juga hari sabtu tuh. RIngkasnya begini.

Bangun pagi, mak aku bising2 kat adik aku yang sorang itu, ajak pegi kutip getah kat kebun tak mau. Rela tidur balik lepas minum pagi. Adik aku yang itu entah kemana hati perutnya. Aku plak pagi2 itu try pegi cari bende nak dimakan, mak aku tak masak, jadi aku pun ronda la kedai2 kat atas tuh, semuanya tutup. Malas pula nak pergi yang jauh. Kemudiannya adik aku Duan #2 pun pegi la ke kebun getah berhampiran rumah nenek aku dgn kete arwah ayah.

Oh.. Duan dah bleh bawak kete kerana terpaksa. Nak taknak dia kene bawak. Lagipun dia kata nak mahirkan diri dulu baru wat lesen. Dulu dia wat lesen gagal hehe. Dia pegi berempat dgn kereta arwah ayah (iswara executive UK spec). Emak aku dan adik aku pizan pegi kutip getah, mahal benar getah sekarang, sekilo RM5 lebih!. Patut la ada orang2 kampung yang kebun getah besar boleh beli kereta cash!

Adik Duan dan Fadhil plak pegi ke kebun sawit kat gemang (ape nak cakap lam istilah lain pun tak tau), nih ladang lagi 1 la senang citer, ada 2, 1 ladang 6 ekar stengah, 1 lagi (gemang) ada dalam 3 ekar kot.  Sawit pun rege tengah ok. Yang gemang nih pokok kecik2 lagi. Diusahakan oleh arwah ayah slow2. Tanpa pinjaman tanpa apa2 skim tanam semula. Arwah ayah mmg tak suka berhutang2 nih. Duan dan fadhil pegi potong sawit, beberapa hari sebelumnya diorang membaja sket kebun sawit tuh.

Aku plak pi kedai makan kat kampung sebelah, lepak2… pastuh adik pompuan aku 2 orang (Nor dan Ani) datang benti amik duit ngan aku sket, diorang berdua pegi pasar K. Lipis, (more…)


Korang nak apa? Macam-macam ada… snippets #3

Tah yer ke tidak snippets ke 3, lebih kot.
1 – Last post aku rupanya dah sebulan dulu, lama benar. Yang pasti mmg selalu camtuh pun. Aku cuba update dengan lebih rajin tapi masih gagal. So aku update suke-suke ajer lah..

wad-kecemasan
Aku & Duan menunggu di Jabatan Kecemasan

2 – Bulan May, aku malas nak sambung cerita balik kampung tuh, sebab ape yang jadi aku dah tak ingat sangat kecuali beberapa perkara jer antaranya ialah ;
– aku hantar ayah aku ke hospital Kuala Lipis pada pukul 1 pagi.
– aku dan adik aku Duan #2 masa tuh tgh berpoya-poya makan kat kedai makan terus balik serta merta.
– aku, Duan, mak aku se-kereta antar ayah aku ke hospital,
– jarak dari kampung aku Kuala Lipis kira-kira 35km. Aku memecut selaju 220kmh (more…)


Balik kampung dan kereta kancil bodoh – Snippets style

Wah!.. sedar tak sedar dah lama benar aku tak balik. Rupa-rupanya, aku last balik kampung adalah Raya Haji 2008!. Iaitu kira2 hampir 6 bulan dulu atau dalam bahasa yang lebih menyayat hati ialah setengah tahun dulu!. Patut lah mak aku telepon asyik tanya bile nak balik, bile nak balik. Hehe…

viva-mystic

1 – Arituh masa cuti Tahun Baru Cina, masa semua orang balik, aku tak balik. Sebab duit dah habis.  Lepas tuh susah nak balik sebab banyak sangat kerja hatta di hari minggu seperti mana yang aku dah ceritakan sebelum2 ini.

