Category : Web Developement And Tips

Merancang cara menaikkan trafik ke web

Jika dalam dunia penyiaran seperti TV dan radio, biasanya di nilai dalam kiraan rating (complicated sebenarnya). [ TV rating system ] . Dalam dunia penerbitan bercetak pula di nilai berdasarkan ‘circulation’ ataupun kitaran unit jualan (kot?). Dan dalam dunia web pula, sudah tentu berdasarkan TRAFIK! (Sebenarnya barangkali diluar sana sudah ada banyak web membicarakan hal trafik ini, anggaplah ini adalah versi saya yang lazimnya berbeza dari stereotype kat luar sana 😉 )

Selain trafik, pagerank juga merupakan 1 perkara lagi, tetapi boleh dikatakan pagerank nih tidaklah sehebat trafik. Ada mengatakan pagerank adalah sebagai benchmark ‘nilai isi’ atau kualiti sesebuah web, juga sejauh mana ia disenaraikan di enjin carian. Google pagerank lazimnya diutamakan. [ Check pagerank ] Web ini misalnya pagerank 3, dulu pernah cecah 4, tapi sebab terbiar lama mestilah jatuh. Kadang-kadang tukar hosting pun boleh jatuh. Traffik juga ada kaitan dengan pagerank walaupun tak selalunya sama.

Beberapa bulan lepas, atau lewat tahun 2010, web saya Pergh.com (dulu pagerank  5 – sekarang 2?) mempunyai traffik yang cukup baik dan tinggi. Mencecah ribuan trafik unik sebulan, dan ratusan ribuan page view sebulan. Mungkin tidak sehebat sesetengah web lain yang cecah ribuan unik dan jutaan pageview sebulan, namun perlu difahami kerana web saya adalah bersifat NICHE market atau dalam bahasa orang tak faham english-nya ialah ‘pasaran-khusus’.

Berikutan penggunaan server yang terlalu tinggi dan kerapkali mysql error atau lost connection to database kerana kemampuan terhad SemiDedicated server ketika itu (sampai kadang2 naik bosan restart server dan fix error – Iklan : forum masalah bagi kat aku troubleshoot – harga leh nego hehe), maka saya mengambil keputusan menutup room kepada public view. Cuma kena login untuk lihat isinya pada ketika itu. Trafik saya secara drastik telah merudum lebih 70%! Yang lebih memeritkan ialah, banyak google listing telah diremove kerana di ibarat bounce link atau page error, padahal semuanya telah dipointkan kepada login page sahaja. Web yang lama tutup atau tidak diupdate  juga akan berlaku hal yang sama contohnya blog ini hahaha.

Selepas saya bertukar kepada dedicated atau colocation server kira2 hampir 5 bulan selepas ditutup, saya berusaha menaikkan kembali trafiknya ke asal. Sudah tentu ia tidak akan secara semula jadi naik semudah itu. Perlu difahami, turunnya mudah, naiknya susah. Bayangkan saya hilang beratus2 atau mungkin beribu2 backlink, beribu2 keywords dan segalanya yang menyumbang trafik. Daripada unik visit sekitar 1200 sehari, saya cuma tinggal 250 unik sehari. Lihat rajah dibawah. (saya suka gunakan sitemeter dan sengaja di open-to-public. Diketahui ada juga webmaster menyorokkan trafik mereka dan mendakwa trafik mereka sangat2 tinggi padahal ada yang menipu!)

Nah ini dia webmaster-webmaster penipu trafik(more…)


Sneak peak Mysticmind’s new blog design

Design yang ada nih dah lebih setahun rasanya guna, aku pun dah lupa, bila aku designkan blog aku nih. So dah sampai masa untuk refreshkan dengan design baru. Berikut adalah sneak peak. 😛

Sementara tuh jugak, eloklah aku amik kesempatan untuk ucap thanks kat member lama aku, cik Ani Nadila iaitu pembantu editor kat Majalah PC kerana menggunakan screenshot blog aku pada majalah PC keluaran Februari ari tuh.  Dah banyak beza Majalah PC dulu dan skang, dah bleh lebih bernafas dengan ada banyak iklan juga. Congrats. 😀

Here’s the screenshot.

