Archive for 2006

Antara aku, kerja, hidup, cita-cita dan stress.

Friday, March 17th, 2006 | Life stories and bablings | 4 Comments

Lamanya tak berupdate blog nih. Dah beberapa minggu yang amat. Sebenarnya aku amat sibuk dalam bulan nih. Dan yang paling penat ialah, aku rasa stress, ketegangan, tekanan dalam otak dan sistem tubuh badan aku nih… Walaupun tak serius tapi kadang2 aku rasa sangat bosan dengan tekanan. Mungkin kerja yang terlalu lama tanpa henti, kerja yang terkejar2, kerja dalam dunia ada orang yang masih suka salah menyalah, kerja dengan orang2 yang menyakitkan hati dan sebagainya.. Segala bagai itulah yang menyebabkan wujudnya tekanan. Erm.. pernah juga aku rasa heran, semacam ada sakit plak aku nih. Aku rasa, sejak akhir2 nih, selalu rasa panas-panas dekat belakang tengkuk mengarah ke bahagian atas belakang kepala. Panas tuh kadang2 jer ada, time tekanan kuat agaknya. Tak tau la aku apa istilahnya.. Tapi dengan skala tubuh aku nih, aku tak rasa aku mudah dihinggapi penyakit 3 serangkai tuh. :D .
Menghadap Macintosh G4 dengan monitor 19″ dengan tablet wacom berharga lebih 1.6K nih hari2.. Menghadap photoshop hari2.. Menghadap dateline every week. Duh.. streesssss.. I need some place to release it later.. Nasib laa.. kerja ngan orang.. dedulu kerja sendiri aman gak kepala..
OK!.. Ringkasan jer laa.. apa2 yang peristiwa dah berlaku.

+ HIBURAN TERLAMPAU : Anugerah Seri Angkasa :
Tetap tah hape2 seperti tahun lalu dan tahun2 sebelumnya. Walaupun konon2 ada keadilan dalam sesetengah kategori, tapi banyak kategori tuh dah LAPUK dan ketinggalan zaman! (drama radio?)… Juga ada sesetengah kemenangan kepada diri sendiri (RTM sbg penganjur) seolah-olah anugerah LANCAPAN . ye lah.. syok sendiri!.. stended la tu. Ape yang bengong juga ialah.. Harap nama jer GAH, untuk semua stesyen penyiaran.. WEB RASMI UNTUK ANUGERAH TUH PUN TAKDER!.. BODOH! (kalau ada pun aku search tak jumpe = bodoh jugak kan.. ) Kalo aku jadi Ananda Krishna, nyesal aku sponsor duit banyak2… Aku rasa cam saje2 nak tabur duit jer kat RTM (mungkin politik kot). Harap2nya tahun depan dengan kemasukkan beberapa orang kuat dari NTV7 boleh mencantas dan buang parasit2 tua kat RTM tuh. (Skang ada sikit ok la, ada hepi juga aku tgk TV2 tu.. slot2 baru pun dah mula masuk… tepukan sikit la kasi…)

+ SENI : Teater Puteri Gunung Ledang (PGL)
Dengar macam gah yang amat kan? (dato’ dah balik modal ke? :D )
Baguslah, at least ada laa jugak orang pandang teater… Trend mesia nih.. Ada orang sebut best, then 10 orang pun angguk dan cakap yang sama.. kemudiannya abih pak2 menteri pun ikut kata best.. Senang kan? .. Anyway.. Filem PGL dengan kos asal RM20 juta tuh laa yang membuatkan produser dia Bengkrap!.. Abih duit!.. Dan dari itu jugalah tergadainya NTV7 kepada Media Prima. (Owh.. sedihnya.. aku suker TV yang jujur dan KERAS macam ntv7 – sekarang tah ler… ) Ye laah.. duit dah takder.. jual jer la ntv7 tuh kan.. MEDIA PRIMA dah nak lakukan MONOPOLI KE? Wooohh.. bahyer yang amat tuh..

+ ISU SEMASA: MINYAK NAIK!
Kelakar btul aku tgk badut2, orang tak waras, dan emotional, siap forward email merata2 lagi. Cara2 berjimat laa.. selongkar habis ttg gov laa, kutuk sana, keji sini la.. kata pesal Petronas x bleh tanggung/tolong ke.. Habih kalau Petronas rugi? tak ker korang jugak yang kutuk balik? Ape la bodo petronas gitu2 plak.. So sape bodoh? Pelik aku.. Kalau minyak tuh naik 2sen pun.. setiap kali tuh jugak la bising. So kalau 3 sen naik 10 kali 3sen dalam tahun nih.. 10×100% carutan berlangsung… letih kan? Tgk skang, naik sekali banyak.. bising sekali jer.. dah abih ujung bulan nih senyap, bulan depan dah takder dah bising mencarut.. Aduh.. Rakyat Malaysia.. Melayu khasnya..

TUKAR LA CARA PEMIKIRAN TUH WAHAI MELAYU!..
Jika minyak naik!, JANGAN BERJIMAT!, tapi berusahalah untuk KAYA! Supaya tak terasa pun 30sen waimma 3ringgit sekalipun!. Kita terasa bebenda nih naik dan menyusahkan sebab kita miskin.. kalau kita tak miskin.. tak rasa punya.. UBAH! UBAH! HAHAHAHA.. Minyak naik jangan jimat, tapi KITA YANG JADI KAYA! Bleh gitu? ada berani? tak berani? biasa laa.. biasa laa tu.. stended la.. mela… stended.. tak pernah pikir menongkah arus.. biaseee laa… layuuuuu

+ CITER AKU! : balik kampung macam pegi pasar jer…
Penat.. sangat penat.. Bulan lepas 2 kali balik kg. Bulan Mac nih pun dah balik kg 1 kali. Apa yang menariknya balik kg nih?.. Aku ada bikin family bisness. Skang bleh laa. jalan ok jer.. nak tunggu stabil sikit 2 bulan lagi, then kalau kena caranya maka kira untung saja.. :D . Aku still bekerja di Syarikat penerbitan ini, cuma bisness tuh aku kire cam pengasas dan pembuka jalan serta sikit modal. Di urus oleh adik ipar aku dan adik2 aku, mak n ayah aku jadi akauntannya (ala.. mak aku ngan ayah aku mmg keje jaga duit sejak dulu.. small matter laa hehe). Semua plan nih kalau berjalan lancar, rasanya bleh la aku bersara dan balik duk kampung ujung tahun depan dengan gaji setara pengurus bank.. agaknya.. Aku sedang mencari lot kedai jugak.. 3 sekali aku nak sapu.. haha.. tamak haloba siut..
Erm.. one thing masa aku balik kg naik bas.. yer naik bas loncat (selaras seruan kerajaan-naik pengangkutan awam:read:naikbastakpenatblehtidolagi) dari Shah alam nih sampai la ke kampung tuh ada perkara aku kirekan best.. ;)

