Archive for April, 2009

Tolong pilih kaler!

Wednesday, April 29th, 2009 | Life stories and bablings | 2 Comments

Tolong la pilih2 kaler yang korang suka.
Sorang bleh undi 5 kali. :D

Errr.. tiada politik wang di sini.

Warna apa korang suke?

View Results

Loading ... Loading ...

Aku nak tukar theme la. Boring lak theme nih.

Tuesday, April 28th, 2009 | Life stories and bablings | 4 Comments

Dah setahun dah jugak rasanya theme nih.. Hehe..
Nak pakai theme mana la plak…

Nak  buat theme sendiri takde masa, so amik theme yang ada pastuh modify je dah la… Bleh gitu?

Minggu ini, Isnin dah cuti. Jumaat nanti cuti hari pekerja. Dan kalau takder aral melintang pukang, aku tambah Isnin Selasa next week dengan cuti ganti aku. So aku dapat 5 hari cuti straight!. Peh.. best gak tuh.

Tapi… kene setel semua keje yang pending dulu. Huhuhu…

Semua tak cukup…

Saturday, April 25th, 2009 | Life stories and bablings | 4 Comments

Aku tak cukup…

1 – Tak cukup rehat. (dah berapa minggu aku hilang cuti)
2 – Tak cukup sihat. (tak pernah rasa betul2 sihat laterly nih-ubat pun dah letih makan)
3 – Tak cukup masa. (banyak nak dibuat, badan tak sihat, rehat tak cukup, semua tak jadi)
4 – Tak cukup makan. Bukan sebab takde duit, tapi selera demam2 nih lain macam plak.
5 – Tak cukup macam2 lagik…

Ptg nih, nak pegi PWTC. Pekomikon. Nak pegi pagi… tak cukup larat…
Esok, Ahad, kerja kat sana lagi 1 hari. Dengan badan tak berapa sihat nih..

Lemah betul.

Tags:

ESQ165 Angkatan 30

Minggu lepas, aku kehilangan hari cuti lagi seperti minggu2 yang sebelumnya.  Dari Jumaat 17hb – 19hb April 2008. Bertempat di Flamingo Hotel, Ampang. Opis aku menghantar ramai staff dan akan menghantar keseluruhan staff karangkraf untuk mengikuti kursus ini.

esq-165Kursus ini sebenarnya agak kontroversi bagi sesetengah pihak, terutama beberapa pihak yang beranggapan ‘mereka adalah betul’. Dan bersikap pesimis (atau bersangka buruk) telahan pula pengasas dan fasilitatornya terdiri dari orang seberang (Indonesia). Berpegangkan modal bahawa ‘kononnya’ Orang Malaysia lebih baik dan ajaran dari Indonesia adalah mungkin sonsang (tambahan pembawaan pancasila dari mereka) atau mungkin ekstrimis ala pengganas Amrozi, Imam Samudera dan angkatannya. Itu adalah tanggapan lazim orang Malaysia hatta ahli agama sekalipun.

Disini saya tidak mahu memperpanjangkan cerita atau membuat ulasan siapa benar siapa salah, kamu benar aku salah, atau kamu busuk hati dan aku adalah suci? Tidak sama sekali. Segala urusan baik benar buruk dan ketentuan adalah milik Allah. Secara jujurnya… kursus ini banyak baik dari buruknya. Ia tidak perfect, seperti diujarkan oleh fasilitatornya, tetapi ia tidak buruk dan ia tidak sekali menyesatkan. Kesimpulan secara mudah dan umum dari aku ialah…

ESQ 165, adalah satu modul diasaskan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian, yang mengaitkan unsur sains dengan Islam dan Al Quran. Yang memperjelaskan bahawa Quran itu adalah benar dan merupakan mukjizat yang benar. Segala catatan dalam Al-Quran akan dibuktikan kebenarannya satu persatu di kemudian hari. Seperti kita sedia maklum, dunia sains adalah dunia ‘pembuktian’ sehingga wujudnya pihak saintis (yang mungkin juga muslim orangnya) yang mula menafikan keujudan ‘ketuhanan’. Ia juga mengandungi perihal ‘kenali diri anda’. Sebahagian dari kursus ini mengandungi itu dan banyak lagi.

Selain itu ia mengaitkan Islam Is The Way Of Life. Betapa penyucian diri seseorang berdasarkan Rukun Islam dan Iman, adalah asas untuk diri sesorang menjadi bersih. Dengan bersihnya diri dan hati, maka… barulah boleh seseorang itu menjadi pemimpin (leadership) bukan sekadar pemimpin pekerjanya, tapi pemimpin keluarganya dan memimpin dirinya sendiri.

“Jangan taksub dengan ESQ, ia cumalah 1 objek atau subjek, bukan sesuatu bende untuk di puja dan di sanjung. Tetapi ambillah apa yang baik darinya”. Bagi yang masih skeptikal, boleh cuba, dan perbetulkan mereka jika ada yang tidak betul seperti yang mereka katakan.

Saya sebenarnya sudah punyai hati yang kelabu. Tatkala orang lain boleh menangis, hati saya ini masih keras. Saya berharap benar jika saya dapat menemui sebahagian diri saya yang dulu. Siapa saya yang ’satu masa dulu?’…

1 – Saya orangnya khatam Al-Quran semasa darjah 2. (dan saya masih boleh membaca Al-Quran dengan lancar sehingga sekarang)
2 – Saya orangnya dulu pernah menjadi juara Tilawah semasa Tingkatan 2.
3 – Saya orangnya satu masa dahulu sembahyang tidak tinggal.
4 – Saya orangnya dahulu pernah belajar disekolah arab…

Rupa-rupanyanya… hati saya sudah kelabu, syukurlah.. kerana ia belum hitam. Dan yang pasti, ’suara hati’ saya masih kuat sehingga sekarang.

Tags: , , , , , , ,

Porfolio tak terkumpul dan banyaknya hingga tak terkira!

Wednesday, April 22nd, 2009 | Life stories and bablings, What? | 2 Comments

Aku ada banyak folio kerja. Tapi semuanya bertebaran merata pelusuk bumi. Err.. maksud aku di dalam hd sana, hd sini, cd sana, cd sini dvd itu ini, usb sana sini, email sana sini dan segala bagai. Ah!. persetankan!.

Aku cadang nak kumpul setempat dan kategorikan . Susun cantik-cantik supaya senang dilihat. Aku cadang camtuh la. Tapi errr…

Rupa-rupanya, itu cadangan aku pada tahun 2007.

:D

Tags: , , , , , , ,

Pencarian Lelaki Maskulin 0809 dan aku nak rehat!

PLM0809

Sekarang jam menunjukkan pukul 10.45 minit malam, dan aku masih di opis. Nih tgh stress nih render montaj tapi asyik crash beberapa kali. Bengang betul. Tuh yang relaks kejap 15minit  nih taip blog nih… Aku harap kol 12 kang siap ah. Macam biasa, keje jadi orang multimedia nih, semua bende bagi last minit, nak siap cepat2 lepas tuh plak! nak best tahap channel MTV punya level. Kejadah!… Kalau gagal siap, ada la yang berani cakap2 belakang macam la kita nih pemalas la, main2 la, beruk la, kambing laa…

Padahal mana2 orang yang wat keje camnih, tau la susah payah.. jauh lebih payah dari diorang tuh yang perasan keje diorang dah cukup susah dan dah bagus.  Orang belakang tabir mmg selalu dilupakan, dipersalahkan dan juga termasuk kenaikkan gaji ataupun elaun tak pernah rasa ‘cukup bagus’ dan dihargai!. Betul! Tanya la kawan-kawan korang yang wat mende2 cenggini (kecuali yang kerja kompeni multimedia dan advertising yang super besar laaa = yakni di khalayak yang mmg paham job2 diorang). No!! aku tak salahkan apa2 dan sapa2 pun..

