Category : Tips Dan Tutorial

Masalah web-web photographer yang berat

Ok. Ada lagi 20 minit dari sekarang sebelum tarikh hari ini berakhir. So aku sambung pasal semalam yang cerita tak habis lagi tu.

Selain dari masalah web dia banyak sangat gambar letak kat slideshow, 20 keping misalnya (ada ke? ada kot?).  Adalah menyebabkan page lambat loading. Ada sesetengah script mempunyai loading icon, ala.. yang loading… loading.. takpun ada icon bulat pusing2 tuh. Yang tuh ok lagi, sebab at least orang tau web tengah loading. Kalau takde yang tuh orang ingat web dia rosak. Sebab tak keluar2 pun gambarnya.

*Nak amik gambar awek orang kata gatal plak. Amik gambo kete je la.. >_< (sekadar gambar hiasan)

So… cuba kurangkan sikit bilangan photo / images kat slideshow tuh. Paling ok pun dalam 5 – 10. Kene jugak tengok berapa besar saiz lebar x tinggi gambar tuh. Kalau dibantainya sampai 1024 X 800px, mmg boleh membiak kucing sepasang jadi 5 ekor silap2. Hehe. Paling mujur pun pelawat tuh terus blah je dengan klik pangkat kat tab tu, malas nak menunggu. Dah melepas sorang potential client. >_<

Sambung pasal web photographer lembab atau lambat loading semalam :

~ Ada lagi 1, ada 1 kesalahan besar awak punya gambar nih…

“Haaa???”   (more…)


Merancang cara menaikkan trafik ke web

Jika dalam dunia penyiaran seperti TV dan radio, biasanya di nilai dalam kiraan rating (complicated sebenarnya). [ TV rating system ] . Dalam dunia penerbitan bercetak pula di nilai berdasarkan ‘circulation’ ataupun kitaran unit jualan (kot?). Dan dalam dunia web pula, sudah tentu berdasarkan TRAFIK! (Sebenarnya barangkali diluar sana sudah ada banyak web membicarakan hal trafik ini, anggaplah ini adalah versi saya yang lazimnya berbeza dari stereotype kat luar sana 😉 )

Selain trafik, pagerank juga merupakan 1 perkara lagi, tetapi boleh dikatakan pagerank nih tidaklah sehebat trafik. Ada mengatakan pagerank adalah sebagai benchmark ‘nilai isi’ atau kualiti sesebuah web, juga sejauh mana ia disenaraikan di enjin carian. Google pagerank lazimnya diutamakan. [ Check pagerank ] Web ini misalnya pagerank 3, dulu pernah cecah 4, tapi sebab terbiar lama mestilah jatuh. Kadang-kadang tukar hosting pun boleh jatuh. Traffik juga ada kaitan dengan pagerank walaupun tak selalunya sama.

Beberapa bulan lepas, atau lewat tahun 2010, web saya Pergh.com (dulu pagerank  5 – sekarang 2?) mempunyai traffik yang cukup baik dan tinggi. Mencecah ribuan trafik unik sebulan, dan ratusan ribuan page view sebulan. Mungkin tidak sehebat sesetengah web lain yang cecah ribuan unik dan jutaan pageview sebulan, namun perlu difahami kerana web saya adalah bersifat NICHE market atau dalam bahasa orang tak faham english-nya ialah ‘pasaran-khusus’.

Berikutan penggunaan server yang terlalu tinggi dan kerapkali mysql error atau lost connection to database kerana kemampuan terhad SemiDedicated server ketika itu (sampai kadang2 naik bosan restart server dan fix error – Iklan : forum masalah bagi kat aku troubleshoot – harga leh nego hehe), maka saya mengambil keputusan menutup room kepada public view. Cuma kena login untuk lihat isinya pada ketika itu. Trafik saya secara drastik telah merudum lebih 70%! Yang lebih memeritkan ialah, banyak google listing telah diremove kerana di ibarat bounce link atau page error, padahal semuanya telah dipointkan kepada login page sahaja. Web yang lama tutup atau tidak diupdate  juga akan berlaku hal yang sama contohnya blog ini hahaha.

Selepas saya bertukar kepada dedicated atau colocation server kira2 hampir 5 bulan selepas ditutup, saya berusaha menaikkan kembali trafiknya ke asal. Sudah tentu ia tidak akan secara semula jadi naik semudah itu. Perlu difahami, turunnya mudah, naiknya susah. Bayangkan saya hilang beratus2 atau mungkin beribu2 backlink, beribu2 keywords dan segalanya yang menyumbang trafik. Daripada unik visit sekitar 1200 sehari, saya cuma tinggal 250 unik sehari. Lihat rajah dibawah. (saya suka gunakan sitemeter dan sengaja di open-to-public. Diketahui ada juga webmaster menyorokkan trafik mereka dan mendakwa trafik mereka sangat2 tinggi padahal ada yang menipu!)

