Category : Motivasi

Kerja bertangguh tak bersungguh, kerja bernanti tak menjadi

Rasanya ayat tuh adalah pepatah, tapi aku tak ingat sangat. Pilihlah yang mana suka.

kerja-tangguh-nanti

Tahun ini, plan aku banyak, harap2 tak la jadi seperti last year. Last year dan akhir tahun, tahun sebelumnya, adalah merupakan hari-hari yang malang dan dukacita.

Kata Jet Lee dalam sebuah movie yang dibintanginya… barangkali dari sebuah sajak sasterawan lama bangsanya :

Kisah pahit semalam adalah sejarah, usah di bawa ke hari esok sebagai satu bebanan.

Jadi, marilah kita teruskan hidup, merancang masa depan yang lebih gemilang, sesuai juga dengan saranan ini :

“Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam.” ~ Saidina Ali

Aku tak nak cerita lagi apa yang di rancang, dan apa yang dah aku susun untuk tahun ini, kerana kalau tak jadi… siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka? Aku sendiri hehe.. Kalau jadi nanti baru aku cerita. >_<

*graphic boleh sebarkan, tapi jangan ngada2 buang watermark credit aku, aku saman korang kang, belajar sikit respek kat orang punya hak bleh?. 

 


8 Tips : Saya pun nak jadi designer juga! Macam mana?

Hari nih tak tau nak update pasal apa. Kalau pasal life, rasanya 2 3 hari nih aku tak de berjalan ke mana2 sangat. Banyak menghabiskan.. errr, memanfaatkan masa dengan buat kerja. Nak kata gi makan jalan2 ke luar pun takde ke mana2 sangat. Jadi, lepas pikir2, aku rasa malas nak pos bende berat2 lagi… hari nih aku nak citer pasal…

“Macam mana nak jadi designer?”

*malas nak mendesign khusus untuk topik nih, aku banyak keje tak setel nih.
* Courtesy of Pergh.net merangkap cover fb aku hehe
😀

Ok,  pertamanya dengan rendah hati, jiwa dan raga (ceh!) saya tidak mendakwa bahawa saya orang yang pakar disini, saya cuma salah seorang dari ribuan designer di luar sana, tidak lebih tidak kurang. Cuma kadang2 ada orang bertanya saya, dan nak saya bantu atau guide diorang supaya boleh buat kerja macam saya.

Sebenarnya dalam bidang design atau mereka bentuk ini, ada 2 pecahan utamanya iaitu :

  1. Pergi lah masuk belajar di IPTA atau IPTS yang berlambak di luar sana, pilih bidang yang berkenaan.
  2. Belajar Sendiri.

Ok, lazimnya yang bertanya aku tuh kerana tiada option 1. Barangkali kurang bernasib baik, atau dulu malas, sekarang baru nak rajin.  Ada juga yang barangkali terinspirasi dengan apa yang aku buat, ada juga yang kerana desakan hidup. Tidaklah aku ini senang orangnya, aku pun banyak pahit dari manis juga dan ranjau berliku lintang pukang terkangkang tersembam semua aku dah lalu. Pernah dapat payment berpuluh2 K (tapi boleh habis dalam masa sebulan?), pernah juga tinggal seringgit dalam poket bahkan sampai meminjam untuk nak makan. Pernah.  (more…)


Merancang cara menaikkan trafik ke web

Jika dalam dunia penyiaran seperti TV dan radio, biasanya di nilai dalam kiraan rating (complicated sebenarnya). [ TV rating system ] . Dalam dunia penerbitan bercetak pula di nilai berdasarkan ‘circulation’ ataupun kitaran unit jualan (kot?). Dan dalam dunia web pula, sudah tentu berdasarkan TRAFIK! (Sebenarnya barangkali diluar sana sudah ada banyak web membicarakan hal trafik ini, anggaplah ini adalah versi saya yang lazimnya berbeza dari stereotype kat luar sana 😉 )

Selain trafik, pagerank juga merupakan 1 perkara lagi, tetapi boleh dikatakan pagerank nih tidaklah sehebat trafik. Ada mengatakan pagerank adalah sebagai benchmark ‘nilai isi’ atau kualiti sesebuah web, juga sejauh mana ia disenaraikan di enjin carian. Google pagerank lazimnya diutamakan. [ Check pagerank ] Web ini misalnya pagerank 3, dulu pernah cecah 4, tapi sebab terbiar lama mestilah jatuh. Kadang-kadang tukar hosting pun boleh jatuh. Traffik juga ada kaitan dengan pagerank walaupun tak selalunya sama.

