10 Sebab Untuk Blog
10 sebab mengapa anda mesti buat blog!!!
Saya menulis artikel di dalam Majalah PC (isu Februari 2008) terbitan karangkraf tentang mengapa setiap orang perlu mempunyai blog! Wajib baca!

klik untuk besarkan cover yang best ini.
Berikut adalah petikan (untuk promosi) daripada artikel tersebut.
NOTA : Ini adalah teks asal yang raw, yang huru hara, yang berbahasa pasar, iaitu tidak di edit lansung dan ia tentunya tidak sesuai sama sekali untuk terbitan. So, nih kire ekslusif laaa untuk kengkawan dan pelawat setia blog aku. Hehehe.
10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog.
Oleh – Muhamad Nizam Ahamad untuk majalah PC
“Jika anda tidak mem-blog, anda tidak wujud”.
Apakah itu blog? Apakah beza antara blog dan laman web?
Sebenarnya, blog adalah salah satu dari jenis laman web yang ada. Antara laman web lain ialah forum, portal dan sebagainya, semuanya masih laman web. Cuma sasaran dan juga rupanya berbeza.
Blog itu sendiri juga mempunyai beberapa jenis. Selain blog biasa yang bersifat jurnal dan peribadi, ada juga photoblog, vblog, podcast dan banyak lagi. Photoblog lebih memaparkan gambar berbanding isi, tambahan pula untuk mengambil gambar pada masa ini adalah amat mudah. Rata-rata handphone memiliki camera digital. Vblog atau disebut juga vlog pula adalah blog terkini yang memaparkan Video sebagai isi utamanya. Podcast pula adalah blog dengan keutamaan audio.
Blog juga dibina biasanya berdasarkan kepada tajuk-tajuk tertentu, seperti blog automotif, blog teknologi, blog fesyen, blog gajet-gajet terkini dan sebagainya. Walaupun begitu, blog peribadi biasanya mendahului senarai yang paling banyak dibina.
Tidak kiralah, yang mana satu anda mahu. Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog!
1 – EMOSI :
Hidup di lokasi Urban juga metropolitan ini selalunya berada dalam keadaan sibuk, terkejar-kejar, banyak kerja, tidak cukup masa dan bermacam masalah pada setiap hari. Manakala masih belajar pula dengan masalah di tempat belajar dan kawan-kawan. Setiap orang ada masalah. Masalah harian samada yang lazim mahupun yang jarang berlaku, akan membawa kita kepada satu pembunuh senyap iaitu tekanan! (Stress!). Semakin banyak tekanan semakin parahlah emosi sehingga membawa kepada masalah psikologi!
Pada kebiasaanya, kita meredakan tekanan dengan meluahkan pada kekasih, keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja? Bagaimana jika semua mereka tidak ada berdekatan, atau mungkin kita sendiri tidak mahu memberitahu mereka?
Ya! Menaiplah di blog anda, luahkan perasaan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan ini, tekanan anda mungkin sudah berkurangan. Walaupun tidak sebanyak mana mungkin, tetapi pasti ada kesannya.
Apatah lagi apabila ada maklumbalas(comment) dari kenalan online anda ataupun sesiapa yang anda tidak ketahui yang memberikan kata-kata peransang dan semangat untuk anda. Memberikan anda tip-tip mengatasi sesuatu masalah yang mungkin pernah dilalui mereka.
Selain itu, perasaan gembira juga anda boleh hebohkan di blog anda untuk di kongsikan dengan sesiapa sahaja. Bagus bukan? Blog adalah terapi emosi.
2 – EKONOMI :
Ketika ini, dimana-mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah? Ramai juga yang terjebak dalam kancah ini dan kecewa, kerana blog-blog mereka gagal mendatangkan duit. Materialistik sungguh dunia hari ini.
Membuat blog yang boleh menghasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda fikir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang-bidang berkaitan. Blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga, anda perlu berfikiran seperti seorang ‘businessman’. Seorang peniaga yang mempunyai perancangan dan bertindak berdasarkan keadaan.
Ada banyak cara menghasilkan pendapatan dengan blog, secara ringkasnya begini:
Bina blog yang menarik dan mengemaskininya dari masa kesemasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai dari masa ke semasa, anda boleh menyertai program-program pengiklanan yang ada yang mana memberikan anda komisyen atau menjual iklan terus kepada sesiapa yang mahu. Selain itu, menjual blog anda kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang tinggi. (sudah tentu bukan blog peribadi anda)
Tahukah anda, wujud satu kerjaya baru digelar “ProBlogger” iaitu ‘pemblog profesional!’
*Blog yang menjana pendapatan adalah merupakan bab yang besar dan memerlukan huraian yang jauh lebih panjang dan ruang lingkup yang luas. Saya akan buat artikel menyeluruh pada masa hadapan jika berpeluang..
