Archive for 2009
Bulan – bulan yang terlampau sibuk!
Aku sangat sibuk, 2 bulan ini adalah bulan yang paling sibuk rasanya. Cuti pun tak berapa nak cuti, rehat pun tak berapa nak rehat. Nanti aku listkan snippets atau soundbites apa2 yang aku buat, kene buat, terpaksa buat dan sebagainya dalam pos akan datang.
Aku nak balik kampung, nak bercuti kat mana-mana, semua tak sempat-sempat lagi. Otak dah penat, badan dah letih nih. Stress, pressure seme ada.. Adeh..
I need a break for a while after this.. seseminggu cuti duk kampung mungkin baik untuk minda dan kesihatan.
Banyak mende nak dibuat, tapi…
Banyaknya!… (banyak 3x).
Banyaknya bende nak dibuat, tapi tak tahu mana dulu nak dibuat. Dan kalau pun aku buat buat buat buat… kadang2 tak siap2 juga. Itu tak termasuk yang tengah2 buat, tiba2 bila mata celik…. “Lah! dah pagi rupenye!”.
Aritu sekali… bangun2 pagi, rupenye aku tetido kat meja pc. Dengan rasa sebelah tangan dah hilang sebab berbantal lengan, kene plak kabel saluran cecair merah tuh ter-block di penjuru meja. Pergh!!!! memang silap2 tangan tuh warna dah berubah jadi lebam biru warna putih-star!
(untuk jadi warna hijau sebenarnya amat mustahil la plak).
Aku selalu kata…
Too many things to do. Too little time to waste.
Ye la, entah bila la nak cukup kan…
Baiklah… sebenarnya, aku dulu-dulu boleh juga dalam mengatur kerja dan pekerja (nak kata pakar tuh tidaklah), tambah2 masa aku menjadi ‘pengurus bersama’ di syarikat kitorang dulu2 (yakni syarikat kecik yang takde la duit sangat bersama black_iii dan ada la sesapa lagi tu). Aku mmg selalu membaca teori dari pelbagai buku dan curian pengalaman orang lain juga hasil pemerhatian dan pemahaman. Aku dah belajar lama soal pembahagian subjek kerja. Kata orang putih, Job Delegation!. Iaitu:
4 Teori Asas Penyeliaan Tugasan:
- Urgent and important,
- Urgent but not important,
- Important but not urgent.
- Not important and not urgent
Erm.. kadang-kadang bende nih juga dikatakan sebahagian Time Management. Ah… persetankan itu semua. Undang2 dibuat untuk panduan, bukan penghalang.
. Sama dengan teori2 seperti nih, ia cuma panduan… dalam situasi tertentu… tak payah ikut langsung pun takpe! Janji setel! Kan?
So skang… aku nak mula yang mana dulu? Ah! Mana-mana ajelah!
RM 100,000 ?
Apa-apa aje lah!..
Streamyx lembab macam babi!.
Eh! Tak… bukan aku yang cakap… tapi ramai yang menyumpah-nyumpah macam tuh. Hatta ramai yang meletakkannya di status YM diorang! Sebenarnya aku pun nak letak kalu korang nak tau… Tapi aku memang tak suka nak ikut sangat orang lain… cukup la ngan aku terrrrrrrletak kat twitter aku time aku marah tadi.
Almaklumlah, dah sebulan lebih nih line teruk nih. Dah la pakej 1MB aku tak pernah langsung dah cecah 700mbps! Babi betul! Tahun lepas pun aku membelog tentang line lembab nih. Post dulu tuh tak la menyumpah camnih… Apakah bulan Februari adalah bulan Streamyx jadi lembab? Sebab seingat aku dulu lembab masa bulan Februari nak masuk Mac 2008 gak?. Nih Feb – Mac 2009 pun nak jadi bende yang sama?
Terus terang lah, tak pernah rasa aman ngan Streamyx nih, pastuh kes bil silap tuh, aku ada check tapi ada rasa macam aku punya bil salah tuh macam tak deduct jer lagi. Still yang di caj extra tuh ada dalam akaun aku! Aku dah jadi makin sakit ati ngan Streamyx nih.
Terus terang la, kalau korang tak percaya, korang pegi google or yahoo. Taip la sebarang perkataan Streamyx ditambah dengan perkataan lain seperti bodoh, bangang, sial, sucks dan segala perkataan mencarut sekalipun, korang ‘tidak akan merasa terkejut’ kerana TERRRRRLALU BANYAK sumpahan yang dah dilakukan oleh ramai makhluk tuhan yang dah hilang sabar! Ape kejadahnya semua ini hah?!!!
Kejadahnya ialah, › Continue reading
Koleksi Gambar Panas Elizabeth Wong!
Panas! Panas! Hot!. Tebabooo…
Download koleksi2 gambar Elizabeth Wong disini!.
Adun Bukit Lanjan Skandal dengan ex-boyfriend?. Fuh!
Who is Elizabeth Wong? BTW?
Elizabeth Wong
ELIZABETH WONG (黄洁冰) has been involved in human rights since her student days in Sydney and subsequently during her work in Nepal. She was the secretary-general of the National Human Rights Society (Hakam) (全国人权协会)from 2000-2006 (now sitting as a member of the Ex-Com), a member of the Suaram (大马人民之声) secretariat and was a human rights fellow of Carnegie Council for Ethics and International Affairs (2002-03). She is also a political consultant and has been involved in the setup of the Asean Inter-Parliamentary Myanmar Caucus for Democracy and Solidarity Campaign for Human Rights in Aceh.
more here : Elizabeth Wong Blog
Mahu gambar panas?
› Continue reading
Projek menjejak kawan-kawan lama
Wah!… tajuk tuh penting tuh. ![]()
Menjejak kawan? Menjejak kasih?
So… tak tau pesal, aku terpikir. Kadang-kadang terdetik dalam hati, kat mana member nickname itu ini berada sekarang, adakah masih membelog atau berwebsite macam dulu2? Adakah diorang dah bersara dari bidang nih? Adakah diorang skang nih dah jadi jutawan? Adakah… ?
So aku skarang nih, aku percaya, bukan saja aku tapi mungkin kawan-kawan tuh sendiri kadang-kadang ada tercari-cari kat mana member2 lama yang pernah diorang kenali. Tak kirelah, kawan offline mahupun online. Tak kirelah duk ceruk dunia mana. Tak kire la lawa nak mampus, hensem gile, atau biasa-biasa saja.
Aku ingat lagi, banyak benar kawan-kawan rapat online terutama beberapa tok guru atau manusia-manusia yang pernah mengajar aku bende2 yang aku tak paham. Dulu2, tak sebanyak sekarang info2 dan tutorial, google result pun tak sebanyak sekarang. errr.. dulu mungkin juta2 search result, skarang billion2 pun sampai rasanya. Dulu2, brainstorming bincang2 sesama sendiri jer untuk belajar itu ini share sesama sendiri. Tak kire lah apa pun software, atau apepun…
So… mulai hari ini aku akan cuba jejak kawan2 lama, aku akan review dan cerita. Serta bongkarkan skandal diorang.. heh!
Aku akan review yang masih remain intact, yang masih lagi ada contact, sambil2 menjejak dan mencari balik yang mungkin dah terputus hubungan.
Kalau korang kawan-kawan lama aku dulu, bleh la tinggal mesej dan bagitau kat aku… Atau kalau tau sesapa yang berkaitan pun… bleh la bagi tau aku.
Aku namakan projek ini dengan nama, P.J.K – Projek Jejak Kawan
Upin & Ipin The Movie – Geng Pengembaraan Bermula.
