Archive for 2009
Hermmmppphhh… macam2 dah jadi…
Dalam 3 4 bulan kebelakang nih, macam2 jadi… aku akan pos kemudian.
Semoga 2010 adalah tahun kecemerlangan aku.
Hari Raya Aidilfitri 2009
PRA RAYA
Aku balik raya awal juga, iaitu awal pagi jumaat 18hb. Dalam perancangan aku, akan ramai juga orang ambil cuti pada 18hb dan balik hari tu. Aku mengharap tak terperangkap dalam jem teruk orang2 yang balik ke kelantan/pantai timur.
Mulanya aku cadang nak gerak dalam pukul 10malam hari khamis, tapi adik aku sorang dari perak lambat laa.. so kene la tunggu dia sorang sampai. 2 adik aku lagi dari perlis sudah sampai pada petangnya.
Tepat jam 2 pagi aku bertolak dari sek. 7 shah alam lepas makan2 bersama kawan2. Memasuki tol bukit raja (NKVE) keluar selepas kawasan bukit lanjan (tol ape ke nama, jalan duta?)… Kemudian memasuki lebuhraya DUKE dan keluar terus tol gombak.
Tol percuma di gombak dan bentong adalah bagus juga. Cuma seperti jangkaan, kebarangkalian tol percuma ini menyebabkan jalan sedikit sesak. Tiada jammed sehinggalah selepas genting sempah. Selepas itu traffic mula bergerak perlahan!.

*live twitpic sekitar exit bukit tinggi area on karak
Selepas keluar tol bentong, jalan menjadi sesak, › Continue reading
Wah!.. lamanya tak update…
Lamanya tak berupdate… nanti aku update. Tapi ape yang aku nak update aa… banyaks angat dah bende tertinggal tulis nih. Patutkah aku tulis semuanya sekali. Hermm… elok gak aku tulis. Err.. maksud aku taip.
Korang nak apa? Macam-macam ada… snippets #3
Tah yer ke tidak snippets ke 3, lebih kot.
1 – Last post aku rupanya dah sebulan dulu, lama benar. Yang pasti mmg selalu camtuh pun. Aku cuba update dengan lebih rajin tapi masih gagal. So aku update suke-suke ajer lah..

Aku & Duan menunggu di Jabatan Kecemasan
2 – Bulan May, aku malas nak sambung cerita balik kampung tuh, sebab ape yang jadi aku dah tak ingat sangat kecuali beberapa perkara jer antaranya ialah ;
- aku hantar ayah aku ke hospital Kuala Lipis pada pukul 1 pagi.
- aku dan adik aku Duan #2 masa tuh tgh berpoya-poya makan kat kedai makan terus balik serta merta.
- aku, Duan, mak aku se-kereta antar ayah aku ke hospital,
- jarak dari kampung aku Kuala Lipis kira-kira 35km. Aku memecut selaju 220kmh › Continue reading
Balik kampung dan kereta kancil bodoh – Snippets style
Wah!.. sedar tak sedar dah lama benar aku tak balik. Rupa-rupanya, aku last balik kampung adalah Raya Haji 2008!. Iaitu kira2 hampir 6 bulan dulu atau dalam bahasa yang lebih menyayat hati ialah setengah tahun dulu!. Patut lah mak aku telepon asyik tanya bile nak balik, bile nak balik. Hehe…
1 – Arituh masa cuti Tahun Baru Cina, masa semua orang balik, aku tak balik. Sebab duit dah habis. Lepas tuh susah nak balik sebab banyak sangat kerja hatta di hari minggu seperti mana yang aku dah ceritakan sebelum2 ini.
2 – Jadinya aku mengambil cuti dari 1hb Mei hingga ke 5hb Mei dengan menggunakan cuti ganti berkursus ESQ165 pada 2 minggu lepas sebanyak 2 hari iaitu digunakan pada Isnin dan Selasa.
So aku dapat 5 hari straight!.
