Category : Tips Blog

Another best responsive website 2012 / 2013

Dalam dunia yang kekal dengan pelbagai device yang baru yang punyai pelbagai saiz resolusi. Yang ada pelbagai saiz lebar dan tinggi, adalah amat pening kepala nak buat design web yang compatible ngan semua.

Post lepas aku ada cakap antara web terbaik responsive nih adalah Mashable, tapi aku rasa aku mungkin lupa lagi 1 yang jauh lebih nice. Mungkin pasal the matter of taste. Web nih antara selalu aku lawat.

smashing magazine

Smashing magazine! Dan yang lebih menarik, web nih based on the super semantic WordPress Platform!. Kau pandang rendah wordpress bro… Banyak web2 besar guna bro, even site2 as big as New York Post, People’s magazine pun guna bro. »  here the list 

Gua dulu pernah gaduh pendapat masa kerja kat 1 tempat (mega company) pasal nak guna free wordpress system untuk certain company website dan kemudian customized gila2 sampai jadi ikut taste. Tapi akhirnya majority (majority kene tgk gak, celik ke kurang celik) buat keputusan nak bina sendiri dari scratch system  tapi aku yakin bloated tahap cipan. Kalau skill dan secure tahap superman gua tak kisah bro.  Ini upload file gambar dan lain2 pun masih guna manual FTP. Ko hidup zaman bile? >_<

Lantak korang la. Suka bazir masa. Web developent 6 bulan – 1 tahun tak siap2 jadinya. Solution gua 1 bulan bleh siap dan terbaek sanggup di reject sebab Open Source dan anggap tuh untuk blog? Lol. Outdated sungguh. huhu.

*responsive web design versi gue akan siap dalam seseminggu nih, pecah kepala. Tak expect akan jadi perfect. Tapi kalu dapat 50% web SmashingMagazine tuh pun dah ok. 🙂 Mula2 la katakan.

 

 


Ramai blogger lama dah tak aktif, peluang bagi yang baru?

Ehem… ramai blogger2 yang dulu power dan sedap baca blog diorang. Tapi dah ramai juga yang tak aktif. Ramai jugak agaknya yang dah pencen. Ada gak perasan dah tua sangat… biasalah… melayu cepat tua. Mat salleh luar sana tuh umur 40 lebih adalah masa paling gemilang kerjaya diorang. >_< Bagi designer, Chris Bangle misalnya umur 50 adalah tahap super kerjaya beliau.

re-blog

Kita?  Umur 30 dah buat alasan tua nak mampos. 😀 (ah.. tak payah la buat alasan itu ini, nanti bila Israel jadi maju gile pasal diorang study dan buat kajian walaupun dah nak mati dan diorang jadi maju, korang salahkan dunia lagi cam biasa)

Mentelah plak yang dulu blogging semata2 pasal nak duit. Tapi kemudian tak berhasil seperti yang di harapkan. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal dan tinggal terus. Agak mengecewakan bukan? Padahal, ada sesetengah tuh mmg sangat menarik untuk dibaca pos dan celotehnya. Well.. mereka mungkin ada sebabnya sendiri.

Tambah-tambah plak zaman facebook hot. Semua dah malas nak blogging, tapi 1 perkara yang mulai disedari ramai adalah, betapa kurangnya maklumat apabila kita searching sesuatu di google. maksud saya maklumat terkini. yang ada kadang2 maklumat dah lapok atau tak relevan.

Apatah lagi jika berkaitan software, ada juga yang tutorialnya versi dah terlalu lama, mungkin juga orang dah tak pakai. So biarlah.. itu orang punya pasal, kalau korang pandai inilah masa nak ambil kesempatan. Masa yang terbaek dalam tak sedar.

Jadi.. untuk 10 hari terakhir blogging non stop aku nih.. aku plan start hari Isnin nih sampai habis bulan nih, aku akan bagi cukup2 pos yang bersifat ilmiah, terutamanya bidang grafik dan multimedia. Aku akan cuba fokuskan fasal tutorial guna software, dan tips2 berkaitan. Juga aku nak buka soalan seberapa banyak yang boleh (bukan 2 soalan cam skandal Listen tuh hihi) kat box bawah, tuh pun kalau masih ada orang yang rasa nak komen la. Kalau tak aku melalut la apa2 yang aku suka hehe.