Naik komuter : Duk sebelah aku awek UITM comel, nampak cam IQ tinggi.
Sebab sepanjang nak sampai KL tuh dia duk layan buku puzzle nombor. (tajuk x ingat).. Kemudian dari KL ke Raub tuh ada plak amoi (lawa jugak) duk sebelah aku juga.. tapi ada cam misai sikit.. tapi mmg lawa.. dia turun kat Bentong jer.. The dari Bentong ke Raub tuh ada awek jugak seblah aku.. Then dari Raub tuh nak balik ke kampung ke-2 aku Sg. Koyan tuh pun seblah aku tuh awek jugak! Giler kan? tapi semua awek tuh aku tak bercakap or tegur pun, kecuali amoi sorang tuh jer.. itupun sebab dia tanya aku… “Ini bas pergi Bentong ka?”. Lain2 semua aku layan tido jer…
Masa balik ke Shah Alam nih semula pun.. cuma 1 jer awek..comel gak, Student Uitm 2nd sem..
Then semua kisah tamat gitu jer…

// aku dah cakap.. aku kalo menaip konon2 pendek.. dah panjang gak.

Aku tidak belajar di Universiti…

Thursday, March 2nd, 2006 | Something To Remember | 22 Comments

NOTA: Saya bercerita perihal kehidupan!

Rama2
Ape hal gambar kepompong nih? Saya jelaskan kemudian..

Haha!.. tajuk aku cam sial kan? .. Tapi itulah hakikatnya.. satu perkara yang mungkin kemaluan memalukan bagi sesetengah orang.. Tapi tidak bagi aku!… Sebenarnya aku bukan tak tahu apa yang aku nak blog-kan. Tapi aku suka bercerita apa yang aku alami dalam hidup nih. Bahkan lebih dari itu, aku juga suka menginspirasikan orang-orang yang mungkin berada dalam situasi sama seperti aku. Atau juga buat budak-budak Universiti yang HILANG PUNCA dan ARAH serta jenis-jenis yang tak menghargai apa yang mereka ada. Ada beberapa kenalan, kawan baru atau lama, bebudak pergh, member kerja.. sesekali bertanya tentang hal ini. I mean about mylife and my past, so now exsclusively expose for the first time! I dun care what people said!..
Dulu aku amat perahsia. Terutama tentang hal ini, tapi macam aku katakan, aku tidak mahu berahsia lagi. Terserah! jika anda menganggap ini adalah angkara EGOIS ku. Tapi kental kukatakan disini, ia adalah untuk meracuni fikiran anda serta CABARAN pada budak-budak IPT / IPTA yang tidak sedar diri dan realiti kehidupan.. :) Huh!.. Keras bunyinya bukan? Kerna ku mahu bicaraku ini dianggap serius! Bukan omelan kosong berlompongan!..

Pabila ada orang bertanya, apa yang kamu ada?.. Aku katakan, aku punyai amat banyak ilmu… (tidak termasuk ilmu hitam dan sihir tau! syirik tuh) ..

******************************************

Baik!.. Mula-mula.. aku nak mendabik dada. (Jangan baca dengan nada angkuh, please :p).. Aku adalah seorang yang ada Master, Major jika tidak Degree dalam bidang Advertising And Promotion!. Tapi itu adalah sijil penganugerahan kepada diri sendiri melalui Bakul yang ku angkat menggunakan takal.

Dalam hidup aku nih, aku berpegang pada kata-kata bonda tersayangku, Siti Ragayah Binti Mohd. Salleh. Pernah bonda menuturkan kepadaku : “Nizam, Hargailah Apa Yang Kamu Ada”. Nah.. simple kedengaran, tetapi pada hakikatnya kita sendiri dalam hidup nih gagal menghargai apa jua yang kita ada. Kita sia-siakan masa muda dengan enjoy. Kita sia-siakan masa belajar dengan bermain. Kita sia-siakan wang susah payah orang tua bagi untuk belajar dengan membeli rokok (aku la tuh).. Dan bermacam-macam lagi kesia-siaan dan tidak menghargai apa jua yang kita ada bukan? Lantaran itu, sejak bertahun dulu. Saya cuba merealisasikan apa yang terlontar dari mulut bonda ku. Menghargai apa jua yang aku ada.

Saya mulakan pada perkara Advertising And Promotion.

Saya memulakan kerja saya tidak jauh bezanya… › Continue reading

Keputusan ABP 2005

Monday, February 27th, 2006 | Hiburan Terlampau! | 11 Comments

Mawee2Huruf Raja SMS itu kini ditabalkan pula Raja Popular! Tak salah langsung tekaan aku dan juga beberapa Nostramadus yang lainnya. :D Semuanya mmg tidak menyangkal Mawee is Raja Popular. Kasihan sungguh MawiFC yang sanggup bergolok bergadai itu demi Mawi. Sesungguhnya kalaulah disedekahkan kerumah anak yatim barangkali jauh lebih bagus dan bermanfaat wang itu bukan? ;) Yelah, duit korang… korang punya suka la kan.. kubo masing-masing (sah ada yang kene lazer peh nih :D ). Anugerah Gemilang Duniawi itu berlangsung di Arena Of Star Genting Highland. Sori aku tak pegi. Duit takde, esok kerja, dan Genting tuh aku selalu sangat lalu, tiap2 kali balik kampung. Bosan dah. :D . Tgk depan TV pun ok ape!.

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABP2005).
Kat web Berita Harian takde lagi time aku taip nih result tadi. (Aku ada kawan kerja bahagian web kat berita harian sana. Malam nih dia pegi Genting jugak agaknya… Tah…, lama dah tak jumpe. )

And The Winner Is…

A. Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Nawawi

Ramal : Betul

B. Pengacara TV Wanita Popular
Farah Fauzana

Ramal : Salah (2nd Choice)

C. Penyampai Radio Lelaki Popular
Halim Othman (Sinar FM)

Ramal : Betul

D. Penyampai Radio Wanita Popular
Linda Onn (Era)

Ramal : Salah (2nd Choice)

E. Artis Komedi Lelaki Popular
Saiful Apek

Ramal : salah (2nd Choice)

F. Artis Komedi Wanita Popular
Sheila Rusly

Ramal : Betul

G. Artis Baru Lelaki Popular
Mawi

Ramal : Betul

H. Artis Baru Wanita Popular
Farah AF2

Ramal : Salah (2nd Choice)

I. Penyanyi Nasyid Popular
Rabbani

Ramal : salah, langsung tarak kena!.

J. Penyanyi Lelaki Popular
Mawi – Popular

Ramal : Betul

K. Penyanyi Wanita Popular
Siti Nurhaliza

Ramal : Betul lagi

L. Artis Berkumpulan / Duo Popular
Ruffedge

Ramal : Betul jugak

M. Pelakon Filem Lelaki Popular
Rosyam Nor

Ramal : Salah (2nd Choice)

N. Pelakon Filem Wanita Popular
Maya Karin

Ramal : salah (2nd Choice)

O. Pelakon TV Lelaki Popular
Rosyam Nor

Ramal : Salah (2nd Choice)

P. Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha

Ramal : Betul (aku sorang jer ramal dia menang kategori nih tau.. :D )

Anugerah Khas : Dato’ Ahmad Nawab
- No Komen… Tiupan saxofon tuh dah sinonim sangat. Tambah2 plak RTM dedulu.

Anugerah Seniwati : Azean Irdawati
- Aku paling ingat lakonan beliau dalam Perjanjian Syaitan!.. Wah! Takutnya!.. :p

Anugerah Seniman : Hussain Abu Hassan
- Dah nampak tak sihat dah veteran sorang nih.. Mana tah anak2nya, tetiba anak didik jer Rosham yang pimpin.

Bab persembahan malas aku nak komen sangat la aku. Aku agak suka Bandi Amuk + Ruffedge tuh walaupun persembahan ala-ala Mike Shinoda + Forth Minor tuh tak berapa menjadi.. Tapi Bandi lu steady!. Tapi perut ko tuh Bandi!, jaga perut anda. :D

Anyway ada beberapa perkara tak best aku rasa.
1 : Setting timeline antara persembahan artis dengan pengumuman kemenangan Bodoh Macam gampang!.. Ada beberapa Clash yang tak patut berlaku, sape tah event management. Ade ke patut Ruffedge baru abih perform tetiba lepas tuh juga umum pemenang Berkumpulan dan Duo?. Tak pepasal datang amik award dari Belakang Pentas! Bangang bukan? Nasib baik tak jadi pada yang lain..
2. Macam mana Pengacara juga adalah orang yang ada dalam pencalonan? (Tau… memang Makcik Engku tak menang. ). Tapi nampak cam Bangang!.
3. Kumpulan Nasyid ape kejadah dah boleh layan Alatan Muzik bertali macam gitar? Bukan ke diorang tahu hukum haram (mungkin dah jadi makruh plak skarang) .. Tapi tak betul tuh!.. Tanya kumpulan Raihan yang lebih tahu hukum hakam tuh… Ape kejadah jugak kumpulan Mirwana nyanyi lagu pop? Istilah Nasyid telah dilacurkan?. Eh come-on laa… tukar laa nama BOYBAND!.
4. Iklan osim tuh, pengacara kat 8tv ke ape tah.. Muka lawa, tapi blakang dia macam ada tompok2. Hahaha.. kutuk siut..

Special Review!.. Extra! Kritik!
Zahid AF2
Nih!.. Makhluk nih. Dulu masa AF2 tuh aku pun vote dia gak tau. Aku ralat la ngan ko nih Zahid. Kecewa aku tau!… Seorang BAKAT YANG DI-SIA-SIAKAN. Sape brani kata suara dia tak sedap? Aku rasa nih lah salah sorang penyanyi lelaki BARU yang ada suara Lemak Manis. Tapi atas kesilapan atau kebodohan dia sendiri atau silap arah management, menjadikan Zahid tenggelam. Sayang sekali…. Sape tak ingat lagu Senyumlah, senyumlah.. ahaiiii cek mek molek? Gelek lagi…

Tukarlah Zahid, masih belum terlambat untuk anda lari dari HIP – HOP kinda singer kepada Pop Singer Zahid. Silap besar ko menyanyi lagu2 style camtuh. Kekuatan vocal ko pada lagu-lagu yang slow and steady kata omputeh. Mengapa buat lagu cam hampeh tuh. Ko minat? Kalau jadi sampai level Black Eyed Peas macam ko nyanyi Where’s the love dulu takpe la.. Skang nih cam hampeh!.. It’s not too late Zahid!.. Tukar anda punya Genre lagu sekarang!. Or Die-lah..

Dah la.. gua balik tido dulu. Esok kerja.. dateline duh….

Review lain cam biasa ada kat :
Javard Kent
Sultan Muzaffar

Ratu : Teman Tapi Mesra

Sunday, February 26th, 2006 | Hiburan Terlampau! | 2 Comments

Takde ape nak buat. :D Gue bubuh lagu faveret gue ini yah!..