2 – Jadinya aku mengambil cuti dari 1hb Mei hingga ke 5hb Mei dengan menggunakan cuti ganti berkursus ESQ165 pada 2 minggu lepas sebanyak 2 hari iaitu digunakan pada Isnin dan Selasa. 😀 So aku dapat 5 hari straight!.

3 – Aku nak balik pada malam 30 April, tapi firasat aku mengatakan, jalan Karak Hiway akan menjadi amat sibuk sebab ramai orang balik ke pantai timur sempena cuti 3 hari (Hari pekerja + sabtu + ahad). Dan ternyata ia adalah benar seperti yang disangka. (Orang kelantan pantang cuti panjang sikit, mesti balik 😀 ). Aku merancang balik pada 1Mei malam. Tapi…

4 – Kereta aku tengah sakit, yakni tayarnya tidak stabil menjadikannya macam kuda. Jadi aku ke kedai tayar pada petang 30 April malangnya nak ke Jalan Kapar Klang itu jammednya tahap tak bleh percaya! Dan aku sampai lewat ke kedai tayar yang mana sudahpun ditarik pintu. Ada beberapa kedai tayar lain, malangnya harganya berbeza mak datuk. Aku tanya “Esok ada bukak ka?”.  Itu olang kata : “Esok cuti loooo… Sabtu pagi pukul 9 balu bukak looo…!” Aiyaaa!!!

5 – Jadi aku rehat2 aja dirumah pada hari Jumaat 1 Mei itu. Malam itu aku pegi cucuk duit 1K sebab nak tukar tayar dengan Rim sekali alang-alang. Tapi banyak mesin Maybank Out Of Service! Mungkin semua orang keluarkan duit sebab nak balik kampung. Yang tinggal nasib baik ialah maybank besar kat BlueWave hotel tuh jer. 😀
(more…)


Pencarian Lelaki Maskulin 0809 dan aku nak rehat!

PLM0809

Sekarang jam menunjukkan pukul 10.45 minit malam, dan aku masih di opis. Nih tgh stress nih render montaj tapi asyik crash beberapa kali. Bengang betul. Tuh yang relaks kejap 15minit  nih taip blog nih… Aku harap kol 12 kang siap ah. Macam biasa, keje jadi orang multimedia nih, semua bende bagi last minit, nak siap cepat2 lepas tuh plak! nak best tahap channel MTV punya level. Kejadah!… Kalau gagal siap, ada la yang berani cakap2 belakang macam la kita nih pemalas la, main2 la, beruk la, kambing laa…

Padahal mana2 orang yang wat keje camnih, tau la susah payah.. jauh lebih payah dari diorang tuh yang perasan keje diorang dah cukup susah dan dah bagus.  Orang belakang tabir mmg selalu dilupakan, dipersalahkan dan juga termasuk kenaikkan gaji ataupun elaun tak pernah rasa ‘cukup bagus’ dan dihargai!. Betul! Tanya la kawan-kawan korang yang wat mende2 cenggini (kecuali yang kerja kompeni multimedia dan advertising yang super besar laaa = yakni di khalayak yang mmg paham job2 diorang). No!! aku tak salahkan apa2 dan sapa2 pun..

Aku diassignkan buat montaj opening dan beberapa video editing (termasuk effect) untuk Anugerah PLM nih. Sebab aku adalah orang yang handle Maskulin site dan perkara2 berkaitannya. Web minisite khas nya juga aku yang buat dan coding Fully CSS sendiri dengan gembiranya. Tapi Video montaj tuh please!!!… not only 1 week or less than 7 day dateline… If I’m the boss, i might reject this kind of request. I’m suffer to death (lebih-lebih plak) and surely letih, penat, tak cukup tido!  After Effect dan Premier bukan macam Microsoft Words la deeeeyyy! Yenna po! Tuh camner tuh… Keje opis bawak balik umah. Hai… nasib laa…

2 minggu lepas, aku sibuk di Bank Negara Malaysia outstation kat sana keje 9mlm-9pagi. Seminggu lepas punya cuti plak, aku menyiapkan job freelance uncle Musa dan beberapa lagi, dan minggu ini plak Sabtu Ahad aku tergadai lagi sebab sibuk ngan event PLM0809 kat Aswara KL. Esok pagi (kol 10 aku plan) aku kene join raptai dan test run multimedia montaj nih semua sekali..   Pagi ahad ada full rehearsal semua candidates sekali bersama Rosham Noor sebagai pengacara 😀 . Petang Ahad jam 2 bermula la aku duduk dalam konti menjaga multimedia kat dewan aswara tuh…

OK.. aku nak bancuh Nescafe dan sambung keje… selagi tak siap, aku tak balik gayanya.. walaupun aku dah sorang-sorang kat sini. Duh!.. Kalu tak siap gak, aku balik umah sambung kat umah sampai 3pagi. 😮

*Lepas nih aku nak cuti seminggu lepak kampung.. tapi…. minggu lagi 1 aku ada kursus la plak!!!!!


Banyak mende nak dibuat, tapi…

Banyaknya!… (banyak 3x).
Banyaknya bende nak dibuat, tapi tak tahu mana dulu nak dibuat. Dan kalau pun aku buat buat buat buat… kadang2 tak siap2 juga. Itu tak termasuk yang tengah2 buat, tiba2 bila mata celik…. “Lah! dah pagi rupenye!”.

Aritu sekali… bangun2 pagi, rupenye aku tetido kat meja pc. Dengan rasa sebelah tangan dah hilang sebab berbantal lengan, kene plak kabel saluran cecair merah tuh ter-block di penjuru meja. Pergh!!!! memang silap2 tangan tuh warna dah berubah  jadi lebam biru warna putih-star! 😀 (untuk jadi warna hijau sebenarnya amat mustahil la plak).

Aku selalu kata…
Too many things to do. Too little time to waste.
Ye la, entah bila la nak cukup kan…

Baiklah… sebenarnya, aku dulu-dulu boleh juga dalam mengatur kerja dan pekerja (nak kata pakar tuh tidaklah), tambah2 masa aku menjadi ‘pengurus bersama’ di syarikat kitorang dulu2 (yakni syarikat kecik yang takde la duit sangat bersama black_iii dan ada la sesapa lagi tu). Aku mmg selalu membaca teori dari pelbagai buku dan curian pengalaman orang lain juga hasil pemerhatian dan pemahaman. Aku dah belajar lama soal pembahagian subjek kerja. Kata orang putih, Job Delegation!. Iaitu:

4 Teori Asas Penyeliaan Tugasan:
– Urgent and important,
– Urgent but not important,
– Important but not urgent.
– Not important and not urgent

Erm.. kadang-kadang bende nih juga dikatakan sebahagian Time Management. Ah… persetankan itu semua. Undang2 dibuat untuk panduan, bukan penghalang. 😀 . Sama dengan teori2 seperti nih, ia cuma panduan… dalam situasi tertentu… tak payah ikut langsung pun takpe! Janji setel! Kan?

So skang… aku nak mula yang mana dulu? Ah! Mana-mana ajelah!


Streamyx lembab macam babi!.

Eh! Tak… bukan aku yang cakap… tapi ramai yang menyumpah-nyumpah macam tuh. Hatta ramai yang meletakkannya di status YM diorang! Sebenarnya aku pun nak letak kalu korang nak tau… Tapi aku memang tak suka nak ikut sangat orang lain… cukup la ngan aku terrrrrrrletak kat twitter aku time aku marah tadi.

Almaklumlah, dah sebulan lebih nih line teruk nih. Dah la pakej 1MB aku tak pernah langsung dah cecah 700mbps! Babi betul! Tahun lepas pun aku membelog tentang line lembab nih. Post dulu tuh tak la menyumpah camnih…  Apakah bulan Februari adalah bulan Streamyx jadi lembab? Sebab seingat aku dulu lembab masa bulan Februari nak masuk Mac 2008 gak?. Nih Feb – Mac 2009 pun nak jadi bende yang sama?

Terus terang lah, tak pernah rasa aman ngan Streamyx nih, pastuh kes bil silap tuh, aku ada check tapi ada rasa macam aku punya bil salah tuh macam tak deduct jer lagi. Still yang di caj extra tuh ada dalam akaun aku! Aku dah jadi makin sakit ati ngan Streamyx nih.

Terus terang la, kalau korang tak percaya, korang pegi google or yahoo. Taip la sebarang perkataan Streamyx ditambah dengan perkataan lain seperti bodoh, bangang, sial, sucks dan segala perkataan mencarut sekalipun, korang ‘tidak akan merasa terkejut’ kerana TERRRRRLALU BANYAK sumpahan yang dah dilakukan oleh ramai makhluk tuhan yang dah hilang sabar! Ape kejadahnya semua ini hah?!!!

Kejadahnya ialah, (more…)


Upin & Ipin The Movie – Geng Pengembaraan Bermula.

Aku telah membuat review filem Geng Pengembaraan Bermula ft Upin dan Ipin ini di pergh.com … So mulai hari ini, filem ini dah dimainkan di panggung-panggung seantero Malaysia. Dan walaupun team Les’ Copaque meletakkan target mereka RM10juta, aku percaya ia mampu capai target tersebut dan mungkin dapat lebih.

Sementara itu dari sumber tertutup yang boleh dipercayai ada memberitahu bahawa, mereka sudah berjaya menjual Upin & Ipin ke serata dunia hingga mendapat hasil mencecah 50juta ringgit! Dibeli oleh pelbagai stesen-stesen televisyen negara-negara asia barat, eropah dan segalanya.

Kebarangkalian mereka ini membeli adalah kerana keunikkan suasana siri tersebut yang mengetengahkan keMalaysiaan, iaitu selain bangsa dan kaum, alam sekitar kita juga adalah bonus. Siapa kata khatuliswa malaysiana kita tidak menarik? Formula menyuntikkan ke-local-an itu menjadi. Saya percaya prinsip ini = keunikkan.

geng upin dan ipin

Menyentuh tentang movie ini, saya dapat pergi Press Screening awal bulan lalu, saya diberi peluang oleh ke Press Screening tersebut oleh pihak Les’ Copaque melalui  En. Zarin atau mediahorizon – seorang kenalan.  Dek kerana banyak masalah dan kerja lain saya gagal membuat review seawal mungkin. Sementelah saya kurang pantas menaip karangan review atau dalam bahasa wartawannya ‘writeup’, menjadikannya terhenti-henti, on off akhirnya jadi sangat lambat disiapkan.  😀

Lagipun, server saya mengalami beberapa masalah yang agak ‘mencemaskan’ sejak sebulan lalu. Server saya overload dan down beberapa kali angkara beberapa punca yang tak payah la saya tulis disini, agak teknikal dan ramai orang biasa tak paham istilah dan jargon. Yang malangnya, kerana perkara-perkara tersebut, saya terpaksa membuat beberapa perancangan lain, bahkan rancangan MEGA PROJECT saya juga gayanya terpaksa ditangguh kerana kondisi server ini kurang sesuai buat masa sekarang dan ini agak mengecewakan hati. Saya tidak mahu jalankannya (projek tersebut) tetapi server asyik down bukan kerana apa, kerana server tersebut mungkin tidak mampu menanggung keadaan banjiran trafik dan load tambahan yang sudah adapun sudah tinggi terlampau!. Masalah-masalah begini boleh menyebabkan tekanan kepada webmaster2 dan aku percaya ada yang menangis dalam hati (bukan semata-mata kerana server tapi masalah berkaitan juga)

Server tersebut nampak gayanya tidak bertahan lama juga dengan spefikasi sekarang. Vertical scaling dan hardware upgrade akan dibuat terutama tambah memory dan space dan sebagainya…  Saya perlu mencari modal dan dana tambahan lagi yang entah mana datangnya atau ada atau tidak pun saya tidak tahu. Kerajaan Malaysia? no.. mereka lebih sibuk berpolitik dan bagi duit kepada politician dan … kalau bagi aku 5 juta pun lagi bagus aku buat sumbangan pada negara ape! . NGO? no… diorang pun bukan ada duit sangat. Advertising? No.. lagi la mimpi!…  Minta pada ahli? No!… nanti saya bongkarkan beberapa kisah tentang webmaster2 melayu (yg mempunyai web terkenal) punya masalah di pos akan datang. Believe it! It’s not a good story! But I wanna share it!…. (later)

Ok sambung balik Upin dan Ipin.. hehe..

Saya kurang mahir benar jalan ke Cineleisure Damansara, tambahan pula lazimnya saya akan pergi dengan kawan-kawan. Dulu ada Sham (black_iii) duduk ngan aku, ataupun dengan ex-housemate aku Lan, kalau pegi mana-mana, samada drive atau pun merempit. Aku cuma duduk di belakang / sebelah.   Selain faktor diorang lebih tahu jalan… faktor lain (kalu naik motor) ialah ‘orang berat atau besar duk depan bawak motor.. hehehe 😀

Aku mmg lemah mengingat jalan, sejak dulu lagi. Aku juga dah tak berjalan sangat sekarang, rasa cam dah jadi homies atau geek sangat plak. Sebenarnya aku rasa, aku malas nak jalan2 nih selain panas melampau tengah hari atau kalau kereta asik jam yang amat. Duk dalam jem jem nih rasa… penat.  Duduk di Shah Alam ini pun rasanya tak abis lagi tempat aku ronda, dan kalau aku ronda-ronda pun waktu malam je.

Oh.. Aku sampai di Cathay Cineleasure Damansara itu agak lewat, mujurlah belum start lagi screeningnya. Aku tidak mahu review disini, pegi baca di Pergh.com hehe…  dan lebih baik lagi kalau korang pergi panggung tengok sekarang!. Support industri filem 3D Malaysia OK!.. Tak nyesal punya!

Causs…


Mengemaskini blog dengan konsisten? Aku bukan Melayu?

Fuh, tajuk macam iya iya saja. 😀 . Sangat disedari sangat lama tidak mengemaskini blog nih, dah berapa bulan tah, malas nak kira. Yang pasti sudah lama bukan sebentar. Hari ini, walaupun ramai orang cuti Thaipusam, tapi aku bekerja. Syarikat ini tidak mengambil cuti pada Thaipusam, kerana cuti itu cuma cuti pilihan (optional) yang tak diwajibkan. Mungkin kerana lebih 80% pekerja syarikat Bumiputera ini adalah Melayu, maka cuti itu tidak diberikan. Cuma tiada halangan untuk mana2 staff beragama Hindu untuk cuti. (Oh! aku pun bukan tahu sangat soal2 HR nih… )

Line internet kat opis nih pun macam sedang bercuti, atau bekerja tak ikhlas. Sekejap ada, sekejap putus-putus. Mood orang kat opis nih pun terus lah berubah jugak! Semua agaknya. Selain masih sibuk menyibuk dengan hal politik ombang ambing di Perak, macam-macam lagi lah hal duniawi nih. Itu semua pun mempengaruhi juga mood sesiapa.

Aku tak pernah pergi ke Kuil Batu Cave walaupun aku rasa aku nak pergi tgk suasana di situ.  Kalau aku dah ada DSLR power2, aku akan pastikan aku pergi ke situ pada time-time macam ini merakamkan betapa best atau dahsyatnya sambutan itu. Bertuahnya orang Malaysia ini, kerana mereka tak perlu ke negara India untuk tgk acara seperti itu. Orang Malaysia juga tak payah pergi China utk nak tgk Lion Dance dan begitulah sebaliknya… segalanya ada di Malaysia.. Sebab tuh lah ada betul yang amat bahawa Malaysia Truely Asia. 1 orang Mat Salleh, hanya perlu datang ke Malaysia untuk melihat segalanya tanpa perlu pergi ke 3 negara lain! 😀

Aku punya chinese zodiak …
“The Fire Snake”
art-fire-snake
Fire Snakes can be a bit loud, speaking their minds and smothering you with their opinions. This does add a twist to his dynamic and vibrant character, as he is quite the extrovert. These Snakes have a great wisdom. They are intriguing communicators who leave you breathless after a conversation. Fire Snakes can change even the most obstinate mind with their powers of persuasion, convincing you their opinions or ideas are better than yours. This does make them a little self-centered, but you can’t say they aren’t driven for success.

Menyentuh bab Tahun Baru China, sebenarnya aku sambut juga. Walaupun aku tak balik kampung time tuh, tah malas nak balik. Sementelah gaji dah kurang benar hujung bulan selain dah membantu sikit orang tua aku kat kampung. Adik2 aku masih ramai yang bersekolah, sek. men dan rendah ada lagi… berapa aa… dalam 5 orang kot. IPT ada 3 lagi. Sawit dan getah tgh jatuh harga teruk time tuh.

Oh Ya! Aku sebenarnya bukanlah 100% Melayu, aku mungkin cuma ada 85% darah Melayu (atau kurang). Aku ada 15%  (atau lebih) darah Cina! So aku bleh la sambut Chinese New Year. 😀 . sebenarnya dalam susur galur keluarga aku, ada yang berketurunan Cina. Yaitu Moyang aku sebelah…. mak aku. Ke sebelah ayah aku?  (aku nih, sebagai orang lahir bulan 12, mmg ada masalah dalam ingatan detail sikit – sama macam Tun Mahathir gak). Nanti aku balik tanya semula… Tapi mak ngan ayah aku kawen spupu.. hahaha.. so moyang aku berbalik pada yang sama.

Alah, korang tau laa.. orang zaman2 dulu, sekampung ada berapa puluh keluarga je.. kalau kita sendiri bleh ingat sampai 5 generasi keatas pun dah kire hebat.. tapi abis kuat rata2 setakat 3 jer. Tambah2 masa aku lahir, tok sebelah ayah aku pun dah takde. Tok belah mak aku jer ada. Tok belah ayah aku mati hilang… time perang la tuh kirenye… bom sana sini, tembaks ana sini, pancung sana sini…  Kadang2 bende camnih bila tanya lebih2 pun orang2 tua kita bkan nak citer. Tanya pak sedara aku pun bukan dia nak cerita gak. pelik gak, tapi aku rasa, diorang pun tak tahu sangat.. so aku wat tak tahu je la…

Aku berkulit kurang cerah atau sawo matang. Adik beradik aku rata-ratanya cerah belaka. Tapi jangan sekali2 korang kata aku ada darah mamak! hahaha.. Aku ada darah cina.. Tapi selalu bile aku cakap aku ada darah Cina orang gelak. (mana ikon gelak nih 😀 ).  Bekas kekasih aku dulu-dulu (read: kisah lampau) pernah berkata, orang kening bercantum nih kuat cemburu. (tuh pasal dia bercerai ngan aku agaknya-dia ingat aku kuat jeles) . Aku percaya sampai skarang yang ramai perempuan percaya bende tu…  Aku cukup pantang daaa.. tak betul lansung pada aku. Ada kata aku jenis kontrol, pun lansung tak betul. Tapi kalau jenis keras hati & pedal tuh mungkin betul. Tapi bukan sampai takde toleran. Aku sangat toleran tapi pastikan factual bukan mengada-ngada. Hasil beberapa personaliti  test aku tergolong dalam golongan Rasional.

Masa aku kata kat Ah Heng, member kamceng cina aku yang duk puchong yang selalu datang2 lepak minum2 ngan aku, bile aku kata kat dia aku nih ada darah cina pun dia gelak kat aku. Cet!.. So then, I told to them something.. do you ever wonder why my eyebrow are different from others? Bentuk dan jenis kening aku, dan beberapa adik beradik aku terutamanya adik ke dua aku, Duan… adalah sama.. So aku kata lah, kening ayah aku dan arwah atuk aku pun sama. Adalah kening cina dulu2. Hahahaha.. So bukan kening jenis jeles tak bertempat tuh. Salah! So mungkin genetik dari moyang cina aku, ( yang aku tahu time tuh cina dari tanah besar diangkut ramai2 ke Malaya, di Kuala Lipis itu dulu2 ada banyak lombong2 emas dan bijih besi, antaranya Raub, Penjom, Tembeling, Merapoh dan sebagainya) so salah 1 warisan ialah genetik ini agaknya.

So aku bukanlah 100% melayu… dah tuh jangan la cakap kat aku beriya-riya ttg Hidup Melayu!, terasa aku tau :p … lagipun sebabnya aku orangnya rasional, yang baik… baiklah, yang buruk… buruk lah!, yang diantara duanya…. itu katak namanya!!!

Hah! padan muke ko Nuar! Main lagi katak katak!

*aku tgh nak belajar ngapdet blog dengan konsisten la nih, seminggu sekali mungkin?


Tutup dan Pindah!

Mengapa saya suka rumah saya?
Mengapa saya mengada-ngada nak tutup blog saya?
Mengapa saya mengada-ngada macam malas nak berblog lagi?

Adakah sebab blog saya mempunyai unsur hasutan dan fitnah?
Adakah sebab saya lebih hebat membuat fitnah daripada Raja Petra?
Adakah sebab Raja Petra itu botak maka dia anggap jahat. (Tapi kat web dia tak nampak plak botak sebab dia pakai barel dan hisap cerut!).
Adakah saya jahat macam Raja Petra? (suke2 ko jer cakap dia jahat! , berbeza pendapat belum tentu bermakna dia jahat! zaman skang semua kene open!)

Oh! ape2 pun tahniah gak la kat Raja Petra sebab… Sebab setidak-tidaknya,  Stesen TV1, TV2, TV3, TV7, TV9, Astro dan Radio serta Paper dan juga Web-Web dan Blog-Blog semua pun membuat promosi tentang web dia! Itu promosi yang kalau dikira bayar untuk siar, mahu cecah puluh-puluh juta bayarannya..

TV3 saje sebut tiap2 kali berita diorang maaaaa.. Buletin Utama! PRIME TIME plak tuh!, ape ke tak sedor ke diorang bagi free promotion kat RPK… Oh itu lah cara paling hebat nak promote blog kot.. dan jugak, dari tak nak tengok atau amik tau web dia, dah semua orang jadi AMBIL TAHU! Dan biler ramai orang baca, dan kemudian ramai orang bercerita, nescaya cerita2 tersebut akan menjadi semakin benar dan benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar benar belaka.

Atau, ianya adalah benar selagi tidak dibuktikan salah!.

Yang pasti… hits ke web dia mungkin bertambah berbillion2 berjuta2 orang pada masa ini.

Tahniah Raja Petra of www.malaysia-today.net . Bukan tahniah atas apa2 perjuangan ko pun ke ape ke, aku taknak jadi salah sorang pemuja manusia yang mendewa-dewakan ko pun… sebab tak semua cakap ko adalah betul dan tak semua juga salah, tapi tahniah besar kerana mendapat  promosi yang hebat, nama ko disebut ramai orang, sana sini depan belakang celah! …

Padahal kalau nak kire… salah sorang perantis chinese dalam The Apprentice Donald Trump hilang peluang menang sebab sebut nama web dia jer.. (tak bleh promosi free!) semasa siaran lansung final season berapa tah, 5 kot. Tapi.. ye lah.. ape2 je lah..

