Archive for February, 2006

Keputusan ABP 2005

Monday, February 27th, 2006 | Hiburan Terlampau! | 11 Comments

Mawee2Huruf Raja SMS itu kini ditabalkan pula Raja Popular! Tak salah langsung tekaan aku dan juga beberapa Nostramadus yang lainnya. :D Semuanya mmg tidak menyangkal Mawee is Raja Popular. Kasihan sungguh MawiFC yang sanggup bergolok bergadai itu demi Mawi. Sesungguhnya kalaulah disedekahkan kerumah anak yatim barangkali jauh lebih bagus dan bermanfaat wang itu bukan? ;) Yelah, duit korang… korang punya suka la kan.. kubo masing-masing (sah ada yang kene lazer peh nih :D ). Anugerah Gemilang Duniawi itu berlangsung di Arena Of Star Genting Highland. Sori aku tak pegi. Duit takde, esok kerja, dan Genting tuh aku selalu sangat lalu, tiap2 kali balik kampung. Bosan dah. :D . Tgk depan TV pun ok ape!.

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABP2005).
Kat web Berita Harian takde lagi time aku taip nih result tadi. (Aku ada kawan kerja bahagian web kat berita harian sana. Malam nih dia pegi Genting jugak agaknya… Tah…, lama dah tak jumpe. )

And The Winner Is…

A. Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Nawawi

Ramal : Betul

B. Pengacara TV Wanita Popular
Farah Fauzana

Ramal : Salah (2nd Choice)

C. Penyampai Radio Lelaki Popular
Halim Othman (Sinar FM)

Ramal : Betul

D. Penyampai Radio Wanita Popular
Linda Onn (Era)

Ramal : Salah (2nd Choice)

E. Artis Komedi Lelaki Popular
Saiful Apek

Ramal : salah (2nd Choice)

F. Artis Komedi Wanita Popular
Sheila Rusly

Ramal : Betul

G. Artis Baru Lelaki Popular
Mawi

Ramal : Betul

H. Artis Baru Wanita Popular
Farah AF2

Ramal : Salah (2nd Choice)

I. Penyanyi Nasyid Popular
Rabbani

Ramal : salah, langsung tarak kena!.

J. Penyanyi Lelaki Popular
Mawi – Popular

Ramal : Betul

K. Penyanyi Wanita Popular
Siti Nurhaliza

Ramal : Betul lagi

L. Artis Berkumpulan / Duo Popular
Ruffedge

Ramal : Betul jugak

M. Pelakon Filem Lelaki Popular
Rosyam Nor

Ramal : Salah (2nd Choice)

N. Pelakon Filem Wanita Popular
Maya Karin

Ramal : salah (2nd Choice)

O. Pelakon TV Lelaki Popular
Rosyam Nor

Ramal : Salah (2nd Choice)

P. Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha

Ramal : Betul (aku sorang jer ramal dia menang kategori nih tau.. :D )

Anugerah Khas : Dato’ Ahmad Nawab
- No Komen… Tiupan saxofon tuh dah sinonim sangat. Tambah2 plak RTM dedulu.

Anugerah Seniwati : Azean Irdawati
- Aku paling ingat lakonan beliau dalam Perjanjian Syaitan!.. Wah! Takutnya!.. :p

Anugerah Seniman : Hussain Abu Hassan
- Dah nampak tak sihat dah veteran sorang nih.. Mana tah anak2nya, tetiba anak didik jer Rosham yang pimpin.

Bab persembahan malas aku nak komen sangat la aku. Aku agak suka Bandi Amuk + Ruffedge tuh walaupun persembahan ala-ala Mike Shinoda + Forth Minor tuh tak berapa menjadi.. Tapi Bandi lu steady!. Tapi perut ko tuh Bandi!, jaga perut anda. :D