Aku juga dengar khabar majalah PC dipiratekan secara tak bermoral oleh pihak2 yang tak bermoral juga. Diorang tak tau susah payah sesebuah majalah tuh nak survive kat market, jangan mudah sangat pikir semua bende untung besar.


Meeting ISO Standard dan 2010 Performance Plan

Hari rabu… semalam masih ada cerita yang aku belum cerita lagi. 😀 Aku dah terlebih membebel jer pos sebelum nih.


Oh.. btw, my pergh.com dah masuk layout baru since last month rasanya. Layout lebih kurang yang nih gak, tweak sana sini jer. Save time…

Semalam pagi, ada meeting pagi, meeting pasal ISO standard, dan jugak meeting bersama sales department. Meeting nih lebih kepada orang-orang berkaitan pengurusan dalam department aku. Aku tak perlu masuk, tapi saja aku nak masuk, nak amik tahu dan aku percaya ada kaitan ngan kerja2 aku juga serba sedikit. Aku kene tahu workflow berkaitan.

Dan mungkin juga perlu tahu supaya tidak nampak poyo. Hehe.. Oh kamon, main stended mended nih, ko tak tau, silap2 kang ko kene. Baik ko amik tau kan. Meeting sampai kol baper tak ingat, tgh ari kot. Tak lama sangat. Petang semalam plak ada kene isi borang performance plan yang dah di isi dari pagi. Ada panjang lagi aku tulis kat forum pergh. Malas nak buh sini.

Tgh hari (Selasa) aku balik Padang Jawa jap, print dan cop 1 invois, pastuh pegi Pejabat Pos Sek. 16 Shah Alam guna express.. Ekspress la sangat, konon sampai esok. Tah ye ke tidak. Pos hantar ke agensi, kemudian diorang hantar ke MDEC. Ada la riban riban sikit. Harap2 bleh la tampung bayar server web-web aku nih. Ikutkan ada masanya perit nak membayarnya… Harap2 3 minggu lagi clear la check tuh.

Hari Rabu…
Aku sambung keje wat design 1 page utk dimasukkan dalam (more…)


Print Ads, Uprint, ILuvIslam, Sinar Harian. I’am DTP designer too!

Lepas cuti panjang, rasa malas-malas tuh biasa la bagi tiap2 orang. Tapi kadang2, nak diistilahkan malas pun tak kena gak. Lebih tepat kalau kita katakan sebagai.. mencari tune mood. Tanpa mood yang baik, kerja mmg tak menjadi. Apatah lagi kalau korang keje bidang creative.


My ads design on Sinar harian paper. Tapi aku tak hingat nih date biler nyer. 😀

Kelakar gak kadang2 dalam beberapa hal, orang mengganggap designer yang lepak termenung atau hisap rokok itu buang masa semata2 dan takde faedah. Terutama orang2 HR deparment dimana-mana syarikat pun… Kah kah.

Sebenarnya begini, sebagaimana sesetengah wanita OBSES pada shopping, begitu juga obses seorang lelaki menengok perempuan dari atas, tengah, tengah, kaki dan tutttt… (oh itu soal ghairah hehe). tapi kalau dalam kerja plak.. sebagaimana obses orang2 Human Resources mencari salah pekerja baik disiplin kedatangan masalah kecil2 remeh waimma tak bagi staff merokok, maka begitulah obses seorang designer dengan termenung dan … yang mana hisap rokok, mmg la.. hisap rokok sambil otak berputar2.

Faktor logik… ada ke logik? Nikotin merangsang minda. Khayal? tak de la.. tapi mungkin menjadikan otak separa sedar? unconcius mind? oklah.. 10% dari unconcius mind, membolehkan khayalan wujud ilham inspirasi. Bleh gitu?  Kalau ikutkan, jarang benar jumpe designer tak merokok, kalau ada pun, diorang tak lah sekreatif mana sangat. heh!. Designer pompuan lain citer… diorang spesis lain, tapi ada ramai gak designer pompuan merokok aku kenal. Ape2 pun rokok tetap tak baik untuk kesihatan OK.

