Category : Something To Remember

Cerita Antara Impian, Nasib dan Takdir.

Hehehe.. tajuk kash pelik2 giteh (loghat pahang).
Aku sebenornya nak sangat menaip mengapdet belog aku nih. Tapi selalu pun tinggal niat ajer. Ciss.. Apelah, blog sendiri pun tak boleh nak komitmen.. Takper.. aku masih komitmen pada kerja aku.. 😉

Bulan Ogos dan September, perjalanannya agak panjang bagi aku. Macam2 bende yang berlaku. (ape laa yang aku nak taip nih… ) Ermm.. opis aku cam biasa.. tapi ape yang aku perasan lately nih macam dah hilang ‘sense dan vision’. Entahlah.. Kadang-kadang, aku yang pernah menjadi manager kepada Syarikat sendiri nih punyai satu pandangan yang jauh berbeza dari orang lain. Bukan nak mengangkat diri, apelah sangat pada syarikat aku yang tidak berjaya itu. Tapi aku bangga, aku pernah mencuba (dan masih mencuba sehingga kini).
Mungkin dari segala apa yang pernah aku hadapi, menjadikan aku sorang manusia yang tidak pernah putus asa. Selain tuh juga, aku rasa tekad dan semangat dalam diri aku tak pernah sekali pun hilang. Tetap ada sampai ke hari ini.

********************

OK! Back to the topic mystic!

Kadang-kadang, pernah aku bertanya.. pada diri.. adakah aku sorang manusia yang gagal? Tapi selalu berkata-kata dan memberi komen seakan-akan aku sorang yang sangat berjaya. Mungkin, mungkin pada sesetengah orang…

Al-Kisahnya 3 jenis ‘orang’ :
+ Ada orang (more…)


Aku tidak belajar di Universiti…

NOTA: Saya bercerita perihal kehidupan!

Rama2
Ape hal gambar kepompong nih? Saya jelaskan kemudian..

Haha!.. tajuk aku cam sial kan? .. Tapi itulah hakikatnya.. satu perkara yang mungkin kemaluan memalukan bagi sesetengah orang.. Tapi tidak bagi aku!… Sebenarnya aku bukan tak tahu apa yang aku nak blog-kan. Tapi aku suka bercerita apa yang aku alami dalam hidup nih. Bahkan lebih dari itu, aku juga suka menginspirasikan orang-orang yang mungkin berada dalam situasi sama seperti aku. Atau juga buat budak-budak Universiti yang HILANG PUNCA dan ARAH serta jenis-jenis yang tak menghargai apa yang mereka ada. Ada beberapa kenalan, kawan baru atau lama, bebudak pergh, member kerja.. sesekali bertanya tentang hal ini. I mean about mylife and my past, so now exsclusively expose for the first time! I dun care what people said!..
Dulu aku amat perahsia. Terutama tentang hal ini, tapi macam aku katakan, aku tidak mahu berahsia lagi. Terserah! jika anda menganggap ini adalah angkara EGOIS ku. Tapi kental kukatakan disini, ia adalah untuk meracuni fikiran anda serta CABARAN pada budak-budak IPT / IPTA yang tidak sedar diri dan realiti kehidupan.. 🙂 Huh!.. Keras bunyinya bukan? Kerna ku mahu bicaraku ini dianggap serius! Bukan omelan kosong berlompongan!..

Pabila ada orang bertanya, apa yang kamu ada?.. Aku katakan, aku punyai amat banyak ilmu… (tidak termasuk ilmu hitam dan sihir tau! syirik tuh) ..

******************************************

Baik!.. Mula-mula.. aku nak mendabik dada. (Jangan baca dengan nada angkuh, please :p).. Aku adalah seorang yang ada Master, Major jika tidak Degree dalam bidang Advertising And Promotion!. Tapi itu adalah sijil penganugerahan kepada diri sendiri melalui Bakul yang ku angkat menggunakan takal.

Dalam hidup aku nih, aku berpegang pada kata-kata bonda tersayangku, Siti Ragayah Binti Mohd. Salleh. Pernah bonda menuturkan kepadaku : “Nizam, Hargailah Apa Yang Kamu Ada”. Nah.. simple kedengaran, tetapi pada hakikatnya kita sendiri dalam hidup nih gagal menghargai apa jua yang kita ada. Kita sia-siakan masa muda dengan enjoy. Kita sia-siakan masa belajar dengan bermain. Kita sia-siakan wang susah payah orang tua bagi untuk belajar dengan membeli rokok (aku la tuh).. Dan bermacam-macam lagi kesia-siaan dan tidak menghargai apa jua yang kita ada bukan? Lantaran itu, sejak bertahun dulu. Saya cuba merealisasikan apa yang terlontar dari mulut bonda ku. Menghargai apa jua yang aku ada.

Saya mulakan pada perkara Advertising And Promotion.

Saya memulakan kerja saya tidak jauh bezanya… (more…)


Tentang Aku dan Web. (Siri 1)

Hermph.. Terpanggil lak nak bercerita tentang aku dan web. Bagai irama dan lagu. Erkk..! Aku rasa… dah lama yang amat aku main web. Betul!, mungkin tak selama sesetengah orang tapi sangat lama juga berbanding sesetengah orang yang lain. Aku cuba mengimbas kembali antara aku dan web. Aku rasa… kisah aku dan web amat panjang, mungkin aku akan pos beberapa siri. Sebab tuh aku buat siri 1 dan berikutnya. Dan aku juga akan paparkan ceritakan perkara2 yang mungkin aku tidak pernah paparkan ceritakan sebelum ini.

Teringat aku, pada satu masa dulu. Aku adalah seorang yang amat jahil tentang komputer. Bahkan aku mula menggunakan komputer pada usia waktu yang jauh lewat dari ramai orang. Aku tak malu langsung nak mengaku bab nih. Sebab bagi aku, ikut kata2 Mantan TPM Tun Ghaffar Baba pernah berkata : “Saya bukan tua, cuma dilahirkan lebih awal.” – Petikan ini boleh dibaca dalam buku “BERANI GAGAL” atau “DARE TO FAIL” untuk versi inggerisnya oleh Billy P.S Lim (sila lawati www.daretofail.com ). Lagipun tua atau muda tak menjadi masalah untuk sesiapapun berjaya atau setidaknya menghasilkan sesuatu. Baik untuk buktikan kepada orang mahupun untuk kepuasan diri sendiri.

MYSTIC! SILA MULAKAN!.
Mystic : “Aku kenal komputer adalah selepas tamat aku dari alam persekolahan dan setahun kemudiannya. Aku sangat pasti aku mula pegang komputer pada penghujung tahun 1998! Hah? Nape? Tak percaye ye? (sila baca ikut intonasi BCB).”..
Memang aku kenal komputer agak lewat, dan pada masa itu aku sangat jahil tentang komputer. Satu ape pun aku tak tahu. So siapakah yang memperkenalkan komputer kepada aku?…

Disini aku cuba flashback :
Aku masih teringat, pada masa itu (more…)