Anyway ada beberapa perkara tak best aku rasa.
1 : Setting timeline antara persembahan artis dengan pengumuman kemenangan Bodoh Macam gampang!.. Ada beberapa Clash yang tak patut berlaku, sape tah event management. Ade ke patut Ruffedge baru abih perform tetiba lepas tuh juga umum pemenang Berkumpulan dan Duo?. Tak pepasal datang amik award dari Belakang Pentas! Bangang bukan? Nasib baik tak jadi pada yang lain..
2. Macam mana Pengacara juga adalah orang yang ada dalam pencalonan? (Tau… memang Makcik Engku tak menang. ). Tapi nampak cam Bangang!.
3. Kumpulan Nasyid ape kejadah dah boleh layan Alatan Muzik bertali macam gitar? Bukan ke diorang tahu hukum haram (mungkin dah jadi makruh plak skarang) .. Tapi tak betul tuh!.. Tanya kumpulan Raihan yang lebih tahu hukum hakam tuh… Ape kejadah jugak kumpulan Mirwana nyanyi lagu pop? Istilah Nasyid telah dilacurkan?. Eh come-on laa… tukar laa nama BOYBAND!.
4. Iklan osim tuh, pengacara kat 8tv ke ape tah.. Muka lawa, tapi blakang dia macam ada tompok2. Hahaha.. kutuk siut..

Special Review!.. Extra! Kritik!
Zahid AF2
Nih!.. Makhluk nih. Dulu masa AF2 tuh aku pun vote dia gak tau. Aku ralat la ngan ko nih Zahid. Kecewa aku tau!… Seorang BAKAT YANG DI-SIA-SIAKAN. Sape brani kata suara dia tak sedap? Aku rasa nih lah salah sorang penyanyi lelaki BARU yang ada suara Lemak Manis. Tapi atas kesilapan atau kebodohan dia sendiri atau silap arah management, menjadikan Zahid tenggelam. Sayang sekali…. Sape tak ingat lagu Senyumlah, senyumlah.. ahaiiii cek mek molek? Gelek lagi…

Tukarlah Zahid, masih belum terlambat untuk anda lari dari HIP – HOP kinda singer kepada Pop Singer Zahid. Silap besar ko menyanyi lagu2 style camtuh. Kekuatan vocal ko pada lagu-lagu yang slow and steady kata omputeh. Mengapa buat lagu cam hampeh tuh. Ko minat? Kalau jadi sampai level Black Eyed Peas macam ko nyanyi Where’s the love dulu takpe la.. Skang nih cam hampeh!.. It’s not too late Zahid!.. Tukar anda punya Genre lagu sekarang!. Or Die-lah..

Dah la.. gua balik tido dulu. Esok kerja.. dateline duh….

Review lain cam biasa ada kat :
Javard Kent
Sultan Muzaffar

Ratu : Teman Tapi Mesra

Sunday, February 26th, 2006 | Hiburan Terlampau! | 2 Comments

Takde ape nak buat. :D Gue bubuh lagu faveret gue ini yah!..

Ratu – Teman Tapi Mesra : Download!
aku punya teman
teman sepermainan
kemana ada dia selalu ada aku
dia amat manis
dan juga baik hati
dia slalu ada waktu
untuk membantuku

namun aku bingung
ketika dia bilang cinta
dan dia juga katakan
tuk ingin jadi kekasihku

cukuplah saja berteman denganku
janganlah kau meminta lebih
ku tak mungkin mencintaimu
kita berteman saja
teman tapi mesra

aku memang suka pada dirimu
namun aku ada yg punya
lebih baik kita berteman
kita berteman saja
teman tapi mesra

Yer… Kita bertemen saja. Kerna kao , udah milik Ahmad Dhani.. Huehehehe

Ramalan Anugerah Bintang Popular 2005

Saturday, February 25th, 2006 | Hiburan Terlampau! | 1 Comment

Anugerah Berita Harian 2005 - The Ramalan
Kredit image asal yang diubahsuai dari Laman Rasmi ABP

Huruf Sebenarnya aku ada terima beberapa permintaan untuk membikin ramalan. Konon2 Nostradamus laa konon. Mungkin ada yang nak tgk kepakaran aku dalam meramal. (yang mungkin aku takder kepakaran pun) .. Ada juga mungkin nak memalukan aku.. Tak kisahlah.. Bagi aku, ramalan adalah sekadar suka2 tak begitu? Apa2 pun setiap ramalan perlulah berdasarkan LOGIK dan berpegang pada sesuatu dasar. Jangan Ramal Hentam Keromo! Semua tukang ramal yang ada mesti pikir atas beberapa perkara dan logical sense…

Dasar logik berikut yang aku ambil kira :
- Pembaca dan pembeli Paper Berita Harian agaknya berusia diantara : 20 – 40 tahun. Aku amat yakin tidak ramai budak-budak beli suratkhabar!.
- Yang rajin beli bukanlah budak2 muda sangat. Sebab budak2 muda suka beli buku2 hiburan.
- Yang Hardcore hantar undian adalah orang2 nak dapat kereta free. Ada yang beli 3 buah sehari!.
- Sangat leceh berbanding sistem SMS (HINT!)

