Category : Web Developement And Tips

Another best responsive website 2012 / 2013

Dalam dunia yang kekal dengan pelbagai device yang baru yang punyai pelbagai saiz resolusi. Yang ada pelbagai saiz lebar dan tinggi, adalah amat pening kepala nak buat design web yang compatible ngan semua.

Post lepas aku ada cakap antara web terbaik responsive nih adalah Mashable, tapi aku rasa aku mungkin lupa lagi 1 yang jauh lebih nice. Mungkin pasal the matter of taste. Web nih antara selalu aku lawat.

smashing magazine

Smashing magazine! Dan yang lebih menarik, web nih based on the super semantic WordPress Platform!. Kau pandang rendah wordpress bro… Banyak web2 besar guna bro, even site2 as big as New York Post, People’s magazine pun guna bro. »  here the list 

Gua dulu pernah gaduh pendapat masa kerja kat 1 tempat (mega company) pasal nak guna free wordpress system untuk certain company website dan kemudian customized gila2 sampai jadi ikut taste. Tapi akhirnya majority (majority kene tgk gak, celik ke kurang celik) buat keputusan nak bina sendiri dari scratch system  tapi aku yakin bloated tahap cipan. Kalau skill dan secure tahap superman gua tak kisah bro.  Ini upload file gambar dan lain2 pun masih guna manual FTP. Ko hidup zaman bile? >_<

Lantak korang la. Suka bazir masa. Web developent 6 bulan – 1 tahun tak siap2 jadinya. Solution gua 1 bulan bleh siap dan terbaek sanggup di reject sebab Open Source dan anggap tuh untuk blog? Lol. Outdated sungguh. huhu.

*responsive web design versi gue akan siap dalam seseminggu nih, pecah kepala. Tak expect akan jadi perfect. Tapi kalu dapat 50% web SmashingMagazine tuh pun dah ok. 🙂 Mula2 la katakan.

 

 


Responsive design 2013

Tahun lepas, saya dah pun pos pasal trend web menjadi ‘responsive design’.  Lihat post saya lalu » disini . Ok! Tetapi mengapa saya belum buat web saya menjadi responsive? Apakah susah sangat nak buat? Baik, saya jelaskan…

Tablet Phone

*kredit gambar asal dari Android for the world babeh!

Pertama-tamanya (bahse bende nih?)… adalah sebab aku malas hehe… tak la malas sangat. Sebelum tuh kita berbalik kepada pemahaman basic. Baca dulu link aku bagi atas tuh utk paham sket.

Ok! Listing please! Mengapa perlu responsive web layout?

  • Gajet atau device hari ini punyai paparan yang berbeza.
  • Ini bukan saja saiz ukuran lebar darab tinggi, tapi juga pixel resolusinya
  • Jadi, cabarannya adalah untuk buat web kelihatan sempurna pada apa2 jua saiz dan resolution

 

Dengan ini juga, diberitahulah juga, ada beberapa cara untuk menjadikan web anda boleh dilihat dengan sempurna pada apa jua device (apa aku nak letak dalam bm nih?…. alat? ) :

  1. Detect jenis device atau User Agent, dan arahkan pilih template tertentu. Ini dalam programing, php, asp what ever…. Termasuk panggil CSS yang berbeza bagi setiap template.
  2. Buat design dengan coding yang khusus. Ia kembali kepada trend lama yang ditinggalkan atau jarang guna iaitu dengan kiraan % / percent / peratusan. Cuma bezanya dengan tambahan kod2 yang lebih terkini yang hebat biasanya CSS3

 

Saya akan cuba buat post yang detail pasal senarai di atas, rajin2 la check web nih, book mark sekali pun lagi ok.

Mengapa saya belum buat web jadi responsive?

