Category : Review

Handphone baru saya, Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro, Android ;)

Sedar tak sedar, dah sebulan aku pakai handphone nih. Rasanya beli pada 6 atau 7hb February hari tuh. Aku beli 2 bijik sekaligus. ๐Ÿ˜€ Satu untuk saya, dan satu lagi untuk…

… untuk adik lelaki aku pizan yang belajar di Uitm Arau (jauh giler). Oh, ye lah, aku beli pada hari sebelum dia balik sana pada last cuti semester ari tuh. Mula-mulanya dia nak beli nokia X-something something. Selepas aku kata aku nak beli xperia tuh, dan dan la dia nak yang tuh gak. Lagipun nokia agak overated. Iphone dan blackberry laaaagi la overated hahaha. ๐Ÿ˜€ . No heart feeling iphonean dan bbian, duit korang, korang punya sukalah. Aku bukan jenis beli brand haha.

Selepas sebulan pakai smartphone nih, dah calar2 dah depannya, maksud aku calar pada screen protectornya. Aku memanglah jenis letak phone dalam poket saja, lagipun aku berasa macam bodoh nak bawak extra beg2 atau kantung2 nak isi phone. Serabut der… Selalu letak dalam poket sekali kunci sekali syiling dan sbgnya.

Antara faktor utama aku memilih handphone adalah saiznya yang kecil, sebab aku tak suka penuh poket ngan handphone macam korang punye I dan BB. Gedabak duk lam poket. Berat nak mampus plak tuh. Lagipun henphone korang mahal2 overpriced tuh ramai yang beli secara hutang atau murah berkontrak 2 tahun yang sebenarnya harganya laaagilah jadi terlampau lebih. Itu Fakta. Ok! adalah beberapa yang kaya beli cash. Good. But the others.. tanya diri sendirilah.. jawab sendiri hehe. (more…)


Mentor 5 tidak best! Review konsert pembukaan

Tak best! Tak best! Tak best! kecuali beberapa yang best. (Tajuk diatas adalah ‘contradiction’ btw) Wah!, lama tak menulis pasal program TV dan sepertinya. Satu masa dulu aku pernah gak terpengaruh menulis bebende camnih. Tapi sebenarnya, bebenda camni sangat bagus… untuk memandu trafik ke web.


*gambar diatas adalah dari Facebook Mentor 5

Saya mengambil contoh yang agak epic (pada saya), seorang kenalan maya bernama Sultan Muzafar, yang blognya dulu sangat ngetop pada era kegemilangan Akademi Fantasi (sekarang AF tak sehebat dulu rasanya… at least aku rasa camtuh). Akhirnya blogger tersebut sudah tersohor dan di kenali ramai. Khabar terakhir di dengar, beliau dah kerja di Astro. ๐Ÿ˜€

Jadi.. malam ini aku tak mo taip panjang2-nye-pun. Still aku nak buat ulasan, at least sebab nih jer antara program realiti TV yang aku ikut sebab aku takde Astro (bukan aku tak mampu, tapi aku tak de nak tgk tv sangat pun… tv aku pun kadang2 jer aku bukak).

Setelah diperhatikan, Program Mentor TV3 nih makin bagus kelihatan. Barangkali gak sejak Ally Iskandar jadi pengacaranya, tapi aku tak suka sangat Nas Ahmad terjah2 kat belakang tuh. Mungkin naiknya bermula sejak zaman Black menang. Agaknya lah…

Overal, opening Mentor 5 kelihatan baik jika tidak hebat. Standardlah, mula2, tak panas lagi. Here’s my snippets berdasarkan citarasa aku… baca atas risiko anda sendiri, ini adalah pendapat peribadi aku wokeh! (more…)


Karnival Karangkraf 2010

Copy dari site Pergh.com :
http://pergh.com/details/karnival-karangkraf-2010-29-jan-1-feb.html

Karnival ini bermula 29hb Jan – 1 Feb 2010, bertempat di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Pada tahun lepas, Karnival ini di panggil Karnival Mini. Namun atas sambutan yang menggalakkan, pada tahun ini karangkraf membuatnya lebih besar!. Gambar lebih besar sila ke site dia pergh.com

Berikut adalah peta dalaman susun atur booth, carilah booth pilihan anda!.

Turut sama dalam Karnival ini tentunya beberapa syarikat besar dalam Kumpulan Karangkraf, iaitu :
Karangkraf (majalah-majalah), Akhbar Sinar Harian, Alaf 21, Ultimate Print, Buku Prima dan beberapa lagi!

Datanglah beramai-ramai!

Bleh jumpe gue dia booth I-Gen / Ultimate print. ๐Ÿ˜€ Tapi tak tau la aku ada ke tak. hehehe…


Upin & Ipin The Movie – Geng Pengembaraan Bermula.

