Archive for 2006

Myspace Website Paling Hampeh Di Dunia!

Monday, September 18th, 2006 | Hiburan Terlampau!, Life stories and bablings | 22 Comments

myspacefornonesense.png

Tahniah Myspace! Dinobatkan sebagai : Worst Sites #1 oleh Pcworld.com .

Kepada mak bapak budak, pakcik makcik, abang2 dan kakak2, jaga2lah kalau anak, adik, korang yang selalu dok bukak myspace tuh. Terutamanya yang pompuan, yang lelaki tak kisah sangat, buat jahat pun bukan luak. Tuh biasa, ayat jantan. :D

Myspace adalah dimana anda boleh melihat anak2 gadis melayu (Baca: Umur bawah 18 tahun @ Budak sekolah lagi!) menayangkan › Continue reading

Irwansyah – Pencinta Wanita

Sunday, September 17th, 2006 | Hiburan Terlampau!, Life stories and bablings | 66 Comments

irwanshah-pencinta-wanita.pngIrwansyah : Pencinta Wanita (OST Heart)
Download MP3 nya (jumpe ape kat google! )
Lihat MTV-nya di Youtube : video #2
Sehari dua nih, atau seminggu nih rasanya berhantu betul lagi nih aku dengar. Respek juga aku pada penggiat musik Indonesia yang kapan hari semakin banyak munculnya lagu-lagu yang menarik banget samada lirik mahupun melodi nya. Penyanyinya pula punya suara juga berbeda dan unik, rupa penampilan sudah semestinya ganteng2 belaka!

Jauh bener bedanya dengan lagu sampah-sampah yang ujud dari Malaysia. (Musik Malaysia melodi tah ape-ape! Lirik plak macam gampang. : Kecuali beberapa yang tertentu. ) Lepas tuh bile album tak laku, kata Lanun Cetak Rompak laa.. Piracy laa.. Peminat terlalu DEWA-dewakan indon punye muzik laa, babi laa.. hamjadah laa..kan kan. Dalam 1 album Malaysian tuh, ada 3 jer lagu ‘boleh dengar’, bukan sedap. Tapi kalo album Yahudi Dewa tuh 12-12 lagu pun sedap dan lain2 style. Tak dapat dah macam album Brutal – XPDC dulu, semua lagu sedap!.

Lagu ini punyai melodi dan irama yang cacthy, walaupun starting tak berapa best sangat.. tapi chorus part mmg masyuk.. nyanyian pula tiada ala2 gospel dan mendayu style Malaysia. Apatah lagi terpekik terlong tak tentu tempat. Liriknya juga kuat, tidak seperti lagu2 malaysia yang masih pakai teori 60an, typical, moderate bla bla. AKu kutuk muzik malaysia? Ya!! dan meluahkan kebosanan dan benci melihat statik pemikiran membuat lagu ttg cinta tapi penyampaian sama cara dulu2. Dah la tuh nak buat lagu2 kehidupan pun tak reti!.
Stop! Paste The Lyric!

Irwansyah – Pencinta Wanita

Kutemukan dalam pencarian
Cinta sejati untuk hidupku
Kurang lebih yang seperti dia
Kuharap dalam cintaku

Ku tak mau menjanjikannya
Pasti bahagia bila denganku
Biar dia rasakan sendiri
Betapa gilanya cintaku

Chorus :
Aku memang pencinta wanita
Namun ku bukan buaya
Yang setia pada seribu gadis
Ku hanya mencintai dia

Aku memang pencinta wanita
Yang lembut seperti dia
Ini saat ku akhiri semua
Pencarian dalam hidup
Dan cintaku ternyata
Yang kumau hanyalah dia

Selamat menikmati! Yah! komen untukku juga sekali di bawah inih! (pastinya gue dapat kutukan dari pencinta musik malaysia dech! )
*** Dan cintaku ternyata
Yang kumau hanyalah dia … ***
- Dia yang kini udah mula me-sms-i ku dengan perkataan “miss you too”

hoho! poyo!

Resepi Strawberry Bercoklat Siti Nurhaliza

Antara Siti Nurhaliza Datuk K dan Strawberry
Resepi rahsia Strawberry Bersalut Coklat Siti Nurhaliza terbongkar!!!