Aku telah membuat review filem Geng Pengembaraan Bermula ft Upin dan Ipin ini di pergh.com … So mulai hari ini, filem ini dah dimainkan di panggung-panggung seantero Malaysia. Dan walaupun team Les’ Copaque meletakkan target mereka RM10juta, aku percaya ia mampu capai target tersebut dan mungkin dapat lebih.
Sementara itu dari sumber tertutup yang boleh dipercayai ada memberitahu bahawa, mereka sudah berjaya menjual Upin & Ipin ke serata dunia hingga mendapat hasil mencecah 50juta ringgit! Dibeli oleh pelbagai stesen-stesen televisyen negara-negara asia barat, eropah dan segalanya.
Kebarangkalian mereka ini membeli adalah kerana keunikkan suasana siri tersebut yang mengetengahkan keMalaysiaan, iaitu selain bangsa dan kaum, alam sekitar kita juga adalah bonus. Siapa kata khatuliswa malaysiana kita tidak menarik? Formula menyuntikkan ke-local-an itu menjadi. Saya percaya prinsip ini = keunikkan.

Menyentuh tentang movie ini, saya dapat pergi Press Screening awal bulan lalu, saya diberi peluang oleh ke Press Screening tersebut oleh pihak Les’ Copaque melalui En. Zarin atau mediahorizon – seorang kenalan. Dek kerana banyak masalah dan kerja lain saya gagal membuat review seawal mungkin. Sementelah saya kurang pantas menaip karangan review atau dalam bahasa wartawannya ‘writeup’, menjadikannya terhenti-henti, on off akhirnya jadi sangat lambat disiapkan.
Lagipun, server saya mengalami beberapa masalah yang agak ‘mencemaskan’ sejak sebulan lalu. Server saya overload dan down beberapa kali angkara beberapa punca yang tak payah la saya tulis disini, agak teknikal dan ramai orang biasa tak paham istilah dan jargon. Yang malangnya, kerana perkara-perkara tersebut, saya terpaksa membuat beberapa perancangan lain, bahkan rancangan MEGA PROJECT saya juga gayanya terpaksa ditangguh kerana kondisi server ini kurang sesuai buat masa sekarang dan ini agak mengecewakan hati. Saya tidak mahu jalankannya (projek tersebut) tetapi server asyik down bukan kerana apa, kerana server tersebut mungkin tidak mampu menanggung keadaan banjiran trafik dan load tambahan yang sudah adapun sudah tinggi terlampau!. Masalah-masalah begini boleh menyebabkan tekanan kepada webmaster2 dan aku percaya ada yang menangis dalam hati (bukan semata-mata kerana server tapi masalah berkaitan juga)
Server tersebut nampak gayanya tidak bertahan lama juga dengan spefikasi sekarang. Vertical scaling dan hardware upgrade akan dibuat terutama tambah memory dan space dan sebagainya… Saya perlu mencari modal dan dana tambahan lagi yang entah mana datangnya atau ada atau tidak pun saya tidak tahu. Kerajaan Malaysia? no.. mereka lebih sibuk berpolitik dan bagi duit kepada politician dan … kalau bagi aku 5 juta pun lagi bagus aku buat sumbangan pada negara ape! . NGO? no… diorang pun bukan ada duit sangat. Advertising? No.. lagi la mimpi!… Minta pada ahli? No!… nanti saya bongkarkan beberapa kisah tentang webmaster2 melayu (yg mempunyai web terkenal) punya masalah di pos akan datang. Believe it! It’s not a good story! But I wanna share it!…. (later)
Ok sambung balik Upin dan Ipin.. hehe..
