Ambil sijil gantian SPM, PMR, STPM yang hilang
Anda hilang sijil SPM? PMR? STPM? atau sijil ape2 pun? Jangan bimbang!, anda boleh dapatkan salinannya. Fuh! Ayat cam salesman. Hehehe.

Ok!.. Sambung cerita. Begini ya. Aku sendiri dah hilang entah kemana sijil2 PMR dan SPM aku, maklumlah, hidup berpindah randah, bertukar tempat rumah dan sebagainya sebelum ini. Jadi aku sendiri pun tak pasti di mana hilangnya. Cuma aku ada rasa macam sijil aku harituh dicuri bersama folio gambar-gambar yang aku ada. Gambar2 tuh yang mahal, sebab pada aku ia merujuk pada kerja2 yang pernah aku buat. Ada dalam 2 file folder gambar tak kurang setiap 1 tuh dalam 30 mukasurat / 3 gambar 1 page. Ralat betul.
Hari Isnin, aku sebenarnya pergi mengambil salinan sijil adik aku Heri. Awal pagi sekitar jam 8, kami ke Putrajaya menuju Kementerian Pelajaran Malaysia. Dulu dia pergi buat naik komuter dari Padang Jawa, turun Serdang dan ambil teksi ke Putrajaya. Tah ler… dia cerita camtuh. Pastuh bile pergi ngan kete aku, dia bleh kata tak ingat tempat, haih… mmg lemah daya ingatan budak nih. Jadi selepas berpusing2 kira-kira 2-3 kali, baru la jumpe tempat tuh. Nak parking kete plak 1 hal. Aku rasa, nih satu kegagalan perancangan. Tempat parking macam takde kat putrajaya area Kompleks Kerajaan nih. Atau mungkin lebih tepat… tempat parking percuma yang takde kot?
Tapi aku tgk, semua kereta pun cam parking berterabur jer, aku pun join la, parking pacak mana2 bleh. Ada la 1 tempat jumpe selepas berpeluh2 mencari. Pastuh kene menapak sikit ke bangunan yang ada seperti rujukan di atas.
. Block E11 Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk memudahkan korang yang cari susah jumpe gak, di depan bangunan nih ada bangunan ini :
Bukan TV Pendidikan laa.. tapi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Ada round about ditengah 4 bangunan ya. OK… jadi aku pun masuk dalam bangunan tadi tuh. Aku kering tekak, kedai macam takde area sini, mujur lah dalam tuh ada mesin air tin. Mujur gak ada syiling dalam poket, beli la setin Cincau. Pastuh, adik aku pun pi la tanya kat kaunter, nak amik sijil dia. Dan aku suh dia amik borang untuk mintak salinan sijil . Yang nih untuk aku laa..
Ambil salinan sijil peperiksaan
Secara khususnya untuk panduan semua begini. Prosesnya mudah:
– Isi borang, nama penuh dan no. IC.
- Tahun peperiksaan
- Nama sekolah
*yang lain2 cam no. calon tuh semua tak wajib, ye lah, sape pun tak ingat dah bertahun2 tinggal sekolah tuh. hehe.
- Selepas isi borang, pegi kat kaunter, serah borang dan IC.
- Bayar RM10 untuk setiap 1 salinan Sijil, so kalau korang amik salinan PMR dan SPM bermakna RM20.00 tuuunaiii
- Kalau korang nak diorang pos, ada bayaran tambahan dikenakan.
- Kemudian diberi korang slip, yang ada mende2 patut la, termasuk no. phone diorang.
- Kene tunggu sebulan baru bleh pergi ambil. Kalau pos lebih lambat masanya.
- Setel, hoyeee!
Aku perhatikan, suasana sini hening dan damai, time aku pergi tuh tak ramai sangat orang, kaunter pun cuma ada 2 saja. Akak2 tuh pun kire friendly la gak.
Akhirnya adik aku dah siap amik salinan sijilnya, tapi nama sekolah menengah dia dah jadi lain!??? Afsal? Oh.. jangan terkejut.. korang yang mungkin nak buat nanti pun mungkin sama. Sebenarnya, adalah besar kebarangkalian nama sekolah korang dah pun berubah. Jadinya, tidak hairanlah nama sekolah tertera juga dah lain.
Jadi! Aku adalah pelajar sekolah MAAHAD! (sebab sekolah lama aku amik PMR dulu, sekarang dah jadi sekolah MAAHAD! Hahahaha.. agak2 camtuh la lam sijil PMR aku nanti.
) – salinan sijil aku akan siap bulan depan yay!…
Ok!.. last shoot. Gambar dari luar bangunan… Kelihatan kaunter kat dalam. lebih kurang camnih la.. (oh! ada refection gambar gue dan adik gue la plak lam cermin tuh.. huhu)

Gua ringkaskan cara kesana:
Pergi ke Putrajaya.