OK, last week sebelum cuti tuh, aku citer wat printed ads design. nih sebahagian snap. Paiseh.. cam nampak besar lak teks dalam tuh . Lantak pegi la besar jadinya, lagi jelas nampak. Lagipun hilight utama aku adalah URL tuh, sebab core business adalah order dan bayar online (walaupun payment option lain ada gak). Aku pun jarang wat ads untuk paper sinar nih, tak berapa fasih lagik.  Oh.. atas tuh yang versi snap. Bawah nih gambar-gambar-gambar versi ori. 😀   (more…)


Majalah IM #3 – Emajalah Percuma

Dapatkan Emajalah Percuma yang hebat ini! Di pasaran sekarang!.. Pasaran apelah plak online nih.. download je.. free torrent lagu melayu kat majalahIM.com .
Ada lagi ke bende free dalam dunia nih? Free dan bagus ada ke? Adaaaa.. ko download je lah!… Itupun kalau ko sukekan ilmu, tapi kalau ko sukakan terkinja2 dan terlompat macam hiburan2 tak guna tuh.. susah la nak cerita. 😀

majalahim31.jpg

Ah.. cam biasa, design dari aku la maknanya tu.. 😀 dari labanon yang asyik gatal nak kawen jer skang team flarebiz.


Majalah IM #2 – Isu Mac 2008 Designed By Me!

Lewat bulan lalu (Februari) , aku mmg dilanda kesibukkan. Sementelah sibuk dengan beberapa kerja2 design berkaitan pilihanraya. Dituruti juga sibuk dengan pelbagai perkara lain. Penyusunan waktu menjadikan saat dan minit amat kritikal.

Majalah IM Malaysia

Dalam ketidakcukupan segalanya, siap juga majalah IM ini aku design sepenuhnya walaupun waktu yang diperuntuk amat sesak. Menerima bahan mentah dalam tempoh masa seminggu mungkin tiada masalah dalam skala waktu lengang. tapi dalam sesak aku sendiri terpaksa aku yang kemampuan jasad aku terhad. Kepenatan, ketidakcukupan tidur, kekurangan rehat, dan sebagainya membuatkan kadang-kadang tahap kreatif dan motivasi juga turun.

Nikmatilah majalah IM isu mac 2008 ini baik dari persembahan design naif aku dan ilmu-ilmu hebat dari pakar-pakar Internet Marketing yang sudah punya atau cecah setidak-tidaknya Puluhan Ribu Ringgit Sehari, Seminit, Sesaat, dengan goyang kaki duit masuk kepala bapak kau! menjalankan perniagaan tubuh badan Internet sebenar!

Oh ya.. agak lewat review ini sebab… sebab.. sebab ape2 je lah.. 😀
Aku tak mahu review panjang-panjang. Bleh baca review merata-rata yang menyatakan cara mendapat kepuasan seks peringkat tertinggi yang amat membaca majalah ini!  Cari sendiri kat google or pegi ke site diorang : Flarebiz

Download EMajalah Percuma Ini Di www.majalahIM.com
Terbitan Kumpulan Team Flarebiz Sdn. Bhd


10 Sebab Untuk Blog

10 sebab mengapa anda mesti buat blog!!!
Saya menulis artikel di dalam Majalah PC (isu Februari 2008) terbitan karangkraf tentang mengapa setiap orang perlu mempunyai blog! Wajib baca!

10 sebab untuk blog
klik untuk besarkan cover yang best ini. 😀

Berikut adalah petikan (untuk promosi) daripada artikel tersebut.

NOTA : Ini adalah teks asal yang raw, yang huru hara, yang berbahasa pasar, iaitu tidak di edit lansung dan ia tentunya tidak sesuai sama sekali untuk terbitan. So, nih kire ekslusif laaa untuk kengkawan dan pelawat setia blog aku. Hehehe.

10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog.

Oleh – Muhamad Nizam Ahamad untuk majalah PC

“Jika anda tidak mem-blog, anda tidak wujud”.