Ratu – Teman Tapi Mesra : Download!
aku punya teman
teman sepermainan
kemana ada dia selalu ada aku
dia amat manis
dan juga baik hati
dia slalu ada waktu
untuk membantuku

namun aku bingung
ketika dia bilang cinta
dan dia juga katakan
tuk ingin jadi kekasihku

cukuplah saja berteman denganku
janganlah kau meminta lebih
ku tak mungkin mencintaimu
kita berteman saja
teman tapi mesra

aku memang suka pada dirimu
namun aku ada yg punya
lebih baik kita berteman
kita berteman saja
teman tapi mesra

Yer… Kita bertemen saja. Kerna kao , udah milik Ahmad Dhani.. Huehehehe

Ramalan Anugerah Bintang Popular 2005

Saturday, February 25th, 2006 | Hiburan Terlampau! | 1 Comment

Anugerah Berita Harian 2005 - The Ramalan
Kredit image asal yang diubahsuai dari Laman Rasmi ABP

Huruf Sebenarnya aku ada terima beberapa permintaan untuk membikin ramalan. Konon2 Nostradamus laa konon. Mungkin ada yang nak tgk kepakaran aku dalam meramal. (yang mungkin aku takder kepakaran pun) .. Ada juga mungkin nak memalukan aku.. Tak kisahlah.. Bagi aku, ramalan adalah sekadar suka2 tak begitu? Apa2 pun setiap ramalan perlulah berdasarkan LOGIK dan berpegang pada sesuatu dasar. Jangan Ramal Hentam Keromo! Semua tukang ramal yang ada mesti pikir atas beberapa perkara dan logical sense…

Dasar logik berikut yang aku ambil kira :
- Pembaca dan pembeli Paper Berita Harian agaknya berusia diantara : 20 – 40 tahun. Aku amat yakin tidak ramai budak-budak beli suratkhabar!.
- Yang rajin beli bukanlah budak2 muda sangat. Sebab budak2 muda suka beli buku2 hiburan.
- Yang Hardcore hantar undian adalah orang2 nak dapat kereta free. Ada yang beli 3 buah sehari!.
- Sangat leceh berbanding sistem SMS (HINT!)

Jadi untuk memuaskan hati sesapa yang melawat dan memuaskan hati aku jugak.. inilah Ramalan aku.. huhu.. NOTE : saya sengaja membuat pilihan ke-2, bukan sebab ragu-ragu. Tapi orang kata “option”. Hehehe

A. Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Aznil Nawawi – Popular.
3. Azwan Ali
4. Jimmy Shanley
5. Wahid Senario – Pilihan kedua : atas dasar lebih ramai orang tgk Melodi!

B. Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad – Popular
2. Farah Fauzana – Pilihan Kedua : Sebab ramai juga orang tgk Melodi!
3. Linda Onn
4. Norzie Pa’wan Chik
5. Raja Azura

C. Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Adi Fashla (X-Fresh FM) – Pilihan Kedua
2. Halim Othman (Sinar FM) – Popular
3. Khairil Rashid (Era)
4. Kieran (Era)
5. Najman (Sinar FM)
* AKu tak rasa ramai budak2 beli paper untuk vote!

D. Penyampai Radio Wanita Popular
1. Julia (X-fresh FM)
2. Linda Onn (Era) – Pilihan Kedua
3. Nana (Era) – Popular
4. Nila Kurnia (Era)
5. Rina (Best 104)

E. Artis Komedi Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki – Popular
2. Azlee (Senario)
3. Lan Pet Pet
4. Saiful Apek – Pilihan Kedua : Tapi dia ada buruk sikit rekod ini tahun.
5. Wahid (Senario)
*Aku lebih suka Afdlin… Sebab dia jer Pelawak Berdaya Intelek dan aku support ini!

F. Artis Komedi Wanita Popular
1. Adibah Nor – Pilihan Kedua
2. Kartina Aziz
3. Norlia Ghani
4. Rosnah Mat Aris
5. Sheila Rusly – Popular : Ape2 aje…

G. Artis Baru Lelaki Popular
1. Bob AF2
2. Mawi – Popular
3. Shazzy
4. Que Haidar – Pilihan Kedua : Sebab ada orang undi dia yang Hensem Jambu
5. Zahid
* Makcik2 dan Pakcik2 ramai kenal Mawi.. Tuh laa…

H. Artis Baru Wanita Popular
1. Farah AF2 – Pilihan Kedua
2. Nora Danish – Popular : Puteri.
3. Pija
4. Sharifah Amani
5. Sharifah Zarina
* Aku suka Amani. Tapi dia kurang menyerlah… Gedik2 Nora Danish tuh ramai tak tahan taooo…

I. Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. In-Team – Pilihan Kedua
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan – Popular

J. Penyanyi Lelaki Popular
1. Adam
2. Jamal Abdillah – Pilihan Kedua
3. Mawi – Popular
4. Vince
5. Zahid
* Jamal? Above than Adam? Sebab undi remaja terpecah 2 disini antara Mawi dan Adam. Pakcik2 ramai suka Jamal lagi. ;)

K. Penyanyi Wanita Popular
1. Dayang Nurfaizah
2. Ella – Pilihan Kedua
3. Farah AF
4. Siti Nurhaliza – Popular
5. Waheeda
* Kategori nih macam tak banyak petunjuk, walaupun ada yang kata Waheeda, tapi aku tak rasa dia banyak keluar dalam 2005. Entah mengapa juga Jac dan Ning takder dalam senarai. Mengapa saya pilih Ella? Entah.

L. Artis Berkumpulan / Duo Popular
1. Jinbara
2. KRU
3. Ruffedge – Popular
4. Too Phat – Pilihan Kedua.
5. VE
* Too Phat lambat sangat kuar album. Dah nak masuk ujung tahun!

M. Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki – Popular
2. Farid Kamil
3. Rosyam Nor – Pilihan Kedua
4. Saiful Apek
5. Yusry
* Aku pilih Rosyam daripada Apek. Sebab aku suka Rosyam. Hahaha

N. Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha – Popular
3. Maya Karin – Pilihan Kedua
4. Nasha Aziz
5. Sharifah Amani
* Walaupun masih ramai penyokong Erra kat luar tuh. Tapi aku rasa lepas dah kawin saham mesti jatuh 60% punya. Fasha walaupun tak berlakon Filem sangat. Kadang2 orang misjudge siri2 kat TV tuh. Tak ramai orang pandai nilai betul2 antara TV dan filem. Siri Natasha tuh SANGAT KUAT!

O. Pelakon TV Lelaki Popular
1. Ako Mustapha
2. Fahrin Ahmad
3. Jalaludin Hassan
4. Rosyam Nor – Pilihan Kedua
5. Zamarul Hisyam – Popular
* Ako… Ngko kontroversi sket la bab peluk2 tuh.. Tak tahan … :D . Aku memilih Zamarul sebab siri kat tv tuh Prime Time. Banyak kelebihannya.