Cari arah kompleks kerajaan.
Cari Blok E11!
*semoga pos ini dapat di manfaatkan ramai orang. Dan kalau korang rasa pos ini membantu, silalah berterimakasih dengan meninggalkan komen dibawah. Tenkiu! (Dan peringatan! : jangan ngada2 nak curi pos aku letak kat blog tanpa link balik kesini, aku saman korang kang! )
*** Nampaknya aku dah mula gagal cabaran 30 hari aku nih, tapi walaupun lewat, aku cuba gak pos ikut hari. hehe.
73 Comments to Ambil sijil gantian SPM, PMR, STPM yang hilang
tenks bro. sepupu saya sorang sijil pmr dia ilang, sijil spm dia ada. nanti sy bgtau dia suh baca sini cara nak pi buat.
March 2, 2010
Sama2. Baru jer aku wat post nih, dah ada hasil search engine masuk sini. Haha.. moga2 dapat membantu ramai orang.
March 10, 2010
tq bro. aku hlg sijil spm. kes pindah randah. en3 ko mmg membantu thanks a lot
March 23, 2010
tq brader.. tdi pegi recce…tpi nk parking susah betol tpi xpe esok masih ada..janji dh tau loc. nyer..
March 27, 2010
thanks brader……….nasib baik aku kisah benar kau ni! kalu x,aku dah sampai kat bangunan lembaga peperiksaan jln duta tu! thanks again
March 28, 2010
thanks bro…puas fikir camna nak dapatkan semula sijil gantian ni, akhirnya dapat juga jalan penyelesaiannya dgn baca kat sini. Maklum le…sijil aku semua hilang masa kereta kena curi..
April 4, 2010
@zaki: sama2
@zahir: tu la pasal.
parking susah. nak parking ikut dan kang takut kene towing plak. parah!
@rozman : sama2..
aku pun alami bende yang sama, bertahun2 aku nak buat sijil salinan tak buat sebab tak tau cara.. tuh la buat pos nih supaya ramai orang lain dapat caranya dan tahu mana nak dituju.
@wan z : wah.. nyanya gak tuh kete kene pecah.
dalam seminggu dua lagi aku nak pi amik salinan tuh.
April 9, 2010
ha.. ana baru je nak carik camne nak buat sijil spm baru.. tq!
.-= fishballisme´s last blog ..Tahniah buat Zainur, Szakif dan Atia!! =-.
April 15, 2010
syukran jazilan.bantuan amat dihargai
April 16, 2010
@anafishball : wah.. ko pun ilang sijil gak ke ana?
@syahida : sama2 lah kita bantu membantu.
thanks sebab komen.
April 20, 2010
Thanx a lot. I nak buat surprise for my husband, anniversary nanti.Hidup tanpa sijil selama ni musnah dek banjir. TQ. STPM ambik katner. LPM kuarkan PMR, SPM je.
April 26, 2010
thanks bro..jasamu d kenang..semoga kau dapat aper jer yg ko hajati dlm hidup ni hasil dr keiklasan ko bantu ramai org..aminnn
April 29, 2010
salinan tu xboleh terus dapat ke? memamg menyesal gila hilangkan sijil tu. skrg aku xboleh pegi interview mana2 sbb dorg mntk sijil spm. adoyai
May 1, 2010
salam…
huhuhuhu.. sijil hilang…
huhuhu.. sijil pmr, spm dan stpm.. huhuhu
thanks ye…
kalau lain negeri pun boleh buat dekat cini juge ke?huhu
.-= Nina’´s last blog ..Dugaan,,,sabar,,sabar,,,sabar,,,, =-.
May 8, 2010
@Yus : STPM saya tak pasti, situ tak bleh ke? rasanya bleh je.
@adamaina : Sama2, itulah harapan saya, membantu yang tercari2 sama cam saya.
@azwan : salinan tuh kene tunggu sebulan , tak bleh siap terus, diorang makan masa nak semak dan nak sahkan agaknya.
@ Nina’ : Rasanya semua pegi situ jer, pusat. Takde kat negeri2, leceh nak buat banyak pejabat nak tambah staff plak nanti. Turun je la putrajaya, bukan susah pun, sambil2 makan angin orang kata.
May 20, 2010
Thanx Nizam. Post anda sgt2 membantu… Aku ilang semua sijil dari tadika sampai la STPM…
June 9, 2010
Mmmhhhh…puas saya baca…apa pun, soalan pasal nak dapat semula salinan spm tu terjawab…thanks bro!
June 11, 2010
Tenkiu..tenkiu..tenkiu so much!!!
Saya dah lama bergundah gulana dek kehilangan sijil PMR, nak pegi skol lama tanya, byk plak cengkadaknya. So time kasih la sbb share maklumat yg bguna nie yea!
June 16, 2010
tq bro for ur info..
June 21, 2010
salam, form utk dpt sijil tuh leh x org len tlg isikan??
June 24, 2010
no pusat/angka giliran tu mcm mane nak setelkan?
aku ni kehilangan sijil pmr lpas aku abis study kat UTM KL……
nasiblah diploma ngan sijil spm aku tak lesap….:D
June 25, 2010
kalau online boleh tak?
June 25, 2010
adik saya pulak tak pegi amek sijil nye, so kene pergi mane ek? kt johor bahru.
June 26, 2010
@RaFY : sama2. ![]()
@ubihot : sama2 gak ![]()
@seet : sama juga lah haha
@nurul : pun sama2 lah ![]()
@anysha : not sure about that, but better urself lah, lagipun nak ic dan sign.
@Hoyden : No pusat etc tuh no need, as long ada ic dan sekolah diorang bleh trace.
@nurul : no online2. nanti bleh jadi fraud kot.
@nurul2 : kalu sijil tak amik, ade sangkut ngan sekolah kot. contohnya tak bayar itu ini?
June 26, 2010
alhamdulilah.syukur pd ALLAH ada yg bgtau
June 27, 2010
oh….trima kasih banyak!
June 27, 2010
no tpon tempat tu ado tak
June 27, 2010
takdop. tak amik
June 30, 2010
urmm…kalau hilang sijil pmr, kene wat repot polis dulu ke baru g kementerian?
July 5, 2010
tq bro…
payah tui nak dapat kerja…
huhuhu…
July 6, 2010
hallo bro..cm ne klu sye yg tgl jauh di swk ni? nak kne pg Putrajaya gak ke?xde alternatif lain?
July 6, 2010
@izzati : setahu saya tak perlu kot. saya pun takde wat repot polis, kecuali IC hilang
@yana : gud luck
@Aque : dari sarawak tu saya tak pasti la. mungkin kene cari kementerian pelajaran di sarawak kot.
July 8, 2010
Nizam,I also just lost my SPM cert,wana ask u that de cert u get bec is it same as de original cert that we get last time?
July 18, 2010
Tengkiu2 bro…..aku dah graduate tiba2 ilang lak smua sijil aku. Psl tu jer aku xleh keje. Sadis3. Tengkiu3 bro. Jasamu dikenang.
July 20, 2010
ARIGATOOOOOO!!!
i ve lost my sijil about 2 years…susah gler nk dapat kerja…without sijil2 ni…huh!..thank you bro..
July 21, 2010
@wing : NO it’s not. The copy are different from the original. But it does a valid and legal cert.
@Faiz : sama2. semoga dapat bekerja dgn cemerlang.
@HanA : sama2. hait!
July 21, 2010
thank u s0 much..lega da ckit..b4 ni risau sgt coz sume sijil pmr spm n stpm da ilang…n xtau nk wat ape…so tima kaseh2 sgt2 ntuk panduan ni…
July 29, 2010
ass’mulaikum,
sijil spm n pmr gua dah ilang, sijil tahun 1996 n 1997…… blh dpt x? thnx
July 31, 2010
@Asya : sama2.
@ila : rasanya semua ada, tak kira tahun bila, asalkan ada.
August 4, 2010
entry yg dapat membantu.seronok.terima kasih.
August 10, 2010
pos ini sgt membantu..puas cari mklumat ini d web moe tp xda… tq2…
August 24, 2010
terima kasih bro! jasamu dikenang
September 1, 2010
thanks man! betul2 helpful
September 15, 2010
kalau paki on9 cek rezap xley ker?
September 29, 2010
Salam bro,
Terbaek & sgt membantu post anda ni. Moga dimudahkn urusan anda hendaknya.
October 11, 2010
thanks bro….
ini membantu sy yg sedang buntu…
igt x dpt masuk askar cuz hilang slip SPM…
thanks bro skali lagi…
October 12, 2010
Thanx bro!!
October 12, 2010
thanx for the info! really helpful to the max! jadi, original certificate tu tak bleh dpt ? only salinan ke?
October 15, 2010
hilang juga. sangat membantu!
October 21, 2010
sblh alamanda ke?
October 29, 2010
lepas aku baca2 forum kat lowyat forum tu, aku curious pula pasal sijil ujian lisan ni, kalo sijil ujian lisan tu hilang, macam mana pula nak request yg baru? semua forumer kat forum tu tak tahu nak jawab ape.. XD XD
October 29, 2010
terlerai suda kekusutan otak aku…sijil pmr n spm dh hilang…thanx bro
October 31, 2010
thanx yer..
skolah lme dlu kat sbah..xdpat nak g amek..
mtk skolah poskan, tp x dpt2 pon…
lau tros g ptrajaya amek leh x yer??
November 7, 2010
tq bro…gua pnye sjil da ilang mane tah..ari 2 g ptostat tetinggal kat sane kot..pas2 g tnye balik kat kdai 2 die ckp xde tggal…emm magik btol la…tq d atas informasi yg sgt berguna nih..
November 13, 2010
sebulan ker paling cepat nak dapat salinan tuh?
abiz sy kat jb mcm ner nak wat?
nak kena g kl gak ker?
December 4, 2010
As Salam…selain dari sijil spm or exam yg lain boleh x?cam sijil kadet ke,pustakawan ker…
December 10, 2010
thanks! Tp nk tnye suma sijil spm bleh ambik kat cni eventho’ sijil spm tok sekolah teknik di sarawak? Sbb dulu stay kat sarawak..1 ffile ilang dari zaman tadika sampai diploma..ni baru pas nangis..huhu original transcript diploma pun ilang..nsib baek degree nye lom convo kalu x ngn tu skali ilang…thanks *sambil lap air mata
December 10, 2010
lagi satu nak tnye…muet nye sijil leh amik kat cni gak ke? Huhu suma dlm file yg same…
December 13, 2010
nak tanye skit la. kalau nak tau result pmr kite je, then copy ambil kemudian bole x agak-agaknye.hee
December 24, 2010
Thanks for guideline tu bro. KAlau hilang Sijil Politeknik kat situ jugak ke tempat mengadu?
December 29, 2010
terima kasih… sijil pmr aku pun hilang… penting rupanya benda ni… benda ni penting utk sah jawatan…
January 7, 2011
http://apps2.moe.gov.my/lpm/index.php?option=com_content&task=view&id=560&Itemid=289 …ni untuk yang tinggal jauh..hehe..tp cara ni leceh..kena report la,pos la..tq
January 13, 2011
hari2 aku g keja kt hp cyber..kan ke senang nek erl..xsmpai 1/2 jam smpai..huhu
January 19, 2011
thanks bro….otw g putrajaya lpas bace post ni…hee
January 23, 2011
salam…mmg genap sebulan dari tarikh apply baru leh g amek ker?huaaa?
January 24, 2011
tq bro..baru je buat tadi..siap dalam satu jam
February 7, 2011
Eh! betul ke bleh siap dlam masa sejam ni? I baru nak abs study ni.. 2 yg tkt tak dpt cari keja sbb sijil spm dah hlg. Kalau bleh siap dalam sejam, bgs la..
February 8, 2011
TQ @ Syukran Jaziilan.
Anda telah tolong saya selesaikan sedikit masalah dunia. Kalau ada masalah untuk perkara akhirat bolehlah tan ya saya
February 8, 2011
tenkiyuuu. baru je pegi buat untuk sijil pmr. orang tu kata, kalau taun peksa tu 98 ke atas, dalam masa sejam leh siap. disebabkan malas nk tunggu, amek jela esok. hehe.
February 8, 2011
oh ya, tadi saya tengok die tulis kat situ, sslinan sijil pmr, spm, stpm sahaja. kalau yg lain2 entah lah.
February 8, 2011
saya nak tahu no giliran saya kt slip spm tahun 2007
February 11, 2011
Thanks a lot. Case i lain skit, bukan hilang tapi x penah gi collect. Jauh lah pulak kalo nak gi ambik sijil kat daerah yg i ambik periksa dulu. So kalo i nak salinan sijil tu kat putrajaya rasanye boleh x? Ada sape2 bleh tolong jawab pls???
February 20, 2011
sy ad call putrajaya ritu sal ilan sijil..
betul ke dpt sebln? dye ckp on da spot dpt..hu3
cm susah la pulak.
Will blog for money :D
Komen Terkini
- { Everyone loves it when folks come together and share thoughts. Great blog, continue the good work! } – May 13, 8:51 AM
- { Your post provides established beneficial to myself. It’s quite informative and you really are obviously very knowledgeable of this type. You have opened my own... } – May 12, 2:02 AM
- { Sangat betul tuan ahmad fani. Cuma mungkin macam saya citer.. dia try google, cari basic punya. Tapi tak ada. Kita yang dah main hari mmg... } – Jan 21, 12:14 PM
- { Part basic tu ialah tanda org tu nak belajar. So kalau dia tau basic, maknanya dia mmg ada keinginan yg tinggi utk belajar. Kalau basic... } – Jan 21, 12:02 PM
- { Halif Saat : tuh la... Malay mudah tua
Yang kekal muda cuma presiden dia je. hihi
Maizul : Nih dah design lama. dah... } – Jan 19, 6:09 PM

Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of
March 1, 2010