Apakah itu blog? Apakah beza antara blog dan laman web?
Sebenarnya, blog adalah salah satu dari jenis laman web yang ada. Antara laman web lain ialah forum, portal dan sebagainya, semuanya masih laman web. Cuma sasaran dan juga rupanya berbeza.

Blog itu sendiri juga mempunyai beberapa jenis. Selain blog biasa yang bersifat jurnal dan peribadi, ada juga photoblog, vblog, podcast dan banyak lagi. Photoblog lebih memaparkan gambar berbanding isi, tambahan pula untuk mengambil gambar pada masa ini adalah amat mudah. Rata-rata handphone memiliki camera digital. Vblog atau disebut juga vlog pula adalah blog terkini yang memaparkan Video sebagai isi utamanya. Podcast pula adalah blog dengan keutamaan audio.

Blog juga dibina biasanya berdasarkan kepada tajuk-tajuk tertentu, seperti blog automotif, blog teknologi, blog fesyen, blog gajet-gajet terkini dan sebagainya. Walaupun begitu, blog peribadi biasanya mendahului senarai yang paling banyak dibina.

Tidak kiralah, yang mana satu anda mahu. Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog!

1 – EMOSI :
Hidup di lokasi Urban juga metropolitan ini selalunya berada dalam keadaan sibuk, terkejar-kejar, banyak kerja, tidak cukup masa dan bermacam masalah pada setiap hari. Manakala masih belajar pula dengan masalah di tempat belajar dan kawan-kawan. Setiap orang ada masalah. Masalah harian samada yang lazim mahupun yang jarang berlaku, akan membawa kita kepada satu pembunuh senyap iaitu tekanan! (Stress!). Semakin banyak tekanan semakin parahlah emosi sehingga membawa kepada masalah psikologi!

Pada kebiasaanya, kita meredakan tekanan dengan meluahkan pada kekasih, keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja? Bagaimana jika semua mereka tidak ada berdekatan, atau mungkin kita sendiri tidak mahu memberitahu mereka?

Ya! Menaiplah di blog anda, luahkan perasaan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan ini, tekanan anda mungkin sudah berkurangan. Walaupun tidak sebanyak mana mungkin, tetapi pasti ada kesannya.

Apatah lagi apabila ada maklumbalas(comment) dari kenalan online anda ataupun sesiapa yang anda tidak ketahui yang memberikan kata-kata peransang dan semangat untuk anda. Memberikan anda tip-tip mengatasi sesuatu masalah yang mungkin pernah dilalui mereka.

Selain itu, perasaan gembira juga anda boleh hebohkan di blog anda untuk di kongsikan dengan sesiapa sahaja. Bagus bukan? Blog adalah terapi emosi. 😉

2 – EKONOMI :
Ketika ini, dimana-mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah? Ramai juga yang terjebak dalam kancah ini dan kecewa, kerana blog-blog mereka gagal mendatangkan duit. Materialistik sungguh dunia hari ini.

Membuat blog yang boleh menghasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda fikir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang-bidang berkaitan. Blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga, anda perlu berfikiran seperti seorang ‘businessman’. Seorang peniaga yang mempunyai perancangan dan bertindak berdasarkan keadaan.

Ada banyak cara menghasilkan pendapatan dengan blog, secara ringkasnya begini:
Bina blog yang menarik dan mengemaskininya dari masa kesemasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai dari masa ke semasa, anda boleh menyertai program-program pengiklanan yang ada yang mana memberikan anda komisyen atau menjual iklan terus kepada sesiapa yang mahu. Selain itu, menjual blog anda kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang tinggi. (sudah tentu bukan blog peribadi anda)

Tahukah anda, wujud satu kerjaya baru digelar “ProBlogger” iaitu ‘pemblog profesional!’

*Blog yang menjana pendapatan adalah merupakan bab yang besar dan memerlukan huraian yang jauh lebih panjang dan ruang lingkup yang luas. Saya akan buat artikel menyeluruh pada masa hadapan jika berpeluang..

3 – DIARI
Kita menulis segala yang berlaku setiap hari di dalam diari. Lazimnya perempuanlah!. Tetapi lelaki juga boleh mempunyai diari, “Diari Seorang Lelaki” mungkin.