Ok.. that’s all for tonight..

Note: Baca 10 sebab utk blog aku pernah citer beberapa tahun dulu kat » sini. 

 

 

 

 


Design baru 2013 dan harga sebuah kepakaran?

Ok.. rasanya sedar tak sedar, theme ini juga dah cecah setahun lebih sikit usianya. Jadi, sebagai webdesigner dan webdeveloper, aku kene la buat2 rajin jugak buat layout baru web aku. kot?.

new-myspace-layout

*new myspace layout?

Ini adalah last year punya post [click]  pasal tukar theme wordpress yang baru. Nanti aku kene wat snapshot gak untuk design sekarang. Banyak dah theme wordpress aku buat, aku pun dah malas nak kira berapa. dari semuda-mudah theme, sampai la sepening2 theme, semua aku dah pernah buat.

Dari client yang mudah, susah, dan macam2 ragam, semua aku dah jumpa. Sama jer bidang lain, kadang2 menyampah gak, bile ramai orang, masih anggap kerja design, coding, css, php dan segala yang berkaitan nih mudah. Ada orang anggap coding theme nih macam menaip surat rasmi 1 page kat Microsoft Words jer agaknya. Semua pikir mudah.

You know, seorang webdeveloper, buat kerja 3 subjek nak jadikan 1 web.

  1. Design (bukan 1, design final biasanya dari beberapa mockup bahkan berpuluh2 draft!)
  2. Styling (css, jquery and so on)
  3. Programing (php, theme, function what ever)

Nih tak apply untuk wordpress je. nak lagi pening buat dari scracth! dari NOTHING!. So how would you evaluate that? As a single job? Tuh la, kadang kita sendiri marah market kerja kita rosak (bidang lain) tapi kita nak pulak orang kira mudah untuk kerja2 kita. Betapa sellfish-nya kita (dan aku).

So lepas nih aku xmo dah wat keje murah2. Biar la orang lain plak sape nak buat keje murah. Aku malas nak buat dah kalau harga tak kena, lagi baik tak payah amik job dari wat jadi sakit hati kaaaannn. Lagi baik aku tido je, sell otak aku pun tak terbuang memikirkan coding2 tuh semua… kurang sikit agaknya rambut hitam jadi uban (ada banyak programer beruban usia muda! aku jumpa ramai, tapi aku baru lepas remaja je hihi)

Seperti juga dalam bidang photography macam aku cerita dulu, yang dah dirosakkan oleh photographer-sampah2-sarap- baru-abis-belajar-beli-kamera-petik2-ngaku-pro. Bidang2 lain juga tidak berkecuali, (sebut apa saja) ada saja yang offer servis murah, padahal cuma EDIT FREE THEME! dengan menokok nambah di situ di sini.  Ada juga yang pakai premium hacked theme dan modify. Macam2 aku jumpa. Malas nak cakap lebih. Tak termasuk geng bodoh main harga lagi tuh, diorang tak pikir nanti bidang web developement yang diorang nak jadikan kerjaya dah jadi bidang murahan ke? hah?.

Dan kelakarnya pula, bila timbul masalah, tak boleh nak setel, lalu carilah orang2 PRO yang boleh bantu. Ada yang cari berbulan2, bahkan bertahun (kot) nak solve masalah web diorang yang kalau diorang try sendiri sampai mati pun tak jadi.

Tapi mereka nak free or murah. Sebab nampak si PRO buat nampak mudah giler! 10 minit setel!.

Itulah, orang kita masih ramai tak hargai apatah lagi membayar erti “HARGA SEBUAH KEPAKARAN”.

Tunggu layout blog ini untuk tahun ini.. Tahap kepakaran aku ialah siap 1 theme dalam masa kurang 5 hari, atau se-express 2 hari non stop full focus!.

*cuma… masalahnya aku belum ada idea. >_< .. nk try ikut current trend la.. ala2 fb  + pinterest + instragram + new myspace?

layan la new myspace layout nih kalau lum layan https://new.myspace.com/play

 


Sebab paling susah nak update blog adalah pasal…

Herm…. bile non stop blogging nih, sedap rasa berblog setiap hari. Walaupun kadang2, tak berapa sempat dan sibuk nak mampus macam semalam dan hari nih, still aku kene commited.

Since dah blogging non stop, apa yang aku perasan kadang2, masalah paling besar ialah… pasal idea. Memang, 1 hari ada masa yang panjang, cuma nak blog pasal ape pun tak tau.

Selain dari tuh, bile nak menaip tuh, kadang2 kene susun ayat balik. Ada masanya, perenggan kemudian patut duduk lebih awal, dan sebaliknya. Kadang2 lepas dah siap semula baca balik, macam ada yang tak betul turutan.

Ada gak yang paling membencikan adalah TYPO. Dah publish baca2 bapak la banyak typo. Lepas tuh edit balik, check2 balik ada lagi salah taip. haih..

Bebende kecik camnih kalau silap tapi jadi salah makna atau jadi lain plak ayat nya. Ada gak kadang2 salah letak koma pun jadi janggal baca. Tak payah la plak sampai sentuh bab nak ikut bahasa standard, tuh tak blogging sangat, tuh nama dia buat artikel (kot?).

So.. konklusinya, yang paling susah nak update blog ialah pasal…. IDEA.

 

Mungkin aku kene study lebih bab tuh, mungkin ada banyak tips kat luar sana. Nanti aku kaji dan buh sini.

*post ini tak perlukan gambar, sebab malas nak cari hehe.


Serabut dan pasal blog juga…

Arinih agak kurang mood nak berblog. Sebab banyak wat keje arini kot? Letih otak. Pagi2 lagi dah terkejar-kejaran. Siap la 2 mockup proposal design utk agensi kepada projek GLC yg aku citer beberapa hari lepas. Pastuh buat plak dia punya schedule timeline bagi pembinaannya.  Juga buat quotation lebih kurang. Insyaallah, ada rezeki ada la nanti, kalau bukan rezeki kita, duk dalam tangan nak suap ke mulut pun bleh jatuh kan.

Hurm… blog terabur… Kadang-kadang, aku pun dah blur, blog aku nih category-nya agak messy, berterabur sampai aku sendiri agak sesat. So aku akan kurangkan kategori dan gabungkan yang mana perlu.

Cuma, ada satu dua perkara aku kene mark. Antaranya, aku kene set proper category lepas nih, keduanya… mesti ada sedikit sebanyak impak pada SEO sebab mungkin beberapa keywords boleh hilang. Tak kisahlah,  mungkin tuh effect sementara, nanti dia catch balik new category tuh (kot).

Lepas nih jugak, aku akan buat beberapa kategori baru seperti…. belajar mendesign, css, coding, everything that I can do… dan sebagainya. Hopefully. (kalau suka sila komen di bawah, kalau takde yang suka xmo la rajin nak buat hahaha.. aku pun bkan rajin sangat >_< ) Tapi.. aku still nak ada side mengarut dan merepek nih, buat blog tak payah la stress² sangat. Sampai nak citer pasal apa yang berlaku pada hari ini, pada diri korang pun susah, konon2 nak jaga reputasi. Tuh pun payah gak. Just don’t make it heavy. (more…)


Cabaran kemaskini blog selama sebulan tanpa henti.

Tragedi Oktober, ah… ape saja lah, mengapa la perlu disedihkan pada bulan ni haha. So bulan nih, aku nak non stop update blog selama sebulan. ♥ Arituh try 100 hari tanpa henti konon2nya. Tapi gagal. T_T Nampak sangat tekad tak kuat, haih… no wonderlah.

Soo.. mengapa plak nih nak update blog sebulan nih? Orang lain dah tak layan blog lah! Manade orang blogging skang!

EHEM!.. disebabkan ramai orang tak blogginglah jadi patut korang blog. Sebab apa? Sebab inilah masanya korang nak jadi best dari orang lain. Mari aku cerita aaaa sebab2nya!…  (more…)


Bila tidak update, trafik blog pun mula turun.

Tips trafik untuk blog. – Updatelah selalu!

Mungkin itulah ‘nature’ ber-blog. Saya kurang pasti, adakah salah satu dari Google Algorithm dalam membaca blog. Adakah ia mempunyai algorithm membaca tarikh terakhir post dalam sesuatu blog atau tidak.

Ini kerana, walaupun 1 masa blog kita mempunyai kedudukan yang tinggi bagi sesuatu keyword, lama kelamaaan rank tersebut akan jatuh dengan sendiri. Barangkali kerana lebih banyak info berkaitan keyword tersebut di blog yang baru dikemaskini memungkin ia membaca info tersebut sebagai lebih terkini. Juga berdasarkan content pada keyword tersebut yang mungkin belum ada duplikasinya.

