Archive for 2006

Keputusan Mentor Vs Bintang Cari Bintang?

Tuesday, December 26th, 2006 | Life stories and bablings | 3 Comments

Aku nak cerita ttg hari cuti aku jerr……

Aku missed nak tgk bende nih sebab aku ada agenda lebih penting. :D Apa2 pun… dapat tahu dah keputusan yang agak bodoh dan memalukan dilakukan oleh orang Malaysia sendiri?

Ada ke layak main sms kat negara Malaysia saja? Patutnya try plak kat Indonesia. Baru la Adil. Tah otak sape yang bengap tuh tak tahu laa.. Nih laa namanya.. Menang Sorak, Kampung Tergadai. Menang Syok sendiri!. Aku ingat aku sorang jer pikir camtuh.. ramai lagi pikir camtuh.. [antaranya sini] . Aku yakin, teman2 indonesia jugak tidak puas hari. Dan jangan harap ada NEXT TIME! Aku sebagai orang Malaysia yang adil berasa tidak senang hati.

Pedulikkan.. lantaklah, dunia hiburan mmg ramai orang yang lebih mementingkan keuntungan walaupun sanggup memperbodohkan orang lain.. hahaha

Malam tuh aku berada di Melaka. Aik? time banjir aku pi jalan melaka? › Continue reading

Amy – Tiada Lagi

Sunday, December 17th, 2006 | Hiburan Terlampau!, Lirik Dan Lagu | 9 Comments

Aku suka lagu nih sejak awal lagi. Masa tuh ada slot kat TV tah cerita apa tah… Bukan samysearchjambu.jpgebab Fiq menang Mentor. AKu tidak vote untuk Fiq, tapi untuk Nieyl. Anak didik Nurul jauh lebih cemerlang. Fiq?

Sorry, aku tidak menilai dari sudut popular atau kerana Amy search, bagi aku sebagai orang yang ada ramai kawan musician suara Fiq adalah teruk. Suara Amy key-D manakala suara Fiq jauh kebawah.. E mungkin.. E minor. Senang jer nak tengok orang mampu ke tarik tidak. Suara Amy nyaring.. urat leher tak keluar. Fiq plak tarik macam nak terberak.

Sorry Sabahan dan peminat Fiq, saya menilai dari sudut musician. Dah la komen Zainal malam tuh macam tak ikhlas (tunduk kepada pihak tertentu kot? Nanti kalau vote lagi, aku nak vote indon mari punya klon inul.. Hahahaha.. The lyric please!
*** (jambu kan amy masa muda2 dulu. :D ) › Continue reading

Sewaktu Dahulu – Andy (OST Cinta)

Monday, December 11th, 2006 | Hiburan Terlampau!, Lagu Ngetop | 8 Comments

cintague.jpg
Aku cari lagu nih lama dah dapat.. lepas tuh.. cari lirik dia takde plak.. so.. aku sambil2 dengar aku pun taip lirik dia.. so! lirik aku nih aku rasa yang pertama kat internet nih.. hoho
Mari nyanyi sama-sama!!!!!! . Lihat video dan baca liriknya › Continue reading

Perasaan ‘Down’.

Wednesday, December 6th, 2006 | Life stories and bablings, Motivasi | 10 Comments

Perasaan ya, bukan perasan. Down ya, bukan down syndrome. :|

Dalam 2 minggu nih lebih kurang.. Aku rasa, aku ‘down’. Down semangat, down motivasi, down jiwa, down mental, down fizikal dan segalanya.. Lemah, longlai, tak bermaya.. Sebenarnya lebih kepada down dalaman. Entahlah, lama dah tak rasa camnih.. Biasanya desire dalam diri aku kuat… Lately nih jer… mungkin sebab otak aku overload..

Aku duduk depan Mac kat opis, kadang2 aku › Continue reading

Lagi web-web yang aku bina.

Friday, November 24th, 2006 | Life stories and bablings | 32 Comments

maxlori.jpgDatang rajin la tetiba nih.. :D Tuh pasal ada banyak pos.. hehehe.. Kalau tak, berabuk web nih baru aku update. :D Ape ke halnyer plak gambo transformer punye lori nih? Nanti aku cerita…

Okeh!.. Aku exposed lagi web yang aku bina.. yang mana bleh exposed.. aku exposed.. ada yang tak bleh aku expose, tak bleh laa.. Bagus juga expose web client nih.. supaya ada traffic dan cepat listed di search engine. Kalau tak hebahkan, lambat sket la masuk.. Tapi macam aku sendiri.. ada web2 tuh aku tak hebahkan.. kerana privacy dan sebab2 terrrtentu.. :) Anda mau tahu lebih lagi??? › Continue reading

Tempahan yang berlambak!

Friday, November 24th, 2006 | Life stories and bablings | 2 Comments

Antara kerja duit kecil dan duit besar. Saya pasti mengutamakan duit besar dulu, sama sahaja sesiapa pun. :D Hatta anda sendiri pun bukan? Tapi, kadangkala duit besar menjadi kalah kerana faktor masa dan kecerewetan sesetengah orang.