Jadi untuk memuaskan hati sesapa yang melawat dan memuaskan hati aku jugak.. inilah Ramalan aku.. huhu.. NOTE : saya sengaja membuat pilihan ke-2, bukan sebab ragu-ragu. Tapi orang kata “option”. Hehehe

A. Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Aznil Nawawi – Popular.
3. Azwan Ali
4. Jimmy Shanley
5. Wahid Senario – Pilihan kedua : atas dasar lebih ramai orang tgk Melodi!

B. Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad – Popular
2. Farah Fauzana – Pilihan Kedua : Sebab ramai juga orang tgk Melodi!
3. Linda Onn
4. Norzie Pa’wan Chik
5. Raja Azura

C. Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Adi Fashla (X-Fresh FM) – Pilihan Kedua
2. Halim Othman (Sinar FM) – Popular
3. Khairil Rashid (Era)
4. Kieran (Era)
5. Najman (Sinar FM)
* AKu tak rasa ramai budak2 beli paper untuk vote!

D. Penyampai Radio Wanita Popular
1. Julia (X-fresh FM)
2. Linda Onn (Era) – Pilihan Kedua
3. Nana (Era) – Popular
4. Nila Kurnia (Era)
5. Rina (Best 104)

E. Artis Komedi Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki – Popular
2. Azlee (Senario)
3. Lan Pet Pet
4. Saiful Apek – Pilihan Kedua : Tapi dia ada buruk sikit rekod ini tahun.
5. Wahid (Senario)
*Aku lebih suka Afdlin… Sebab dia jer Pelawak Berdaya Intelek dan aku support ini!

F. Artis Komedi Wanita Popular
1. Adibah Nor – Pilihan Kedua
2. Kartina Aziz
3. Norlia Ghani
4. Rosnah Mat Aris
5. Sheila Rusly – Popular : Ape2 aje…

G. Artis Baru Lelaki Popular
1. Bob AF2
2. Mawi – Popular
3. Shazzy
4. Que Haidar – Pilihan Kedua : Sebab ada orang undi dia yang Hensem Jambu
5. Zahid
* Makcik2 dan Pakcik2 ramai kenal Mawi.. Tuh laa…

H. Artis Baru Wanita Popular
1. Farah AF2 – Pilihan Kedua
2. Nora Danish – Popular : Puteri.
3. Pija
4. Sharifah Amani
5. Sharifah Zarina
* Aku suka Amani. Tapi dia kurang menyerlah… Gedik2 Nora Danish tuh ramai tak tahan taooo…

I. Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. In-Team – Pilihan Kedua
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan – Popular

J. Penyanyi Lelaki Popular
1. Adam
2. Jamal Abdillah – Pilihan Kedua
3. Mawi – Popular
4. Vince
5. Zahid
* Jamal? Above than Adam? Sebab undi remaja terpecah 2 disini antara Mawi dan Adam. Pakcik2 ramai suka Jamal lagi. ;)

K. Penyanyi Wanita Popular
1. Dayang Nurfaizah
2. Ella – Pilihan Kedua
3. Farah AF
4. Siti Nurhaliza – Popular
5. Waheeda
* Kategori nih macam tak banyak petunjuk, walaupun ada yang kata Waheeda, tapi aku tak rasa dia banyak keluar dalam 2005. Entah mengapa juga Jac dan Ning takder dalam senarai. Mengapa saya pilih Ella? Entah.

L. Artis Berkumpulan / Duo Popular
1. Jinbara
2. KRU
3. Ruffedge – Popular
4. Too Phat – Pilihan Kedua.
5. VE
* Too Phat lambat sangat kuar album. Dah nak masuk ujung tahun!

M. Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki – Popular
2. Farid Kamil
3. Rosyam Nor – Pilihan Kedua
4. Saiful Apek
5. Yusry
* Aku pilih Rosyam daripada Apek. Sebab aku suka Rosyam. Hahaha

N. Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha – Popular
3. Maya Karin – Pilihan Kedua
4. Nasha Aziz
5. Sharifah Amani
* Walaupun masih ramai penyokong Erra kat luar tuh. Tapi aku rasa lepas dah kawin saham mesti jatuh 60% punya. Fasha walaupun tak berlakon Filem sangat. Kadang2 orang misjudge siri2 kat TV tuh. Tak ramai orang pandai nilai betul2 antara TV dan filem. Siri Natasha tuh SANGAT KUAT!

O. Pelakon TV Lelaki Popular
1. Ako Mustapha
2. Fahrin Ahmad
3. Jalaludin Hassan
4. Rosyam Nor – Pilihan Kedua
5. Zamarul Hisyam – Popular
* Ako… Ngko kontroversi sket la bab peluk2 tuh.. Tak tahan … :D . Aku memilih Zamarul sebab siri kat tv tuh Prime Time. Banyak kelebihannya.

P. Pelakon TV Wanita Popular
1. Abby Abadi
2. Eja – Pilihan Kedua
3. Fasha Sandha – Popular
4. Nasha Aziz
5. Rita Rudaini
* Dua- dua pilihan aku nih aku pernah tgk kat LUAR tau, kat opis aku. Serius lagi lawa EJA. Tinggi lampai minah nih. Kete pun BMW 3 Series berflat no. EJA ** (Rahsia). Tapi Fasha kat luar sedap tengok. Comel dan ehem ehem….

BINTANG PALING POPULAR 2005!
Tipulaa kalau MAWI tak menang!. Fahami istilah POPULAR!
Walaupun tanpa SMS, kalau diberi nama Fenomena tuh.. Susah laa nak cakap. ;)

Okeh!.. Itulah ramalan ala2 Nostradamus gue!..
Ingat!.. Hiburan Itu Melalaikan. Jangan sampai lupa mengejar ARAH DAN TUJUAN HIDUP KORANG!

Notradamus lain :
Sultan Muzaffar

JavardKent

Thanks SM dan Hari-Hari Yang Berlalu.

Monday, February 13th, 2006 | Life stories and bablings | 1 Comment

Sebenarnya aku nak ucap thanks kat SultanMuzaffar. Sebab link kan review juara lagu aku tuh kat web dia. Thanks buddy. Kebtulan plak aku baru jer layan design semula site aku nih, design baru, kaunter baru, bla bla baru. Semua post lama pun simpan dalam backup file saja.
Dah nampak turun benar site aku nih, dedulu2 penah juga aku cecah ratusan orang dalam 1 hari.. Sekarang mmg dah jauh.
Kaunter Visit Up
Klik untuk skala besar

Skang turun balik daaa… (Aku buat camnih sebab web MentalAdaMasalahKadang-Kadang ada tunjuk gak dia punya kaunter itewww)

Analisis :
Referal paling banyak dari SultanMuzaffar. (thanks)
Dari blog Klubkid dan Mentalterganggu iteww…
Dari search engine juga banyak! Termasuklah yang orang cari ttg Tiara Lestari Bogel gitu!
++ Search engine juga sangat bagus menangkap lagu2 mp3 dari site aku nih. Tuh la guna lagu2 Ngetop banget aku buh sini tu!.. kalau ada yang expired / broken link, bagitau akoo..

Aku nampak:
- Nyata sekali Melayu sememang terlampau gemarkan HIBURAN berbanding bende lain :D (fakta pahit yang wajib diterima)
- ini kerana aku percaya, kalau Anugerah Juara Pidato Kebangsaan = mesti takder orang nak search kat internet atau review kat blog. (mungkin aku je yang sanggup buat. tuh pun kalau jumpe.) Hatta Anugerah Saintis Kebangsaan Terulung pun, mesti takde orang KITA (read: MELAYU) cari punya!.. Dah tuh jangan marah laa kalau Me-Layu tak Me-Kar atau Me-ngembang .
- tapi kalau Anugerah Lagu, Artis, Penyanyi, Pelakon, “Penyawak” (apek cakap). Dek oiii.. tak yah suruh pun. Bangun tido jer terus ingat nak browse cari bende2 yang terpatut.

Aku tak la plak kata aku benci sangat hiburan, Islam pun tak larang hiburan kan. Tapi isitilah melalaikan tuh kene paham. Bukan setakat lalai dan hanyut sampai lupe sembahyang jer(Cam laa bdak2 sekarang nih kuat sangat sembahyang, yang tak pandai baca al-fatihah pun ada, berlambak!) tapi lalai jugak bleh diistilahkan LALAI DALAM MENGEJAR HIDUP. Tak pernah fikir nak memajukan diri!. Sedar tak korang . (Hah! ko tuh! :p ) Sejak 5 tahun dulu, ape kemajuan yang ko dapat? Kerja camtuh sejak dulu sampai la skang.. Kalaupun cuma setahun dulu pun. Tak sedar lagi sejak setahun dulu tak maju pun. Adakah maju setakat naik gaji? Duh.. Slow laa!!!. Laju lagi! Kamon! (seraya menambahkan semangat diri juga ;) ) Lari memang kedepan tapi selalulah toleh ke belakang dan lihatlah betapa bodohnya kita pada Hari-Hari Yang Berlalu.

Macam biasa, aku mmg banyak nak tulis. kadang2 tuh rasa nak sangat tulis panjang2 walaupun aku tau ada orang tak suka pun baca aku tulis, tapi mekasih gak laa pasal baca. haha.. Ape2 je la.. Anyway.. Ramai yang kata aku macam ANTI-MAWI sangat.. Tak sedap ati laa aku.. So.. Aku kata aku tak anti sangat. Aku cuma takmo jadi fanatik bangang jer.. huahuahuaa!!! . Minat setakat sikit-sikit dah laa kan, korang bkan dapat dia pun kan awek2 semua!.. Takyah laa mimpi nak peluk cium mawi tuh dik oii.. :p

MBIK NNIH!! Lagu mawi satueeeeeee…

Download link dijumpai! Download Lagu ini : Lagu Jiwa Lagu Cinta.mp3

Lagu Jiwa Lagu Cinta Mawi & M.Nasir
Tukang Nyanyi: Mawi & M.Nasir Lagu : M.Nasir Lirik : Loloq

Menyanyi kerana gembira
Menyanyi kerana sedih
Menyanyi kerana rindu
Aduh siapa dapat membaca…
Hatiku saat ini

Menari kerana melayan
Menari kerana sunyi
Menari kerana kasih
Ada di depan masih juga tak mengerti

Gerangan apa buat ku kemari
Dalam temasya ku memencil diri
Darilah jauh asyik memandangnya
Sekalipun dia masih tak perasan…ku disini
Oh…..
Lagu jiwa
Bukan lagu mengadu nasibku
Lagu cinta
Bukan lagu meratap hidupku

Hanya nak menyatakan
Tuah dan untung badan
Diuji hebat cinta sehebat begini… hebat begini

p/s: Eh.. aku ada gambo dengan M.Nasir ngan kak Marlia sekali tawww.. nanti aku expose biler aku rajhin!

Tak puas HATI? Bengang? Luahkan kat comment box aku nih. Luahkan segalanya.. dengan berhemah (jika korang matang ;) ).

Anugerah Juara Lagu 20 : Satu Keputusan Atau?…

Monday, February 6th, 2006 | Hiburan Terlampau! | 24 Comments

Anugerah Juara Lagu Ke 20

Keputusan :
Juara Lagu : Gemilang – Jaclyn Victor
Balada : Gemilang – Jaclyn Victor
Pop Rock : Kata – Hazami
Etnik Kreatif : Aduh Saleha – Mawi.
Vocal Terbaik : Kata – Hazami
Atas sebab sms : :lol:
Persembahan Terbaik : Mawi

Detail sila ke : Website Rasmi Anugerah Juara Lagu TV3 ke 20

Ulasan aku :
Menonton juga aku akhirnya Juara Lagu ke 20 nih. Peminat2 fanatik tak bertempat fanatik MAWI pastinya amat kecewa. Sebab gagal menaikkan Mawi sebagai juara, meh aku gelakkan korang Muahahaha (Siap effect bergema!) .. :lol:
Nasib baik laaaa lain2 kategori tuh dan jugak Juara Lagu tuh takder unsur2 kebodohan SMS yang terlampau. Kalau tidak, sudah tentunya Juara Lagu menjadi Juara SMS atau Juara Fanatik atau Juara Popular tak bertempat.

Sebenarnya.. bagi aku, kemenangan Jac mengatasi yang lain itu dah ada dalam pikiran.
MENGAPA Jac mengatasi yang lain? Jika saya seorang juri (Orang kampung aku ada sorang juri tersohor situ yer :p). Saya ulangi, jika saya seorang juri… saya sudah pasti TIDAK AKAN membuat perkara bodoh seperti :

– Memberi kemenangan JUARA LAGU kepada Mawi.
- Memberi kemenangan kepada
bukan lagu Gemilang
– Memberi kemenangan vocal terbaik bukan kepada Jacyln Victor.


Sebab apa? Adakah bodoh untuk memberi kemenangan kepada orang lain sedangkan Orang Luar sudah mengiktiraf Jac is the best singger before? ..
Asian Music Festival yang berlangsung di Shanghai baru-baru ini telah mengiktiraf Jac sebagai penyandang gelaran JUARA yang mana pernah juga dicapai oleh Siti Nurhaliza (orang kampung aku.. huhu) dan Deja Moss!!!(ntah ada ketidak peminat dia nih..).

Jac juga membawa lagu Gemilang semasa di Shanghai. (Ke korang rasa dia bawak lagu Saleha? Hehe.. nyata korang fanatik tak bertempat tuh..) Sebenarnya aku nak taip aku punya tilikan semalam. Apakan daya aku penat… Jadi, kini sudah jelas mengapa Jac dan Gemilang menjadi JUARA. Senang Bukan?

“RUMAH SIAP PAHAT MASIH BERBUNYI MACAM SELALU..”
Selalu camtuh laa paper esok hari atau seminggu nih punya tajuk :lol: ..
Pertikaian mungkin berlaku keatas Hazami. Mengapa? Mengapa lagu Katakanlah itu menyaingi segala lagu yang lain bahkan mendapat Vocal Terbaik? Aku pasti inilah Pahat dan penukul yang paling kuat berbunyi selepas ini. Dan fanatik Mawi pun berkata, rasanya lebih bagus dan sedap suara Mawi! Sepatutnya Mawilah dapat vocal terbaik jika tidak Jac!.. Yer.. korang mmg fanatik kalau berkata begitu, saya maksudkan.. benar benar fanatik, apatah lagi jika anda melenting mendengar kata2 saya ini.

Pada penilaian saya, vocal mawi bagus.. tapi tidak sebagus mana juga. Pada dendangan Saleha yang dialunkan masa itu.. saya sendiri tidak buta untuk berkata Mawi boleh nyanyi live. Dan walaupun rata2 calon berwajah tertekan, sama jugalah Mawi… Wajah yang tertekan. Tekanan walaupun bukan mati pun kalau tak menang. Cuma pada kali ini saya sedikit berpuas hati kerana buat pertama kali saya melihat Mawi menyanyi bersungguh-sungguh. Tidak sambil lewa seperti selalu. Congrats Mawi, bangga makcik2 dan pakcik2 felda.. Banyakkan lagi kesungguhan tuh, walaupun lakonan.. kerana ramai yang tidak suka gaya sambil lewa anda itu.

Berbalik kepada persoalan, mengapa Hazami? Sedangkan lagu itu sendiri tidaklah menonjolkan sebarang special pada vocal. Apatah lagi lagu tersebut banyak ‘repeat phase’. Dimanakah kekuatan vocal? Menurut rasa hati hamba (ceh). Inilah kelebihan menjadi penyanyi yang perform last sekali. Barangkali semua keputusan juga adalah dalam perkiraan yang kedengaran semacam ADIL dan SAKSAMA. Tapi kita tidak nampak, semua ada kebarangkalian bukan?

Sebenarnya.. saya ingin berkata dan bercerita sesuatu. Realiti di Malaysia ini, rata-ratanya suka pada Pakej. Itu yang Hazami tidak ada. Dahulu, pada masa keluarnya Winter Sonata punya lagu Versi Melayu : “Sonata Musim Salju”. Saya selalu terdengar lagu tersebut di Radio. Alangkah Lunaknya suara itu. Siapakah gerangan penyanyinya. Suaranya unik, lemak dan merdu… Malangnya apabila keluarnya insan tersebut di kaca TV.. Saya pasti, sangat ramai yang berkata baik secara terlepas langsung, atau tidak langsung, atau mungkin dalam hati . “Alahai, tak hensemnya mamat nih”… Aku amat pasti tentang itu.. Apatah lagi gaya dan stylenya pada masa itu AMAT PELIK dimata aku setidak-tidaknya. Tidak kurang juga yang mungkin berkata lebih dari itu.

