Archive for May, 2007
Video Melayu Best Gile
Tajuk Video : Ko jangan main-main dengan bini korang yang tengah tertekan.
(aku saja buh tajuk tuh tau..) Tajuk sebenar : Desperado Housewife
Ayat tajuk post ini adalah untuk mengambil kesempatan mengongker hasil carian video lucah melayu. Hahaha.. OK!!!.. Kawan gue Rosh yang hebat itu, telah memberikan gue link video ghairah yang di Visual Effectkan (VFX) nya. Rosh yang kini kembali menyambung pelajaran yang sengaja di-pospone-kan dahulu di sebuah universiti tempatan.
Walaupun beliau me-mospon (bahse kejadah ape nih) pembelajarannya, tapi beliau berjaya dalam tempoh tersebut bekerja di syarikat2 yang hebat! dan menghasilkan hasil kerja yang hebat! Sebut aja Grand Billiance, Ejen 016, Anuar Zain dan pelbagai lagi. Amat sinonim dengan beliau..
Sepatutnya budak2 U yang ramai pemalas (asyik duk merendek-rendek sana sini tepi tasik, kat mc d, kat punggung wayang dsbg) luar sana berusaha menjadi hebat seperti beliau.. Hohoho.. (Kesian aku punya ‘abang-kepada-adik-ipar-aku’ yang keje incharge Pegawai² Polis Bantuan Uitm tuh duk menyetel kes-kes sosial korang! -mengandung la, bunting sulung la, khalwat laa..)
Nikmati Video Melayu Best .3gp ini…
* kredit gak wat kawan-kawan dia yang belakon dalam tuh. Semoga korang bleh jadi pelakon betul satu hari nanti. Oh ya, elakkan berlakon filem arahan Prof RM tuh. Tak maju filem kita dengan anasir-anasir seperti itu!.
* Untuk aweks aweks.. Rosh sangat hensem, juga masih muda remaja dan belum betul2 berpunya, so awek² yang cun dan memiliki potongan badan yang mantap bleh cuba-cuba mengorat beliau yang sangat pemalu dengan perempuan itu.
* turut ditujukan untuk MHR / Munzir yang nak kawen minggu nih gak, ko jangan wife ko jadi camnih dah….
Sembunyi – Misha Omar & Andy Flop Poppy
Lagu nih ada arituh awek kt opis aku (yang aku sangat suka tgk – tgk jer tau.. takde nak ngorat2 nyer – aku nih mana laa layak/reti bercinta) mintak aku carikan mp3nyer.. so aku dgr2 best gak lagu nih rupenyer..
Sembunyi – Misha Omar & Andy Flop Poppy
Percikan sinar matamu singgah di hati
Bergetar bibirku bisu sukar mengerti
Pantasnya diri ku tawan
Tak sempat berkelip aku kau punyaBiar pun jiwa
suatu raga melamar rasa
Biar pun kita mencobaSembunyi… namunkan terlihat yang jelas di wajah
Kita memang penasaran merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segalaBertentang mata sebentar dihanyut angan
Tersentap aku tersedar diperhatikan
Sedangkan diri terasa kemana
Renungan aku nak alihSembunyi… namunkan terlihat yang jelas di wajah
Kita sememangnya sengsara merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segalaWalau kita coba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang tersimpan di hati
Bintang-bintang di malam cerah beri cahaya
Tak menghalang menyinari segalaWalau kita coba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang tersimpan di hati
Link download mp3 melayu dan lirik aku curik (kebetulan aku malas cari) dari site Munzir yang dah nak kawen sangat2 tuh.. Hehe… Oh.. kad kahwennyer dah pun sampai kerumah aku.. tapi aku tak leh pegi gayanya.. Clash dengan sedara aku kawen..
Selamat pengantin baru jer laa buat dia..
Semoga kekal ke anak cucu dan cicit sekali..
Download sini sementara ada! : Download Sembunyi – Misha Omar & Andy Flop Poppy
Buta Dan Celik Tentang Duit Dari Internet
Ramai yang BUTA atau dibutakan, termasuk akhbar dan orang yang mengaku pakar (baca sini).
Ramai benar yang tidak faham Buat Duit Melalui Internet. Saya menyokong penuh usaha kenalan saya, Founder WangCyber.com , Encik Suhaimi.
LAPORAN KHAS, KEMPEN “CELIK DUIT INTERNET” – 18 MAY 2007
Usah lagi tertipu dengan skim pelaburan haram & skim cepat kaya di internet!
Ketahui! Kaedah membuat duit di internet yang sebenar!Kepada rakan yang dikasihi..
Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.
Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.
Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.
Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan “Buat Duit di Internet” adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.
Untuk pemahaman lanjut dan artikel penuh, boleh baca di :
KEMPEN CELIK DUIT INTERNET!
Cuti 4 hari, kerja sehari, cuti balik 4 hari.
Aku nak bercerita pasal cuti 4 hari dari 12 – 15hb Mei 2007. Aku menjelajah 4 negeri dalam masa 1 hari. Tapi aku malas nak cerita sekarang.. Sebabnya… Hari nih aku MC 2 hari sampai Jumaat, pastuh sambung 2 hari cuti sabtu ahad. Sebabnya…
2 Biji mata aku macam nak terkeluar bile tunduk… sakit nih.. Adeh.. awat laa kesihatan aku asyij drop jer skang nih… Ingat sehari MC dah ler.. dah doktor bagi 2 hari.. sebab dia kata agak teruk sakit mata aku nih. Mmg pun.. , aku rasa nih laa sakit mata paling teruk aku rasa setakat nih.. Berdenyut siut. Bangun pagi… aku rasa cam buta sebab mata tak leh bukak… Najis mata agak banyak melekat.. Yearrkkk….