P. Pelakon TV Wanita Popular
1. Abby Abadi
2. Eja – Pilihan Kedua
3. Fasha Sandha – Popular
4. Nasha Aziz
5. Rita Rudaini
* Dua- dua pilihan aku nih aku pernah tgk kat LUAR tau, kat opis aku. Serius lagi lawa EJA. Tinggi lampai minah nih. Kete pun BMW 3 Series berflat no. EJA ** (Rahsia). Tapi Fasha kat luar sedap tengok. Comel dan ehem ehem….

BINTANG PALING POPULAR 2005!
Tipulaa kalau MAWI tak menang!. Fahami istilah POPULAR!
Walaupun tanpa SMS, kalau diberi nama Fenomena tuh.. Susah laa nak cakap. ;)

Okeh!.. Itulah ramalan ala2 Nostradamus gue!..
Ingat!.. Hiburan Itu Melalaikan. Jangan sampai lupa mengejar ARAH DAN TUJUAN HIDUP KORANG!

Notradamus lain :
Sultan Muzaffar

JavardKent

Thanks SM dan Hari-Hari Yang Berlalu.

Monday, February 13th, 2006 | Life stories and bablings | 1 Comment

Sebenarnya aku nak ucap thanks kat SultanMuzaffar. Sebab link kan review juara lagu aku tuh kat web dia. Thanks buddy. Kebtulan plak aku baru jer layan design semula site aku nih, design baru, kaunter baru, bla bla baru. Semua post lama pun simpan dalam backup file saja.
Dah nampak turun benar site aku nih, dedulu2 penah juga aku cecah ratusan orang dalam 1 hari.. Sekarang mmg dah jauh.
Kaunter Visit Up
Klik untuk skala besar

Skang turun balik daaa… (Aku buat camnih sebab web MentalAdaMasalahKadang-Kadang ada tunjuk gak dia punya kaunter itewww)

Analisis :
Referal paling banyak dari SultanMuzaffar. (thanks)
Dari blog Klubkid dan Mentalterganggu iteww…
Dari search engine juga banyak! Termasuklah yang orang cari ttg Tiara Lestari Bogel gitu!
++ Search engine juga sangat bagus menangkap lagu2 mp3 dari site aku nih. Tuh la guna lagu2 Ngetop banget aku buh sini tu!.. kalau ada yang expired / broken link, bagitau akoo..

Aku nampak:
- Nyata sekali Melayu sememang terlampau gemarkan HIBURAN berbanding bende lain :D (fakta pahit yang wajib diterima)
- ini kerana aku percaya, kalau Anugerah Juara Pidato Kebangsaan = mesti takder orang nak search kat internet atau review kat blog. (mungkin aku je yang sanggup buat. tuh pun kalau jumpe.) Hatta Anugerah Saintis Kebangsaan Terulung pun, mesti takde orang KITA (read: MELAYU) cari punya!.. Dah tuh jangan marah laa kalau Me-Layu tak Me-Kar atau Me-ngembang .
- tapi kalau Anugerah Lagu, Artis, Penyanyi, Pelakon, “Penyawak” (apek cakap). Dek oiii.. tak yah suruh pun. Bangun tido jer terus ingat nak browse cari bende2 yang terpatut.

Aku tak la plak kata aku benci sangat hiburan, Islam pun tak larang hiburan kan. Tapi isitilah melalaikan tuh kene paham. Bukan setakat lalai dan hanyut sampai lupe sembahyang jer(Cam laa bdak2 sekarang nih kuat sangat sembahyang, yang tak pandai baca al-fatihah pun ada, berlambak!) tapi lalai jugak bleh diistilahkan LALAI DALAM MENGEJAR HIDUP. Tak pernah fikir nak memajukan diri!. Sedar tak korang . (Hah! ko tuh! :p ) Sejak 5 tahun dulu, ape kemajuan yang ko dapat? Kerja camtuh sejak dulu sampai la skang.. Kalaupun cuma setahun dulu pun. Tak sedar lagi sejak setahun dulu tak maju pun. Adakah maju setakat naik gaji? Duh.. Slow laa!!!. Laju lagi! Kamon! (seraya menambahkan semangat diri juga ;) ) Lari memang kedepan tapi selalulah toleh ke belakang dan lihatlah betapa bodohnya kita pada Hari-Hari Yang Berlalu.

Macam biasa, aku mmg banyak nak tulis. kadang2 tuh rasa nak sangat tulis panjang2 walaupun aku tau ada orang tak suka pun baca aku tulis, tapi mekasih gak laa pasal baca. haha.. Ape2 je la.. Anyway.. Ramai yang kata aku macam ANTI-MAWI sangat.. Tak sedap ati laa aku.. So.. Aku kata aku tak anti sangat. Aku cuma takmo jadi fanatik bangang jer.. huahuahuaa!!! . Minat setakat sikit-sikit dah laa kan, korang bkan dapat dia pun kan awek2 semua!.. Takyah laa mimpi nak peluk cium mawi tuh dik oii.. :p

MBIK NNIH!! Lagu mawi satueeeeeee…

Download link dijumpai! Download Lagu ini : Lagu Jiwa Lagu Cinta.mp3

Lagu Jiwa Lagu Cinta Mawi & M.Nasir
Tukang Nyanyi: Mawi & M.Nasir Lagu : M.Nasir Lirik : Loloq

Menyanyi kerana gembira
Menyanyi kerana sedih
Menyanyi kerana rindu
Aduh siapa dapat membaca…
Hatiku saat ini

Menari kerana melayan
Menari kerana sunyi
Menari kerana kasih
Ada di depan masih juga tak mengerti

Gerangan apa buat ku kemari
Dalam temasya ku memencil diri
Darilah jauh asyik memandangnya
Sekalipun dia masih tak perasan…ku disini
Oh…..
Lagu jiwa
Bukan lagu mengadu nasibku
Lagu cinta
Bukan lagu meratap hidupku

Hanya nak menyatakan
Tuah dan untung badan
Diuji hebat cinta sehebat begini… hebat begini

p/s: Eh.. aku ada gambo dengan M.Nasir ngan kak Marlia sekali tawww.. nanti aku expose biler aku rajhin!

Tak puas HATI? Bengang? Luahkan kat comment box aku nih. Luahkan segalanya.. dengan berhemah (jika korang matang ;) ).

Anugerah Juara Lagu 20 : Satu Keputusan Atau?…

Monday, February 6th, 2006 | Hiburan Terlampau! | 24 Comments

Anugerah Juara Lagu Ke 20

Keputusan :
Juara Lagu : Gemilang – Jaclyn Victor
Balada : Gemilang – Jaclyn Victor
Pop Rock : Kata – Hazami
Etnik Kreatif : Aduh Saleha – Mawi.
Vocal Terbaik : Kata – Hazami
Atas sebab sms : :lol:
Persembahan Terbaik : Mawi

Detail sila ke : Website Rasmi Anugerah Juara Lagu TV3 ke 20

Ulasan aku :
Menonton juga aku akhirnya Juara Lagu ke 20 nih. Peminat2 fanatik tak bertempat fanatik MAWI pastinya amat kecewa. Sebab gagal menaikkan Mawi sebagai juara, meh aku gelakkan korang Muahahaha (Siap effect bergema!) .. :lol:
Nasib baik laaaa lain2 kategori tuh dan jugak Juara Lagu tuh takder unsur2 kebodohan SMS yang terlampau. Kalau tidak, sudah tentunya Juara Lagu menjadi Juara SMS atau Juara Fanatik atau Juara Popular tak bertempat.

Sebenarnya.. bagi aku, kemenangan Jac mengatasi yang lain itu dah ada dalam pikiran.
MENGAPA Jac mengatasi yang lain? Jika saya seorang juri (Orang kampung aku ada sorang juri tersohor situ yer :p). Saya ulangi, jika saya seorang juri… saya sudah pasti TIDAK AKAN membuat perkara bodoh seperti :

– Memberi kemenangan JUARA LAGU kepada Mawi.
- Memberi kemenangan kepada
bukan lagu Gemilang
– Memberi kemenangan vocal terbaik bukan kepada Jacyln Victor.


Sebab apa? Adakah bodoh untuk memberi kemenangan kepada orang lain sedangkan Orang Luar sudah mengiktiraf Jac is the best singger before? ..
Asian Music Festival yang berlangsung di Shanghai baru-baru ini telah mengiktiraf Jac sebagai penyandang gelaran JUARA yang mana pernah juga dicapai oleh Siti Nurhaliza (orang kampung aku.. huhu) dan Deja Moss!!!(ntah ada ketidak peminat dia nih..).

Jac juga membawa lagu Gemilang semasa di Shanghai. (Ke korang rasa dia bawak lagu Saleha? Hehe.. nyata korang fanatik tak bertempat tuh..) Sebenarnya aku nak taip aku punya tilikan semalam. Apakan daya aku penat… Jadi, kini sudah jelas mengapa Jac dan Gemilang menjadi JUARA. Senang Bukan?

“RUMAH SIAP PAHAT MASIH BERBUNYI MACAM SELALU..”
Selalu camtuh laa paper esok hari atau seminggu nih punya tajuk :lol: ..
Pertikaian mungkin berlaku keatas Hazami. Mengapa? Mengapa lagu Katakanlah itu menyaingi segala lagu yang lain bahkan mendapat Vocal Terbaik? Aku pasti inilah Pahat dan penukul yang paling kuat berbunyi selepas ini. Dan fanatik Mawi pun berkata, rasanya lebih bagus dan sedap suara Mawi! Sepatutnya Mawilah dapat vocal terbaik jika tidak Jac!.. Yer.. korang mmg fanatik kalau berkata begitu, saya maksudkan.. benar benar fanatik, apatah lagi jika anda melenting mendengar kata2 saya ini.

Pada penilaian saya, vocal mawi bagus.. tapi tidak sebagus mana juga. Pada dendangan Saleha yang dialunkan masa itu.. saya sendiri tidak buta untuk berkata Mawi boleh nyanyi live. Dan walaupun rata2 calon berwajah tertekan, sama jugalah Mawi… Wajah yang tertekan. Tekanan walaupun bukan mati pun kalau tak menang. Cuma pada kali ini saya sedikit berpuas hati kerana buat pertama kali saya melihat Mawi menyanyi bersungguh-sungguh. Tidak sambil lewa seperti selalu. Congrats Mawi, bangga makcik2 dan pakcik2 felda.. Banyakkan lagi kesungguhan tuh, walaupun lakonan.. kerana ramai yang tidak suka gaya sambil lewa anda itu.

Berbalik kepada persoalan, mengapa Hazami? Sedangkan lagu itu sendiri tidaklah menonjolkan sebarang special pada vocal. Apatah lagi lagu tersebut banyak ‘repeat phase’. Dimanakah kekuatan vocal? Menurut rasa hati hamba (ceh). Inilah kelebihan menjadi penyanyi yang perform last sekali. Barangkali semua keputusan juga adalah dalam perkiraan yang kedengaran semacam ADIL dan SAKSAMA. Tapi kita tidak nampak, semua ada kebarangkalian bukan?

Sebenarnya.. saya ingin berkata dan bercerita sesuatu. Realiti di Malaysia ini, rata-ratanya suka pada Pakej. Itu yang Hazami tidak ada. Dahulu, pada masa keluarnya Winter Sonata punya lagu Versi Melayu : “Sonata Musim Salju”. Saya selalu terdengar lagu tersebut di Radio. Alangkah Lunaknya suara itu. Siapakah gerangan penyanyinya. Suaranya unik, lemak dan merdu… Malangnya apabila keluarnya insan tersebut di kaca TV.. Saya pasti, sangat ramai yang berkata baik secara terlepas langsung, atau tidak langsung, atau mungkin dalam hati . “Alahai, tak hensemnya mamat nih”… Aku amat pasti tentang itu.. Apatah lagi gaya dan stylenya pada masa itu AMAT PELIK dimata aku setidak-tidaknya. Tidak kurang juga yang mungkin berkata lebih dari itu.