3 – Aku nak balik pada malam 30 April, tapi firasat aku mengatakan, jalan Karak Hiway akan menjadi amat sibuk sebab ramai orang balik ke pantai timur sempena cuti 3 hari (Hari pekerja + sabtu + ahad). Dan ternyata ia adalah benar seperti yang disangka. (Orang kelantan pantang cuti panjang sikit, mesti balik
). Aku merancang balik pada 1Mei malam. Tapi…
4 – Kereta aku tengah sakit, yakni tayarnya tidak stabil menjadikannya macam kuda. Jadi aku ke kedai tayar pada petang 30 April malangnya nak ke Jalan Kapar Klang itu jammednya tahap tak bleh percaya! Dan aku sampai lewat ke kedai tayar yang mana sudahpun ditarik pintu. Ada beberapa kedai tayar lain, malangnya harganya berbeza mak datuk. Aku tanya “Esok ada bukak ka?”. Itu olang kata : “Esok cuti loooo… Sabtu pagi pukul 9 balu bukak looo…!” Aiyaaa!!!
5 – Jadi aku rehat2 aja dirumah pada hari Jumaat 1 Mei itu. Malam itu aku pegi cucuk duit 1K sebab nak tukar tayar dengan Rim sekali alang-alang. Tapi banyak mesin Maybank Out Of Service! Mungkin semua orang keluarkan duit sebab nak balik kampung. Yang tinggal nasib baik ialah maybank besar kat BlueWave hotel tuh jer. ![]()
› Continue reading
Tolong pilih kaler!
Tolong la pilih2 kaler yang korang suka.
Sorang bleh undi 5 kali.
Errr.. tiada politik wang di sini.
Aku nak tukar theme la. Boring lak theme nih.
Dah setahun dah jugak rasanya theme nih.. Hehe..
Nak pakai theme mana la plak…
Nak buat theme sendiri takde masa, so amik theme yang ada pastuh modify je dah la… Bleh gitu?
Minggu ini, Isnin dah cuti. Jumaat nanti cuti hari pekerja. Dan kalau takder aral melintang pukang, aku tambah Isnin Selasa next week dengan cuti ganti aku. So aku dapat 5 hari cuti straight!. Peh.. best gak tuh.
Tapi… kene setel semua keje yang pending dulu. Huhuhu…
Semua tak cukup…
Aku tak cukup…
1 – Tak cukup rehat. (dah berapa minggu aku hilang cuti)
2 – Tak cukup sihat. (tak pernah rasa betul2 sihat laterly nih-ubat pun dah letih makan)
3 – Tak cukup masa. (banyak nak dibuat, badan tak sihat, rehat tak cukup, semua tak jadi)
4 – Tak cukup makan. Bukan sebab takde duit, tapi selera demam2 nih lain macam plak.
5 – Tak cukup macam2 lagik…
Ptg nih, nak pegi PWTC. Pekomikon. Nak pegi pagi… tak cukup larat…
Esok, Ahad, kerja kat sana lagi 1 hari. Dengan badan tak berapa sihat nih..
Lemah betul.
ESQ165 Angkatan 30
Minggu lepas, aku kehilangan hari cuti lagi seperti minggu2 yang sebelumnya. Dari Jumaat 17hb – 19hb April 2008. Bertempat di Flamingo Hotel, Ampang. Opis aku menghantar ramai staff dan akan menghantar keseluruhan staff karangkraf untuk mengikuti kursus ini.
Kursus ini sebenarnya agak kontroversi bagi sesetengah pihak, terutama beberapa pihak yang beranggapan ‘mereka adalah betul’. Dan bersikap pesimis (atau bersangka buruk) telahan pula pengasas dan fasilitatornya terdiri dari orang seberang (Indonesia). Berpegangkan modal bahawa ‘kononnya’ Orang Malaysia lebih baik dan ajaran dari Indonesia adalah mungkin sonsang (tambahan pembawaan pancasila dari mereka) atau mungkin ekstrimis ala pengganas Amrozi, Imam Samudera dan angkatannya. Itu adalah tanggapan lazim orang Malaysia hatta ahli agama sekalipun.