Nah ini dia webmaster-webmaster penipu trafik(more…)


Majalah IM #3 – Emajalah Percuma

Dapatkan Emajalah Percuma yang hebat ini! Di pasaran sekarang!.. Pasaran apelah plak online nih.. download je.. free torrent lagu melayu kat majalahIM.com .
Ada lagi ke bende free dalam dunia nih? Free dan bagus ada ke? Adaaaa.. ko download je lah!… Itupun kalau ko sukekan ilmu, tapi kalau ko sukakan terkinja2 dan terlompat macam hiburan2 tak guna tuh.. susah la nak cerita. 😀

majalahim31.jpg

Ah.. cam biasa, design dari aku la maknanya tu.. 😀 dari labanon yang asyik gatal nak kawen jer skang team flarebiz.


The Best Way To Identify Scam Program!

Everyday we has been flooded by new ‘easy money’ program. None knew is it true or not, but in my experience since 5 years ago (when this kind of program start blasting everyway), 99.99% of ‘easy money program’ are SCAM!

Stupid people those desperate for money promoting their annoying affiliate link all around our emails. Spamming forum with their topics promoting the program, hijacking people discussion, disturbing view of a forum with their affiliate link signature.. and they do anything… everywhere!!!..

OK.. Now..
What is the best way to identify scam program?
Easy.. sooooo easy… (more…)


10 Domain Termahal Di Dunia 2007

Aku dah jumpe ramai orang yang asik tanya, beli domain apa bagus? dot com ke.. dot net ke.. dor org ke? Sampai para penjual dot info pun asik duk kompang diorang bagus.. dot biz pun sama.. BANGANG!!!..

Apa domain korang patut beli?
1 – dot com..
2 – dot com..
3 – dot com
pilihan ke empat? takkan dot com lagi?
4 sampai 10 – dot com jugak laaa!!!..

kalau dah takde pilihan baru la dot net dan org .. .my? bantai lah korang…

MENGAPA? NIH! SEBABNYA! MELAWAN LA!! AKU LEMPANG KANG.. Wakaka!

TOP 10 – EXPENSIVE DOMAIN IN THE WORLD

– poker.com 27,000,000
– sex.com: 14,000,000
– porn.com: 9,500,000
– business.com: 7,500,000
– beer.com: 7,000,000
– diamond.com: 6,000,000
– casino.com: 5,500,000
– asseenontv.com: 5,000,000
– korea.com: 5,000,000
– wine.com: 3,300,000
– vodka.com: 3,000,000

Nota : Semua harga dalam USD 

Ah.. darab sendiri la USD 1 = RM 3.3* dan berubah dari masa kesemasa.. BUKAN PASAL RINGGIT MENGUKUH LA ! Tapi USD dah nak karam. )

*setakat 2007 sahaja.. aku malas kaji lebih2.. korang pegi cari sendiri la kalau nak puas hati lagi..

Now.. tell me.. where the hell is other .net and .org!???
Muahahahahaha.. wanna fight more?
The price speak itself!!!!!! F*&%® 😀

// ntah.. kuat mencarut plak jari aku skang…
// hidup tuh cuba rajin mengkaji sikit lah….


Apakah saiz web yang paling sesuai pada masa sekarang?

Theme baru aku akan datang bulan Disember.

Hehehe.. set dateline pada diri sendiri. 😀 .Dah lama dah aku pakai theme nih, dah setahun lebih rasanya..


Memotong-shopkan Proton Saga BLM.

Bleh la layan tajuk gitu sekali.
Proton BLM yang mungkin akan datang 2008.
Dah lama dah aku buat mende nih.. saje nak pos kat blog.. untuk bulan Oktober! Yeah!

Gambar asal : (klik untuk besorkan)
proton-saga-blm-s.jpg

Selepas kerja-kerja pemotong-shop-an dilakukan.
Tadaaa!! BLM oren macam Neo . (klik untuk besorkan)
proton-saga-blm-x-s.jpg

Sesapa pun bleh buat.. janji kena paham betul-betul-betul photoshop tuh dulu..
Kalau pandai photoshop tahap budak2 U skang yang ‘hanya’ tau pakai blending mood standard buat emboss emboss tuh baik tak payah!!! (aku jumpe ramai tau.. bunyi jer macam pandai.. practically? hanchorr!!) 😀


Bagaimana Membina Web Yang Berjaya

webjaya.jpgEbook!.. Mystic Buat ebook siut!.. Orang lain buat ebook, korang pun buat ebook. Aku pun buatlah ebook!.. Ebook nih asas, asas yang dilupakan.. Kata orang, permata yang hilang. Ade ke gitu!..

Download lah. di section ebook yang aku baru saje wujudkan. Kearah web aku yang lebih banyak contents terlampau!

Download di sini : Mystic Free Ebook


Apa itu PHP?