  1. Sebab trend international, dia awal, local scene? lambat, slow, delay. Tapi pun web international pun belum ramai yang buat.
  2. Sebab tak mudah, agak pening kepala kalau tak biasa. Tambahan CSS3 agak baru
  3. Sebab BROWSER war masih ada. Seperti di ketahui umum, ada browser lambat support CSS3. IE tentunya…
  4. Sumber pemahaman masih terbatas, bahkan sejujurnya, ada pemahaman pada masa lalu berbeza apa yang aku faham sekarang.

 

Berikut adalah contoh web responsive yang hebat setakat ini, bagi saya ia benchmark terbaik! : Mashable.com 

Boleh test dengan tablet, phone, pc, laptop anda, tengok perbezaannya. Atau resize browser untuk lihat perubahan paparan web tersebut.

Tunnguuu… saya punya theme responsive on the way 😉


Masalah web-web photographer yang berat

Ok. Ada lagi 20 minit dari sekarang sebelum tarikh hari ini berakhir. So aku sambung pasal semalam yang cerita tak habis lagi tu.

Selain dari masalah web dia banyak sangat gambar letak kat slideshow, 20 keping misalnya (ada ke? ada kot?).  Adalah menyebabkan page lambat loading. Ada sesetengah script mempunyai loading icon, ala.. yang loading… loading.. takpun ada icon bulat pusing2 tuh. Yang tuh ok lagi, sebab at least orang tau web tengah loading. Kalau takde yang tuh orang ingat web dia rosak. Sebab tak keluar2 pun gambarnya.

*Nak amik gambar awek orang kata gatal plak. Amik gambo kete je la.. >_< (sekadar gambar hiasan)

So… cuba kurangkan sikit bilangan photo / images kat slideshow tuh. Paling ok pun dalam 5 – 10. Kene jugak tengok berapa besar saiz lebar x tinggi gambar tuh. Kalau dibantainya sampai 1024 X 800px, mmg boleh membiak kucing sepasang jadi 5 ekor silap2. Hehe. Paling mujur pun pelawat tuh terus blah je dengan klik pangkat kat tab tu, malas nak menunggu. Dah melepas sorang potential client. >_<

Sambung pasal web photographer lembab atau lambat loading semalam :

~ Ada lagi 1, ada 1 kesalahan besar awak punya gambar nih…

“Haaa???”   (more…)


Bang, ada orang komplen, mengapa web saya lambat loading?

Ok! hari nih aku nak citer sebagai start up, kepada coming soon, blog aku yang lebih berisi dan informatif. Selepas pikir panjang-pendek-panjang balik, aku nak jadikan blog aku nih sebagai blog yang bukan saja tempat merapu aku semata2… Sebaliknya juga mengisi dengan bende2 ilmu yang aku ada untuk di share ramai2. Moga2 dapatlah digunakan untuk tujuan elok dan bermanfaat. Amiinnnn…

*Anak saya, I mean, anak buah hehe… nama dia Nur Nadia Balqish. Kecik2 comel cam anak patung, baca pos adik aku la kat sini ^_^ (Aku rasa, gambar nih dia yang tangkap, bkan aku hehe)

Antara perkara2 yang aku buh kat sini adalah berkaitan mendesign dan perkara2 yang sewaktu dengannya misalnya photography. Mungkin.. mungkin aku tak se-pro orang lain ambil gambar, tapi aku ada 10 kali ganda kuasa super power editing dari orang lain hahaha. Korang ada? Ramai photographer harap barang mahal je, tapi editing hancus pun ramai. Ramai gak yang ada skill kedua-duanya. Osem!

Tapi lagi ramai HARAMJADAH dan MARKET KILLER yang cuma tahu beli kamera, petik-petik-petik dan caj murah2 juga kat luar sana. So… tak heranlah, bak kata beberapa kawan photog professional aku;

 “Market photographer hari ini susah nak cari makan, banyak dipenuhi photographer sampah, beli kamera, beli lens terus ingat diri hebat” ~ Encik X

Ok!. Aku takmau citer lagi pasal bab kamera dan editing gambar skang nih, aku nak citer dulu pasal masalah lazim web2 photographer. Yang tak berapa biasa dengan dunia web. Ada beberapa keadaan lazim berlaku, misalnya macam cerita kat bawah nih.

