Buta Dan Celik Tentang Duit Dari Internet

Sunday, May 20th, 2007 | Sesuatu Yang Bermakna


Ramai yang BUTA atau dibutakan, termasuk akhbar dan orang yang mengaku pakar (baca sini).

Ramai benar yang tidak faham Buat Duit Melalui Internet. Saya menyokong penuh usaha kenalan saya, Founder WangCyber.com , Encik Suhaimi.

LAPORAN KHAS, KEMPEN “CELIK DUIT INTERNET” – 18 MAY 2007
Usah lagi tertipu dengan skim pelaburan haram & skim cepat kaya di internet!
Ketahui! Kaedah membuat duit di internet yang sebenar!

Kepada rakan yang dikasihi..

Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.

Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.

Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.

Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan “Buat Duit di Internet” adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.

Untuk pemahaman lanjut dan artikel penuh, boleh baca di :
KEMPEN CELIK DUIT INTERNET!

Related posts:
  1. Tentang Aku dan Web. (Siri 1)
  2. Susahnya nak update blog setiap hari. Pos ke 3 dari 100!
  3. Ok.. aku kat kampung… line internet GPRS jer

Comments Closed

5 Comments to Buta Dan Celik Tentang Duit Dari Internet

radenputri
May 21, 2007

Ape-ape jelah catborg oooiii…

gayour
May 21, 2007

ah, sudah la catborg! nanti kalo gua nak melabur/beli saham dalam internet, gua tanya dan mintak tolong kat lu la… tapi jangan harap gua akan ucapkan TERIMA KASIH kat lu. ok… sekian TERIMA KASIH!

pakdi
May 23, 2007

apabila pusat keselamatan siber malaysia juga terkeliru… itu memang menggusarkan.

Rizal
May 23, 2007

Bukan keliru tp main hentam je sebab tu la..

mysticmind
May 24, 2007

@radenputri : oh cik Nanie yang comel.. ^_^ . Selamat menjadi boss kembali di syarikat ayahandamu.. Ada masalah tanya jer aku.. aku pun pernah jadi pengurus dulu2 .. hehehe..

@gayour : laa.. sini pun ko reply.. hehe . Lu nak belajar ngan gua.. bayar yuran dulu aa.. hahaha

@pakdi : tuh ler pasal pakdi.. sori.. lupa mention ko punya bicarajutawan.com pun kena gak. Tah aper2.. Nak wat camner.. dunia dipenuhi orang yang berpura2.. :D

@Rizal : ko jangan.. diorang kata ‘siasatan terperinci’ tuuu.. kah kah.. terperinchi konhon!

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Will blog for money :D

Hoi! The Box

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.