Category : Sesuatu Yang Bermakna

Debat Anwar vs Sabery Chik – Ulasan Aku

Debat Anwar vs Sabery Chik : Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak.
Anjuran Agenda Daily

(kredit gambar agenda daily)

Debat Anwar Sabery Ulasan

Aku ambil copy paste je lah dari mana2 post aku sendiri kat forum (dengan sedikit editan). Hahaha.. Malas betul.. saja nak amik part dalam bebende camnih.. Aku pun amat ambil tahu ttg keadaan semasa, sama macam orang lain..

Pertamanya! : Blog aku bukan fasal politik dan aku lebih suka memilih bersikap berkecuali… aku tak mahu jadi macam orang kebanyakkan yakni :

“Orang PAS bawah tempurung pas, Orang UMNO bawah tempurung umno, orang PKR bawah tempurung PKR.. padahal korang semua katak yang duduk bawah tempurung masing2 dan tak paham or buat2 tak paham tentang tempurung orang lain. Dan selalu menyalahkan katak tempurung lain dan menggangap tempurung sendiri baik dan mulia sangat!. Padahal pemikiran ketua tempurung jauh dari katak2 ditempurungnya. Bahkan bleh lepak borak2 sesama ketua tempurung. Katak bawahan bisingnya mmg lebih! “

Nak cakap politik yang baik, korang tidak boleh memandang hina siapa2 pun, dan hendaklah melayan manusia pada hak yang sama walaupun sekeji mana mereka. Dan sebaik mana mereka… mereka tetap manusia.. bukan malaikat apatah nabi. Bahkan ramai yang berkepentigan!. Memuja manusia keterlaluan adalah salah.
(more…)


Tutup dan Pindah!

Mengapa saya suka rumah saya?
Mengapa saya mengada-ngada nak tutup blog saya?
Mengapa saya mengada-ngada macam malas nak berblog lagi?

Adakah sebab blog saya mempunyai unsur hasutan dan fitnah?
Adakah sebab saya lebih hebat membuat fitnah daripada Raja Petra?
Adakah sebab Raja Petra itu botak maka dia anggap jahat. (Tapi kat web dia tak nampak plak botak sebab dia pakai barel dan hisap cerut!).
Adakah saya jahat macam Raja Petra? (suke2 ko jer cakap dia jahat! , berbeza pendapat belum tentu bermakna dia jahat! zaman skang semua kene open!)

Oh! ape2 pun tahniah gak la kat Raja Petra sebab… Sebab setidak-tidaknya,  Stesen TV1, TV2, TV3, TV7, TV9, Astro dan Radio serta Paper dan juga Web-Web dan Blog-Blog semua pun membuat promosi tentang web dia! Itu promosi yang kalau dikira bayar untuk siar, mahu cecah puluh-puluh juta bayarannya..

TV3 saje sebut tiap2 kali berita diorang maaaaa.. Buletin Utama! PRIME TIME plak tuh!, ape ke tak sedor ke diorang bagi free promotion kat RPK… Oh itu lah cara paling hebat nak promote blog kot.. dan jugak, dari tak nak tengok atau amik tau web dia, dah semua orang jadi AMBIL TAHU! Dan biler ramai orang baca, dan kemudian ramai orang bercerita, nescaya cerita2 tersebut akan menjadi semakin benar dan benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar benar belaka.

Atau, ianya adalah benar selagi tidak dibuktikan salah!.

Yang pasti… hits ke web dia mungkin bertambah berbillion2 berjuta2 orang pada masa ini.

Tahniah Raja Petra of www.malaysia-today.net . Bukan tahniah atas apa2 perjuangan ko pun ke ape ke, aku taknak jadi salah sorang pemuja manusia yang mendewa-dewakan ko pun… sebab tak semua cakap ko adalah betul dan tak semua juga salah, tapi tahniah besar kerana mendapat  promosi yang hebat, nama ko disebut ramai orang, sana sini depan belakang celah! …

Padahal kalau nak kire… salah sorang perantis chinese dalam The Apprentice Donald Trump hilang peluang menang sebab sebut nama web dia jer.. (tak bleh promosi free!) semasa siaran lansung final season berapa tah, 5 kot. Tapi.. ye lah.. ape2 je lah..