Saya kurang mahir benar jalan ke Cineleisure Damansara, tambahan pula lazimnya saya akan pergi dengan kawan-kawan. Dulu ada Sham (black_iii) duduk ngan aku, ataupun dengan ex-housemate aku Lan, kalau pegi mana-mana, samada drive atau pun merempit. Aku cuma duduk di belakang / sebelah. Selain faktor diorang lebih tahu jalan… faktor lain (kalu naik motor) ialah ‘orang berat atau besar duk depan bawak motor.. hehehe
Aku mmg lemah mengingat jalan, sejak dulu lagi. Aku juga dah tak berjalan sangat sekarang, rasa cam dah jadi homies atau geek sangat plak. Sebenarnya aku rasa, aku malas nak jalan2 nih selain panas melampau tengah hari atau kalau kereta asik jam yang amat. Duk dalam jem jem nih rasa… penat. Duduk di Shah Alam ini pun rasanya tak abis lagi tempat aku ronda, dan kalau aku ronda-ronda pun waktu malam je.
Oh.. Aku sampai di Cathay Cineleasure Damansara itu agak lewat, mujurlah belum start lagi screeningnya. Aku tidak mahu review disini, pegi baca di Pergh.com hehe… dan lebih baik lagi kalau korang pergi panggung tengok sekarang!. Support industri filem 3D Malaysia OK!.. Tak nyesal punya!
Causs…
Mengemaskini blog dengan konsisten? Aku bukan Melayu?
Fuh, tajuk macam iya iya saja.
. Sangat disedari sangat lama tidak mengemaskini blog nih, dah berapa bulan tah, malas nak kira. Yang pasti sudah lama bukan sebentar. Hari ini, walaupun ramai orang cuti Thaipusam, tapi aku bekerja. Syarikat ini tidak mengambil cuti pada Thaipusam, kerana cuti itu cuma cuti pilihan (optional) yang tak diwajibkan. Mungkin kerana lebih 80% pekerja syarikat Bumiputera ini adalah Melayu, maka cuti itu tidak diberikan. Cuma tiada halangan untuk mana2 staff beragama Hindu untuk cuti. (Oh! aku pun bukan tahu sangat soal2 HR nih… )
Line internet kat opis nih pun macam sedang bercuti, atau bekerja tak ikhlas. Sekejap ada, sekejap putus-putus. Mood orang kat opis nih pun terus lah berubah jugak! Semua agaknya. Selain masih sibuk menyibuk dengan hal politik ombang ambing di Perak, macam-macam lagi lah hal duniawi nih. Itu semua pun mempengaruhi juga mood sesiapa.
Aku tak pernah pergi ke Kuil Batu Cave walaupun aku rasa aku nak pergi tgk suasana di situ. Kalau aku dah ada DSLR power2, aku akan pastikan aku pergi ke situ pada time-time macam ini merakamkan betapa best atau dahsyatnya sambutan itu. Bertuahnya orang Malaysia ini, kerana mereka tak perlu ke negara India untuk tgk acara seperti itu. Orang Malaysia juga tak payah pergi China utk nak tgk Lion Dance dan begitulah sebaliknya… segalanya ada di Malaysia.. Sebab tuh lah ada betul yang amat bahawa Malaysia Truely Asia. 1 orang Mat Salleh, hanya perlu datang ke Malaysia untuk melihat segalanya tanpa perlu pergi ke 3 negara lain!
Aku punya chinese zodiak …
“The Fire Snake”
Fire Snakes can be a bit loud, speaking their minds and smothering you with their opinions. This does add a twist to his dynamic and vibrant character, as he is quite the extrovert. These Snakes have a great wisdom. They are intriguing communicators who leave you breathless after a conversation. Fire Snakes can change even the most obstinate mind with their powers of persuasion, convincing you their opinions or ideas are better than yours. This does make them a little self-centered, but you can’t say they aren’t driven for success.
Menyentuh bab Tahun Baru China, sebenarnya aku sambut juga. Walaupun aku tak balik kampung time tuh, tah malas nak balik. Sementelah gaji dah kurang benar hujung bulan selain dah membantu sikit orang tua aku kat kampung. Adik2 aku masih ramai yang bersekolah, sek. men dan rendah ada lagi… berapa aa… dalam 5 orang kot. IPT ada 3 lagi. Sawit dan getah tgh jatuh harga teruk time tuh.