Apa-apahal pun.. PAHAT PASTI TERUS BERBUNYI walaupun zaman ini orang sudah pakai Jack Hammer dan Drill!.. Yeee.. mmg pahat masih digunakan.. :p

***Sebenarnya aku nak taip panjang lagi. Tapi tak larat laa.. nanti jadi terlalu panjang. Bab juri, bab pengacara etc.. no need i think so .. untuk review2 lain bleh lihat beberapa site yang aku suka lawat :

- SultanMuzaffar (Woo.. dah glamer dia skang, seingat aku sejak layan ttg AF1/2 dulu..)
- JavardKent :Saya rasa blog ini agak berlapik sikit cakapnya, tidak macam yang lain.. hehe
- Aku Belum Gila Lagi Tau : Hahaha! Yang nih plak langsung tak ada lapik2. Aku kasi 3 eye shadow tambah dengan berlian-berlian tumpah itewww!
- Klubbkidd
* Update tambah link *

Bonus! MP3 Download (ini adalah hasil carian saya menggunakan google okeh! – pada saat saya pos nih link ini adalah aktif ) :
Hazami : Kata .mp3 *
Jacyln Victor : Gemilang.mp3 *
Mawi : Saleha.mp3

Hazami : Sonata Musim Salju.mp3 – Dengarkan kembali lagu ini ..
* – Aku update bila jumpa. hehe

Tiara Lestari? Indonesia Playboy Cover Girl?

Saturday, February 4th, 2006 | Life stories and bablings | 8 Comments
Tiara Lestari
Dimana-mana pun orang cerita tentang dia, tentang indonesia, tentang islam dan sebagainya…. Soalnya, siapa Tiara Lestari?Tiara Lestari berkata :

I am originally from Indonesia, the largest Muslim country in the world. Residing in Singapore, modeling has been my passion and profession. My journey as a model has taken me to the cover of Playboy in a far away land and right in the center of a national controversy. It plunged me into depth of humility without prejudice or guilt. It guides me to see through changes, places and faces. Through it all, I understand that life itself is full of surprises that neither reason, nor logic can comprehend. It certainly has been a journey filled with joy and turbulence. It is a journey from sensuality to elegance. This is my journal. Tiara Lestari’s Personal Journal. Welcome to my life.

Also..?

However, I was aware of one thing; I appeared in a country that does not consider Playboy and nudity as taboo. My appearance was never intended for consumption of Indonesia. How many Indonesians do you now read Playboy Spain? My pictures circulating on the internet happened without my being consulted. I do not have rights to those pictures. Not offending my countrymen was one of the criteria of my decision making process in appearing in Playboy Spain. (Boleh klik jika anda 18 tahun keatas)

Tapi?

How do I feel about potentially being on the first cover of Playboy Indonesia? Just like my pictures circulating on the Internet… not much I can do about it. I do not have rights of my old pictures, so they can requests those pictures without my approval. If Playboy Indonesia ask me to be on the first cover, I will humbly decline such request.
There ya go.. my personal opinion.

Tiara

taken from blog dia di : http://tiaralestari.blogspot.com/
Nak lebih cari kat google. Dari segi pandangan nafsu dan seorang lelaki normal.. Dia memang seorang pompuan yang ada Bodylicious .. :lol:
Terserah!…

Eleh.. kat malaysia nih lagi ramai Anak Tak Dara yang lebih dari Tiara Lestari nih.. Pergi aja lewat malam or jam 2 – 3 pagi dibeberapa tempat2 hiburan terkenal atau lorong2…. Huh!

Tengok Edisi Siasat NTV7 dulu ttg remaja umur 13 tahun kat Melaka tuh pun dah bleh tau.. Ada kementerian dan badan2 berkaitan buat tindakan susulan dan berterusan? Hah? Pooorah!.. tentang Playboy. Black Metal, Satan Ritual, Bla bla bla rajin plak amik tahu. Bab seks bebas dan pelacur merata-rata tuh senyap plak??? Haper nih? Ulama tunjuk-tunjuk? Angguk2 geleng2?

Tentang Aku dan Web. (Siri 1)

Saturday, February 4th, 2006 | Something To Remember | 5 Comments

Hermph.. Terpanggil lak nak bercerita tentang aku dan web. Bagai irama dan lagu. Erkk..! Aku rasa… dah lama yang amat aku main web. Betul!, mungkin tak selama sesetengah orang tapi sangat lama juga berbanding sesetengah orang yang lain. Aku cuba mengimbas kembali antara aku dan web. Aku rasa… kisah aku dan web amat panjang, mungkin aku akan pos beberapa siri. Sebab tuh aku buat siri 1 dan berikutnya. Dan aku juga akan paparkan ceritakan perkara2 yang mungkin aku tidak pernah paparkan ceritakan sebelum ini.