Disini saya tidak mahu memperpanjangkan cerita atau membuat ulasan siapa benar siapa salah, kamu benar aku salah, atau kamu busuk hati dan aku adalah suci? Tidak sama sekali. Segala urusan baik benar buruk dan ketentuan adalah milik Allah. Secara jujurnya… kursus ini banyak baik dari buruknya. Ia tidak perfect, seperti diujarkan oleh fasilitatornya, tetapi ia tidak buruk dan ia tidak sekali menyesatkan. Kesimpulan secara mudah dan umum dari aku ialah…
ESQ 165, adalah satu modul diasaskan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian, yang mengaitkan unsur sains dengan Islam dan Al Quran. Yang memperjelaskan bahawa Quran itu adalah benar dan merupakan mukjizat yang benar. Segala catatan dalam Al-Quran akan dibuktikan kebenarannya satu persatu di kemudian hari. Seperti kita sedia maklum, dunia sains adalah dunia ‘pembuktian’ sehingga wujudnya pihak saintis (yang mungkin juga muslim orangnya) yang mula menafikan keujudan ‘ketuhanan’. Ia juga mengandungi perihal ‘kenali diri anda’. Sebahagian dari kursus ini mengandungi itu dan banyak lagi.
Selain itu ia mengaitkan Islam Is The Way Of Life. Betapa penyucian diri seseorang berdasarkan Rukun Islam dan Iman, adalah asas untuk diri sesorang menjadi bersih. Dengan bersihnya diri dan hati, maka… barulah boleh seseorang itu menjadi pemimpin (leadership) bukan sekadar pemimpin pekerjanya, tapi pemimpin keluarganya dan memimpin dirinya sendiri.
“Jangan taksub dengan ESQ, ia cumalah 1 objek atau subjek, bukan sesuatu bende untuk di puja dan di sanjung. Tetapi ambillah apa yang baik darinya”. Bagi yang masih skeptikal, boleh cuba, dan perbetulkan mereka jika ada yang tidak betul seperti yang mereka katakan.
Saya sebenarnya sudah punyai hati yang kelabu. Tatkala orang lain boleh menangis, hati saya ini masih keras. Saya berharap benar jika saya dapat menemui sebahagian diri saya yang dulu. Siapa saya yang ’satu masa dulu?’…
1 – Saya orangnya khatam Al-Quran semasa darjah 2. (dan saya masih boleh membaca Al-Quran dengan lancar sehingga sekarang)
2 – Saya orangnya dulu pernah menjadi juara Tilawah semasa Tingkatan 2.
3 – Saya orangnya satu masa dahulu sembahyang tidak tinggal.
4 – Saya orangnya dahulu pernah belajar disekolah arab…
Rupa-rupanyanya… hati saya sudah kelabu, syukurlah.. kerana ia belum hitam. Dan yang pasti, ’suara hati’ saya masih kuat sehingga sekarang.
Porfolio tak terkumpul dan banyaknya hingga tak terkira!
Aku ada banyak folio kerja. Tapi semuanya bertebaran merata pelusuk bumi. Err.. maksud aku di dalam hd sana, hd sini, cd sana, cd sini dvd itu ini, usb sana sini, email sana sini dan segala bagai. Ah!. persetankan!.
Aku cadang nak kumpul setempat dan kategorikan . Susun cantik-cantik supaya senang dilihat. Aku cadang camtuh la. Tapi errr…
Rupa-rupanya, itu cadangan aku pada tahun 2007.
Ini Iklan Namanya
Membebels
: @farah. saya tak tahu sangat la. just pergi Putrajaya, it's all about.
Let say, turun komuter somewhere berhampiran, then ambil teksi pergi situ. Mmg banyak kos. lagi baik ajak kawan2 ke, bf ke... isi minyak kete diorang dan belanja diorang makan. ^_^
: camne nak amik transport awam dr wangsa maju g kmtrian plajaran
: Zs - orang koyan ke? aku tak la koyan sangat. sg. ular jer. tapi selalu la lepak koyan sebab sedara mara ramai.
: koyan brp?
: sf : pakai photoshop.
: cane ko edit saga oren nie?
: Just changed to the new one. Huh!

Nizam 'Mysticmind' Ahamad. A Web & Multimedia Designer. A multimedia freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder of