Category : What?

Semoga tahun 2012 ini cemerlang dan Happy Dragon Year

Ok aku gagal… mengemaskini blog setiap hari. Cabaran 100 hari aku adalah amat gagal disempurnakan. Apa2pun, tak bererti gagal terus. Apa yang positifnya, blog aku ada post baru dan juga ada layout baru. Juga trafik blog ada banyak penambahan. Jadi, antara faktor menambah trafik blog anda, ialah dengan rajin menambah pos baru!

Alasan aku mudah, aku sangat sibuk. Semua orang sibuk, kamu2 juga. Tapi memang itulah alasan paling lazim. Tapi aku memang lah sibuk T_T. Aku balik kampung hampir 2 minggu sekali, menguruskan pelbagai hal. Antaranya menghantar adik aku balik ke Politeknik Sultan Idris Shah, menghantar adik aku yang lain ke Sekolah Menengah Teknik Kuantan dan macam2 lagi. Tanggungjawab anak sulung dari 11 adik beradik :). Sibuk kan? Tak mengapalah… Aku boleh mulakan balik atau qada’ jer post2 yang terlepas. Tapi biarlah. Let start it again. over and over again.

Tahun 2012, dunia akan berakhir? haha… ramai ingat ayat tuh dari iklan tv. Sebenarnya, ramalan dunia akan berakhir 2012 nih adalah dari kalendar kaum Mayan yang dah pupus. Tak perlu la kita percaya itu, lari akidah islamiyah lak nanti. ๐Ÿ˜€ ย Erm…kalau kaum Mayan pun korang tak tahu, makna dia hidup korang dah terlebih hiburan dan kurang membaca. Hiburan terlebih menjadikan otak manusia malas mencari ilmu. Hiburan terlebih adalah senjata paling ampuh (juga senjata zionist?) untuk melemahkan sesuatu bangsa.

Sebab itu orang yang asyik sangat melayan hiburan atau berhibur, lazimnya adalah orang2 yang kurang daya inteleknya! (more…)


Nak redesign web ni…

Aku dah design yg baru dulu.. tapi HD yang ada design baru tuh problem. Nak recovery pun pening.. sigh.. T_T


Handphone baru saya, Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro, Android ;)

Sedar tak sedar, dah sebulan aku pakai handphone nih. Rasanya beli pada 6 atau 7hb February hari tuh. Aku beli 2 bijik sekaligus. ๐Ÿ˜€ Satu untuk saya, dan satu lagi untuk…

… untuk adik lelaki aku pizan yang belajar di Uitm Arau (jauh giler). Oh, ye lah, aku beli pada hari sebelum dia balik sana pada last cuti semester ari tuh. Mula-mulanya dia nak beli nokia X-something something. Selepas aku kata aku nak beli xperia tuh, dan dan la dia nak yang tuh gak. Lagipun nokia agak overated. Iphone dan blackberry laaaagi la overated hahaha. ๐Ÿ˜€ . No heart feeling iphonean dan bbian, duit korang, korang punya sukalah. Aku bukan jenis beli brand haha.

Selepas sebulan pakai smartphone nih, dah calar2 dah depannya, maksud aku calar pada screen protectornya. Aku memanglah jenis letak phone dalam poket saja, lagipun aku berasa macam bodoh nak bawak extra beg2 atau kantung2 nak isi phone. Serabut der… Selalu letak dalam poket sekali kunci sekali syiling dan sbgnya.

Antara faktor utama aku memilih handphone adalah saiznya yang kecil, sebab aku tak suka penuh poket ngan handphone macam korang punye I dan BB. Gedabak duk lam poket. Berat nak mampus plak tuh. Lagipun henphone korang mahal2 overpriced tuh ramai yang beli secara hutang atau murah berkontrak 2 tahun yang sebenarnya harganya laaagilah jadi terlampau lebih. Itu Fakta. Ok! adalah beberapa yang kaya beli cash. Good. But the others.. tanya diri sendirilah.. jawab sendiri hehe. (more…)


Bila tiada idea nak tulis blog, maka kita MERABAN…

Maka kita merapu sajalah, asalkan blog berupdate. hahaha… ๐Ÿ˜€ Bleh gitu?


*gambar diatas terlalu menarik sampai aku ‘tercuri-guna-tapi-beri-kredit’ย  kepada en. Ubi dari Facebook ‘Kuala Lipis Daily Photo’ – Byk lagi gambar2 menarik Kuala Lipis di sana, dan juga bleh saksikan mesej berloghat ‘Lepih’ yang aku nak ceritakan disini.

Hermm.. apa aku nak cerita hari nih. Takda idea lah plak… Ermm… kita merapu ajelah erk…

Merapu, atau merepek. Orang kelantan plak kata, ‘bual koksey’. ๐Ÿ˜€ Dan aku bagi korang BONUS! dalam loghat pahang ialah… MERABAN! (sebenarnya tak berapa tepat jugak) Contoh2 ayat ini digunakan seharian :

“Pepalih! Aok nih, cakak meraban aje, sia mala meraban. Cube aok cakak elok2 skek “.
“Ah, sudoh, raban la doh. Tak bleh bior mende maca nih” .

(*sebenarnya, loghat pahang sangat susah untuk di eja, sebab itu ada bermacam gaya ejaan bagi 1 perkataan ๐Ÿ˜‰ )

Kira2 lebih kurang camtuh lah kepenggunaannya. Apa2 pun, loghat, atau bahasa Pahang ini tidaklah sepopular bahasa2 negeri2 lain. Tambahan plak, ada beza jugak loghat pahang nih pecahan mengikut daerah. Daerah sebelah Rauk (atau Raub) dan Lepih (K.Lipis) juge Bento (Bentong) mempunyai agak banyak ketidakserupaan loghat dengan sebelah2 Temerloh, Jerantet (Jerantut) dan Mentakab.

Manakala disebelah kuantan maran dan sebagainya dah lain plak, tapi sana cakaknya lebih ala bandaran dah sikek. Sama juga sebelah2 Jengka dan kawasan sewaktunya kerana, kawasan ‘Felda based’ lazimnya penduduknya bercampur2 dari pelusuk Malaysia. Ada felda2 tinggalnya pencen2 tentera, kawen orang tempatan dan sebagainya menjadikan loghat mereka tidak se-hulu tempat2 lain.

Tapi kash pernoh dengo ora tue ulu kechor tui punye loghat, lagi laa… pepalehhhhhhhh pekhatnye… ๐Ÿ˜€

Sekian. ๐Ÿ˜€

 


Me at Sepang Formula One 2010 Raceday Grandstand

Nak beli sendiri ticket Diamond Grandstand(nama pun berlian) berharga RM2600? Pikir 10 kali pun konpom tak jadik bro. Pikir 20 kali laaagi la tak jadi. Tapi kalau ada tiket tuh di-offer pada maksima RM500, gua bayar, gua pegi beb!… Apatah lagi tiket free macam yang aku dapat nih. Konpom la pegi. ๐Ÿ˜€ย  Ongkos2 sampingan lain tuh pedulikkan… Aku ingatkan tiket nih tak la mahal sangat, semak2 balik… rupanya nih lah tiket paling mahal pun kat sepang. ๐Ÿ˜€ Tapi kalau aku dah ada income ratus2 ribu sebulan, antara bende yang mungkin aku akan pegi selalu, mende nih la…

Sewaktu ramai2 orang gilakan bolasepak EPL tuh, aku langsung tak minat. Aku minat F1 nih dah bertahun2 dah. Dah lama dah. Tiap2 race live atau tak live aku tgk kat tv. Tapi kadang2 miss gak. Jenis2 yang bawak kete cam hantu nih selalunya mmg suka la lumba2 nih. Bak kata member aku ‘Midon’, ayat kitorang sama2… “Masa muda2 dulu tak merasa bebende camnih, dah kalau boleh, ape la salahnya”.ย  Bukan tua ya! Cuma dilahirkan lebih awal. Orang jiwa tua adalah orang yang lemah. Mudakan jiwa anda. Contohnya, masuk lumba kat litar, macam yang aku buat bulan lepas. Hahaha.. pedulikkan.. (eh.. aku tak post lagi bab tuh.. nanti aku post later2.


” Do Not Touch, Do Not Cross.ย  ”
But I Do Sit On It!!!! lol.
wtf wtf wtf….aku baca tuh time aku dah nak balik, tak nampak pun ada sebelah sini tulis warning tuh. heh.. lantak!

Nih booth kat luar tuh, lotus punya stock2 kete lumba lama dia.ย  (more…)


Already Gone, Live! Kelly Clarkson yang GEMUK.

Gambar diatas adalah benar, Kelly Clarkson adalah perempuan gemuk sekarang. Sekiranya dia adalah artis di Malaysia, nescaya dia susah nak dapat show. Dan kalau dia masuk AF, dia akan tersingkir awal2 macam Aizat. Itulah Malaysia.

Jika diperhatikan, Juara Program Realiti lazimnya hanya beberapa siri awal saja yang hebat, yang kemudian2 lazimnya Indah Khabar dari rupa. Kadang2 lelakinya dah tak macam lelaki, macam pompuan dan macam bapuk pun ada contohnya (ya! kao pun taooo sape!) . Bluerkkkk….

Nikmati kehebatan suara Kelly Clarkson live ini, tetap power! dan yes.. aku minat suaranya sejak dia slim lagi, dan aku rasa bila dia berisi nih dia masih nampak comel. Oh! Bukan semua gemuk adalah comel, banyak yang hodoh macam kamu kamu kamu dan kamu yang gemuk juga! Hahaha..

Already Gone : Kelly Clarkson Live!

Mantap, hebat, tarik power, tak gerak bibir pun vocal jelas.
“Benar, dia sudah pergi, aku pun dah pergi, semua pun dah blah! yang tinggal hanya memori. Terima itu!”.
Download MP3 dan liriknya? (more…)


Adzakael dan Astina Turbonya

Siapa adzakael? Wahahaha.. best tul letak tajuk nama member nih. ๐Ÿ˜€


Oh.. ini bukan adzakael punya Astina. Adzakael punya warna hitam sebab adzakael fanatik kaler hitam hahaha. Tapi astina kunen atas ini adalah kereta yang bukan2 calang2 punyaan seorang kenalan juga. Champion car juga. Fikir 10 kali la kalau jumpe ini mahu ajak fight aaa..

Aku tak ingat, ape yang best sangat hari Khamis nih, sebab rasanya sama cam rutin harian lain kat opis. Ada sajelah kerjanya kan, cam korang gak.

Itu malam, aku balik lepak kampung Padang Jawa juga. Lepak2 makan, adzakael call aku, ajak makan. Masalahnya aku baru lepas makan. So aku suh la dia turun padang jawa untuk makan kedai2 kat sini. Lepak2 borak2.. pompang pompang dah kol berapa tah malam.

Kete dia dah masuk enjin yang sangat power, jeles gue. Tapi kelakarnya kete dia masih… (more…)


Ambil sijil gantian SPM, PMR, STPM yang hilang

Anda hilang sijil SPM? PMR? STPM? atau sijil ape2 pun? Jangan bimbang!, anda boleh dapatkan salinannya. Fuh! Ayat cam salesman. Hehehe.

Ok!.. Sambung cerita.ย  Begini ya. Aku sendiri dah hilang entah kemana sijil2 PMR dan SPM aku, maklumlah, hidup berpindah randah, bertukar tempat rumah dan sebagainya sebelum ini. Jadi aku sendiri pun tak pasti di mana hilangnya. Cuma aku ada rasa macam sijil aku harituh dicuri bersama folio gambar-gambar yang aku ada. Gambar2 tuh yang mahal, sebab pada aku ia merujuk pada kerja2 yang pernah aku buat. Ada dalam 2 file folder gambar tak kurang setiap 1 tuh dalam 30 mukasurat / 3 gambar 1 page. Ralat betul.

Hari Isnin, aku sebenarnya pergi mengambil salinan sijil adik aku Heri. Awal pagi sekitar jam 8, kami ke Putrajaya menuju Kementerian Pelajaran Malaysia. Dulu dia pergi buat naik komuter dari Padang Jawa, turun Serdang dan ambil teksi ke Putrajaya. Tah ler… dia cerita camtuh. Pastuh bile pergi ngan kete aku, dia bleh kata tak ingat tempat, haih… mmg lemah daya ingatan budak nih. Jadi selepas berpusing2 kira-kira 2-3 kali, baru la jumpe tempat tuh. Nak parking kete plak 1 hal. Aku rasa, nih satu kegagalan perancangan. Tempat parking macam takde kat putrajaya area Kompleks Kerajaan nih. Atau mungkin lebih tepat… tempat parking percuma yang takde kot?

Tapi aku tgk, semua kereta pun cam parking berterabur jer, aku pun join la, parking pacak mana2 bleh. Ada la 1 tempat jumpe selepas berpeluh2 mencari. Pastuh kene menapak sikit ke bangunan yang ada seperti rujukan di atas. :D. Block E11 Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk memudahkan korang yang cari susah jumpe gak, (more…)


Korang nak apa? Macam-macam ada… snippets #3

Tah yer ke tidak snippets ke 3, lebih kot.
1 – Last post aku rupanya dah sebulan dulu, lama benar. Yang pasti mmg selalu camtuh pun. Aku cuba update dengan lebih rajin tapi masih gagal. So aku update suke-suke ajer lah..

wad-kecemasan
Aku & Duan menunggu di Jabatan Kecemasan

2 – Bulan May, aku malas nak sambung cerita balik kampung tuh, sebab ape yang jadi aku dah tak ingat sangat kecuali beberapa perkara jer antaranya ialah ;
– aku hantar ayah aku ke hospital Kuala Lipis pada pukul 1 pagi.
– aku dan adik aku Duan #2 masa tuh tgh berpoya-poya makan kat kedai makan terus balik serta merta.
– aku, Duan, mak aku se-kereta antar ayah aku ke hospital,
– jarak dari kampung aku Kuala Lipis kira-kira 35km. Aku memecut selaju 220kmh (more…)