Bahan-bahan diperlukan:
- Beberapa biji strawberry terpilih.
- Serbuk koko (Cocoa Powder) untuk masak punye tu.
- Susu cair
- Peti Sejuk ^_^

Strawberry Beli Kat Giant Kah KahDapatkan beberapa biji strawberry yang segar dari pasaraya berhampiran.
Sambil-sambil tu cari serbuk coklat, sebenarnya serbuk koko untuk masak atau ada juga dalam bentuk kepingan-kepingan bersalut timah yang biasa kita jumpa tuh, tapi bukan coklat yang makan terus tu. Kalau nak cuba pun bleh jer. Oh ya, pastikan anda membasuh bersih2 strawberry tuh. Maklum laa banyak kimia2 chemical bahan awet untuk jaga buah tuh sebelum sampai ke Pasaraya tuh.

Untuk dapatkan coklat yang lebih sedap. Bancuh serbuk koko secukup rasa dengan air panas tak berapa panas pada kadar pekat yang berpatutan. Banyak mana? ikut laa, kalau korang nak makan berdua, 12 biji agak2 segelas la kot. kalau makan 3`00 orang tuh sebaldi agaknye..

Kemudian tambah › Continue reading

Sakit kepala. Rasanya mahu pecah!

Friday, August 4th, 2006 | Life stories and bablings | 17 Comments

sakitkepala-headache.gifSakitnya kepala, macam nak pecah. Itulah yang terjadi pada aku dalam seminggu nih. Semuanya menyebabkan aku hilang mood, hilang fokus, stress dan segalanya. Aku tak pernah alami bebende camnih sebelum nih.. Nih first time jadi camnih, sakit kepala gile babi punya sakit.

Aku takde rekod sawan, migrain dan sebagainya, tiada sebarang sakit jenis nih dalam salsilah keluarga sekalipun. Kalau ada pun sakit kepala teruk mungkin sebab darah tinggi. (sebab keluarga belah ayah aku mmg ada sakit tuh , tapi belah mak aku takder. Aku harap gen belah mak aku banyak la kot. Lagipun aku banyak ikut gen mak aku.. hehe ).

Aku pegi klinik, check semua2 siap dengan blood pressure ape, doktor kata everything is normal. Aku siap tanya aku ada darah tinggi? takder… Dan aku cuma diberi ubat tahan sakit warna oren, dan juga ubat pening2 kepala warna pink. Lebih kurang seminggu sebelumnya, aku pegi klinik yang sama, aku diberi ubat Selsema dan Batuk. Tapi sakit kepala time tuh takder lagi. Sakit kepala nih jadi sangat kuat 2 3 hari nih. Tiap kali bangun pagi, aku akan rasa lain macam kepala aku. Bangun nak pegi mandi pun rasa cam nak nangis aku sakit kepala nih. Nak jer aku hantuk kepala aku kat dinding. Oh God! What happen to me? Am I dying? Tolonglah, aku taknak lagi mati, bukan sebab aku takut mati, tapi sebab jasa orang tua aku pada aku aku tak dapat balas banyak lagi. Adik2 aku pun ramai lagi nih.. Aku pikir macam2 lak, brain tumor laa.. brain cancer la.. nooooo…. :( Sampai satu tahap aku ada pikir nak botakkan kepala aku jer… woooo… aduss..

Hari nih, (Jumaat 4hb) lepas antar adik aku Heri pi keje, aku terus pe gi klinik tuh tadik. Dalam nak sampai klinik tuh pun nasib baik tak pengsan jer aku. Lepas amik ubat semua tuh tadik, balik umah kalau langgar bonggol2 jalan tuh pun, aku rasa otak aku terhenyak sikit pun aku dah rasa lain macam punya sakit.

Sampai umah, aku tanpa makan apa2, (just minum milo 0 gelas semasa nak tunggu klinik bukak 8.30).. aku telan terus ubat tuh 2 biji. Ubat tahan sakit ngan ubat pening. Aku cuba tido.. haram tak bleh.. makin sakit ade.. AKu pun bantai lah 3 biji panadol tambahan sendiri (4 biji tak berani). Ape nak jadi pun jadilah.. Then aku tertidor… Tanpa sedar apa2 sampai laa jam menunjukkan kol 4.30 ptg. Check 2-2 henpon aku, dan baper banyak mesej, dan missed call. Sib baik aku dah sms ketua department bagitau aku MC sehari nih.. Malam2 nih sikit brader Kartekana nak tgk2 kan aku jarak jauh plak. Mungkin gak aku kene try dari sudut kebatinan sekali sekala, walaupun aku nih kategori susah sikit dari bebende camnih. Cuma aku harap satu jer. SIHAT. Aku taknak laa MC MC nih walaupun ianya beerti cuti rehat.