Saya ada banyak tempahan design, yang terkejar2 saya menyiapkannya pada malam hari, hinga kerap kali saya tertidur di depan PC. MasyaAllah!. Ada beberapa kerja kadang2 sayang tercicir.. sehingga akhirnya saya berfikir, “How to manage orders”. Yup, saya perlu merancang tugasan dan keutamaan yang mana dulu.

Baik.. Andaikan.. andaikan anda mahu minum, kemudian anda dan kawan anda pergilah ke sebuah kedai makan. Anda order Air Milo Ais.. anda melihat sekeliling, lalu ternyata amat ramai pelanggan di kedai tersebut.. Pastinya anda faham order anda mungkin lewat. Jadi anda memaafkan hal ini dalam hati. Sehingga…. sehinggalah meja sebelah anda sampai pesanan . APA!!!? Dah laa datang kemudian dari AKU!, dapat order dia sampai dulu!!!

“Hoii brader!…

Kerja Sampingan, Tetap, Kad Kredit dan Telur Kau!.

Thursday, November 23rd, 2006 | Life stories and bablings, Motivasi | 2 Comments

citibankcard.gifHahaha!.. Banyaknya kerja aku. (Kerja tetap adalah keutamaan dalam apa segi sekalipun). Namun aku percaya, kerja sampingan adalah WAJIB pada zaman sekarang ini. Ini adalah kerana, tanpa kerja sampingan, kadangkala sukar untuk kita mendapatkan sesuatu yang kita mahu. Maklumlah, gaji kerja tetap adakalanya habis begitu saja membayar bill sana sini, hutang sana sini, loan sana sini.. dan tentunya kad kredit punya hutang jugalah!.

Mujurlah saya berjaya wujudkan batasan diri dalam menggunakan kad kredit. Bagaimana? Entahlah, bagi saya.. walaupun kad kredit asas dihadkan penggunaan sampai RM3000, saya elakkan diri saya berhutang melebihi RM1000. :D Alhamdulillah, sehingga kini, saya tiada masalah lagi dengan kad kredit saya.. Hutang(swipe) dan pakai bila perlu sahaja.

Ada banyak kelemahan bagi ramai orang berkaitan perihal kad kredit ni. Selalupun kerana menurutkan nafsu dan kadangkala sebab nak menunjuk-nunjuk :D . Ingatlah, bahawa sesungguhnya : Orang berhutang adalah orang yang lemah.

Apa-apapun, tujuan utama aku buat kad kredit bukan untuk berhutang! Sebaliknya untuk BUAT DUIT melalui dunia luas Internet. Mengaktifkan akaun2 online dan sebagainya.. ;)
Oh ya.. berbalik pada tajuk, ape daaa… › Continue reading

Aku nak redesign web blog aku ni!

Tuesday, November 7th, 2006 | Life stories and bablings | 9 Comments

Yang korang tengok sekarang nih adalah design yang paling lama bertahan setakat ini. Dan inilah content terbanyak yang pernah berjaya aku simpan. Hehehe.

Theme nih dah kekal setahun lebih. Jadi aku akan buat theme baru pada bulan depan. ;) Nantikan!.. Erm.. tuh jer laa aku nak citer.. hehe.. banyakkk.. banyak lagi.. tapi malas laa.. nih pun buat ada syarat pos jer. Hehe. :p

Oh ya.. perihal cerita ghairah awek-awek melayu dan student uitm punya hal nak kejar takhta search engine google dah pun berjaya. ;D

kat google.com.my dah duk rank #2. manakala di google.com duduk di muka pertama juga. Hohoho.. tak sampai sebulan dah catch-up

Cerita Ghairah Di Hari Raya.

Saturday, October 28th, 2006 | Life stories and bablings, Something To Remember | 14 Comments
kadrayathumb.jpgBiaseeeee… tajuk mmg kontrovesi. Kalah kisah2 sensasi artis melayu bogel (sebenarnya nih saja nak tangkap hasil carian terbanyak – nak lawan shuth ngan smartusaha :D ) Kita tgk sape terel main SEO. :D

Ok!.. Hari nih aku nak pos sampai 5 Cerita ghairah!. Amik ko… tapi bukan cerita yang tak senonoh macam, intai janda anak satu , layan awek bohsia, minah di rempit, dan sebagainya, mungkin lagi best. Siut jer.. Sebenarnya, dengan buat ayat2 dan perkataan diatas, selain menangkap enjin carian… aku juga mendedahkan site aku kepada SPAM. Itu yang aku tak suka tuh. Sedangkan aku taip perkataan bogel dan seksi pun dah ada hasil dari enjin carian. Ape laaa.. Baik!.. Sambung pos no #2.

Raya.. aku cerita masa aku start plan nak balik raya laa erk. Ok! lagi sekali… Kampung aku di R.T.P Sungai Ular.. RTP tuh singkatan Rancangan Tanah Pemuda Sungai Ular. Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur, Malaysia . Dah! Cukup!!!… jangan kaitkan aku dengan Siti Nurhaliza tuh.. Kitorang se-Daerah jer tau.. Biarlah dia bahagia bersama Dato’ K tuh. Badan dia, body dia, suke dia laa dia nak bagi kat sape pun! Hahahaa.