Actually aku banyak dapat Private message, dan juga aku rasa nih soalan2 lazim yang tidak termaktub dimana2… Selain itu juga aku perhatikan ramai sangat yang tak faham English. So aku buka thread nih dan stickkan dia. Anggaplah nih untuk orang-orang Melayu yang malas nak faham bahasa inggeris. (Kalau dah sedar malas tuh rajin2 lah!.. )

INTRO!
– Pertama-tama kalinya aku akan tanya korang soalan lazim. Adakah korang dah pandai setidak-tidaknya 80% HTML?. Kalau tak pandai pegi belajar dululah!.
Pandai HTML disini bermakna bukannya anda tahu guna software untuk buat 1 laman / page ber dotkan HTML. Sebaliknya faham sepenuhnya setiap fungsi kod2 html itu sendiri!. Dan sebaik-baiknya, bab BUTANG (button) dan FORM pun anda dah faham. Jangan tanya “Mengapa!”, buang sikap bodoh bertanya sesuatu yang tidak patut! Sebaliknya cuba pandai sesuatu dengan usaha sendiri, kecuali dah tak mampu sangat-sangat.

SOALAN LAZIM SIPEMALAS BERTANYA DAN BUAT-BUAT BODO tak faham. (Aku mmg kejam ok?)
Tapi aku cuba jelaskan dalam bahasa dan perumpamaan yang paling mudah korang faham.

Apa itu PHP? .
PHP adalah Bahasa Pengaturcaraan bagi web. Ia adalah server side languange iaitu diproses di SERVER, bukan dibrowser seperti HTML.

Apa itu MYSQL?
Mysql adalah pengkalan data. (aku taknak beratkan kepala korang.. so aku declare camtuh. )

EasyPHP, PHPDEV, PHPTRIAD?
– Baik.. ini mmg masalah.. kepada mereka2 yang tak rajin membaca keterangan yang dijelaskan disetiap web mereka.. Main download saje.

Ketiga-tiga bende diatas, adalah merupakan Software, iaitu untuk menjadikan pc anda sebagai server yang boleh baca kod php. Lazimnya dalam software ini ada 3 program utama, iaitu : Apache Server, Mysql.exe, Php.exe
Iaitu 1 pakej lengkap untuk menjadikan pc anda LOCALHOST atau server buatan.

PHPMYADMIN?
Phpmy admin adalah script php yang sediabina, untuk kemudahan anda mengemaskini, membina, menambah dan sebagainya DATA kedalam MYSQL database anda.
Merupakan Interface web berasaskan php language /script.

Ape KEJADAHNYA pula :
PhpNuke, PhpBB dan beberapa nama php lagi tu? .

– Inilah masalah lazim sama seperti mereka yang taknak cuba faham dan baca berkali2 segala penjelasan MEREKA (pembina) di FAQ dekat website mereka.

PHPNUKE, PHPBB adalah SCRIPT PHP yang sudah siap. Atau lebih senang dikatakan sebagai…. Satu sistem berasaskan kod-kod php yang telah dibina sepenuhnya. Untuk dilarikan (run) diserver yang boleh baca PHP.

Jadi perbandingannya adalah seperti berikut.

Subjek 1 : PHP (Bahasa pengaturcaraan )
Subjek 2 : EASYPHP, PHPDEV, PHPTRIAD ( Software/Alatan )
Subjek 3 : PHPBB, PHPNUKE etc ( Script )

Perumpaannya..
Subjek 1 : Huruf ABCDE – Z
Subjek 2 : Kertas, Buku latihan, Pen, Pensil, Dakwat, Berus, Warna
Subjek 3 : Hasilan kerja yang siap!..

Contohnya..
ABU!, menggunakan huruf A -Z (S1) untuk menulis/melukis sebuah cerita bergambar dengan menggunakan Pen (S2). Katakanlah.. dia menyiapkan 10 keping catatan, dan 10 keping ilustrasi. Catatan/hasil kerja ini DIJADIKAN BUKU lalu ditajukkan ia : ARNAB DAN KURA-KURA (S3) .

Boleh faham?
tak faham? Ulang baca sampai 20 kali!.. Tak boleh juga? Ulang lagi 50 kali..

Kalau tak faham juga.. elok laaa, besok pegi suruh tukang gali kubur buat 1 lubang baru..

* Pos asal aku kat : http://www.webmastermalaysia.com


Antara Buat Web dan Belajar HTML

Naa… aku sudah wujudkan section baru. Iaitu tips dan tutorial. Harapnya section nih nanti aku akan muatkan macam-macam bende. Dan sebenarnya aku mmg patut adakan post aku dalam hal nih. Tambahan pula aku rasa kelebihan atau bakat aku dalam bidang ni adalah amat baik. (terserah! kalau kata aku perasan pun) . :p . So, aku akan mulakan dengan HTML, kemudian CSS, PHP, Design segalanya lah!.

Intro : Saya adalah salah seorang SuperModerator (more…)