Aku suke Raja Petra ke? Tak! Aku suke sangat MalaysiaToday ke? Tak? Aku suke baca ape2 je, PAS ke Umno ke PKR ke DAP ke Mossad ke…  Tapi, dalam tak sedar, sesungguhnya…ada orang yang terlalu mendewa-dewakan manusia. Dan sesiapa pun manusia2 itu juga.. sesungguhnya semakin tidak sedar samada mereka riak dan tak rasa bersalah tak kiralah siapa pun … walaupun mungkin dia seorang PM sekalipun. TPM apetah lagi, walaupun dia sama Pahang dengan aku, aku tak pernah jumpe pun dia kat Lipis. Adnan Yaakob pun, tak pernah turun Lipis masa aku duk Lipis dulu. PRU13 besok silap2 terguling gak. Oh! Jalan raya nak balik ke kampung aku dari Bentong-Raub-Koyan teruk gile babi  yang amat! Ko jaga-jaga Denan, esok 5 tahun lagi terguling aku tak tahu… ayoooo…

Ermm…. Maksud aku.. Manusia tetap manusia..  siapapun.. Banggalah dengan siapa diri kita tapi jangan sampai riak dan anggap kita semua betul dan sewenang-wenang buat ape saje .

Banggalah juga dengan nama kita.. maka saya pun adalah domain baru bernama saya sendiri di:

www.NizamAhamad.com 

dan blog ini akan pergi ke antarabangsa dan merangkap portfolio site aku juge!..


Majalah IM #3 – Emajalah Percuma

Dapatkan Emajalah Percuma yang hebat ini! Di pasaran sekarang!.. Pasaran apelah plak online nih.. download je.. free torrent lagu melayu kat majalahIM.com .
Ada lagi ke bende free dalam dunia nih? Free dan bagus ada ke? Adaaaa.. ko download je lah!… Itupun kalau ko sukekan ilmu, tapi kalau ko sukakan terkinja2 dan terlompat macam hiburan2 tak guna tuh.. susah la nak cerita. 😀

majalahim31.jpg

Ah.. cam biasa, design dari aku la maknanya tu.. 😀 dari labanon yang asyik gatal nak kawen jer skang team flarebiz.


Majalah IM #2 – Isu Mac 2008 Designed By Me!

Lewat bulan lalu (Februari) , aku mmg dilanda kesibukkan. Sementelah sibuk dengan beberapa kerja2 design berkaitan pilihanraya. Dituruti juga sibuk dengan pelbagai perkara lain. Penyusunan waktu menjadikan saat dan minit amat kritikal.

Majalah IM Malaysia

Dalam ketidakcukupan segalanya, siap juga majalah IM ini aku design sepenuhnya walaupun waktu yang diperuntuk amat sesak. Menerima bahan mentah dalam tempoh masa seminggu mungkin tiada masalah dalam skala waktu lengang. tapi dalam sesak aku sendiri terpaksa aku yang kemampuan jasad aku terhad. Kepenatan, ketidakcukupan tidur, kekurangan rehat, dan sebagainya membuatkan kadang-kadang tahap kreatif dan motivasi juga turun.

Nikmatilah majalah IM isu mac 2008 ini baik dari persembahan design naif aku dan ilmu-ilmu hebat dari pakar-pakar Internet Marketing yang sudah punya atau cecah setidak-tidaknya Puluhan Ribu Ringgit Sehari, Seminit, Sesaat, dengan goyang kaki duit masuk kepala bapak kau! menjalankan perniagaan tubuh badan Internet sebenar!