Beberapa bulan lepas, atau lewat tahun 2010, web saya Pergh.com (dulu pagerank  5 – sekarang 2?) mempunyai traffik yang cukup baik dan tinggi. Mencecah ribuan trafik unik sebulan, dan ratusan ribuan page view sebulan. Mungkin tidak sehebat sesetengah web lain yang cecah ribuan unik dan jutaan pageview sebulan, namun perlu difahami kerana web saya adalah bersifat NICHE market atau dalam bahasa orang tak faham english-nya ialah ‘pasaran-khusus’.

Berikutan penggunaan server yang terlalu tinggi dan kerapkali mysql error atau lost connection to database kerana kemampuan terhad SemiDedicated server ketika itu (sampai kadang2 naik bosan restart server dan fix error – Iklan : forum masalah bagi kat aku troubleshoot – harga leh nego hehe), maka saya mengambil keputusan menutup room kepada public view. Cuma kena login untuk lihat isinya pada ketika itu. Trafik saya secara drastik telah merudum lebih 70%! Yang lebih memeritkan ialah, banyak google listing telah diremove kerana di ibarat bounce link atau page error, padahal semuanya telah dipointkan kepada login page sahaja. Web yang lama tutup atau tidak diupdate  juga akan berlaku hal yang sama contohnya blog ini hahaha.

Selepas saya bertukar kepada dedicated atau colocation server kira2 hampir 5 bulan selepas ditutup, saya berusaha menaikkan kembali trafiknya ke asal. Sudah tentu ia tidak akan secara semula jadi naik semudah itu. Perlu difahami, turunnya mudah, naiknya susah. Bayangkan saya hilang beratus2 atau mungkin beribu2 backlink, beribu2 keywords dan segalanya yang menyumbang trafik. Daripada unik visit sekitar 1200 sehari, saya cuma tinggal 250 unik sehari. Lihat rajah dibawah. (saya suka gunakan sitemeter dan sengaja di open-to-public. Diketahui ada juga webmaster menyorokkan trafik mereka dan mendakwa trafik mereka sangat2 tinggi padahal ada yang menipu!)

Nah ini dia webmaster-webmaster penipu trafik(more…)


Antara Mimpi dan Impian

Mimpi dan impian membawa maksud berbeza. Barangkali serupa tapi tak sama. Ah…Sudah pasti diorang tidak mempunyai ibu dan bapa, kerana mereka sudah pasti bukan manusia.

Semua orang hidup pernah bermimpi… baik bayi, budak2, remaja, dewasa mahupun tua. Tapi adakah korang ada impian? Ada? Betul ke?  Adakah korang pasti impian korang tuh bukan MIMPI?

Kembali kita imbas, 15 tahun dulu, atau tambah sebarang intiger yang sesuai untuk kembali ke zaman kanak2 riang ribena kita. Tatkala dunia ini tiada masalah memikirkan perkara2 yang penuh kat otak kita sekarang. Misalnya kereta belum bayar, PTPTN duk kejar, serabut dengan kerja tak habis-habis, bos bising-bising, budak office itu ini tak suka kita atau kita yang tak sedar diri asyik nyampah lebih2 kat diorang dan perasan kita bagus sangat.

Atau… (more…)


Kita hari ini, adalah hasil dari apa yang kita lakukan dahulu!

Lama tak update blog aku, sangat2 lama. Sibuk segala bagai, nak mengarang pun malas.

If you don’t blog, you not exist in this cyberspace.

Bulan mac adalah bulan ke 3 dalam setahun, tiada bulan yang special, tiada jugak bulan yang sial. Ia tergantung atas apa yang kita lakukan samada dilakukan 1 masa dahulu, semalam, mahupun tulat.Yang paling penting ialah kita melakukan sesuatu yang bermakna.

Justeru, KITA HARI INI adalah hasil dari  APA YANG KITA LAKUKAN SATU MASA DAHULU!


Sehari di kampung bersama sawit, getah, ikan keli dan tahlil.

Hermm.. nak kata lama tak balik kampung, baru gak balik kampung. Raya cine dulu aku tak balik, aku balik minggu berikutnya, tapi bagus gak, aku tak sangkut jem cam orang lain hehe.

Baiklah. Aku sambung cerita dari hari.. sabtu, walaupun aku dah pos semalam. Tapi shortly sebab guna phone via GPRS. Sebenarnya kampung aku ada ICT desa, tapi tutup kol 6 ptg. Walhal aku sangat sibuk juga hari sabtu tuh. RIngkasnya begini.

Bangun pagi, mak aku bising2 kat adik aku yang sorang itu, ajak pegi kutip getah kat kebun tak mau. Rela tidur balik lepas minum pagi. Adik aku yang itu entah kemana hati perutnya. Aku plak pagi2 itu try pegi cari bende nak dimakan, mak aku tak masak, jadi aku pun ronda la kedai2 kat atas tuh, semuanya tutup. Malas pula nak pergi yang jauh. Kemudiannya adik aku Duan #2 pun pegi la ke kebun getah berhampiran rumah nenek aku dgn kete arwah ayah.

Oh.. Duan dah bleh bawak kete kerana terpaksa. Nak taknak dia kene bawak. Lagipun dia kata nak mahirkan diri dulu baru wat lesen. Dulu dia wat lesen gagal hehe. Dia pegi berempat dgn kereta arwah ayah (iswara executive UK spec). Emak aku dan adik aku pizan pegi kutip getah, mahal benar getah sekarang, sekilo RM5 lebih!. Patut la ada orang2 kampung yang kebun getah besar boleh beli kereta cash!

Adik Duan dan Fadhil plak pegi ke kebun sawit kat gemang (ape nak cakap lam istilah lain pun tak tau), nih ladang lagi 1 la senang citer, ada 2, 1 ladang 6 ekar stengah, 1 lagi (gemang) ada dalam 3 ekar kot.  Sawit pun rege tengah ok. Yang gemang nih pokok kecik2 lagi. Diusahakan oleh arwah ayah slow2. Tanpa pinjaman tanpa apa2 skim tanam semula. Arwah ayah mmg tak suka berhutang2 nih. Duan dan fadhil pegi potong sawit, beberapa hari sebelumnya diorang membaja sket kebun sawit tuh.

Aku plak pi kedai makan kat kampung sebelah, lepak2… pastuh adik pompuan aku 2 orang (Nor dan Ani) datang benti amik duit ngan aku sket, diorang berdua pegi pasar K. Lipis, (more…)


ESQ165 Angkatan 30

Minggu lepas, aku kehilangan hari cuti lagi seperti minggu2 yang sebelumnya.  Dari Jumaat 17hb – 19hb April 2008. Bertempat di Flamingo Hotel, Ampang. Opis aku menghantar ramai staff dan akan menghantar keseluruhan staff karangkraf untuk mengikuti kursus ini.

esq-165Kursus ini sebenarnya agak kontroversi bagi sesetengah pihak, terutama beberapa pihak yang beranggapan ‘mereka adalah betul’. Dan bersikap pesimis (atau bersangka buruk) telahan pula pengasas dan fasilitatornya terdiri dari orang seberang (Indonesia). Berpegangkan modal bahawa ‘kononnya’ Orang Malaysia lebih baik dan ajaran dari Indonesia adalah mungkin sonsang (tambahan pembawaan pancasila dari mereka) atau mungkin ekstrimis ala pengganas Amrozi, Imam Samudera dan angkatannya. Itu adalah tanggapan lazim orang Malaysia hatta ahli agama sekalipun.

Disini saya tidak mahu memperpanjangkan cerita atau membuat ulasan siapa benar siapa salah, kamu benar aku salah, atau kamu busuk hati dan aku adalah suci? Tidak sama sekali. Segala urusan baik benar buruk dan ketentuan adalah milik Allah. Secara jujurnya… kursus ini banyak baik dari buruknya. Ia tidak perfect, seperti diujarkan oleh fasilitatornya, tetapi ia tidak buruk dan ia tidak sekali menyesatkan. Kesimpulan secara mudah dan umum dari aku ialah…

ESQ 165, adalah satu modul diasaskan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian, yang mengaitkan unsur sains dengan Islam dan Al Quran. Yang memperjelaskan bahawa Quran itu adalah benar dan merupakan mukjizat yang benar. Segala catatan dalam Al-Quran akan dibuktikan kebenarannya satu persatu di kemudian hari. Seperti kita sedia maklum, dunia sains adalah dunia ‘pembuktian’ sehingga wujudnya pihak saintis (yang mungkin juga muslim orangnya) yang mula menafikan keujudan ‘ketuhanan’. Ia juga mengandungi perihal ‘kenali diri anda’. Sebahagian dari kursus ini mengandungi itu dan banyak lagi.

Selain itu ia mengaitkan Islam Is The Way Of Life. Betapa penyucian diri seseorang berdasarkan Rukun Islam dan Iman, adalah asas untuk diri sesorang menjadi bersih. Dengan bersihnya diri dan hati, maka… barulah boleh seseorang itu menjadi pemimpin (leadership) bukan sekadar pemimpin pekerjanya, tapi pemimpin keluarganya dan memimpin dirinya sendiri.

“Jangan taksub dengan ESQ, ia cumalah 1 objek atau subjek, bukan sesuatu bende untuk di puja dan di sanjung. Tetapi ambillah apa yang baik darinya”. Bagi yang masih skeptikal, boleh cuba, dan perbetulkan mereka jika ada yang tidak betul seperti yang mereka katakan.

Saya sebenarnya sudah punyai hati yang kelabu. Tatkala orang lain boleh menangis, hati saya ini masih keras. Saya berharap benar jika saya dapat menemui sebahagian diri saya yang dulu. Siapa saya yang ‘satu masa dulu?’…

1 – Saya orangnya khatam Al-Quran semasa darjah 2. (dan saya masih boleh membaca Al-Quran dengan lancar sehingga sekarang)
2 – Saya orangnya dulu pernah menjadi juara Tilawah semasa Tingkatan 2.
3 – Saya orangnya satu masa dahulu sembahyang tidak tinggal.
4 – Saya orangnya dahulu pernah belajar disekolah arab…

Rupa-rupanyanya… hati saya sudah kelabu, syukurlah.. kerana ia belum hitam. Dan yang pasti, ‘suara hati’ saya masih kuat sehingga sekarang.


Banyak mende nak dibuat, tapi…

Banyaknya!… (banyak 3x).
Banyaknya bende nak dibuat, tapi tak tahu mana dulu nak dibuat. Dan kalau pun aku buat buat buat buat… kadang2 tak siap2 juga. Itu tak termasuk yang tengah2 buat, tiba2 bila mata celik…. “Lah! dah pagi rupenye!”.

Aritu sekali… bangun2 pagi, rupenye aku tetido kat meja pc. Dengan rasa sebelah tangan dah hilang sebab berbantal lengan, kene plak kabel saluran cecair merah tuh ter-block di penjuru meja. Pergh!!!! memang silap2 tangan tuh warna dah berubah  jadi lebam biru warna putih-star! 😀 (untuk jadi warna hijau sebenarnya amat mustahil la plak).

Aku selalu kata…
Too many things to do. Too little time to waste.
Ye la, entah bila la nak cukup kan…

Baiklah… sebenarnya, aku dulu-dulu boleh juga dalam mengatur kerja dan pekerja (nak kata pakar tuh tidaklah), tambah2 masa aku menjadi ‘pengurus bersama’ di syarikat kitorang dulu2 (yakni syarikat kecik yang takde la duit sangat bersama black_iii dan ada la sesapa lagi tu). Aku mmg selalu membaca teori dari pelbagai buku dan curian pengalaman orang lain juga hasil pemerhatian dan pemahaman. Aku dah belajar lama soal pembahagian subjek kerja. Kata orang putih, Job Delegation!. Iaitu:

4 Teori Asas Penyeliaan Tugasan:
– Urgent and important,
– Urgent but not important,
– Important but not urgent.
– Not important and not urgent

Erm.. kadang-kadang bende nih juga dikatakan sebahagian Time Management. Ah… persetankan itu semua. Undang2 dibuat untuk panduan, bukan penghalang. 😀 . Sama dengan teori2 seperti nih, ia cuma panduan… dalam situasi tertentu… tak payah ikut langsung pun takpe! Janji setel! Kan?

So skang… aku nak mula yang mana dulu? Ah! Mana-mana ajelah!


Aku sakit… Sindrom Keletihan Terlampau.

Sindrom Keletihan Terlampau?.

(nota – ini penulisan aku yang amat panjang)
Rupa-rupanya… aku ini sakit… Mula-mula… aku tak percaya ada wujudnya penyakit nih… Sampai la aku terbaca selepas aku meng-google-kan beberapa perkara yang terjadi pada diri aku.. aku jumpa lah bende nih.
Itupun setelah aku terbaca 1 artikel semasa aku mengupdate majalah Mingguan Wanita punya website (yang aku design) sebagai tugas rutin mingguan aku di pejabat. Artikel tersebut menceritakan tentang perkara-perkara ini…

So aku rasa… aku kemungkinan besar mengalami penyakit ini. Sebenarnya… aku masih khilaf antara penyakit ini (keletihan terlampau) atau kemalasan terlampau. Tapi aku rasa, aku nak kata aku malas terlampau… tidaklah.. malas sikit-sikit tuh mungkinlah ada. Ye lah.. sapa-sapa pun mesti ada malas.

Sindrom Keletihan Terlampau atau Sindrom Keletihan Kronik atau dalam Englishnya… Chronic Fatigue Syndrome (CFS) (rujuk wiki disini : Chronic Fatigue Syndrome ) Penyakit ini bukanlah bersifat penyakit-penyakit seperti biasa, penyakit ini bagi aku luar biasa untuk di-istilahkan sebagai penyakit.

Beberapa perkara lazim yang diceritakan banyak benar terjadi pada aku. Antaranya..
Sakit seluruh badan dan sendi. Kesukaran fikiran, kronik, kelesuan mental dan fizikal  (exhausted) dan berkaitan kesihatan tentunya.

Walaupun dikatakan penyakit ini lazimnya menyerang perempuan 4 dari 1000 berusia atas 40 tahun di Amerika (kat Malaysia manade orang rajin buat kajian macam nih!.. ) Orang kita lebih suka ambil tahu bende2 yang berkaitan politik, harga minyak, 3gp melayu, cerita anak-anak haram punya telemovie dan sebagainya). Aku percaya penyakit nih boleh menyerang sesiapa saja asalkan cukup sifat dan syaratnya… terutama di negara-negara baru nak maju atau yang hidupnya hectic.

So aku rasa… dalam sesetengah keadaan, aku mmg  tidak hidup normal… (more…)


Majalah IM #2 – Isu Mac 2008 Designed By Me!

Lewat bulan lalu (Februari) , aku mmg dilanda kesibukkan. Sementelah sibuk dengan beberapa kerja2 design berkaitan pilihanraya. Dituruti juga sibuk dengan pelbagai perkara lain. Penyusunan waktu menjadikan saat dan minit amat kritikal.

Majalah IM Malaysia

Dalam ketidakcukupan segalanya, siap juga majalah IM ini aku design sepenuhnya walaupun waktu yang diperuntuk amat sesak. Menerima bahan mentah dalam tempoh masa seminggu mungkin tiada masalah dalam skala waktu lengang. tapi dalam sesak aku sendiri terpaksa aku yang kemampuan jasad aku terhad. Kepenatan, ketidakcukupan tidur, kekurangan rehat, dan sebagainya membuatkan kadang-kadang tahap kreatif dan motivasi juga turun.

Nikmatilah majalah IM isu mac 2008 ini baik dari persembahan design naif aku dan ilmu-ilmu hebat dari pakar-pakar Internet Marketing yang sudah punya atau cecah setidak-tidaknya Puluhan Ribu Ringgit Sehari, Seminit, Sesaat, dengan goyang kaki duit masuk kepala bapak kau! menjalankan perniagaan tubuh badan Internet sebenar!

Oh ya.. agak lewat review ini sebab… sebab.. sebab ape2 je lah.. 😀
Aku tak mahu review panjang-panjang. Bleh baca review merata-rata yang menyatakan cara mendapat kepuasan seks peringkat tertinggi yang amat membaca majalah ini!  Cari sendiri kat google or pegi ke site diorang : Flarebiz

Download EMajalah Percuma Ini Di www.majalahIM.com
Terbitan Kumpulan Team Flarebiz Sdn. Bhd


Bila cari tak jumpa!.. Bila tak cari ada je…

*NOTE: This post no need EROTIC or SEXSUAL orientation title to attract people as many others do and flooding innit.nuffnang.com now.

Selalunya lah kan, dalam hidup kita nih, berlaku perkara sepertimana tajuk diatas.

Perkara lazim yang berlaku ialah macam… Hilang kunci, hilang bill or surat or kertas2 dokumen. Puas dah geledah sana, geledah sini, susun sana dan susun sini. Tapi masih tak jumpa!. Bengang betul! Siap menyumpah *&(*&^%%$$^#$$$# keluar belaka.

Hiro Nakamura Hiroes
Tapi besoknya atau beberapa jam kemudian, tiba2 je bende tuh ada.. jumpa semula! Lalu kita pun menyumpah dan mencarut lagi *&(*&^%%$$^#$$$#.. “Time aku cari semalam bangang tul.. tak jumpa2! *&(*&^%%$$^#$$$#!.. macammana boleh duduk kat sini plak menatang nih!..

Itulah hidup.. Sebenarnya, pada masa kita mencari bebende tuh, otak kita dan emosi bercampur aduk. Tambah2 dalam keadaan terdesak.. Ianya boleh dipanggil stress dalam satu jangkamasa. 😀 Selalu bila hadapi keadaan macam ni, tak usah cuba nak rilek la.. kalau rilex2 pun kadang2 masih tak jumpa.. ada sesekali dua aje jumpa.

Hal-hal sekecil camnih kadang2 bleh menambah stress yang ada, dan carutan *&(*&^%%$$^#$$$# tuh melampiaskan tekanan..

Apakah aku dalam keadaan tertekan?
Ye!!! *&(*&^%%$$^#$$$#!! *&(*&^%%$$^#$$$# Betul!..

1 – Dah la aku banyak job nak dibuat, membabitkan perlu online sebab nak test dan buat semua job tuh perlu online… line streamyx rumah aku plak down. *&(*&^%%$$^#$$$# betul!.. Aku dah call TM, posibly bukan bill aku ada tertangguh sebulan sebab setahu aku kalau akaun kena gantung diri (suspended) dia kuar reject password/username on the domain je. Ini aku punya modem ADSL line asyik berkelip2. Jadinya.. aku punya line area tuh mungkin ada problem.. Ibusawat, menara apa tah… Server down.. DNS… apalagi tah… So, dia suruh tunggu dan ambil nombor report. Tapi!! *&(*&^%%$$^#$$$#! ape ke hal benda ni pun mungkin ambil masa 1 atau 2 hari? WTF!! *&(*&^%%$$^#$$$# Betul!

2 – Ada project (kerja luar) yang aku buat terkial2 sejak 2 atau 3 bulan dulu dibatalkan . Padahal aku dah separuh mati terkial2 buat siang malam.. Ubah itu ini, buat balik separuh mati lagi.. Pusing sana, pusing sini… last2 kansel camtuh jer.. *&(*&^%%$$^#$$$# betul! Dah la plan aku dari duit tuh la aku nak bayar benda2 lain yang tertunggak, 88 bill yang belum setel dan lagi mau nak raya.. *&(*&^%%$$^#$$$# betul!!!!

3 – Yang ketiganya plak… *&(*&^%%$$^#$$$# *&(*&^%%$$^#$$$# *&(*&^%%$$^#$$$#*&(*&^%%$$^#$$$# gadis *&(*&^%%$$^#$$$#!!! melayu *&(*&^%%$$^#$$$#

4 – *&(*&^%%$$^#$$$# *&(*&^%%$$^#$$$# .3gp

Ahh.. cukup lah.. karang korang pulak yang tertekan baca pos aku.. sedangkan aku sedang membuang sikit tekanan hehehe..
*Ada untung gak aku ada hikmat menenangkan diri camnih rupanya.. Heheh

Nota : Gantikan “*&^%%$$^#$$$#” dengan perkataan carutan yang anda suka.


Melayu Boleh atau Bolehkah Melayu?

Melayu Boleh! is a phrase meaning “Malay Can!” in English. Actually it’s coming from a common Malaysia Boleh, Malaysian National Supportive Shouting and Cheering word 😀 . In another word, it’s meaning like:

We Can Do All The Thing, Nothing Imposible To Us!

Carian bagi perkataan Melayu Boleh apa saja termasuk sex bebas ini adalah amat banyak setiap bulan di enjin2 carian terkemuka. Statistik memaparkan lebih 14,000 carian sebulan!. Dan pastinya akan meningkat bergantung kepada masa dan musim. Musim bulan mengambang mungkin naik agaknya.. Dan sikap tidak senonoh ini memang masih wujud banyak dikalangan warga2 Melayu Malaysia. Hoi!!! Mangkuk!!! Internet bukan sekadar seks! Banyak lagi bende lebih baik untuk korang lakukan selain dari mengisi otak kuning korang tuh!.

Berikut adalah beberapa Melayu Boleh dalam Kategori baik!.
gambar melayu boleh 1
1 – Dato’ Azhar Mansor : Melayu boleh keliling dunia sorang-sorang dengan kapal layar.
gambar melayu boleh 2
2 – Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin dan Ahmad Reduan Rozali : Melayu yang kire bolehlah panjat Gunung Everest sampai habis.
gambar melayu boleh 3
3 – Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir : Perempuan Melayu taraf makcik ke nenek pun BOLEH! jugak mengembara di kutub sejuk tuh!
gambar melayu boleh 3
4 – Adi Putra Abdul Ghani : Melayu yang kecik-kecik lagi dah boleh mengira tahap dewa! Aku masukkan nih dalam senarai awal nih. Dan Adik adiputra nih lah yang paling best kebolehannya berbanding yang lain. 😀 The first Genius Malay In Modern Math! Aku akan buat detail tentang semua mereka diatas nanti. 🙂
5 – Banyak lagi aku rasa…
NOTE! : Minta korang semua pembaca2 yang dihormati sekalian, tolong senaraikan lagi nama2 yang patut kita masukkan dalam senarai baik Melayu Boleh ini.
Oh Ya! Buat kenalan Indonesia yang juga secara eksidensi atau tiba2 terjurus ke sini, please ya, minta di beri juga nama2 Melayu sana yang sangatlah hebatnya. Kerna, gue rasa, melayu itu ya, bukan hanya Malaysia, sebaliknya kita dahulu punyai Malay Archielago. Gituk!

The question is… Why the “melayu boleh” phrase’s soo famous in Malaysia?
I will answer this later including the best research and facts perhaps.

Mengapa perkataan melayu boleh amat terkenal di Malaysia?

Saya sambungkan kisah ini pada bahagian kedua nanti!.. Terimakasih!