Balik kampung dan kereta kancil bodoh – Snippets style

Wah!.. sedar tak sedar dah lama benar aku tak balik. Rupa-rupanya, aku last balik kampung adalah Raya Haji 2008!. Iaitu kira2 hampir 6 bulan dulu atau dalam bahasa yang lebih menyayat hati ialah setengah tahun dulu!. Patut lah mak aku telepon asyik tanya bile nak balik, bile nak balik. Hehe…

viva-mystic

1 – Arituh masa cuti Tahun Baru Cina, masa semua orang balik, aku tak balik. Sebab duit dah habis.ย  Lepas tuh susah nak balik sebab banyak sangat kerja hatta di hari minggu seperti mana yang aku dah ceritakan sebelum2 ini.

2 – Jadinya aku mengambil cuti dari 1hb Mei hingga ke 5hb Mei dengan menggunakan cuti ganti berkursus ESQ165 pada 2 minggu lepas sebanyak 2 hari iaitu digunakan pada Isnin dan Selasa. ๐Ÿ˜€ So aku dapat 5 hari straight!.

3 – Aku nak balik pada malam 30 April, tapi firasat aku mengatakan, jalan Karak Hiway akan menjadi amat sibuk sebab ramai orang balik ke pantai timur sempena cuti 3 hari (Hari pekerja + sabtu + ahad). Dan ternyata ia adalah benar seperti yang disangka. (Orang kelantan pantang cuti panjang sikit, mesti balik ๐Ÿ˜€ ). Aku merancang balik pada 1Mei malam. Tapi…

4 – Kereta aku tengah sakit, yakni tayarnya tidak stabil menjadikannya macam kuda. Jadi aku ke kedai tayar pada petang 30 April malangnya nak ke Jalan Kapar Klang itu jammednya tahap tak bleh percaya! Dan aku sampai lewat ke kedai tayar yang mana sudahpun ditarik pintu. Ada beberapa kedai tayar lain, malangnya harganya berbeza mak datuk. Aku tanya “Esok ada bukak ka?”.ย  Itu olang kata : “Esok cuti loooo… Sabtu pagi pukul 9 balu bukak looo…!” Aiyaaa!!!

5 – Jadi aku rehat2 aja dirumah pada hari Jumaat 1 Mei itu. Malam itu aku pegi cucuk duit 1K sebab nak tukar tayar dengan Rim sekali alang-alang. Tapi banyak mesin Maybank Out Of Service! Mungkin semua orang keluarkan duit sebab nak balik kampung. Yang tinggal nasib baik ialah maybank besar kat BlueWave hotel tuh jer. ๐Ÿ˜€
(more…)


Porfolio tak terkumpul dan banyaknya hingga tak terkira!

Aku ada banyak folio kerja. Tapi semuanya bertebaran merata pelusuk bumi. Err.. maksud aku di dalam hd sana, hd sini, cd sana, cd sini dvd itu ini, usb sana sini, email sana sini dan segala bagai. Ah!. persetankan!.

Aku cadang nak kumpul setempat dan kategorikan . Susun cantik-cantik supaya senang dilihat. Aku cadang camtuh la. Tapi errr…

Rupa-rupanya, itu cadangan aku pada tahun 2007.

๐Ÿ˜€


Koleksi Gambar Panas Elizabeth Wong!

Panas! Panas! Hot!. Tebabooo…

Download koleksi2 gambar Elizabeth Wong disini!.
Adun Bukit Lanjan Skandal dengan ex-boyfriend?. Fuh!

Who is Elizabeth Wong? BTW?

Elizabeth Wong
Elizabeth Wong

ELIZABETH WONG (้ป„ๆดๅ†ฐ) has been involved in human rights since her student days in Sydney and subsequently during her work in Nepal. She was the secretary-general of the National Human Rights Society (Hakam) (ๅ…จๅ›ฝไบบๆƒๅไผš)from 2000-2006 (now sitting as a member of the Ex-Com), a member of the Suaram (ๅคง้ฉฌไบบๆฐ‘ไน‹ๅฃฐ) secretariat and was a human rights fellow of Carnegie Council for Ethics and International Affairs (2002-03). She is also a political consultant and has been involved in the setup of the Asean Inter-Parliamentary Myanmar Caucus for Democracy and Solidarity Campaign for Human Rights in Aceh.
more here : Elizabeth Wong Blog

Mahu gambar panas?
(more…)