Sebab aku banyak lagi bende nak dibuat, kerja2 sampingan, kerja2 opis yang aku suka. (aku suke kerja aku – aku tak pernah benci lagi). Duit2 luar aku, project2 online aku selepas waktu kerja, dan macam2 lagi. Aku tak suka dan tak selesa yang amat dengan tahap kesihatan aku camnih.. Aku juga nak balik kampung. Tapi nampaknya minggu nih tak bleh laa.. Tgh sakit nak balik kampung? No way!..

Saat aku menaip nih pun aku dalam separuh mamai, aku rasa pengaruh ubat amat kuat. (aku dah makan nasi secara paksa-diri lepas bangun tadi, kol 5 tadik aku makan, balik dan terus makan ubat lagi.. sendawa pun bau ubat!.. ).. Aku rasa, elok aku baring tidor lagi.. kol 9 malam kang aku bangun balik kot.. dan Kepalaku saat ini masih berdenyut2 dan dahiku jua berkerut2..

Review Kelas Google Adsense, Affiliate dan SEO

Ulasan, review ikhlas dari saya yang menyertai kelas Adsense dan Affiliates anjuran WangCyber.com
Tutor : Shuth, Kidino + Sunny Tan + GobalaKrishnan

kelas.jpg
(Yay! dapat doh gambo, curi dari blog shuth. hehe.. )

Review kelas dari aku..
aku nih suke sangat buat kecoh dan kejam tau.

*******

Kelas bermula › Continue reading

Bagaimana Membina Web Yang Berjaya

webjaya.jpgEbook!.. Mystic Buat ebook siut!.. Orang lain buat ebook, korang pun buat ebook. Aku pun buatlah ebook!.. Ebook nih asas, asas yang dilupakan.. Kata orang, permata yang hilang. Ade ke gitu!..

Download lah. di section ebook yang aku baru saje wujudkan. Kearah web aku yang lebih banyak contents terlampau!

Download di sini : Mystic Free Ebook

Apa itu PHP?

Friday, July 14th, 2006 | Tips Dan Tutorial, Web Developement And Tips | Comments Off

Actually aku banyak dapat Private message, dan juga aku rasa nih soalan2 lazim yang tidak termaktub dimana2… Selain itu juga aku perhatikan ramai sangat yang tak faham English. So aku buka thread nih dan stickkan dia. Anggaplah nih untuk orang-orang Melayu yang malas nak faham bahasa inggeris. (Kalau dah sedar malas tuh rajin2 lah!.. )

INTRO!
- Pertama-tama kalinya aku akan tanya korang soalan lazim. Adakah korang dah pandai setidak-tidaknya 80% HTML?. Kalau tak pandai pegi belajar dululah!.
Pandai HTML disini bermakna bukannya anda tahu guna software untuk buat 1 laman / page ber dotkan HTML. Sebaliknya faham sepenuhnya setiap fungsi kod2 html itu sendiri!. Dan sebaik-baiknya, bab BUTANG (button) dan FORM pun anda dah faham. Jangan tanya “Mengapa!”, buang sikap bodoh bertanya sesuatu yang tidak patut! Sebaliknya cuba pandai sesuatu dengan usaha sendiri, kecuali dah tak mampu sangat-sangat.

SOALAN LAZIM SIPEMALAS BERTANYA DAN BUAT-BUAT BODO tak faham. (Aku mmg kejam ok?)
Tapi aku cuba jelaskan dalam bahasa dan perumpamaan yang paling mudah korang faham.

Apa itu PHP? .
PHP adalah Bahasa Pengaturcaraan bagi web. Ia adalah server side languange iaitu diproses di SERVER, bukan dibrowser seperti HTML.