Jadinya, ada beberapa option untuk aku balik kampung.

1 – Naik Bas Ekspress.
2 – Naik bas loncat-loncat
3 – Naik kereta kawan atau sedara mara.
4 – Merempit dengan superbike superempit aku.
5 – Tak balik kampung. Oh tidakk!!!!..

Semenjak jadi miskin nih (dulu tak kaya jugak). Kalau nak balik sekejap2, aku suka guna option no 1. Yang lebih aku suka sekali. Aku dari Shah Alam akan beli tiket sehala ke Kota Bharu. Tambang seingat aku RM33.00 dari Stesen Utama Bas Ekspress Shah Alam Seksyen 17 (blakang kampung aku duduk). Bayar tambang penuh, dan turun dipertengahan jalan, iaitu simpang ke bandar Lepih (orang kuala lipis tak sebut lipis, tapi lepih!). Pastuh, pandai2 aku laa menyusahkan kawan atau cari teksi hantar aku kat memana hotel kat lipis. (hotel murah2 dalam RM30 semalaman). Tapi selalu aku menyusahkan kawan laa.. hahaha.. apa gunanya kawan kalau tidak disusahkan. Selalu aku call sham anak sarjan trafik lipis amik aku dengan kete ayah dia laa… , pegi minum2 dulu pastuh antar balik umah aku. Ini hanya berlaku jika aku › Continue reading

Cerita Puasa, Dadah, Gaduh dan Ore Klate

Tajuk cambest? Baca sampai Habis pos yang terlalu panjang ini!.

Ada kawan aku bising2… Afsal ko malas update blog? aku masuk jer takder update baru.. masuk jer pos lama.. :D . Lalu ku berkata dengan bergayanya “Biasa la beb. Gua tak meletakkan sesuatu sebagai Primary yang berpanjangan” Keh keh… Dalam satu2 masa, kene komitmen pada satu2 perkara. Erm.. banyak benar cerita ghairah yang nak aku ceritakan. › Continue reading

Beberapa web yang baru aku bina.

Wednesday, September 27th, 2006 | Life stories and bablings, Web Developement And Tips | 6 Comments

Ada banyak, tapi aku tak mahu listkan semua.. :)

Lawati www.wpmalaysia.com : Komuniti Pengguna WordPress Malaysia
Nih plak kenalan baru yang hebat aku. Pakcik Yaakob : www.foshwa.com , serius… uncle mmg best. ( anak dia pun best :D – Wife dia orang turki. Faham2 ler.. ).

Sesapa ada nak amik pekerja asing , atau kilang2 nak amik pekerja asing.. bagitaulah aku.. aku bleh deal ngan korang.. untung2 korang dapat special price dari aku.. huhu.. Korang jadi kaki tukang introduce kepada aku pun bleh.. aku bagi komisyen lagi siap2.. Shah Alam nih aku laa ejen partime dia.. Huhuhu..

Selain dari 2 web diatas, ada 1 lagi dalam perbincangan.
Dan ada satu lagi tuh (dah siap, tunggu full payment), “terlalu GAH untuk disebut”. Jadi biar laa.. tak yah exsposed yang tuh.. :)

Cerita Antara Impian, Nasib dan Takdir.

Wednesday, September 27th, 2006 | Life stories and bablings, Motivasi, Something To Remember | 2 Comments

Hehehe.. tajuk kash pelik2 giteh (loghat pahang).
Aku sebenornya nak sangat menaip mengapdet belog aku nih. Tapi selalu pun tinggal niat ajer. Ciss.. Apelah, blog sendiri pun tak boleh nak komitmen.. Takper.. aku masih komitmen pada kerja aku.. ;)

Bulan Ogos dan September, perjalanannya agak panjang bagi aku. Macam2 bende yang berlaku. (ape laa yang aku nak taip nih… ) Ermm.. opis aku cam biasa.. tapi ape yang aku perasan lately nih macam dah hilang ‘sense dan vision’. Entahlah.. Kadang-kadang, aku yang pernah menjadi manager kepada Syarikat sendiri nih punyai satu pandangan yang jauh berbeza dari orang lain. Bukan nak mengangkat diri, apelah sangat pada syarikat aku yang tidak berjaya itu. Tapi aku bangga, aku pernah mencuba (dan masih mencuba sehingga kini).
Mungkin dari segala apa yang pernah aku hadapi, menjadikan aku sorang manusia yang tidak pernah putus asa. Selain tuh juga, aku rasa tekad dan semangat dalam diri aku tak pernah sekali pun hilang. Tetap ada sampai ke hari ini.

********************

OK! Back to the topic mystic!

Kadang-kadang, pernah aku bertanya.. pada diri.. adakah aku sorang manusia yang gagal? Tapi selalu berkata-kata dan memberi komen seakan-akan aku sorang yang sangat berjaya. Mungkin, mungkin pada sesetengah orang…

Al-Kisahnya 3 jenis ‘orang’ :
+ Ada orang › Continue reading

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Will blog for money :D

Hoi! The Box

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.