(more…)


Keburukan Facebook? Harta Intelek? Upgrade Forum?

Sedar tak sedar sudah abis 1 minggu, hari Jumaat sudah. Kerja masih banyak juga yang belum selesai. Semalam pun agak kurang produktif, entah mengapa kurang menjadi kerja minggu ini. Lagpiun banyak urusan ke sana kemari membuatkan mood kerja sedikit lari. Ye lah, bila sudah terlompat-lompat buat kerja itu, buat kerja ini, meeting, discuss, dan macam2 lagi menjadikan susah nak menyiapkan satu-satu kerja.

Hari ini selepas Jumaat pergi keluar ngan biz partner aku jap, pegi hantar kat MBSA nak bayar cukai pintu lot office dia. Bleh tahan gak mahal cukai pintu commercial properties nih. Hujan sepanjang hari di Padang Jawa dan Shah Alam. Agak lebat di sesetengah kawasan. Mood orang pun pasti berubah, macam nak keluar makan tengahari pun malas. Sekarang pun ekonomi tak nampak bagus sangat juga.

Kemudian sambung kerja sikit, break kejap, main game, sambung kerja balik. Tapi masih tak cukup produktif. Mungkin aku perlukan tekanan kepada diri sendiri. Kadang2 tekanan boleh menjadikan kita agak produktif walaupun hasilan waktu tekanan tak sebagus time santai. Sekurang-kurangnya bergerak juga kerjanya. Aku akan menekan diri malam nih.

Ok!, kemudian pun upgrade forum Pergh aku. Harta intelek yang masih aku simpan. Biarlah orang kata skang forum2 dah tak meriah ke apa pun, 1 hari nanti kita mungkin akan bosan dengan facebook juga. Atau mungkin 1 hari nanti orang akan nampak apa yang kurang kerana berfacebook.

Banyak sebenarnya yang menjadi kurang kerana facebook. Contohnya informasi percuma, maklumat semasa, tutorial dan sebagainya. Benar boleh bertanya di group2, but that just it is. Dokumentasi tiada. Bahkan ada pembunuhan sosial dan koloni di situ secara tidak nampak.  Adakah anda rasa, popular di dalam 1 group atau page, anda popular diluar? Tidak. Orang tak kenal pun anda barangkali. Banyak lagilah. Nanti aku try buat post khusus tentang ini. Esok mungkin, sebelum pencuri idea lain buat. 😉

Forum Pergh.com sedar tak sedar sudah 11 tahun wujudnya, mungkin aku akan simpan untuk berapa tahun akan datang lagi. Walaupun user active kurang kerana facebook-butterfly-effect, tapi so far organic traffic yang mencari maklumat tak pernah kurang. Bertambah dari masa ke semasa, bahkan topik2 yang bertahun2 dulu pun orang korek baca. Ini berdasarkan statistic dan analytic. Keywords , referal and so on.

Dengan database mysql dia mencecah 500MB adalah amat besar, aku perlu restudy cara nak backup data. Dan lepas upgrade yang baru selesai kira2 jam 9 malam tadi, masih ada minor2 subjek yang perlu di selesaikan. Selain itu juga, merancang sesuatu yang baru dan lebih menarik. tapi for now sebagai rancangan saja la.

What about, a new pergh just like deviant art or even facebook it self? for the local community of Art & Design and related stuff?

 

Someday.. or soon. 😉

*no picture for today too… takdak idea.