3 – DIARI
Kita menulis segala yang berlaku setiap hari di dalam diari. Lazimnya perempuanlah!. Tetapi lelaki juga boleh mempunyai diari, “Diari Seorang Lelaki” mungkin.
Ingatkah kita… apa yang berlaku pada hari ini, tetapi setahun yang lalu? Sudah tentu tidak bukan? Nah.. alangkah baiknya jika semua hidup kita ada catatan. Kadangkala, saya sendiri membaca apa yang saya lakukan pada tahun lepas didalam blog saya. Ada masanya saya ketawa sendiri, juga gembira dengan perkara-perkara menarik yang dilakukan bersama kawan-kawan, ada masanya kita mungkin kagum dengan diri kita sendiri dengan apa yang kita lalui beberapa tahun lalu!.
Oh Ya!, apa yang lebih menarik, ada juga blog ibu-ibu yang merakamkan cerita dan gambar-gambar anak mereka dari saat dilahirkan, merangkak, mula bercakap perkataan pertama sehinggalah boleh berjalan mahupun sudah mula bersekolah!.
Blog mungkin ‘public diary’, bermaksud boleh di baca oleh sesiapa. Tetapi jangan bimbang, sesetengah blog mempunyai fungsi pos peribadi (private). Ada yang memerlukan kata laluan untuk dibaca!.
Setiap hari kita akan jumpa keyboard dan monitor. Kita lebih mengenal keyboard daripada pen dan buku. Jari kita lebih pantas menaip daripada menulis menggunakan pen di kertas. Atas sebab ini… tiada keraguan bahawa blog adalah diari terkini!
Seterusnya!!!!
Soriiii… tak patut laa kan, korang nak semua free!.. Aku pun mana bleh letak teks ori sini.. Haha.. nak baca selanjutnya artikel ini???…
Dapatkan Majalah PC Edisi Februari 2008 di pasaran sekarang!!!
Biar isu nih sold-out, semata2 kerana aku menulis (perasannyer).. hahaha
*Yang dah ada baca bleh la bagi komen or memberi semangat untuk aku menulis lagi..
*Terimakasih pada Azlina yang sudi mereview artikel aku… dan
*Wizurai yang meng-kantoi-kan penulis yang menulis artikel tersebut
23 Comments to 10 Sebab Untuk Blog
Kenapa kau tak letak link aku kat artikel kau kat MajalahPC tu? Baru popular sikit aku. Hua3. Whatever pun, memang betul ngan apa yang kau cakapkan kat MPC tu. Moga2 lebih ramai orang dapat mengetahui betapa bagusnya blog untuk diri kita.
February 12, 2008
Hehe…
aku konon2 taknak exposed la sape aku kat dalam artikel tuh.. biar orang teragak2.. sape ah budak nih… wat post ttg blog.. ade blog ke..
Kawan aku yang pro pembangkang berkata:
“Elok benar kalau Zainudin Maidin (Zam / Menteri Penerangan) yang anti blogger tuh baca artikel ko, biar dia faham sikit. Nih kang, semua blog dia kata jahat…”
aku – “Sokong! Sokong!”.. hehe
February 12, 2008
Ooo… jadi tak salahla aku tulis bloggg… (wahahahah)
weh aku letak link ke pages kau nih kat 360 aku
February 12, 2008
owhh.. ko ke yg tulis artikel tu.. he he
sgt kool!
February 12, 2008
Ko yang tulis rupanya bro. Bagus bagus. nanti aku cari buku tue. Nampak gaya makin berkembang dunia blog ni.
February 12, 2008
Mistiks skang jadi penulis ke kt majalah pc tu?? Mcm biasa mistik seorang yg bermisteri.. jadi kaleris pun guna niknem lain gak.. >__<..
February 12, 2008
Salam bro mystic..best lah artikel ko pasal blog tuh…tingen gak nk buat blog yg best…tapi xtau nak blaja kat mana…hahahhahaha….
February 13, 2008
aku tau dah ko yg tulis pas baca kat blog http://www.azlina.net/blog
dia letak nama betul ko, so aku tau la ko…
February 14, 2008
@Berne : Tak.. tak salah.. manade salah wat blog.. Now Everyone can blog.
@Mohd Ismail : Thanks
@megat : cari jangan tak cari.. hehe
@Ana Rootz : Weh.. ko kat mana skang.. huhu. Biase.., nama ubah2.. tapis kang aku pakai nama sebenar.. haha
@zamzani : Oh.. dah beli dan baca ke? Thanks.. buat jer.. blog ape2 pun.. paling senang kat blogger.com .. lama2 nanti.. makin naik la ilmu dan kepandaiannya.. Yang susah.. ialah memulakan sesuatu.. ingat tuh..
@Wizurai : Ye lah.. walaupun nama betul.. tak semua gak tau nama betul aku sape.. hahaha
——-
Blan depannyer (mac) takde artikel aku.. time aku sibuk.. time takde idea..
aku tulis suke2 jer.. bkan penulis tetap.. kalau ada mende best.. aku pass kat reporter dia, kalau ok.. dia pass kat editor dia.. kalau editor dia suka.. dia akan suh edit bagi tak rojak.. hahaha.. then.. published… Tulis kerana suka dan mahu menulis, bukan harapkan bayaran ke ape ke..