Teringat aku, pada satu masa dulu. Aku adalah seorang yang amat jahil tentang komputer. Bahkan aku mula menggunakan komputer pada usia waktu yang jauh lewat dari ramai orang. Aku tak malu langsung nak mengaku bab nih. Sebab bagi aku, ikut kata2 Mantan TPM Tun Ghaffar Baba pernah berkata : “Saya bukan tua, cuma dilahirkan lebih awal.” – Petikan ini boleh dibaca dalam buku “BERANI GAGAL” atau “DARE TO FAIL” untuk versi inggerisnya oleh Billy P.S Lim (sila lawati www.daretofail.com ). Lagipun tua atau muda tak menjadi masalah untuk sesiapapun berjaya atau setidaknya menghasilkan sesuatu. Baik untuk buktikan kepada orang mahupun untuk kepuasan diri sendiri.

MYSTIC! SILA MULAKAN!.
Mystic : “Aku kenal komputer adalah selepas tamat aku dari alam persekolahan dan setahun kemudiannya. Aku sangat pasti aku mula pegang komputer pada penghujung tahun 1998! Hah? Nape? Tak percaye ye? (sila baca ikut intonasi BCB).”..
Memang aku kenal komputer agak lewat, dan pada masa itu aku sangat jahil tentang komputer. Satu ape pun aku tak tahu. So siapakah yang memperkenalkan komputer kepada aku?…

Disini aku cuba flashback :
Aku masih teringat, pada masa itu › Continue reading

Chinese New Year And Balik Kampung.

Friday, February 3rd, 2006 | Life stories and bablings | Comments Off

jammed2.png Sempena Tahun Baru Cina nih, cuti sepanjang 5 hari ini total aku balik kampung. Aku rasa mmg sangat ramai yang balik kampung pun. Yang tak balik kampung adalah orang2 yang tak dapat gaji lagi. Hehe.. Aku pun balik kampung walaupun gaji time tuh tak masuk. Ada laa duit sikit dalam poket.. Aku pikir lepas nak balik kampung, kire on aje laa…

Apa yang menariknya, hari aku plan nak balik dengan kawan aku Sham. Kononnya aku turun Puchong rumah dia dgn Ah Heng. Then pagi Ahad tuh gerak la balik naik bas dari KL ke Bentong, dari Bentong ke Raub dan dari Raub ke Lipis. Orang Pahang kata “Bas Loncat”. Hehe.. Bas sambung2 gitu.. Tapi nak turun ke KL dari puchong saja bas dah macam haram hampeh! Semua penuh manjang.. So kemudiannya kitorang plan, naik KL pegi Menara Orkid rumah lama Sham, tinggal motor sana, then ke pekeliling (sebab dekat) then naik bas Loncat sampai Lipis.

Tapi akhirnya, › Continue reading

 
 
Who Am I?
Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. A Web & Multimedia Designer. A multimedia freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Supermoderator at WebmasterMalaysia.com. Experienced in web development since 2000. And many more....

Catch me? :
Location : K.Lipis - Klang - Shah Alam
Working : Karangkraf / Sinarharian
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Ini Iklan Namanya


Membebels

Previous Next
Latest on Wed, 16:54

Nizam Ahamad: @farah. saya tak tahu sangat la. just pergi Putrajaya, it's all about. :D Let say, turun komuter somewhere berhampiran, then ambil teksi pergi situ. Mmg banyak kos. lagi baik ajak kawan2 ke, bf ke... isi minyak kete diorang dan belanja diorang makan. ^_^

miss.farah: camne nak amik transport awam dr wangsa maju g kmtrian plajaran

Nizam Ahamad: Zs - orang koyan ke? aku tak la koyan sangat. sg. ular jer. tapi selalu la lepak koyan sebab sedara mara ramai.

zs: koyan brp?

Nizam Ahamad: sf : pakai photoshop.

sf: cane ko edit saga oren nie?

Nizam Ahamad: Just changed to the new one. Huh!

» Hantar Pot Pet



Gambars

panoramic-mystics-2.jpg panoramic-mystics.jpg gian-color.jpg kucing-hitler.jpg

Arkibs

Statistiks

Ada ekor makhluk sedang merayau-rayau dalam web ini.