Apa-apahal pun.. PAHAT PASTI TERUS BERBUNYI walaupun zaman ini orang sudah pakai Jack Hammer dan Drill!.. Yeee.. mmg pahat masih digunakan.. :p

***Sebenarnya aku nak taip panjang lagi. Tapi tak larat laa.. nanti jadi terlalu panjang. Bab juri, bab pengacara etc.. no need i think so .. untuk review2 lain bleh lihat beberapa site yang aku suka lawat :

- SultanMuzaffar (Woo.. dah glamer dia skang, seingat aku sejak layan ttg AF1/2 dulu..)
- JavardKent :Saya rasa blog ini agak berlapik sikit cakapnya, tidak macam yang lain.. hehe
- Aku Belum Gila Lagi Tau : Hahaha! Yang nih plak langsung tak ada lapik2. Aku kasi 3 eye shadow tambah dengan berlian-berlian tumpah itewww!
- Klubbkidd
* Update tambah link *

Bonus! MP3 Download (ini adalah hasil carian saya menggunakan google okeh! – pada saat saya pos nih link ini adalah aktif ) :
Hazami : Kata .mp3 *
Jacyln Victor : Gemilang.mp3 *
Mawi : Saleha.mp3

Hazami : Sonata Musim Salju.mp3 – Dengarkan kembali lagu ini ..
* – Aku update bila jumpa. hehe

Tiara Lestari? Indonesia Playboy Cover Girl?

Saturday, February 4th, 2006 | Life stories and bablings | 8 Comments
Tiara Lestari
Dimana-mana pun orang cerita tentang dia, tentang indonesia, tentang islam dan sebagainya…. Soalnya, siapa Tiara Lestari?Tiara Lestari berkata :

I am originally from Indonesia, the largest Muslim country in the world. Residing in Singapore, modeling has been my passion and profession. My journey as a model has taken me to the cover of Playboy in a far away land and right in the center of a national controversy. It plunged me into depth of humility without prejudice or guilt. It guides me to see through changes, places and faces. Through it all, I understand that life itself is full of surprises that neither reason, nor logic can comprehend. It certainly has been a journey filled with joy and turbulence. It is a journey from sensuality to elegance. This is my journal. Tiara Lestari’s Personal Journal. Welcome to my life.

Also..?

However, I was aware of one thing; I appeared in a country that does not consider Playboy and nudity as taboo. My appearance was never intended for consumption of Indonesia. How many Indonesians do you now read Playboy Spain? My pictures circulating on the internet happened without my being consulted. I do not have rights to those pictures. Not offending my countrymen was one of the criteria of my decision making process in appearing in Playboy Spain. (Boleh klik jika anda 18 tahun keatas)

Tapi?

How do I feel about potentially being on the first cover of Playboy Indonesia? Just like my pictures circulating on the Internet… not much I can do about it. I do not have rights of my old pictures, so they can requests those pictures without my approval. If Playboy Indonesia ask me to be on the first cover, I will humbly decline such request.
There ya go.. my personal opinion.

Tiara

taken from blog dia di : http://tiaralestari.blogspot.com/
Nak lebih cari kat google. Dari segi pandangan nafsu dan seorang lelaki normal.. Dia memang seorang pompuan yang ada Bodylicious .. :lol:
Terserah!…

Eleh.. kat malaysia nih lagi ramai Anak Tak Dara yang lebih dari Tiara Lestari nih.. Pergi aja lewat malam or jam 2 – 3 pagi dibeberapa tempat2 hiburan terkenal atau lorong2…. Huh!

Tengok Edisi Siasat NTV7 dulu ttg remaja umur 13 tahun kat Melaka tuh pun dah bleh tau.. Ada kementerian dan badan2 berkaitan buat tindakan susulan dan berterusan? Hah? Pooorah!.. tentang Playboy. Black Metal, Satan Ritual, Bla bla bla rajin plak amik tahu. Bab seks bebas dan pelacur merata-rata tuh senyap plak??? Haper nih? Ulama tunjuk-tunjuk? Angguk2 geleng2?

Tentang Aku dan Web. (Siri 1)

Saturday, February 4th, 2006 | Something To Remember | 5 Comments

Hermph.. Terpanggil lak nak bercerita tentang aku dan web. Bagai irama dan lagu. Erkk..! Aku rasa… dah lama yang amat aku main web. Betul!, mungkin tak selama sesetengah orang tapi sangat lama juga berbanding sesetengah orang yang lain. Aku cuba mengimbas kembali antara aku dan web. Aku rasa… kisah aku dan web amat panjang, mungkin aku akan pos beberapa siri. Sebab tuh aku buat siri 1 dan berikutnya. Dan aku juga akan paparkan ceritakan perkara2 yang mungkin aku tidak pernah paparkan ceritakan sebelum ini.

Teringat aku, pada satu masa dulu. Aku adalah seorang yang amat jahil tentang komputer. Bahkan aku mula menggunakan komputer pada usia waktu yang jauh lewat dari ramai orang. Aku tak malu langsung nak mengaku bab nih. Sebab bagi aku, ikut kata2 Mantan TPM Tun Ghaffar Baba pernah berkata : “Saya bukan tua, cuma dilahirkan lebih awal.” – Petikan ini boleh dibaca dalam buku “BERANI GAGAL” atau “DARE TO FAIL” untuk versi inggerisnya oleh Billy P.S Lim (sila lawati www.daretofail.com ). Lagipun tua atau muda tak menjadi masalah untuk sesiapapun berjaya atau setidaknya menghasilkan sesuatu. Baik untuk buktikan kepada orang mahupun untuk kepuasan diri sendiri.

MYSTIC! SILA MULAKAN!.
Mystic : “Aku kenal komputer adalah selepas tamat aku dari alam persekolahan dan setahun kemudiannya. Aku sangat pasti aku mula pegang komputer pada penghujung tahun 1998! Hah? Nape? Tak percaye ye? (sila baca ikut intonasi BCB).”..
Memang aku kenal komputer agak lewat, dan pada masa itu aku sangat jahil tentang komputer. Satu ape pun aku tak tahu. So siapakah yang memperkenalkan komputer kepada aku?…

Disini aku cuba flashback :
Aku masih teringat, pada masa itu › Continue reading

Chinese New Year And Balik Kampung.

Friday, February 3rd, 2006 | Life stories and bablings | Comments Off

jammed2.png Sempena Tahun Baru Cina nih, cuti sepanjang 5 hari ini total aku balik kampung. Aku rasa mmg sangat ramai yang balik kampung pun. Yang tak balik kampung adalah orang2 yang tak dapat gaji lagi. Hehe.. Aku pun balik kampung walaupun gaji time tuh tak masuk. Ada laa duit sikit dalam poket.. Aku pikir lepas nak balik kampung, kire on aje laa…

Apa yang menariknya, hari aku plan nak balik dengan kawan aku Sham. Kononnya aku turun Puchong rumah dia dgn Ah Heng. Then pagi Ahad tuh gerak la balik naik bas dari KL ke Bentong, dari Bentong ke Raub dan dari Raub ke Lipis. Orang Pahang kata “Bas Loncat”. Hehe.. Bas sambung2 gitu.. Tapi nak turun ke KL dari puchong saja bas dah macam haram hampeh! Semua penuh manjang.. So kemudiannya kitorang plan, naik KL pegi Menara Orkid rumah lama Sham, tinggal motor sana, then ke pekeliling (sebab dekat) then naik bas Loncat sampai Lipis.

Tapi akhirnya, › Continue reading

Pergh.com MiniGath 22 Januari 2006.

Saturday, January 28th, 2006 | Life stories and bablings | 3 Comments

Yerr.. sudah berlalu. tapi aku tetap nak pos juga.

Muara Ikan Bakar
*Foto ini adalah dari wang ehsan kamera En.Salim of huiyo.net

Sebenarnya, Pergh.com nih susah sangat nak buat gath. Gath rasmi pun mmg tak pernah buat. Yang wujud hanyalah minigath merata2 dan berterabur. :D Sebab dia ialah aku sendiri yang taknak buat. Hahaha… Apelah.

Sebab utama aku taknak buat tuh ialah aku berfikiran, wujudnya komuniti pergh.com itu bukan atas dasar sukakan perjumpaan macam banyak komuniti lain. Jumpa2 kenal2.. ada awek, ada pakwe, pastuh ada laaa macam2 lagi. Dan kemudiannnya forum tersebut lazimnya mulai dipenuhi dengan rubbish post, nonesense post!. Yelah.. masing2 dah terbawa2 dengan cerita dan kisah kehidupan. Dan lazimnya berlarutan kalau tidak dikawalselia dengan baik.

Pergh itu diwujudkan lebih kepada komuniti yang benar2 Online dan Bermanfaat. Tapi ini tidak bermaksud tiada langsung perjumpaan. :) Aku pernah berkata, official gath for the first time CUMA dan AKAN di jalankan pada atau selepas 5 tahun pergh.com ke-online!. Tarikh lahir (register) pergh ialah pada 5 Ogos 2001 . Jadi genap 5 tahun ialah Ogos 2006. Tapi dek kerana ramai sangat warga pergh nih duduknya diserata dunia dan pelusuk malaysia amnya. Kebarangkalian besar gath ini akan dilangsungkan pada hujung tahun 2006 ini. Harapan aku juga, gath yang bakal berlangsung ni bukan sekadar gath, tapi more than that. Maybe u can’t imagine it in any way. :D Berlagak bukan? Tidak… Cuma satu kata yang jujur.. ;) Haha.. sudah lari tajuk aku nih. Aku kalau menaip mmg ikut sedap jari dan jari aku ada insuran kot…. Tambah plak skill menaip aku agak advance dan top speed. Tak sedar dah panjang. :D (Perasan) .

Baik!.. Minigath kitorang nih ada 3 sesi (pelik?) .
- Pra sesi berlaku di Galeri Shah Alam.
- Sesi pertama di Dave Deli, Shah Alam COnvention Center (SACC).
- Sesi kedua di Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan, Port Klang.

Aku tidak mahu bercerita terlampau panjang, sebab banyak sangat cerita!. Yang pasti, makan di Muara Ikan Bakar adalah satu sejarah bagi aku. Makan sampai tahap melampau!. Aduh!.. Perutku kini sudah mulai kelihatan lain! Tidakkkkkk!!!!.. aku taknak jadi buncit boroi. (Lalu berazam buat sit-up setiap pagi.) ^_^

Thanks kat madstone sebab sponsor lebih separuh dari kos. (Lenkali belanja lagi :D – Eh! Zakat tuh! )
Sila pergh!i ke topik ini di pergh.com untuk lebih gambar. KLIK!
*boleh lihat juga betapa HEBATNYA bill kitorang. :o

Aku masih lagi Pemalas.

Saturday, January 28th, 2006 | Life stories and bablings | Comments Off

Aku masih mempunyai MALAS untuk mengepos dalam blog aku nih. Satu attitude yang aku kira wajib aku tukar pada 2006 ni. :) .
Banyak sangat perkara yang berlaku sejak akhir2 ini, hampir semuanya menarik dan hebat2 belaka. (setidak-tidaknya bagi aku laa..) .
Begitu juga dengan pos2 Versi lama dari pos2 blog aku versi lama. Jadi aku rasakan, elok juga kalau aku buat kategori : Post from the past or something like that. Yang mana ianya adalah arkib pos2 aku dari blog dan web versi lama dedulu. :D

Aku lahirkan respect aku kat UDA (cik puteh), yang mana masih menyimpan blog screenshot dan designnya dari versi terawal sampai sekarang. Hahaha.. hebat! .. Aku ralat sebab aku tak simpan banyak design dan snapshot web2 aku yang terdahulu. Kalau tidak, mahu dah penuh dan juga bagus sebagai simpanan memori gitu. Yelah, sejarah, dari terkial2 kenal HTML, sawan main Javascript, pastuh layan design sampai lebam, layan flash, layan semua.. dan layan PHP. Skang dah tak larat nak hardcore jugak.. Tapi sebab bende nih aku minat giler!.. Dan semuanya mungkin faktor utama untuk aku memajukan diri. Sedar tak sedar, banyak sudah yang aku dapat. :D

Erm.. Kawan aku, dah ramai layan dot com. Rata2nya sahabat2 PERGH.com laa.. Aku ulangi, dah layan DOT COM!. Tak main dah layan blogspot, free website etc.. Tercapai jugak sebahagian plan aku nak ramaikan kroni2 web aku.. Huhu.. Sesapa nak web berdotcom murah2 mesej jer aku. Korang mesti terkejut dengan harga dan offer yang aku beri. Aku belum pikir untuk establishkannya lagi. Cukup sekadar khidmat untuk kawan2 dahulu. Tapipun,

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Will blog for money :D

Hoi! The Box

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.