Kire aku sudah ada 1 mark dalam dunia penulisan.. Semua bende yang aku reti aku nak ada mark..
Coming soon.. aku plan.. aku akan menulis dalam majalahIM team flarebiz setelah ditawarkan oleh zhafran masa chat.. hehe.. harap2 aku ada masa free sket.. dan ada idea yang bagus untuk aku tulis.
February 15, 2008
[...] sesiapa sahaja. Bagus bukan? Blog adalah terapi emosi. 2 – EKONOMI : Errrr… Seterusnya di… : * 10 Sebab Untuk Blog*by*Mysticdreamworks Studio Adakah anda pernah mengalami kejian dan pertanyaan seperti diatas? Dan korang jawab camner? [...]
February 15, 2008
yes,kuar dah juga article dr ko bro. aku ingat busy sgt sampai tak sempat nak tulis dah..khekhekehe.
erm off topic..aku dah pindah seksyen 19 so jauh dah dr ko tp dekat ngan tempat keje ko.
February 15, 2008
Ehm..ko ke yg buat? Aku beli majalan PC pun sebab tajuk depan dia Blog. Tu pasal aku kuar. Tak sangka ko yg tukang wat artikel..
February 15, 2008
congrats bro mystic, first artikel featured dlm magazine ke? cool2…hope to see more from u soon…
February 15, 2008
[...] karya salah seorang member blogger yang menulis artikel mengenai di Majalah PC isu Februari iaitu Mysticmind yang and boleh dapatkannya di pasaran [...]
February 15, 2008
perr tahniah.. tak lama lagi jadi selebriti penulis kat blog
hehe dah popular jgn lupe syia tau hehe
February 16, 2008
haha betul betul.. aku un baru bwat blog, kalau leh kasik la kritik/nasihat/tips/comment. blogging ni cam leh ketagih je..
February 16, 2008
seriously aku berpendapat mcm mana pun setiap org mesti kena ada blog peribadi. personal blog ni khas utk diri kita nk kata mende apa2 pun. so komen2 dr kengkawan tu semua pendapat depa. so bila aku nk start blog nih? coming soon… thanks bro..
February 20, 2008
yo mistik!!
hahaha.. ko tak kenal aku tapi aku kenal ko pasal suatu masa dulu ko slalu kasi jawapan terhadap soklan2 aku kat webmastermalaysia.com
itu beberapa tahun lepas (2004).. nick aku infeeneetee..
aku dah ilang beberapa tahun skang aku muncul kembali.. wahhh blog ko ni boleh tahan ramai pengunjung yee.. popular dah ko yee skang, xsangka buat blog pon boleh jadi femes macam siti nurhaliza, rugi ar aku lambat buat hahahaha.. aku pun nak tumpang femes, kirenye aku mcm datuk K la ko mcm siti amacam?
apa2pun selamat menuju kesuksesan!
-az-
February 21, 2008
berbanyak-banyak terima kasih di atas usaha anda ke atas post ini.
March 10, 2008
tahniah kerana tersiar juga artikel dalam majalah tu.
[...] semua kita perlu ada blog sendiri??? ini antara sebabnya. klik: http://mysticdreamworks.com/details/10-sebab-untuk-blog.htm. seterusnya, buatlah blog sendiri. jika sudah bersedia, klik ini: [...]
[...] 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog. [...]
October 6, 2008
[...] nak letak portfolio.. tapi lazimnya tempat meracau aku. (well.. itu sepertimana artikel aku ‘10 Sebab Untuk Blog‘ dalam Majalah Pc dulu = Blog sebagai terapi emosi. Betul la tuh kan! Tapi takde la maksudnya [...]
Ini Iklan Namanya
Membebels
: salm u all
: askum
: celcom broadband macam sial line lembab...
: time ksh dgn ilmu ini..yup...ilmu kne cari.."ilmu akn dpt bile kite rajin" =)
: lama x jmpa kwn lama rindu pula kt ko
: sy ijam dkk muar
: salamalaik ya akhawat fillah, sila layari : http://marhainiyus off.blogspot.com/ S yukran jazilan, wassalam
Categories
- After Effect
- ebook
- Graphics
- Hiburan Terlampau!
- Internet Scam
- Lagu Ngetop
- Life stories and bablings
- Lirik Dan Lagu
- Melayu Boleh
- Motivasi
- percuma
- Print Design
- Projek Jejak Kawan
- Review
- Sesuatu Yang Bermakna
- Something To Remember
- Tips Blog
- Tips Dan Tutorial
- Uncategorized
- Video
- Web Developement And Tips
- What?
Nizam 'Mysticmind' Ahamad. A Web & Multimedia Designer. A multimedia freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of
February 12, 2008