Antara kerja terkini, Dunia Pendekar & Mf Ajif

Assalamualaikum, kum apa? combat, bat apa? batman, man ape? mentol, tol ape? tolak, lak apa? laksa, sa apa???? sajeeeeeeeeee jeeee… bila la nak abisnye pun adooooiiiii 😀 Kannnnn…. dulu2 kecik2 selalu la maen2 camtuh. Bdak2 skang mana tau bende nih semua 😀

So!… hari nih aku just nak citer pasal job2 aku laterly lah. sambil promote web2 member dan client2. 🙂 So… aku nak mulakan dengan yang mana dulu aaa… Oh. Actually, tak semua aku bleh exposed kat sini, ada beberapa keje yang aku cuma.. commissioned atau sub. Yang aku x bleh claim buat. Maknanya aku cuma kerja dibelakang tabir.

So, ape kaitan dengan batman kat atas? Adakah web batman dark night rise tuh aku yang buat? Oooo Maiii GOD! *Bat Face + Peace Sign”. (more…)


Projek-Z : Membuat WordPress Theme Part 1

Sepertimana post saya sebelum ini, saya akan cuba membina theme custom WordPress. Dan saya akan cuba supaya buat theme ini boleh diberikan percuma pada sesiapa yang berminat. Kalau ok, boleh lah submit kat WordPress theme page  (itupun kalau berjaya,  sebab syaratnya macam agak ketat)

Target saya ialah, theme tersebut boleh disiapkan sebelum akhir bulan ini, iaitu kira2 ada lagi 10 hari dari sekarang! Here’s some screenshot kerangka theme.

So.. selepas beberapa request dengan pelbagai taste yang mana setiap orang adalah berbeza. Jadi saya buat keputusan, untuk bina theme yang ada 3 golongan target utama.

1. Photographer
2. Pelukis / Illustrator / Kartunis / Komik artis
3. Graphic Designer

Atau… Sesiapa nak showoff rakan2 yang sewaktu dengannya.

Kita kembali selepas ini, nikmati dulu Iklan heh!

(more…)


Buat custom theme wordpress?

Aku dah banyak buat custom theme untuk wordpress, nak macam mana? aku bleh buat (tapi jangan la stok advanced terlampau 😀 ) .  Dari sesimple blog, secomplicated, seee…. ape2 je, boleh saja di adakan. Dah lama aku main wordpress nih, dulu2 terkial2 gak nak siapkan 1 theme sekali pun.

Skang nih, setakat average theme, leh siap dalam tempoh 7 hari bekerja je. Mean selepas design dipersetujui, aku akan mula coding CSS3 dan HTML5 nya. Selalu yang part jadi lambat ialah confirmation design layout. Dan gak content dan bahan2 berkaitan.

Anyway… Beberapa minggu lalu aku saja2 lah buat survey tanya kawan2 aku nak theme camner. Dan macam2lah yang diorang jawab. 🙂 So aku snap capture dulu simpan wat kenangan sebelum aku jalankan ‘PROJEK-Z’. (more…)


Bila tidak update, trafik blog pun mula turun.

Tips trafik untuk blog. – Updatelah selalu!

Mungkin itulah ‘nature’ ber-blog. Saya kurang pasti, adakah salah satu dari Google Algorithm dalam membaca blog. Adakah ia mempunyai algorithm membaca tarikh terakhir post dalam sesuatu blog atau tidak.

Ini kerana, walaupun 1 masa blog kita mempunyai kedudukan yang tinggi bagi sesuatu keyword, lama kelamaaan rank tersebut akan jatuh dengan sendiri. Barangkali kerana lebih banyak info berkaitan keyword tersebut di blog yang baru dikemaskini memungkin ia membaca info tersebut sebagai lebih terkini. Juga berdasarkan content pada keyword tersebut yang mungkin belum ada duplikasinya.