Aku diassignkan buat montaj opening dan beberapa video editing (termasuk effect) untuk Anugerah PLM nih. Sebab aku adalah orang yang handle Maskulin site dan perkara2 berkaitannya. Web minisite khas nya juga aku yang buat dan coding Fully CSS sendiri dengan gembiranya. Tapi Video montaj tuh please!!!… not only 1 week or less than 7 day dateline… If I’m the boss, i might reject this kind of request. I’m suffer to death (lebih-lebih plak) and surely letih, penat, tak cukup tido!  After Effect dan Premier bukan macam Microsoft Words la deeeeyyy! Yenna po! Tuh camner tuh… Keje opis bawak balik umah. Hai… nasib laa…

2 minggu lepas, aku sibuk di Bank Negara Malaysia outstation kat sana keje 9mlm-9pagi. Seminggu lepas punya cuti plak, aku menyiapkan job freelance uncle Musa dan beberapa lagi, dan minggu ini plak Sabtu Ahad aku tergadai lagi sebab sibuk ngan event PLM0809 kat Aswara KL. Esok pagi (kol 10 aku plan) aku kene join raptai dan test run multimedia montaj nih semua sekali..   Pagi ahad ada full rehearsal semua candidates sekali bersama Rosham Noor sebagai pengacara :D . Petang Ahad jam 2 bermula la aku duduk dalam konti menjaga multimedia kat dewan aswara tuh…

OK.. aku nak bancuh Nescafe dan sambung keje… selagi tak siap, aku tak balik gayanya.. walaupun aku dah sorang-sorang kat sini. Duh!.. Kalu tak siap gak, aku balik umah sambung kat umah sampai 3pagi. :o

*Lepas nih aku nak cuti seminggu lepak kampung.. tapi…. minggu lagi 1 aku ada kursus la plak!!!!!

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Najib PM ke 6 Malaysia…

Friday, April 3rd, 2009 | Uncategorized | No Comments

Sebagai orang yang turut main saham di BSKL… I see this today…

Indeks saham negara-negara Asia & Asia Tenggara naik.
Tapi BSKL suka-suka turun?

Gainers: 304
Losers: 381
Unchanged: 210

*tidak ada yang lebih sensitif segala hal melainkan saham dan orang yang main saham. Is this a bad sign or unhappy sign?

Entahlah… you think yourself… make your own assumption …

Tags: , , ,

Bulan – bulan yang terlampau sibuk!

Thursday, April 2nd, 2009 | Uncategorized | No Comments

Aku sangat sibuk, 2 bulan ini adalah bulan yang paling sibuk rasanya. Cuti pun tak berapa nak cuti, rehat pun tak berapa nak rehat. Nanti aku listkan snippets atau soundbites apa2 yang aku buat, kene buat, terpaksa buat dan sebagainya dalam pos akan datang.

Aku nak balik kampung, nak bercuti kat mana-mana, semua tak sempat-sempat lagi. Otak dah penat, badan dah letih nih. Stress, pressure seme ada.. Adeh..

I need a break for a while after this.. seseminggu cuti duk kampung mungkin baik untuk minda dan kesihatan.

Tags: , , , , , ,

 
 
Who Am I?
Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. A Web & Multimedia Designer. A multimedia freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Supermoderator at WebmasterMalaysia.com. Experienced in web development since 2000. And many more....

Catch me? :
Location : K.Lipis - Klang - Shah Alam
Working : Karangkraf / Sinarharian
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Ini Iklan Namanya


Membebels

Previous Next
Latest on Wed, 16:54

Nizam Ahamad: @farah. saya tak tahu sangat la. just pergi Putrajaya, it's all about. :D Let say, turun komuter somewhere berhampiran, then ambil teksi pergi situ. Mmg banyak kos. lagi baik ajak kawan2 ke, bf ke... isi minyak kete diorang dan belanja diorang makan. ^_^

miss.farah: camne nak amik transport awam dr wangsa maju g kmtrian plajaran

Nizam Ahamad: Zs - orang koyan ke? aku tak la koyan sangat. sg. ular jer. tapi selalu la lepak koyan sebab sedara mara ramai.

zs: koyan brp?

Nizam Ahamad: sf : pakai photoshop.

sf: cane ko edit saga oren nie?

Nizam Ahamad: Just changed to the new one. Huh!

» Hantar Pot Pet



Gambars

panoramic-mystics-2.jpg panoramic-mystics.jpg gian-color.jpg kucing-hitler.jpg

Arkibs

Statistiks

Ada ekor makhluk sedang merayau-rayau dalam web ini.