Oh Ya! Aku sebenarnya bukanlah 100% Melayu, aku mungkin cuma ada 85% darah Melayu (atau kurang). Aku ada 15% (atau lebih) darah Cina! So aku bleh la sambut Chinese New Year.
. sebenarnya dalam susur galur keluarga aku, ada yang berketurunan Cina. Yaitu Moyang aku sebelah…. mak aku. Ke sebelah ayah aku? (aku nih, sebagai orang lahir bulan 12, mmg ada masalah dalam ingatan detail sikit – sama macam Tun Mahathir gak). Nanti aku balik tanya semula… Tapi mak ngan ayah aku kawen spupu.. hahaha.. so moyang aku berbalik pada yang sama.
Alah, korang tau laa.. orang zaman2 dulu, sekampung ada berapa puluh keluarga je.. kalau kita sendiri bleh ingat sampai 5 generasi keatas pun dah kire hebat.. tapi abis kuat rata2 setakat 3 jer. Tambah2 masa aku lahir, tok sebelah ayah aku pun dah takde. Tok belah mak aku jer ada. Tok belah ayah aku mati hilang… time perang la tuh kirenye… bom sana sini, tembaks ana sini, pancung sana sini… Kadang2 bende camnih bila tanya lebih2 pun orang2 tua kita bkan nak citer. Tanya pak sedara aku pun bukan dia nak cerita gak. pelik gak, tapi aku rasa, diorang pun tak tahu sangat.. so aku wat tak tahu je la…
Aku berkulit kurang cerah atau sawo matang. Adik beradik aku rata-ratanya cerah belaka. Tapi jangan sekali2 korang kata aku ada darah mamak! hahaha.. Aku ada darah cina.. Tapi selalu bile aku cakap aku ada darah Cina orang gelak. (mana ikon gelak nih
). Bekas kekasih aku dulu-dulu (read: kisah lampau) pernah berkata, orang kening bercantum nih kuat cemburu. (tuh pasal dia bercerai ngan aku agaknya-dia ingat aku kuat jeles) . Aku percaya sampai skarang yang ramai perempuan percaya bende tu… Aku cukup pantang daaa.. tak betul lansung pada aku. Ada kata aku jenis kontrol, pun lansung tak betul. Tapi kalau jenis keras hati & pedal tuh mungkin betul. Tapi bukan sampai takde toleran. Aku sangat toleran tapi pastikan factual bukan mengada-ngada. Hasil beberapa personaliti test aku tergolong dalam golongan Rasional.
Masa aku kata kat Ah Heng, member kamceng cina aku yang duk puchong yang selalu datang2 lepak minum2 ngan aku, bile aku kata kat dia aku nih ada darah cina pun dia gelak kat aku. Cet!.. So then, I told to them something.. do you ever wonder why my eyebrow are different from others? Bentuk dan jenis kening aku, dan beberapa adik beradik aku terutamanya adik ke dua aku, Duan… adalah sama.. So aku kata lah, kening ayah aku dan arwah atuk aku pun sama. Adalah kening cina dulu2. Hahahaha.. So bukan kening jenis jeles tak bertempat tuh. Salah! So mungkin genetik dari moyang cina aku, ( yang aku tahu time tuh cina dari tanah besar diangkut ramai2 ke Malaya, di Kuala Lipis itu dulu2 ada banyak lombong2 emas dan bijih besi, antaranya Raub, Penjom, Tembeling, Merapoh dan sebagainya) so salah 1 warisan ialah genetik ini agaknya.
So aku bukanlah 100% melayu… dah tuh jangan la cakap kat aku beriya-riya ttg Hidup Melayu!, terasa aku tau :p … lagipun sebabnya aku orangnya rasional, yang baik… baiklah, yang buruk… buruk lah!, yang diantara duanya…. itu katak namanya!!!
Hah! padan muke ko Nuar! Main lagi katak katak!
*aku tgh nak belajar ngapdet blog dengan konsisten la nih, seminggu sekali mungkin?


Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of