Apa2 pun, blog yang dah lama usianya, ada penuh dengan pelbagai perkataan yakni juga keyword. Sudah tentu blog yang bertahun2 dan punyai lebih banyak pos mempunyai lebih banyak perkataan daripada blog yang usianya 2 bulan. Namun faktor kekerapan ber-blog juga akan menjadikan blog berusia setahun mempunyai lebih banyak pos dari blog yang sudah 5 tahun tapi update sebulan cuma sekali. Heh! (cam blog aku lah.. ala.. blog korang pun mungkin sama).

Jadi, selain faktor tersebut, tambahan trafik akan berlaku apabila blog2 yang selalu dikemaskini berbanding yang terbiar. Kerana trafik dari regular reader akan kerap melawat. Jika harapkan pada Organic User (dari search enjin dan link2 contohnya), ia masih membantu tetapi jika digabungkan keduanya maka hasilnya tentu jauh lebih besar.

Soooo…. konklusinya…. updatelah setakat termampu huhu..


Merancang cara menaikkan trafik ke web

Jika dalam dunia penyiaran seperti TV dan radio, biasanya di nilai dalam kiraan rating (complicated sebenarnya). [ TV rating system ] . Dalam dunia penerbitan bercetak pula di nilai berdasarkan ‘circulation’ ataupun kitaran unit jualan (kot?). Dan dalam dunia web pula, sudah tentu berdasarkan TRAFIK! (Sebenarnya barangkali diluar sana sudah ada banyak web membicarakan hal trafik ini, anggaplah ini adalah versi saya yang lazimnya berbeza dari stereotype kat luar sana 😉 )

Selain trafik, pagerank juga merupakan 1 perkara lagi, tetapi boleh dikatakan pagerank nih tidaklah sehebat trafik. Ada mengatakan pagerank adalah sebagai benchmark ‘nilai isi’ atau kualiti sesebuah web, juga sejauh mana ia disenaraikan di enjin carian. Google pagerank lazimnya diutamakan. [ Check pagerank ] Web ini misalnya pagerank 3, dulu pernah cecah 4, tapi sebab terbiar lama mestilah jatuh. Kadang-kadang tukar hosting pun boleh jatuh. Traffik juga ada kaitan dengan pagerank walaupun tak selalunya sama.

Beberapa bulan lepas, atau lewat tahun 2010, web saya Pergh.com (dulu pagerank  5 – sekarang 2?) mempunyai traffik yang cukup baik dan tinggi. Mencecah ribuan trafik unik sebulan, dan ratusan ribuan page view sebulan. Mungkin tidak sehebat sesetengah web lain yang cecah ribuan unik dan jutaan pageview sebulan, namun perlu difahami kerana web saya adalah bersifat NICHE market atau dalam bahasa orang tak faham english-nya ialah ‘pasaran-khusus’.

Berikutan penggunaan server yang terlalu tinggi dan kerapkali mysql error atau lost connection to database kerana kemampuan terhad SemiDedicated server ketika itu (sampai kadang2 naik bosan restart server dan fix error – Iklan : forum masalah bagi kat aku troubleshoot – harga leh nego hehe), maka saya mengambil keputusan menutup room kepada public view. Cuma kena login untuk lihat isinya pada ketika itu. Trafik saya secara drastik telah merudum lebih 70%! Yang lebih memeritkan ialah, banyak google listing telah diremove kerana di ibarat bounce link atau page error, padahal semuanya telah dipointkan kepada login page sahaja. Web yang lama tutup atau tidak diupdate  juga akan berlaku hal yang sama contohnya blog ini hahaha.

Selepas saya bertukar kepada dedicated atau colocation server kira2 hampir 5 bulan selepas ditutup, saya berusaha menaikkan kembali trafiknya ke asal. Sudah tentu ia tidak akan secara semula jadi naik semudah itu. Perlu difahami, turunnya mudah, naiknya susah. Bayangkan saya hilang beratus2 atau mungkin beribu2 backlink, beribu2 keywords dan segalanya yang menyumbang trafik. Daripada unik visit sekitar 1200 sehari, saya cuma tinggal 250 unik sehari. Lihat rajah dibawah. (saya suka gunakan sitemeter dan sengaja di open-to-public. Diketahui ada juga webmaster menyorokkan trafik mereka dan mendakwa trafik mereka sangat2 tinggi padahal ada yang menipu!)