Semalam kerja sehari jer.. dah cuti balik.. Dah la masuk lewat sebab ujan lebat tanpa henti! Kerja dah la tengah banyak nih… Badan tak sihat plak…
Kisah kerja aku dahulu… Tukang Warna!
Panjang benar kalau aku mula start tulis nih.. so! aku nak cerita apa dulu? Aku cerita bab kerja dulu.
Semenjak 2 tahun dulu, aku bekerja di
Nuffnang? Bagus atau tidak?
Pastinya dah ramai yang nampak banner nih kat site aku. Bahkan Nuffnang juga sudah semakin dikenali oleh para-para blogger di Malaysia umumnya. Ramai juga yang sudah me-review-nya di blog masing-masing. Saya tidak begitu pandai untuk me-review secara panjang lebar.
Bagi mana² kenalan yang punyai blog hebat eloklah apply nuffnang. Saya syorkan daftar dan letakkan ads nuffnang di blog anda untuk meraih sedikit pendapatan.
Walaupun usianya masih begitu baru dan masih dalam peringkat Beta, apa yang saya dapati, ianya agak menjanjikan (promising) :p. Saya sendiri sudah mendapat sekitar RM20 untuk bulan lalu (Better than nothing what?). Lantaran web saya mempunyai pengunjung yang ramai dari Malaysia, Google Adsense kurang menjadi , sebaliknya Nuffnang lebih berkesan. Sedikit pengiraan.
Domain + Hosting (paling low cost) = Lebih kurang RM60 – RM100.00
Jika blog saya menghasilkan RM15 sebulan = 15 X 12 = RM180.00
Bermakna, blog saya sudah hidup berdikari. Kan Kan?
Nuffnang juga bukan hanya untuk orang Malaysia (walaupun diasaskan di Malaysia), sasarannya adalah pasaran Asia. Saya berasakan beberapa kenalan blog berikut patut mencuba (sebab saya check diorang masih belum mencuba Nuffnang) ![]()
1 – Sultan Muzaffar : Blog ko semakin power time AF nih :p
2 – Al-Hafiz : Makin power bisnes member nih ![]()
3 – Uda Iraudzah : Blog mak kepada 2 orang budak yang comel dan lincah. Design skillnya maju banget skang! Buat masa nih, blog designer pompuan paling hebat aku jumpa ada 2 orang jer.. 1, ko kedua ialah..
4 – Dearlova : Lisa yang hebat mendesign… (oh.. kedua-dua pompuan cantik ini adalah isteri orang yerrr – jangan nak mengorat.
)
5 – DuniaVovin : Si penulis hebat di Artsquare yang mujur menjadi ’straight’. (sebab dia kata, ramai penulis hebat lelaki yang dia kenal adalah GAY hahaha). Oh ya, tahniah! Anda sudah maju 10 tapak dengan www.dunia-vovin.com! blognya di blogspot.com ditinggalkan begitu saja?
6 – Sham Solidmind : Sahabat gue yang masih belum puas mencuba dan mencuba menjadi kontraktor bumiputera Jutawan yang berjaya!. Sabar sham, akan tiba masanya nanti! Gue yakin sama kebolehan loe!!! Ingat betapa banyaknya yang kita dapat dalam mengejar impian. Kena tipu RM48K tuh adalah kenangan manis ape!.. ![]()
7 – Lain-lain kawan yang berkaitan. Aku stop kat no. 7 jer.. aku sker no. 7. hehe
Wokeh! Calos.
* Theme baru akan wujud di sini minggu ke-3 May ini.
(betul! tak tipu! ). :p
* Aku nak try tambah Advertlets plak.
Penat, Letih, Tak Larat, Malas, Kejadah!.
Bukan setakat bersawang dah blog aku nih. Dah lebih dari bersawang!.. boleh dikatakan rumah errr.. blog hantu. Kalau la blog nih dijumpai oleh Sam dan Dean Winchester dari siri Supernatural (yang tgh duk main kat tv3 setiap Ahad malam Senin – paberet aku tau cite nih), mesti diorang berdua terkejut gile babeng tgk betapa banyaknya hantu kat blog aku… hahaha. Aku pun rasa diorang tak mampu nak lawan banyaknya hantu kat blog aku ni.
Semua subjek tajuk diatas mewakili segala bende yang patut dan tak patut berlaku kat blog nih. Perkataan² itu membawa definisi masing yang terpulang untuk ditelah apa makna.
Ini Iklan Namanya
Membebels
: @farah. saya tak tahu sangat la. just pergi Putrajaya, it's all about.
Let say, turun komuter somewhere berhampiran, then ambil teksi pergi situ. Mmg banyak kos. lagi baik ajak kawan2 ke, bf ke... isi minyak kete diorang dan belanja diorang makan. ^_^
: camne nak amik transport awam dr wangsa maju g kmtrian plajaran
: Zs - orang koyan ke? aku tak la koyan sangat. sg. ular jer. tapi selalu la lepak koyan sebab sedara mara ramai.
: koyan brp?
: sf : pakai photoshop.
: cane ko edit saga oren nie?
: Just changed to the new one. Huh!
Nizam 'Mysticmind' Ahamad. A Web & Multimedia Designer. A multimedia freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder of