Category : Uncategorized

Restructuring This Blog – Ulang Tahun ke 8

Saya sedang menyusun semula blog ini. Salah susun nanti tak cantik bila dah update.  Nak kena plan betul2 supaya senang bila update je tersusun samada post dan pages.

Post2 lama simpan je, tapi susun bawah 1 kategori, akan datang pos2 ilmiah dan tutorial akan di gabung bawah kategori tertentu, tapi muka depan perlu kekal ada update terkini tak kira kategori apa.

Galeri gambar juga akan di buat sebagai post tetapi di kumpul kat 1 page sebagai galeri, kerja2 grafik dan multimedia juga sama. So saya plan cuma buat as normal post, cuma kategori je set lain2, nanti custom theme query each main category sebagai page masing2. Mudah camtu.

18 April 2016, genap 8 tahun namadomain nizamahamad.com ini wujud, sebelumnya menggunakan domain mysticdreamworks.com hampir 4 tahun. Sebelumnya dari subdomain mysticmind.pergh.com. Aku bermula kira2 tahun 2001.

Itu bermakna aku dalam dunia blogging nih dah almost…..  15 tahun.

Goshh… time flies…


Captain America Civil War – Ant Man vs Spiderman lol

Attack On Titan? lol

civilwarr


Inktober? Apa itu inktober?

inktober

InkTober adalah acara tahunan melukis yang sapa2 pandai atau nak melukis, bolehlah melukis.

InkTober adalah gabungan INK dan OCTOBER. Jadi setiap tahun, bulan 10 atau Oktober, ramai pelukis2 amatur mahupun profesional akan melukis 1 lukisan setiap hari selama sebulan. Jadi sebulan Oktober ada 31 hari, maka 31 lukisan perlu disiapkan.

Acara ini diasaskan oleh Jake Parker – an American, seorang pelukis komik, concept artist, ilustrator dan juga tukang animasi, oh, juga founder web svslearn.com ( Society of Visual Storytelling ) . Pada Oktober 2009, dia memulakan events yang di namakan INKtober ini dan mendapat sambutan yang hangat!

jake-parker

Ada perdebatan juga di zaman era digital ini, samada valid atau tidak melukis digital tidak mahu manual atau sudah terbiasa dengan digital? Maklumlah, zaman pen dan brush juga wujud di dalam aplikasi seperti photoshop, painter, coreldraw dan sebagainya…

Pada aku, baliklah kepada asal… manual yang dah ditinggalkan, selain sesuai dengan nama dakwat sebenar. Juga sesuai dengan saranan pengasasnya yang menyatakan :

****

Anyone can do InkTober, just pick up a pen and start drawing.

InkTober rules:

1) Make a drawing in ink (you can do a pencil under-drawing if you want).

2) Post it on your blog (or tumblr, instagram, twitter, facebook, flickr, Pinterest or just pin it on your wall.)

3) Hashtag it with #inktober

4) Repeat

 

Berkaitan :

http://inktober.com/

http://mrjakeparker.com/

https://en.wikipedia.org/wiki/Jake_Parker

https://www.facebook.com/inktober

 


Lel… kene inject malware

abis site aku kene block ngan google = this site will harm your computer.

lel.. sape suh x update version wordpress dan plugin2? kan dah kene cucuk ngan bende bukan2..

lel… setahun tak update ke… lel.. nak kene design baru la pasnih…


Hari yang banyak kerja

Hari ini banyak hal nak setel.
Jadi sekarang pun aku tgh duk tolong siapkan pc baru beli 8 biji tadik.
PC lama nak jual. Sape nak beli pc lama nanti aku citer esok. \

– cukup update malas utk hari ini hehe.


Hari raya pertama 2012

Hari ini semua orang pun beraya, aku juga. Jadi hari ini sudah tentu sipenuhi dengan aktivi beraya. Semalam perjalanan balik raya aku lari dari jadual. Plan asal balik kol 1:30 last2 selepas sket kol 2 baru lah gerak.

trafik lancar dari Shah Alam sampailah selepas terowong genting sempah. Aku tgk macam nak jem je, so aku benti jap minum kat RNR situ minum jap

dalam setengah jam lepak situ baru gerak semula. Sampai la area selepas Bukit TInggi, ada jam sket situ, sampai drive below 40kmh. Sangkut sampai la tol bentong. Lepas bandar bentong sangkut lagi sket sebab ada exsiden kat depan petronas tuh, ada mpv masuk longkang.

Leps tuh gerak balik, aku kuar exit raub koyan. Sampai kampung aku circa jam 5:30 pagi. Hantar member aku ke kampung dia pegi balik sejam.

Hari raya
Raya aku rutin lazim je la, jadi drebar mak aku. So ikut je la. First pegi tahlil arwah kat kubur, pastuh gi rumah mak kepada mak aku… Nenek aku la tu. Pastuh gerak gi rumah nenek aku 1 lagi, iaitu mak kepada arwah ayah aku hehe.

Pastuh balik, singgah rumah mak long aku plak kat Chegar Perah. Pastuh dah nk malam balik umah aku. Penat, sebab aku tak cukup tido…. Ook malas nak menaip. Aku taip nih kat henpon aku je. Nk upload. Gambar pun leceh haha.


Oktober akan try lagi non stop.

Aku akan run lagi , 30 hari update nonstop plak. ^_^

tgk berjaya ke tidak.


Dah setahun tak update. Yay!

Bz nak mampus skang. Miskin giler. Semua payment sangkut. Bagus…


Me At AFOS : Asean Festival Of Speed 2010


Aku di kampung yay!

Aku sampai kampung jam 1pg tadi. Malam ni buat kenduri kecil tahlil arwah ayah 100 hari. Bkan sebab adat, tp ramai adik bradik ada, dan cuti semester diorg nk abis dah. Oh! Pos ini di hantar dgn henset dr kampung dgn cuma GPRS connection. 🙂


Tidak memerlukan apa-apa tajuk

Letak tajuk pun bende2 azam nih jarang jadi. Jadi letak sebagai cuba2 je la. Aku cuba update blog nih dengan ayat2 rapuan dulu. Cuba 30 hari non stop.


Hermmmppphhh… macam2 dah jadi…

Dalam 3 4 bulan kebelakang nih, macam2 jadi… aku akan pos kemudian.

Semoga 2010 adalah tahun kecemerlangan aku.