Nah ini dia webmaster-webmaster penipu trafik(more…)


Majalah IM #2 – Isu Mac 2008 Designed By Me!

Lewat bulan lalu (Februari) , aku mmg dilanda kesibukkan. Sementelah sibuk dengan beberapa kerja2 design berkaitan pilihanraya. Dituruti juga sibuk dengan pelbagai perkara lain. Penyusunan waktu menjadikan saat dan minit amat kritikal.

Majalah IM Malaysia

Dalam ketidakcukupan segalanya, siap juga majalah IM ini aku design sepenuhnya walaupun waktu yang diperuntuk amat sesak. Menerima bahan mentah dalam tempoh masa seminggu mungkin tiada masalah dalam skala waktu lengang. tapi dalam sesak aku sendiri terpaksa aku yang kemampuan jasad aku terhad. Kepenatan, ketidakcukupan tidur, kekurangan rehat, dan sebagainya membuatkan kadang-kadang tahap kreatif dan motivasi juga turun.

Nikmatilah majalah IM isu mac 2008 ini baik dari persembahan design naif aku dan ilmu-ilmu hebat dari pakar-pakar Internet Marketing yang sudah punya atau cecah setidak-tidaknya Puluhan Ribu Ringgit Sehari, Seminit, Sesaat, dengan goyang kaki duit masuk kepala bapak kau! menjalankan perniagaan tubuh badan Internet sebenar!

Oh ya.. agak lewat review ini sebab… sebab.. sebab ape2 je lah.. 😀
Aku tak mahu review panjang-panjang. Bleh baca review merata-rata yang menyatakan cara mendapat kepuasan seks peringkat tertinggi yang amat membaca majalah ini!  Cari sendiri kat google or pegi ke site diorang : Flarebiz

Download EMajalah Percuma Ini Di www.majalahIM.com
Terbitan Kumpulan Team Flarebiz Sdn. Bhd


10 Sebab Untuk Blog

10 sebab mengapa anda mesti buat blog!!!
Saya menulis artikel di dalam Majalah PC (isu Februari 2008) terbitan karangkraf tentang mengapa setiap orang perlu mempunyai blog! Wajib baca!

10 sebab untuk blog
klik untuk besarkan cover yang best ini. 😀

Berikut adalah petikan (untuk promosi) daripada artikel tersebut.

NOTA : Ini adalah teks asal yang raw, yang huru hara, yang berbahasa pasar, iaitu tidak di edit lansung dan ia tentunya tidak sesuai sama sekali untuk terbitan. So, nih kire ekslusif laaa untuk kengkawan dan pelawat setia blog aku. Hehehe.

10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog.

Oleh – Muhamad Nizam Ahamad untuk majalah PC

“Jika anda tidak mem-blog, anda tidak wujud”.

Apakah itu blog? Apakah beza antara blog dan laman web?
Sebenarnya, blog adalah salah satu dari jenis laman web yang ada. Antara laman web lain ialah forum, portal dan sebagainya, semuanya masih laman web. Cuma sasaran dan juga rupanya berbeza.

Blog itu sendiri juga mempunyai beberapa jenis. Selain blog biasa yang bersifat jurnal dan peribadi, ada juga photoblog, vblog, podcast dan banyak lagi. Photoblog lebih memaparkan gambar berbanding isi, tambahan pula untuk mengambil gambar pada masa ini adalah amat mudah. Rata-rata handphone memiliki camera digital. Vblog atau disebut juga vlog pula adalah blog terkini yang memaparkan Video sebagai isi utamanya. Podcast pula adalah blog dengan keutamaan audio.

Blog juga dibina biasanya berdasarkan kepada tajuk-tajuk tertentu, seperti blog automotif, blog teknologi, blog fesyen, blog gajet-gajet terkini dan sebagainya. Walaupun begitu, blog peribadi biasanya mendahului senarai yang paling banyak dibina.

Tidak kiralah, yang mana satu anda mahu. Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog!