Apa2 pun, blog yang dah lama usianya, ada penuh dengan pelbagai perkataan yakni juga keyword. Sudah tentu blog yang bertahun2 dan punyai lebih banyak pos mempunyai lebih banyak perkataan daripada blog yang usianya 2 bulan. Namun faktor kekerapan ber-blog juga akan menjadikan blog berusia setahun mempunyai lebih banyak pos dari blog yang sudah 5 tahun tapi update sebulan cuma sekali. Heh! (cam blog aku lah.. ala.. blog korang pun mungkin sama).

Jadi, selain faktor tersebut, tambahan trafik akan berlaku apabila blog2 yang selalu dikemaskini berbanding yang terbiar. Kerana trafik dari regular reader akan kerap melawat. Jika harapkan pada Organic User (dari search enjin dan link2 contohnya), ia masih membantu tetapi jika digabungkan keduanya maka hasilnya tentu jauh lebih besar.

Soooo…. konklusinya…. updatelah setakat termampu huhu..


2012 Responsive Web Design – Design web yang bertindak balas?

Trend web tahun 2012 ini menjurus kearah ‘responsive web design’.  Susah nak diterjemahkan ke bahasa Melayu bagi istilah² teknikal ni. Boleh rujuk banyak web² besar menyatakan perihal ini. Saya juga mencubanya… tapi belum lengkap sepenuhnya hehe.

*klik untuk besarkan. Atau lawati web Pergh Multimedia

Saya mengasingkan, pergh.net sebagai web perniagaan dan pergh.com tetap major site utama seperti asalnya. Traffik pecah? tak kisahlah, dua2 pun aku punya jugak hahaha… Dalam pergh.net saya kumpulkan mana2 web yang saya bina di bawah label Pergh Enterprise… saya brandingnya sebagai Pergh Multimedia, ingat dah boleh tukar Sendirian Berhad tahun lalu, malangnya… malang yang jadi. Haih… Takpelah… someday perhaps. Web tersebut adalah sebagai web perniagaan saya yang menawarkan kerja-kerja print design, web design, multimedia design dan segala apa jua yang saya tahu buat (banyak giler kot?)

Berbalik kepada Responsive Web Design(more…)


Aku designer, styler dan aku juga programmer

Pengalaman saya dalam dunia web ini, saya kirakan sudah mencecah hampir 10 tahun. Saya masih ingat saat saya bertatih mempelajari HTML satu masa dahulu. Dahulu untuk mencari tutorial percuma bukan benda mudah, tambahan pula saya rasa pada waktu itu tidaklah banyak web dibina sebanyak yang ada sekarang.

Web Pertama Di Dunia!

Invented by Sir Tim Berners-Lee  & Robert Cailliau [wiki link on name]
Ada di Muzium W3C : http://www.w3.org/History/19921103-hypertext/hypertext/WWW/TheProject.html

Web pertama wujud pada tahun 1990 (diusahakan sejak 1989). 😮 (Oh! Baru kaoooo tau ke?)

Sekiranya saat saya belajar pasal web itu (circa tahun 1999) cuma ada 500,000 bilangan web, saat ini dilaporkan pihak2 tertentu sudah wujud hampir 300,000,000 (3 ratus juta) web dalam dunia. Dengan anggaran kiraan beberapa TRILLION webpage! 😮 😮 😮 . DAN! setiap mili saat, bilangan itu bertambah! Nah! Bayangkan itu.  Sori bro… lu cuma 1 daripada ber-trillion hehe..
(sekadar sumber bacaan : CNN articles – tuh pun tahun 2010 punya)

Jadi tidak perlulah kita nak dapatkan statistik yang tepat sebab ianya agak mustahil…. T_T  . Ok! dah melencong, kembali kepada tajuk. (more…)


Cabar Diri Sendiri! 100 Hari Update Blog! Tanpa Henti!

Hari ini, aku nak cabar diri sendiri, update blog setiap hari selama 100 hari!
Adakah anda rasa saya akan berjaya? Ya / Tidak?

Anda mahu cabar diri anda jugak?  Anda rasa saya tak akan berjaya? Anda rasa mahu join cabar diri?
You Choose!