Oh ya.. agak lewat review ini sebab… sebab.. sebab ape2 je lah.. 😀
Aku tak mahu review panjang-panjang. Bleh baca review merata-rata yang menyatakan cara mendapat kepuasan seks peringkat tertinggi yang amat membaca majalah ini!  Cari sendiri kat google or pegi ke site diorang : Flarebiz

Download EMajalah Percuma Ini Di www.majalahIM.com
Terbitan Kumpulan Team Flarebiz Sdn. Bhd


10 Sebab Untuk Blog

10 sebab mengapa anda mesti buat blog!!!
Saya menulis artikel di dalam Majalah PC (isu Februari 2008) terbitan karangkraf tentang mengapa setiap orang perlu mempunyai blog! Wajib baca!

10 sebab untuk blog
klik untuk besarkan cover yang best ini. 😀

Berikut adalah petikan (untuk promosi) daripada artikel tersebut.

NOTA : Ini adalah teks asal yang raw, yang huru hara, yang berbahasa pasar, iaitu tidak di edit lansung dan ia tentunya tidak sesuai sama sekali untuk terbitan. So, nih kire ekslusif laaa untuk kengkawan dan pelawat setia blog aku. Hehehe.

10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog.

Oleh – Muhamad Nizam Ahamad untuk majalah PC

“Jika anda tidak mem-blog, anda tidak wujud”.

Apakah itu blog? Apakah beza antara blog dan laman web?
Sebenarnya, blog adalah salah satu dari jenis laman web yang ada. Antara laman web lain ialah forum, portal dan sebagainya, semuanya masih laman web. Cuma sasaran dan juga rupanya berbeza.

Blog itu sendiri juga mempunyai beberapa jenis. Selain blog biasa yang bersifat jurnal dan peribadi, ada juga photoblog, vblog, podcast dan banyak lagi. Photoblog lebih memaparkan gambar berbanding isi, tambahan pula untuk mengambil gambar pada masa ini adalah amat mudah. Rata-rata handphone memiliki camera digital. Vblog atau disebut juga vlog pula adalah blog terkini yang memaparkan Video sebagai isi utamanya. Podcast pula adalah blog dengan keutamaan audio.

Blog juga dibina biasanya berdasarkan kepada tajuk-tajuk tertentu, seperti blog automotif, blog teknologi, blog fesyen, blog gajet-gajet terkini dan sebagainya. Walaupun begitu, blog peribadi biasanya mendahului senarai yang paling banyak dibina.

Tidak kiralah, yang mana satu anda mahu. Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog!

1 – EMOSI :
Hidup di lokasi Urban juga metropolitan ini selalunya berada dalam keadaan sibuk, terkejar-kejar, banyak kerja, tidak cukup masa dan bermacam masalah pada setiap hari. Manakala masih belajar pula dengan masalah di tempat belajar dan kawan-kawan. Setiap orang ada masalah. Masalah harian samada yang lazim mahupun yang jarang berlaku, akan membawa kita kepada satu pembunuh senyap iaitu tekanan! (Stress!). Semakin banyak tekanan semakin parahlah emosi sehingga membawa kepada masalah psikologi!

Pada kebiasaanya, kita meredakan tekanan dengan meluahkan pada kekasih, keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja? Bagaimana jika semua mereka tidak ada berdekatan, atau mungkin kita sendiri tidak mahu memberitahu mereka?

Ya! Menaiplah di blog anda, luahkan perasaan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan ini, tekanan anda mungkin sudah berkurangan. Walaupun tidak sebanyak mana mungkin, tetapi pasti ada kesannya.

Apatah lagi apabila ada maklumbalas(comment) dari kenalan online anda ataupun sesiapa yang anda tidak ketahui yang memberikan kata-kata peransang dan semangat untuk anda. Memberikan anda tip-tip mengatasi sesuatu masalah yang mungkin pernah dilalui mereka.

Selain itu, perasaan gembira juga anda boleh hebohkan di blog anda untuk di kongsikan dengan sesiapa sahaja. Bagus bukan? Blog adalah terapi emosi. 😉

2 – EKONOMI :
Ketika ini, dimana-mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah? Ramai juga yang terjebak dalam kancah ini dan kecewa, kerana blog-blog mereka gagal mendatangkan duit. Materialistik sungguh dunia hari ini.