Ingatkah kita… apa yang berlaku pada hari ini, tetapi setahun yang lalu? Sudah tentu tidak bukan? Nah.. alangkah baiknya jika semua hidup kita ada catatan. Kadangkala, saya sendiri membaca apa yang saya lakukan pada tahun lepas didalam blog saya. Ada masanya saya ketawa sendiri, juga gembira dengan perkara-perkara menarik yang dilakukan bersama kawan-kawan, ada masanya kita mungkin kagum dengan diri kita sendiri dengan apa yang kita lalui beberapa tahun lalu!.

Oh Ya!, apa yang lebih menarik, ada juga blog ibu-ibu yang merakamkan cerita dan gambar-gambar anak mereka dari saat dilahirkan, merangkak, mula bercakap perkataan pertama sehinggalah boleh berjalan mahupun sudah mula bersekolah!.

Blog mungkin ‘public diary’, bermaksud boleh di baca oleh sesiapa. Tetapi jangan bimbang, sesetengah blog mempunyai fungsi pos peribadi (private). Ada yang memerlukan kata laluan untuk dibaca!.

Setiap hari kita akan jumpa keyboard dan monitor. Kita lebih mengenal keyboard daripada pen dan buku. Jari kita lebih pantas menaip daripada menulis menggunakan pen di kertas. Atas sebab ini… tiada keraguan bahawa blog adalah diari terkini!

Seterusnya!!!! (more…)


10 Domain Termahal Di Dunia 2007

Aku dah jumpe ramai orang yang asik tanya, beli domain apa bagus? dot com ke.. dot net ke.. dor org ke? Sampai para penjual dot info pun asik duk kompang diorang bagus.. dot biz pun sama.. BANGANG!!!..

Apa domain korang patut beli?
1 – dot com..
2 – dot com..
3 – dot com
pilihan ke empat? takkan dot com lagi?
4 sampai 10 – dot com jugak laaa!!!..

kalau dah takde pilihan baru la dot net dan org .. .my? bantai lah korang…

MENGAPA? NIH! SEBABNYA! MELAWAN LA!! AKU LEMPANG KANG.. Wakaka!

TOP 10 – EXPENSIVE DOMAIN IN THE WORLD

– poker.com 27,000,000
– sex.com: 14,000,000
– porn.com: 9,500,000
– business.com: 7,500,000
– beer.com: 7,000,000
– diamond.com: 6,000,000
– casino.com: 5,500,000
– asseenontv.com: 5,000,000
– korea.com: 5,000,000
– wine.com: 3,300,000
– vodka.com: 3,000,000

Nota : Semua harga dalam USD 

Ah.. darab sendiri la USD 1 = RM 3.3* dan berubah dari masa kesemasa.. BUKAN PASAL RINGGIT MENGUKUH LA ! Tapi USD dah nak karam. )

*setakat 2007 sahaja.. aku malas kaji lebih2.. korang pegi cari sendiri la kalau nak puas hati lagi..

Now.. tell me.. where the hell is other .net and .org!???
Muahahahahaha.. wanna fight more?
The price speak itself!!!!!! F*&%® 😀

// ntah.. kuat mencarut plak jari aku skang…
// hidup tuh cuba rajin mengkaji sikit lah….


Apakah saiz web yang paling sesuai pada masa sekarang?

Theme baru aku akan datang bulan Disember.

Hehehe.. set dateline pada diri sendiri. 😀 .Dah lama dah aku pakai theme nih, dah setahun lebih rasanya..


Nuffnang? Bagus atau tidak?

NUffnang Pastinya dah ramai yang nampak banner nih kat site aku. Bahkan Nuffnang juga sudah semakin dikenali oleh para-para blogger di Malaysia umumnya. Ramai juga yang sudah me-review-nya di blog masing-masing. Saya tidak begitu pandai untuk me-review secara panjang lebar.

Bagi mana² kenalan yang punyai blog hebat eloklah apply nuffnang. Saya syorkan daftar dan letakkan ads nuffnang di blog anda untuk meraih sedikit pendapatan.