Apa itu MYSQL?
Mysql adalah pengkalan data. (aku taknak beratkan kepala korang.. so aku declare camtuh. )

EasyPHP, PHPDEV, PHPTRIAD?
- Baik.. ini mmg masalah.. kepada mereka2 yang tak rajin membaca keterangan yang dijelaskan disetiap web mereka.. Main download saje.

Ketiga-tiga bende diatas, adalah merupakan Software, iaitu untuk menjadikan pc anda sebagai server yang boleh baca kod php. Lazimnya dalam software ini ada 3 program utama, iaitu : Apache Server, Mysql.exe, Php.exe
Iaitu 1 pakej lengkap untuk menjadikan pc anda LOCALHOST atau server buatan.

PHPMYADMIN?
Phpmy admin adalah script php yang sediabina, untuk kemudahan anda mengemaskini, membina, menambah dan sebagainya DATA kedalam MYSQL database anda.
Merupakan Interface web berasaskan php language /script.

Ape KEJADAHNYA pula :
PhpNuke, PhpBB dan beberapa nama php lagi tu? .

- Inilah masalah lazim sama seperti mereka yang taknak cuba faham dan baca berkali2 segala penjelasan MEREKA (pembina) di FAQ dekat website mereka.

PHPNUKE, PHPBB adalah SCRIPT PHP yang sudah siap. Atau lebih senang dikatakan sebagai…. Satu sistem berasaskan kod-kod php yang telah dibina sepenuhnya. Untuk dilarikan (run) diserver yang boleh baca PHP.

Jadi perbandingannya adalah seperti berikut.

Subjek 1 : PHP (Bahasa pengaturcaraan )
Subjek 2 : EASYPHP, PHPDEV, PHPTRIAD ( Software/Alatan )
Subjek 3 : PHPBB, PHPNUKE etc ( Script )

Perumpaannya..
Subjek 1 : Huruf ABCDE – Z
Subjek 2 : Kertas, Buku latihan, Pen, Pensil, Dakwat, Berus, Warna
Subjek 3 : Hasilan kerja yang siap!..

Contohnya..
ABU!, menggunakan huruf A -Z (S1) untuk menulis/melukis sebuah cerita bergambar dengan menggunakan Pen (S2). Katakanlah.. dia menyiapkan 10 keping catatan, dan 10 keping ilustrasi. Catatan/hasil kerja ini DIJADIKAN BUKU lalu ditajukkan ia : ARNAB DAN KURA-KURA (S3) .

Boleh faham?
tak faham? Ulang baca sampai 20 kali!.. Tak boleh juga? Ulang lagi 50 kali..

Kalau tak faham juga.. elok laaa, besok pegi suruh tukang gali kubur buat 1 lubang baru..

* Pos asal aku kat : http://www.webmastermalaysia.com

Memandang Kehidupan Dari Sudut Ke-Tujuh?

Tuesday, July 11th, 2006 | Life stories and bablings | 1 Comment

brokenheart.jpgErm.. lamanya blog nih terbior. Dah naik sawang dah rasanya. Ntah la, dalam bulan nih kurang mood sikit nak membelog. Sibuk pun yer jugak. Banyak keje pun yer jugak. Keje luar pun ada jugak. Suuuuummmmaaa ada.. Ayoo..

Erm.. Ada sorang awek kenalan lama online (skang dah jadi wife orang).. Ghehehe.. Skang duk German. Then tetiba chat laa kat YM malam tuh.. Macam2 la ko Ayu erk…

BTW, dia pun bertanya aku, bahkan mungkin ada juga yang tertanya-tanya. Ape kejadahnya Memandang Kehidupan Dari Sudut Ke-Tujuh tu?. Mungkin jua ada yang beranggapan “Apekah ko perasan ko level malaikat duk langit ke tujuh?” Tak ler.. korang nih.. aku cakap sudut ke tujuh, bukan langit atau peringkat ketujuh kan.. Ghehe..

Ada juga orang tanya dulu.. Aku tak jawab pun.. So.. Sesaja laa.. aku nak jawab, apakah dia SUDUT KETUJUH tuh.. BAIK!

Di sekitar kita nih, ada 6 sudut yang utama.. iaitu :
ATAS – BAWAH – KIRI – KANAN – DEPAN – dannnnn BELAKANG. So situ ada 6 kan? Apa lagi yang tinggal? YUP! TENGAH! TENGAH!.. Dan sesungguhnya yang ditengah-tengah itu adalah Diri kita, tengah2 diri kita pula, adalah HATI .. Jadi aku memandang dengan mata hati… memandang dari sudut hati sanubariku yang suci murni baik hati mulia perasan nih..

Bleh gituh!.. Aku punye blog, aku punye suker arr.. hahaha :D

*** Gambo broken heart tuh sekadar hiasan jer tau.. huhu

Antara Buat Web dan Belajar HTML

Thursday, June 22nd, 2006 | Life stories and bablings, Tips Dan Tutorial | 8 Comments

Naa… aku sudah wujudkan section baru. Iaitu tips dan tutorial. Harapnya section nih nanti aku akan muatkan macam-macam bende. Dan sebenarnya aku mmg patut adakan post aku dalam hal nih. Tambahan pula aku rasa kelebihan atau bakat aku dalam bidang ni adalah amat baik. (terserah! kalau kata aku perasan pun) . :p . So, aku akan mulakan dengan HTML, kemudian CSS, PHP, Design segalanya lah!.

Intro : Saya adalah salah seorang SuperModerator › Continue reading

Antara Aie, Aku dan Sesuatu.

Wednesday, June 14th, 2006 | Life stories and bablings | 5 Comments

Erm, lama juga aku tak update blog aku nih. Sampaikan ada beberapa orang yang bertanya. Haha. Maklum laa, bile sibuk mengejar dateline nih.. Semuanya jadi terkejar-kejar.

Antara Aie, Aku dan Sesuatu.

Ok.. let see this picture.(Paiseh, terkantoi gambo sendiri la plak).
meaiedelight.jpg

Gambar ini diambil pada Mac 2002. Di Kelantan Delight, KLCC. Masa nih Aie adalah independent cartoonist. Masa nih dia buat Aku dan Sesuatu selepas keluar dari MOY. This is a Pergh.com gathering, and i still remember that’s my buddy ‘Agent’ (website) the co. founder of pergh.com sponsor the sebahagian besar gath tuh. Sekarang nih si Agent nih tenggelam timbul. Apelah ko nih Hasrun Sabri. :p Ops. Lari tajuk.

Ok. Bawah nih pula gambar aku(Adeh lagi) dan Aie pada Bulan Ini. ( 02 Jun 2006). › Continue reading

Biarlah Rahsia – Siti Nurhaliza

sitismall.jpgAhaks? Ape ke heeeee nye kash letok lagi Siti neh?
Kash punye suke la belog kash, aok sebok mende. huahuahua.. Lorat paha neh!.. (loghat pahang ni)
Gambo neh kash curi dekat web sape tah nih : KLIK : (pastuh edit smula bagi ok sket.)
*Klik gambo sebeloh kalo nok tengok hok saiz beso yeh!
* Bile la siti aok neh nok buat lagu gune lorat paha neh.. Bosan laa, lorat nogori la, lorat klate laaa.. Aok buat la lorat paha neh pulok!.

Biarlah Rahsia – Siti Nurhaliza Taruddin

Lagu: Melly Goeslaw
Lirik: Siti Nurhaliza

Pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis
berlaku tiada siapa yang tahu

mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan ku
tiada pertimbangan

keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta

keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi

*dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
oooooo
*dan kisah ku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

Donglod? Aiyeeee.. carilee kat google lenkali…
Donglod Link 1 (amik kat blog munzir) + Donglod Link 2

PC baru aku dan kesibukkan hari-hari…

Sunday, May 14th, 2006 | Life stories and bablings | 3 Comments

pcakoo.jpgLewat bulan lepas, aku dah ada 1 unit pc baru. (err.. sebenarnya, aku rasa aku takder pun pc sebelum nih!).
Walaupun aku adalah seorang yang bleh dikatakan otai tentang pc. Maklum ler.. pengalaman keje kat CC 2 tahun. Setup cc orang pun dah ada sekurang-kurangnya 2 buah CC dan 1 Kelas tuisyen aku bikin networkingnya dan beli pc-pcnya sekali!..

Bukan aku tak tau segalabagai specs pc, barang dalam pc. Kecai-kecaikan pc dan pasang balik. Dah bleh kata tahap bosan dah layan pc nih. Tapi!!!.. pelik gak, pesal ape plak aku beli pc kali nih yang = BRANDED dan BAYAR ANSUR walaupun MAHAL. Sebab kalau beli yang klon, aku bleh dapat setengah dari apa yang aku beli sekarang!..

Aku beli dari Sen-Q. Dalam lingkungan RM3K. Monthly dalam RM160. Sedangkan aku amat tahu aku bleh beli pc yang “kire ok” dari lowyat dengan harga RM1.5K pada kadaran yang agak bagus? . Senang jer…
1- Aku tiada cash money yang banyak.
2- Aku nampak cam berduit sebenarnya tidak.
3- Buang Tebiat!.. Hahaha..
Sebab sebenar? Mungkin semua duit aku dilaburkan atau mungkin diLEBURkan pada perkara2 yang aku mmg suka buat. ;) Bagi aku, tiada makna hidup nih kalau tak mencuba, dan aku amat suka bermain risiko. Like someone (stupid) said; “RISK IS MY GAME!”. Stupid? for the those coward i think so..

Aku beli tuh Hewlet Packard Model ape tah. Rupa dia adalah amat sama dengan gambo post nih.
512 RAM (upgradable sampai 2 gig ram = target aku pehnih!)
Pentium 4 3.0Ghz (Yer!!! AKu tau laaaa skang dah Pentium D!).
80GB HD (Yer la bengong! Aku tau skang nih paling besar 500GB!)
Flat LCD monitor! 17 inci! Yer.. aku tau paling besor 21!.. aku kat opis pun pakai yang itu 19?21?.. tapi Machintos laa.. (mac g4 jer)
Aku suke pc aku sebab, banyak slot segala-bagai card CF, Multimedia Card, USB sampai ada 5, Yang suke lagi, ada dvd-rw semua!.. Paling best monitor laa.. huhu
Errm.. so far aku suke sangat ngan pc nih.. mungkin sebab inilah pc yang branded aku beli buat pertama kali.. dan ianya adalah pc aku. Hahaha.. sebelum nih aku dah beli berpuluh2 pc orang.. jadi rasa cambest ada pc baru sendiri punya.. Dedulu pc campur2 sparepart merata2…Hardisk sampai 3, tapi ada yang 2GB, ada 1GB, ada 40GB.. Tuh pun dah tah kemana.. Pc nih , harapan besar aku.. Insyaallah.. aku akan ternak duit dengannya.. so sesapa yang rasa2 nak bagi duit kat aku atau memerlukan khidmat BerBayar aku nih.. bleh la kontek2 aku OK!.. masuk jer laman CONTACT aku tuh.. :p Ape khidmat yang aku offer?
1 – Buat Web.
2 – Buat Design (cakap jer design ape.. seeeemmmmuaa aku bleh).
3 – Ask For More!..

Erm.. pc aku nih.. adalah PC yang korang tengok dalam Apperentice Season One tuh.. Mungkin sebab Donald Trump laa aku beli.. hehe.. Anyway.. i’am a big fan of Donald Trump and Apperentice Series!. And i hate OMAROSA!.. hahaha..

Wokeh… Malas dah naip.. tau lama tak apdet blog.. tapi aku ada taip draft coming soon nih..
1 – Aku tidak ke universiti PART 2.
2 – Aku suka Donald Trump!.
3 – Tentang Kerja Aku.. What?

So.. mana2 pengunjung yang sukeeee atau hencciiiii.. tunggulah pos2 tuh akan datang .. Sebab aku kalau bebende camtuh mmg makan masa.. Dan yang Donald Trump tuh.. aku sukalah cerita yang aku try karang dengan segala apa yang aku research.. ;) Baru best baca fakta2 gitu…
Anyway!.. Thaks to all pembaca2 yang aku hormati. Tak kirelah samada korang benci, suka or sayang aku… Tanpa pembaca, blog aku tetaplah blog aku. Aku punye suke laa nak tulih ape kan.. :P

// aku taip nih masa aku balik ke kampung tau.. tapi kampung no 3 aku.. Mysticmind melaporkan dari Sg. Koyan, Kuala Lipis Pahang

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Ini Iklan Namanya

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.