Archive for 2010
Happy Deepavali Valthukkal
To Hinduism, Sikhism, and Jainism, all around the world. Happy Diwali.
It was Public Holiday in Malaysia today. Last night, fireworks shoot in the sky everywhere. I was in Padang Jawa, the place in-the-between-of Shah Alam and Klang. It started at 12 midnight untill 2.00 am at least. It sound loud… but it’s OK.
Terciptanya sejarah adalah apabila berlaku sesuatu peristiwa hebat!
Edisi merepek & meraban dan conteng2 diteruskan. (sambil buat kerja yang tak siap2).
Hari ini barangkali adalah sejarah menarik bagi seseorang atau ramai orang. Sejarah tidak ujud dalam buku sejarah atau lipatan sejarah (ntah camner nak lipat pun tak tau) jika pada tarikh tersebut tidak berlaku apa2 peristiwa yang hebat.
Walhal… sesuatu yang dikatakan ‘sejarah’ juga banyak ujudnya daripada ‘tragedi’.
Oh! ntah mengapa aku selalu rasa benci tgk orang minum kat kedai… air Teh O suam segelas, duduk selama 2 jam, lepas tuh dia bising lebih macam kedai tuh atuk dia yang punya, nate bengong… Deymnnn…
*sebenarnya aku nak cuba2 update blog tiap2 malam.
*meraban adalah loghat pahang sebelah lipis terutamanya, yang membawa maksud merapu.
Kerana semalam sudah pun berlalu sementara esok masih boleh dirancang.
“Sudahlah, yang lepas itu sudahlah… tiada gunanya untuk diangankan wujudnya mesin masa” kata Dato Pujangga.
“Justeru apa salahnya jika saya mencipta mesin masa Dato? Bukankah itu wawasan yang agong!” sanggah Prof. Saintis sambil membetulkan spek matanya.
“Ya! Sememangnya jika kamu berjaya menciptanya, 1 dunia mengaguminya…. Tapi jangan lupa, barangkali kamu juga adalah sebahagian dari berjuta2 saintis diluar sana yang MEMBUANG MASA mencipta mesin MASA itu!” Dato’ Pujangga berujar tegas dengan jelingan sinis.
“Ah dato’ mengapa perlu fikirkan pasal mereka yang gagal. Sudah adatnya dalam 1 kejayaan ada beratus-ratus kegagalan dibelakangnya… Dengan mesin masa prototype versi 76.0.3 beta ini, saya yakin keberhasilannya dalam masa terdekat.” balas Prof. Saintis dalam getar suara sedikit tidak puas hati.
“Jika berjaya nanti, saya mahu mengubah sejarah dan perkara lepas, banyak yang boleh saya lakukan dato…” tambahnya lagi kerana masih tidak puas hati…
“Saya tidak menghalang kamu berjaya, saya menyokong sepenuhnya. Masakan tidak, sudah berbillion wang saya sumbangkan kepada Fakulti Saintis Genius Negara ini…” potong Dato Pujangga sebelum Prof. Saintis sempat menghabiskan ayatnya… dan menambah lagi,
“Cuma.. saya kurang faham 1 perkara…”
Prof. Saintis berpaling memandang Dato’ Pujangga beriak wajah ingin tahu dan tertanya-tanya tentang apa yang mahu dinyatakannya.
“Saya kurang faham 1 perkara…, Mengapa semua bercerita mahu kembali ke masa silam, untuk membetulkan KESILAPAN dan KESALAHAN, sebaliknya pergi ke masa depan untuk… ”
Kaboooommmm!!!….
p/s: *sebenarnya nak bercerita blog dah lama tak update, jadi takmo guna mesin masa yang dah siap nih untuk kembali ke masa lalu. hahaha
Selamat Hari Malaysia yang pertama!
Hari ini , 16 September 2010, merupakan 1 sejarah, tidak kira siapa pencetus dan siapa pelaksana, tidak kira asal usulan dari politik mana, individu mana ataupun atas sebab apa. Akhirnya, hari penubuhan Malaysia ini menjadi cuti umum untuk tahun-tahun mendatang. Jadi hari ini apa kata kita menjadi patriotik sikit. Kadar patriotik rakyat Malaysia saya percaya masih ada walaupun grafnya sudah banyak menurun.

Ingat lagu Malaysia berjaya yang dinyanyikan di perhimpunan sekolah 1 masa dulu? Nah nikmati. (abaikan kebarangkalian ada yang tidak sepertinya pada masa sekarang).
MALAYSIA BERJAYA
Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya
Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu bahasa
Malaysia berjaya
Dari perlis hinggalah ke sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya
Dengar semboyan kita berjaya
Gemuruh di angkasa
Satu bangsa satu bahasa
Malaysia berjaya.
Sekian… Selamat Hari Malaysia!
Doing AAE – Montage Designer Malaysia
Warghhhhh!!!, another 7 scene to go! Penat weh… Malam nih musti mau siap.
Start scene complete. Detail scene not yet. Sound not yet. Voice over? Reconsider as an option. Suara aku?
Update : 4.10 siap semua scene dan + edit movement sket2. Nak main camera tak sempat ah nih gayanya, berat pun dah besar giler. test render nak check semua.. total2 6GB!
Tak bleh nak speed dah…
MiniNiaga Prelaunch Video
Actually no secret, it’s from premium paid template, but i do need to customize, edit the sound etc etc and surely has to render it. My PC just not though enough to do the works.
Watch here : http://prelaunch.mininiaga.com/
Enjoy!
Now back to works mystic! The next launch video (no template) hahaha. Damn stress.. Will blog better after this.
Meanwhile kindly you all can visit my new latest project. Autorotik.com – Keghairahan Dunia Automotif! .
Lumba di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak
Oklah! aku ceritalah ape yang aku bagitau kat pos sebelum nih. 1 benda yang aku rasa ramai orang sekadar cakap tapi tak pernah buat. Bawak kereta hebat, cakap macam pernah masuk litar tapi tak pernah. Jadi aku tak mahu cakap saja. Jadi aku masuk litar!
Dalam hidup, aku mahu mencuba pelbagai bende sekurang-kurangnya sesekali (atau beberapa kali). Dan aku telah pun berjaya lumba di track buat pertama kalinya dalam hidup aku dengan kereta lama aku. Well, don’t ask me why aku tak ada kereta baru. Sebab aku tak mahu walaupun mampu berhutang bank dan bayar tiap2 bulan cam orang lain!. And.. everybody had their own reason for what they do. Lagipun sebab kereta lama camnih lah aku selamba kaw kaw lenjan.
. Kalu kete baru sah2 rasa kesian nak lenjan, keh keh.
Oh. Oklah back to race.
Info Ringkas :
Killerbees Trackday 2010
Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, PErak
14hb Mac 2010 – 7am to 6pm
My Beloved Mazda 323 Familia GTX Sedan

Kete nih aku beli dalam keadaan dhaif, restoration masih lagi berlaku sampai skang. Latest dah siap ketuk body, pasang bumper dan spoiler. Nak hantar cat sket lagi. Coming soon nak dump under the hood with B8T / 1.8 turbo (kalau ada duit lebih lah sebab enjin nih mahal nak mampus lo nih) atau option lebih murah 1.8 NA dari siri Mazda Lantis tapi rasanya lebih berat nak masuk KFZE 2.0 NA dari juga siri Mazda Lantis.
Litar Dato’ Sagor Perak adalah pilihan utama ‘low budget racer’ yang tak mampu bayar sewa mahal litar Sepang (khabarnya RM15K untuk 3 jam! ) Ye ah, litar power, mesti la kene jaga standard. So kalau dulu mungkin arwah litar Batu 3 Shah Alam pilihan ramai mat rempit kereta, skang dah takde tempat, tuh yang ramai rempit kereta atas jalan raya biasa je. haha!. No worry, aku nak lumbe, aku pegi litar.
Sikit shoot litar nih pernah aku post dah dulu, so letak balik je la.
Nk tgk gambar lebih besar sila ke gallery aku, klik gambar bawah nih.

Race nih dianjurkan oleh komuniti peminat kereta Mazda Ford & Mazda iaitu Killerbees , satu komuniti yang aku join kira2 setahun dulu. Boring duk forum sendiri, layan la forum lain jugak ye dak? Lagipun nih ‘the other side of me’ huhu. Trackday nih berlansung sehari suntuk dengan kehadiran ahli serata pelusuk bumi Malaysia, dengan penyertaan lumba hampir 100 biji semuanya! Dan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut : 1.6 turbo, 1.8 turbo dan NA Open (1.6/1.8/2.0 Natural Aspiration – non turbo ). Race juga 2 kategori, CCT (main lap) dan ST (Sprint Test).
Ermmm… aku nak wat ‘snippets’ je la :
- It was a very fun day to me.
- Very-very hot day, aku yang ‘tanned’ menjadi rentung. › Continue reading
Me at Sepang Formula One 2010 Raceday Grandstand
Nak beli sendiri ticket Diamond Grandstand(nama pun berlian) berharga RM2600? Pikir 10 kali pun konpom tak jadik bro. Pikir 20 kali laaagi la tak jadi. Tapi kalau ada tiket tuh di-offer pada maksima RM500, gua bayar, gua pegi beb!… Apatah lagi tiket free macam yang aku dapat nih. Konpom la pegi.
Ongkos2 sampingan lain tuh pedulikkan… Aku ingatkan tiket nih tak la mahal sangat, semak2 balik… rupanya nih lah tiket paling mahal pun kat sepang.
Tapi kalau aku dah ada income ratus2 ribu sebulan, antara bende yang mungkin aku akan pegi selalu, mende nih la…
Sewaktu ramai2 orang gilakan bolasepak EPL tuh, aku langsung tak minat. Aku minat F1 nih dah bertahun2 dah. Dah lama dah. Tiap2 race live atau tak live aku tgk kat tv. Tapi kadang2 miss gak. Jenis2 yang bawak kete cam hantu nih selalunya mmg suka la lumba2 nih. Bak kata member aku ‘Midon’, ayat kitorang sama2… “Masa muda2 dulu tak merasa bebende camnih, dah kalau boleh, ape la salahnya”. Bukan tua ya! Cuma dilahirkan lebih awal. Orang jiwa tua adalah orang yang lemah. Mudakan jiwa anda. Contohnya, masuk lumba kat litar, macam yang aku buat bulan lepas. Hahaha.. pedulikkan.. (eh.. aku tak post lagi bab tuh.. nanti aku post later2.

” Do Not Touch, Do Not Cross. ”
But I Do Sit On It!!!! lol.
wtf wtf wtf….aku baca tuh time aku dah nak balik, tak nampak pun ada sebelah sini tulis warning tuh. heh.. lantak!
Nih booth kat luar tuh, lotus punya stock2 kete lumba lama dia. › Continue reading
MARS – Designed by me
Design terbaru. Kerjasama antara ILuvIslam dan Flarebiz Network . Aku kembali bersama team flarebiz selepas kerjasama terakhir beberapa tahun dulu dengan Majalah IM. Kejap betul masa berlalu.

Mujurlah, dalam kesibukan kerja rutin harian, aku masih berjaya menyiapkannya sebelum lanching day. Cuma sejujurnya aku masih belum berpuas hati lagi dengan hasil kerja sendiri. Berharap isu akan datang saya mampu menghasilkan sesuatu yang lebih mengujakan.
Lawati : http://mars.iluvislam.com
Already Gone, Live! Kelly Clarkson yang GEMUK.
Gambar diatas adalah benar, Kelly Clarkson adalah perempuan gemuk sekarang. Sekiranya dia adalah artis di Malaysia, nescaya dia susah nak dapat show. Dan kalau dia masuk AF, dia akan tersingkir awal2 macam Aizat. Itulah Malaysia.
Jika diperhatikan, Juara Program Realiti lazimnya hanya beberapa siri awal saja yang hebat, yang kemudian2 lazimnya Indah Khabar dari rupa. Kadang2 lelakinya dah tak macam lelaki, macam pompuan dan macam bapuk pun ada contohnya (ya! kao pun taooo sape!) . Bluerkkkk….
Nikmati kehebatan suara Kelly Clarkson live ini, tetap power! dan yes.. aku minat suaranya sejak dia slim lagi, dan aku rasa bila dia berisi nih dia masih nampak comel. Oh! Bukan semua gemuk adalah comel, banyak yang hodoh macam kamu kamu kamu dan kamu yang gemuk juga! Hahaha..
Already Gone : Kelly Clarkson Live!
Mantap, hebat, tarik power, tak gerak bibir pun vocal jelas.
“Benar, dia sudah pergi, aku pun dah pergi, semua pun dah blah! yang tinggal hanya memori. Terima itu!”.
Download MP3 dan liriknya? › Continue reading
Banyak gile kerja! Dan aku nak berenti keje.
Dah lebih 5 tahun aku kat kompeni ini. Aku suka keje sini walaupun kadang2 aku tak suka. Bulan depan, dengan yakinnya aku nak berenti keje. Itu saja.
Adzakael dan Astina Turbonya
Siapa adzakael? Wahahaha.. best tul letak tajuk nama member nih.

Oh.. ini bukan adzakael punya Astina. Adzakael punya warna hitam sebab adzakael fanatik kaler hitam hahaha. Tapi astina kunen atas ini adalah kereta yang bukan2 calang2 punyaan seorang kenalan juga. Champion car juga. Fikir 10 kali la kalau jumpe ini mahu ajak fight aaa..
Aku tak ingat, ape yang best sangat hari Khamis nih, sebab rasanya sama cam rutin harian lain kat opis. Ada sajelah kerjanya kan, cam korang gak.
Itu malam, aku balik lepak kampung Padang Jawa juga. Lepak2 makan, adzakael call aku, ajak makan. Masalahnya aku baru lepas makan. So aku suh la dia turun padang jawa untuk makan kedai2 kat sini. Lepak2 borak2.. pompang pompang dah kol berapa tah malam.
Kete dia dah masuk enjin yang sangat power, jeles gue. Tapi kelakarnya kete dia masih… › Continue reading







Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of