Balik Kuala Lipis kejap lagi. Cuti 3 hari.



Kerja hari ini agak sibuk, sebab aku kene setelkan keje2 sebelum cuti. Tadik menyiapkan print ads untuk internal ads beberapa majalah. Promote website dept. aku dalam beberapa majalah syarikat .

Ada 6 ads. Majalah Nona, Seri Dewi Keluarga, Pengantin, Nur, Rasa dan Pa & Ma. Print ads web company yang jual online benda2 bercetak iaitu : www.uprint.com.my .  Aiseh, aku tak ada copy jpg plak nak buh sini. Aku bubuh later2.

Semalam ads utk sinarharian paper dah kuar, half page. Same design, tweaking, change color dan resize je untuk magazine, ada sikit2 tukar teks gitu. Nanti round seterusnya baru wat new design lah. Kalu setiap magazine nak wat design baru, matilah susah. Mana sempat hehe. Turut menyiapkan 1 bisness card member. Dah diambil dan dibayar pun, bleh la untung 10-20 inggit. Jadilah. :D

Petang ini nasib baik tidak hujan lebat seperti semalam, semalam I call you, you tak answer aku balik memula tak hujan, sampai sekerat jalan, tuh dia, putih hujan turun punya lebat. Mmg kuyup la.. abis kasut2 baju semua basah. Malas dah nak berenti2 stop kat bas stand, redah jer, sampai umah mandi.

Hari ini cuaca ok, aku pun pi amik kete kat bengkel, baru tukar clutch baru dan ada beberapa mende lain lagi direpair. Habis kira2 RM500. Kire murah la tuh dengan power otai abang Zaidi. Zaifa motorspot. Pomen segala jenis kereta dan pakar volvo dan pakar gearbox.  Ini pun rege kawan2 agaknya, kalu orang lain, mungkin lebih sikit tapi still murah berganda2 dari orang lain. :D Bikinannya tip top. So aku takleh me-rem kete aku lebih2. Mau kasi itu clutch ‘masak’ dulu kata orang. Jadi kejap lagi nak balik lipis, aku kene slow2 ah, takleh sampai 180 cam biasa. Hahaha.. Nampaknya lebih 3 jam la baru sampai Lipis.

Kemudian pegi beli 2 tiket ke Perlis utk adik aku nak balik sana nanti. Tiket habis! Kecuali ada Ahad, 10 pagi. Nampaknya plan aku lari la sket nih, ingat nak rileks2 kat kampung dulu hari Ahad pagi tuh, baru balik ptg, diorang balik bas malam. Takper la… musim cuti semester semua, mesti la tiket sold out. Patut2 beli 2 3 hari dulu lagi baru betul.

Ah.. balik lipis, sebenarnya aku tak lalu pun bandar lipis tuh. Ikut sinun pun jauh. Aku cuma lalu jalan Shah Alam – Bentong – Raub – masuk Sg. Koyan – sampai la rumah aku. Balik nih untuk wat kenduri tahlil arwah ayahanda tersayang, 100 hari pergi menemui Allah penciptanya. Sebenarnya jatuh hari isnin, tapi sebab semua dah ada, cuti pun nak abis, percepatkan sikit hari saja lah.

Alfatihah untuk arwah ayah, Ahamad bin De.

Related posts:
  1. Cuti 4 hari, kerja sehari, cuti balik 4 hari.
  2. Hari seterusnya…
  3. Balik kampung lagi… dan makan macam-macam.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments Closed

2 Comments to Balik Kuala Lipis kejap lagi. Cuti 3 hari.

rizal
February 20, 2010

Tengok2 la kat mana ada batu besi.. huhu..

Nizam Ahamad
February 23, 2010

Aku dah balik, tanya adik aku.. And yes it is, sangat banyak kat daerah lipis, dan mmg dia tahu tempat. Dan salah seorang sedara mara aku mmg layan besi2 nih. Tapi terus terang aku cakap la, diroang takmo banyak lapis bile deal. Sebab diorang dah kene 2 kali. Dan diorang sangat tahu kira. :D

Rizal, Kalau ko orang yang direct dari kilang, dia bleh cerita, tapi kalu banyak sangat lapis, dia cakap terus terang.. mmg diorang reject dulu. Sana gred mmg tinggi, percent besi gak tinggi. even batu besi tuh kat tapak rumah nenek aku pun ada, batu berat, baru aku ingat masa aku kecik2 dulu, kalu campak batu tuh lam unggun api, meletup!. Warna hitam dan berapi2 kalau kita gesel kuat2 camtuh.

Kalau ko nak, aku bleh suh ko contact adik aku. Pastuh ko turun la deal ngan diorang. :)

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Hoi! The Box

Ini Iklan Namanya

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.