Aku suke Raja Petra ke? Tak! Aku suke sangat MalaysiaToday ke? Tak? Aku suke baca ape2 je, PAS ke Umno ke PKR ke DAP ke Mossad ke…  Tapi, dalam tak sedar, sesungguhnya…ada orang yang terlalu mendewa-dewakan manusia. Dan sesiapa pun manusia2 itu juga.. sesungguhnya semakin tidak sedar samada mereka riak dan tak rasa bersalah tak kiralah siapa pun … walaupun mungkin dia seorang PM sekalipun. TPM apetah lagi, walaupun dia sama Pahang dengan aku, aku tak pernah jumpe pun dia kat Lipis. Adnan Yaakob pun, tak pernah turun Lipis masa aku duk Lipis dulu. PRU13 besok silap2 terguling gak. Oh! Jalan raya nak balik ke kampung aku dari Bentong-Raub-Koyan teruk gile babi  yang amat! Ko jaga-jaga Denan, esok 5 tahun lagi terguling aku tak tahu… ayoooo…

Ermm…. Maksud aku.. Manusia tetap manusia..  siapapun.. Banggalah dengan siapa diri kita tapi jangan sampai riak dan anggap kita semua betul dan sewenang-wenang buat ape saje .

Banggalah juga dengan nama kita.. maka saya pun adalah domain baru bernama saya sendiri di:

www.NizamAhamad.com 

dan blog ini akan pergi ke antarabangsa dan merangkap portfolio site aku juge!..


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Siapa dia?

Aku rasa.. ramai orang yang cari detail MB baru selangor nih. So, aku letak lah keratan dari akhbar SinarHarian kat sini. Here it is, Tan Sri Khalid Ibrahim’s profile.

Tan Sri Khalid Ibrahim Menter Besar Selangor  PKR

Power kan? Power lah tuh.. nak best camner lagi. Mari kita lihat kemampuan diorang dalam masa 5 tahun ini. Mampu atau tidak? Atau cakap saja lebih?

Oh ya, belilah SinarHarian setiap hari. Ia akhbar terbaik untuk anda di Selangor. 😀


Majalah IM #2 – Isu Mac 2008 Designed By Me!

Lewat bulan lalu (Februari) , aku mmg dilanda kesibukkan. Sementelah sibuk dengan beberapa kerja2 design berkaitan pilihanraya. Dituruti juga sibuk dengan pelbagai perkara lain. Penyusunan waktu menjadikan saat dan minit amat kritikal.

Majalah IM Malaysia

Dalam ketidakcukupan segalanya, siap juga majalah IM ini aku design sepenuhnya walaupun waktu yang diperuntuk amat sesak. Menerima bahan mentah dalam tempoh masa seminggu mungkin tiada masalah dalam skala waktu lengang. tapi dalam sesak aku sendiri terpaksa aku yang kemampuan jasad aku terhad. Kepenatan, ketidakcukupan tidur, kekurangan rehat, dan sebagainya membuatkan kadang-kadang tahap kreatif dan motivasi juga turun.

Nikmatilah majalah IM isu mac 2008 ini baik dari persembahan design naif aku dan ilmu-ilmu hebat dari pakar-pakar Internet Marketing yang sudah punya atau cecah setidak-tidaknya Puluhan Ribu Ringgit Sehari, Seminit, Sesaat, dengan goyang kaki duit masuk kepala bapak kau! menjalankan perniagaan tubuh badan Internet sebenar!

Oh ya.. agak lewat review ini sebab… sebab.. sebab ape2 je lah.. 😀
Aku tak mahu review panjang-panjang. Bleh baca review merata-rata yang menyatakan cara mendapat kepuasan seks peringkat tertinggi yang amat membaca majalah ini!  Cari sendiri kat google or pegi ke site diorang : Flarebiz

Download EMajalah Percuma Ini Di www.majalahIM.com
Terbitan Kumpulan Team Flarebiz Sdn. Bhd