Membuat blog yang boleh menghasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda fikir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang-bidang berkaitan. Blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga, anda perlu berfikiran seperti seorang ‘businessman’. Seorang peniaga yang mempunyai perancangan dan bertindak berdasarkan keadaan.

Ada banyak cara menghasilkan pendapatan dengan blog, secara ringkasnya begini:
Bina blog yang menarik dan mengemaskininya dari masa kesemasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai dari masa ke semasa, anda boleh menyertai program-program pengiklanan yang ada yang mana memberikan anda komisyen atau menjual iklan terus kepada sesiapa yang mahu. Selain itu, menjual blog anda kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang tinggi. (sudah tentu bukan blog peribadi anda)

Tahukah anda, wujud satu kerjaya baru digelar “ProBlogger” iaitu ‘pemblog profesional!’

*Blog yang menjana pendapatan adalah merupakan bab yang besar dan memerlukan huraian yang jauh lebih panjang dan ruang lingkup yang luas. Saya akan buat artikel menyeluruh pada masa hadapan jika berpeluang..

3 – DIARI
Kita menulis segala yang berlaku setiap hari di dalam diari. Lazimnya perempuanlah!. Tetapi lelaki juga boleh mempunyai diari, “Diari Seorang Lelaki” mungkin.

Ingatkah kita… apa yang berlaku pada hari ini, tetapi setahun yang lalu? Sudah tentu tidak bukan? Nah.. alangkah baiknya jika semua hidup kita ada catatan. Kadangkala, saya sendiri membaca apa yang saya lakukan pada tahun lepas didalam blog saya. Ada masanya saya ketawa sendiri, juga gembira dengan perkara-perkara menarik yang dilakukan bersama kawan-kawan, ada masanya kita mungkin kagum dengan diri kita sendiri dengan apa yang kita lalui beberapa tahun lalu!.

Oh Ya!, apa yang lebih menarik, ada juga blog ibu-ibu yang merakamkan cerita dan gambar-gambar anak mereka dari saat dilahirkan, merangkak, mula bercakap perkataan pertama sehinggalah boleh berjalan mahupun sudah mula bersekolah!.

Blog mungkin ‘public diary’, bermaksud boleh di baca oleh sesiapa. Tetapi jangan bimbang, sesetengah blog mempunyai fungsi pos peribadi (private). Ada yang memerlukan kata laluan untuk dibaca!.

Setiap hari kita akan jumpa keyboard dan monitor. Kita lebih mengenal keyboard daripada pen dan buku. Jari kita lebih pantas menaip daripada menulis menggunakan pen di kertas. Atas sebab ini… tiada keraguan bahawa blog adalah diari terkini!

Seterusnya!!!! (more…)


Apakah saiz web yang paling sesuai pada masa sekarang?

Theme baru aku akan datang bulan Disember.

Hehehe.. set dateline pada diri sendiri. 😀 .Dah lama dah aku pakai theme nih, dah setahun lebih rasanya..


Memotong-shopkan Proton Saga BLM.

Bleh la layan tajuk gitu sekali.
Proton BLM yang mungkin akan datang 2008.
Dah lama dah aku buat mende nih.. saje nak pos kat blog.. untuk bulan Oktober! Yeah!

Gambar asal : (klik untuk besorkan)
proton-saga-blm-s.jpg

Selepas kerja-kerja pemotong-shop-an dilakukan.
Tadaaa!! BLM oren macam Neo . (klik untuk besorkan)
proton-saga-blm-x-s.jpg

Sesapa pun bleh buat.. janji kena paham betul-betul-betul photoshop tuh dulu..
Kalau pandai photoshop tahap budak2 U skang yang ‘hanya’ tau pakai blending mood standard buat emboss emboss tuh baik tak payah!!! (aku jumpe ramai tau.. bunyi jer macam pandai.. practically? hanchorr!!) 😀


Sinar Harian Selangor & KL sudah muncul!..

Ok! nih first time kot aku promote kompeni aku punya produk.. hueheheh.. Biasa laa.. kadang2 nak menaip mem-promot… tapi tangguh2 dah tak buat.. Lupa terus jer.