1 – EMOSI :
Hidup di lokasi Urban juga metropolitan ini selalunya berada dalam keadaan sibuk, terkejar-kejar, banyak kerja, tidak cukup masa dan bermacam masalah pada setiap hari. Manakala masih belajar pula dengan masalah di tempat belajar dan kawan-kawan. Setiap orang ada masalah. Masalah harian samada yang lazim mahupun yang jarang berlaku, akan membawa kita kepada satu pembunuh senyap iaitu tekanan! (Stress!). Semakin banyak tekanan semakin parahlah emosi sehingga membawa kepada masalah psikologi!

Pada kebiasaanya, kita meredakan tekanan dengan meluahkan pada kekasih, keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja? Bagaimana jika semua mereka tidak ada berdekatan, atau mungkin kita sendiri tidak mahu memberitahu mereka?

Ya! Menaiplah di blog anda, luahkan perasaan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan ini, tekanan anda mungkin sudah berkurangan. Walaupun tidak sebanyak mana mungkin, tetapi pasti ada kesannya.

Apatah lagi apabila ada maklumbalas(comment) dari kenalan online anda ataupun sesiapa yang anda tidak ketahui yang memberikan kata-kata peransang dan semangat untuk anda. Memberikan anda tip-tip mengatasi sesuatu masalah yang mungkin pernah dilalui mereka.

Selain itu, perasaan gembira juga anda boleh hebohkan di blog anda untuk di kongsikan dengan sesiapa sahaja. Bagus bukan? Blog adalah terapi emosi. 😉

2 – EKONOMI :
Ketika ini, dimana-mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah? Ramai juga yang terjebak dalam kancah ini dan kecewa, kerana blog-blog mereka gagal mendatangkan duit. Materialistik sungguh dunia hari ini.

Membuat blog yang boleh menghasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda fikir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang-bidang berkaitan. Blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga, anda perlu berfikiran seperti seorang ‘businessman’. Seorang peniaga yang mempunyai perancangan dan bertindak berdasarkan keadaan.

Ada banyak cara menghasilkan pendapatan dengan blog, secara ringkasnya begini:
Bina blog yang menarik dan mengemaskininya dari masa kesemasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai dari masa ke semasa, anda boleh menyertai program-program pengiklanan yang ada yang mana memberikan anda komisyen atau menjual iklan terus kepada sesiapa yang mahu. Selain itu, menjual blog anda kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang tinggi. (sudah tentu bukan blog peribadi anda)

Tahukah anda, wujud satu kerjaya baru digelar “ProBlogger” iaitu ‘pemblog profesional!’

*Blog yang menjana pendapatan adalah merupakan bab yang besar dan memerlukan huraian yang jauh lebih panjang dan ruang lingkup yang luas. Saya akan buat artikel menyeluruh pada masa hadapan jika berpeluang..

3 – DIARI
Kita menulis segala yang berlaku setiap hari di dalam diari. Lazimnya perempuanlah!. Tetapi lelaki juga boleh mempunyai diari, “Diari Seorang Lelaki” mungkin.

Ingatkah kita… apa yang berlaku pada hari ini, tetapi setahun yang lalu? Sudah tentu tidak bukan? Nah.. alangkah baiknya jika semua hidup kita ada catatan. Kadangkala, saya sendiri membaca apa yang saya lakukan pada tahun lepas didalam blog saya. Ada masanya saya ketawa sendiri, juga gembira dengan perkara-perkara menarik yang dilakukan bersama kawan-kawan, ada masanya kita mungkin kagum dengan diri kita sendiri dengan apa yang kita lalui beberapa tahun lalu!.

Oh Ya!, apa yang lebih menarik, ada juga blog ibu-ibu yang merakamkan cerita dan gambar-gambar anak mereka dari saat dilahirkan, merangkak, mula bercakap perkataan pertama sehinggalah boleh berjalan mahupun sudah mula bersekolah!.

Blog mungkin ‘public diary’, bermaksud boleh di baca oleh sesiapa. Tetapi jangan bimbang, sesetengah blog mempunyai fungsi pos peribadi (private). Ada yang memerlukan kata laluan untuk dibaca!.

Setiap hari kita akan jumpa keyboard dan monitor. Kita lebih mengenal keyboard daripada pen dan buku. Jari kita lebih pantas menaip daripada menulis menggunakan pen di kertas. Atas sebab ini… tiada keraguan bahawa blog adalah diari terkini!

Seterusnya!!!! (more…)