Aku telah membuat review filem Geng Pengembaraan Bermula ft Upin dan Ipin ini di pergh.com … So mulai hari ini, filem ini dah dimainkan di panggung-panggung seantero Malaysia. Dan walaupun team Les’ Copaque meletakkan target mereka RM10juta, aku percaya ia mampu capai target tersebut dan mungkin dapat lebih.

Sementara itu dari sumber tertutup yang boleh dipercayai ada memberitahu bahawa, mereka sudah berjaya menjual Upin & Ipin ke serata dunia hingga mendapat hasil mencecah 50juta ringgit! Dibeli oleh pelbagai stesen-stesen televisyen negara-negara asia barat, eropah dan segalanya.

Kebarangkalian mereka ini membeli adalah kerana keunikkan suasana siri tersebut yang mengetengahkan keMalaysiaan, iaitu selain bangsa dan kaum, alam sekitar kita juga adalah bonus. Siapa kata khatuliswa malaysiana kita tidak menarik? Formula menyuntikkan ke-local-an itu menjadi. Saya percaya prinsip ini = keunikkan.

geng upin dan ipin

Menyentuh tentang movie ini, saya dapat pergi Press Screening awal bulan lalu, saya diberi peluang oleh ke Press Screening tersebut oleh pihak Les’ Copaque melaluiย  En. Zarin atau mediahorizon – seorang kenalan.ย  Dek kerana banyak masalah dan kerja lain saya gagal membuat review seawal mungkin. Sementelah saya kurang pantas menaip karangan review atau dalam bahasa wartawannya ‘writeup’, menjadikannya terhenti-henti, on off akhirnya jadi sangat lambat disiapkan.ย  ๐Ÿ˜€

Lagipun, server saya mengalami beberapa masalah yang agak ‘mencemaskan’ sejak sebulan lalu. Server saya overload dan down beberapa kali angkara beberapa punca yang tak payah la saya tulis disini, agak teknikal dan ramai orang biasa tak paham istilah dan jargon. Yang malangnya, kerana perkara-perkara tersebut, saya terpaksa membuat beberapa perancangan lain, bahkan rancangan MEGA PROJECT saya juga gayanya terpaksa ditangguh kerana kondisi server ini kurang sesuai buat masa sekarang dan ini agak mengecewakan hati. Saya tidak mahu jalankannya (projek tersebut) tetapi server asyik down bukan kerana apa, kerana server tersebut mungkin tidak mampu menanggung keadaan banjiran trafik dan load tambahan yang sudah adapun sudah tinggi terlampau!. Masalah-masalah begini boleh menyebabkan tekanan kepada webmaster2 dan aku percaya ada yang menangis dalam hati (bukan semata-mata kerana server tapi masalah berkaitan juga)

Server tersebut nampak gayanya tidak bertahan lama juga dengan spefikasi sekarang. Vertical scaling dan hardware upgrade akan dibuat terutama tambah memory dan space dan sebagainya…ย  Saya perlu mencari modal dan dana tambahan lagi yang entah mana datangnya atau ada atau tidak pun saya tidak tahu. Kerajaan Malaysia? no.. mereka lebih sibuk berpolitik dan bagi duit kepada politician dan … kalau bagi aku 5 juta pun lagi bagus aku buat sumbangan pada negara ape! . NGO? no… diorang pun bukan ada duit sangat. Advertising? No.. lagi la mimpi!…ย  Minta pada ahli? No!… nanti saya bongkarkan beberapa kisah tentang webmaster2 melayu (yg mempunyai web terkenal) punya masalah di pos akan datang. Believe it! It’s not a good story! But I wanna share it!…. (later)

Ok sambung balik Upin dan Ipin.. hehe..

Saya kurang mahir benar jalan ke Cineleisure Damansara, tambahan pula lazimnya saya akan pergi dengan kawan-kawan. Dulu ada Sham (black_iii) duduk ngan aku, ataupun dengan ex-housemate aku Lan, kalau pegi mana-mana, samada drive atau pun merempit. Aku cuma duduk di belakang / sebelah.ย ย  Selain faktor diorang lebih tahu jalan… faktor lain (kalu naik motor) ialah ‘orang berat atau besar duk depan bawak motor.. hehehe ๐Ÿ˜€

Aku mmg lemah mengingat jalan, sejak dulu lagi. Aku juga dah tak berjalan sangat sekarang, rasa cam dah jadi homies atau geek sangat plak. Sebenarnya aku rasa, aku malas nak jalan2 nih selain panas melampau tengah hari atau kalau kereta asik jam yang amat. Duk dalam jem jem nih rasa… penat.ย  Duduk di Shah Alam ini pun rasanya tak abis lagi tempat aku ronda, dan kalau aku ronda-ronda pun waktu malam je.

Oh.. Aku sampai di Cathay Cineleasure Damansara itu agak lewat, mujurlah belum start lagi screeningnya. Aku tidak mahu review disini, pegi baca di Pergh.com hehe…ย  dan lebih baik lagi kalau korang pergi panggung tengok sekarang!. Support industri filem 3D Malaysia OK!.. Tak nyesal punya!

Causs…