Walaupun usianya masih begitu baru dan masih dalam peringkat Beta, apa yang saya dapati, ianya agak menjanjikan (promising) :p. Saya sendiri sudah mendapat sekitar RM20 untuk bulan lalu (Better than nothing what?). Lantaran web saya mempunyai pengunjung yang ramai dari Malaysia, Google Adsense kurang menjadi , sebaliknya Nuffnang lebih berkesan. Sedikit pengiraan.

Domain + Hosting (paling low cost) = Lebih kurang RM60 – RM100.00
Jika blog saya menghasilkan RM15 sebulan = 15 X 12 = RM180.00
Bermakna, blog saya sudah hidup berdikari. Kan Kan?

Nuffnang juga bukan hanya untuk orang Malaysia (walaupun diasaskan di Malaysia), sasarannya adalah pasaran Asia. Saya berasakan beberapa kenalan blog berikut patut mencuba (sebab saya check diorang masih belum mencuba Nuffnang) 😀
1 – Sultan Muzaffar : Blog ko semakin power time AF nih :p
2 – Al-Hafiz : Makin power bisnes member nih 😀
3 – Uda Iraudzah : Blog mak kepada 2 orang budak yang comel dan lincah. Design skillnya maju banget skang! Buat masa nih, blog designer pompuan paling hebat aku jumpa ada 2 orang jer.. 1, ko kedua ialah..
4 – Dearlova : Lisa yang hebat mendesign… (oh.. kedua-dua pompuan cantik ini adalah isteri orang yerrr – jangan nak mengorat. 😀 )
5 – DuniaVovin : Si penulis hebat di Artsquare yang mujur menjadi ‘straight’. (sebab dia kata, ramai penulis hebat lelaki yang dia kenal adalah GAY hahaha). Oh ya, tahniah! Anda sudah maju 10 tapak dengan www.dunia-vovin.com! blognya di blogspot.com ditinggalkan begitu saja?
6 – Sham Solidmind : Sahabat gue yang masih belum puas mencuba dan mencuba menjadi kontraktor bumiputera Jutawan yang berjaya!. Sabar sham, akan tiba masanya nanti! Gue yakin sama kebolehan loe!!! Ingat betapa banyaknya yang kita dapat dalam mengejar impian. Kena tipu RM48K tuh adalah kenangan manis ape!.. 😀
7 – Lain-lain kawan yang berkaitan. Aku stop kat no. 7 jer.. aku sker no. 7. hehe

Wokeh! Calos.
* Theme baru akan wujud di sini minggu ke-3 May ini. 😉 (betul! tak tipu! ). :p
* Aku nak try tambah Advertlets plak.


Beberapa web yang baru aku bina.

Ada banyak, tapi aku tak mahu listkan semua.. 🙂

Lawati www.wpmalaysia.com : Komuniti Pengguna WordPress Malaysia
Nih plak kenalan baru yang hebat aku. Pakcik Yaakob : www.foshwa.com , serius… uncle mmg best. ( anak dia pun best 😀 – Wife dia orang turki. Faham2 ler.. ).

Sesapa ada nak amik pekerja asing , atau kilang2 nak amik pekerja asing.. bagitaulah aku.. aku bleh deal ngan korang.. untung2 korang dapat special price dari aku.. huhu.. Korang jadi kaki tukang introduce kepada aku pun bleh.. aku bagi komisyen lagi siap2.. Shah Alam nih aku laa ejen partime dia.. Huhuhu..

Selain dari 2 web diatas, ada 1 lagi dalam perbincangan.
Dan ada satu lagi tuh (dah siap, tunggu full payment), “terlalu GAH untuk disebut”. Jadi biar laa.. tak yah exsposed yang tuh.. 🙂


Review Kelas Google Adsense, Affiliate dan SEO

Ulasan, review ikhlas dari saya yang menyertai kelas Adsense dan Affiliates anjuran WangCyber.com
Tutor : Shuth, Kidino + Sunny Tan + GobalaKrishnan

kelas.jpg
(Yay! dapat doh gambo, curi dari blog shuth. hehe.. )

Review kelas dari aku..
aku nih suke sangat buat kecoh dan kejam tau.

*******

Kelas bermula (more…)