Sinar Harian Selangor Dan KL
Gambar diatas diambil dari blog Kak Sri Diah


Buta Dan Celik Tentang Duit Dari Internet

Ramai yang BUTA atau dibutakan, termasuk akhbar dan orang yang mengaku pakar (baca sini).

Ramai benar yang tidak faham Buat Duit Melalui Internet. Saya menyokong penuh usaha kenalan saya, Founder WangCyber.com , Encik Suhaimi.

LAPORAN KHAS, KEMPEN “CELIK DUIT INTERNET” – 18 MAY 2007
Usah lagi tertipu dengan skim pelaburan haram & skim cepat kaya di internet!
Ketahui! Kaedah membuat duit di internet yang sebenar!

Kepada rakan yang dikasihi..

Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.

Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.

Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.

Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan “Buat Duit di Internet” adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.

Untuk pemahaman lanjut dan artikel penuh, boleh baca di :
KEMPEN CELIK DUIT INTERNET!


Kisah kerja aku dahulu… Tukang Warna!

Panjang benar kalau aku mula start tulis nih.. so! aku nak cerita apa dulu? Aku cerita bab kerja dulu.

Semenjak 2 tahun dulu, aku bekerja di


Melayu Boleh atau Bolehkah Melayu?

Melayu Boleh! is a phrase meaning “Malay Can!” in English. Actually it’s coming from a common Malaysia Boleh, Malaysian National Supportive Shouting and Cheering word 😀 . In another word, it’s meaning like:

We Can Do All The Thing, Nothing Imposible To Us!

Carian bagi perkataan Melayu Boleh apa saja termasuk sex bebas ini adalah amat banyak setiap bulan di enjin2 carian terkemuka. Statistik memaparkan lebih 14,000 carian sebulan!. Dan pastinya akan meningkat bergantung kepada masa dan musim. Musim bulan mengambang mungkin naik agaknya.. Dan sikap tidak senonoh ini memang masih wujud banyak dikalangan warga2 Melayu Malaysia. Hoi!!! Mangkuk!!! Internet bukan sekadar seks! Banyak lagi bende lebih baik untuk korang lakukan selain dari mengisi otak kuning korang tuh!.

Berikut adalah beberapa Melayu Boleh dalam Kategori baik!.
gambar melayu boleh 1
1 – Dato’ Azhar Mansor : Melayu boleh keliling dunia sorang-sorang dengan kapal layar.
gambar melayu boleh 2
2 – Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin dan Ahmad Reduan Rozali : Melayu yang kire bolehlah panjat Gunung Everest sampai habis.
gambar melayu boleh 3
3 – Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir : Perempuan Melayu taraf makcik ke nenek pun BOLEH! jugak mengembara di kutub sejuk tuh!
gambar melayu boleh 3
4 – Adi Putra Abdul Ghani : Melayu yang kecik-kecik lagi dah boleh mengira tahap dewa! Aku masukkan nih dalam senarai awal nih. Dan Adik adiputra nih lah yang paling best kebolehannya berbanding yang lain. 😀 The first Genius Malay In Modern Math! Aku akan buat detail tentang semua mereka diatas nanti. 🙂
5 – Banyak lagi aku rasa…
NOTE! : Minta korang semua pembaca2 yang dihormati sekalian, tolong senaraikan lagi nama2 yang patut kita masukkan dalam senarai baik Melayu Boleh ini.
Oh Ya! Buat kenalan Indonesia yang juga secara eksidensi atau tiba2 terjurus ke sini, please ya, minta di beri juga nama2 Melayu sana yang sangatlah hebatnya. Kerna, gue rasa, melayu itu ya, bukan hanya Malaysia, sebaliknya kita dahulu punyai Malay Archielago. Gituk!

The question is… Why the “melayu boleh” phrase’s soo famous in Malaysia?
I will answer this later including the best research and facts perhaps.

Mengapa perkataan melayu boleh amat terkenal di Malaysia?

Saya sambungkan kisah ini pada bahagian kedua nanti!.. Terimakasih!