Graphics
2012 Responsive Web Design – Design web yang bertindak balas?
Trend web tahun 2012 ini menjurus kearah ‘responsive web design’. Susah nak diterjemahkan ke bahasa Melayu bagi istilah² teknikal ni. Boleh rujuk banyak web² besar menyatakan perihal ini. Saya juga mencubanya… tapi belum lengkap sepenuhnya hehe.

*klik untuk besarkan. Atau lawati web Pergh Multimedia
Saya mengasingkan, pergh.net sebagai web perniagaan dan pergh.com tetap major site utama seperti asalnya. Traffik pecah? tak kisahlah, dua2 pun aku punya jugak hahaha… Dalam pergh.net saya kumpulkan mana2 web yang saya bina di bawah label Pergh Enterprise… saya brandingnya sebagai Pergh Multimedia, ingat dah boleh tukar Sendirian Berhad tahun lalu, malangnya… malang yang jadi. Haih… Takpelah… someday perhaps. Web tersebut adalah sebagai web perniagaan saya yang menawarkan kerja-kerja print design, web design, multimedia design dan segala apa jua yang saya tahu buat (banyak giler kot?)
Berbalik kepada Responsive Web Design… › Continue reading
Aku designer, styler dan aku juga programmer
Pengalaman saya dalam dunia web ini, saya kirakan sudah mencecah hampir 10 tahun. Saya masih ingat saat saya bertatih mempelajari HTML satu masa dahulu. Dahulu untuk mencari tutorial percuma bukan benda mudah, tambahan pula saya rasa pada waktu itu tidaklah banyak web dibina sebanyak yang ada sekarang.
Web Pertama Di Dunia!

Invented by Sir Tim Berners-Lee & Robert Cailliau [wiki link on name]
Ada di Muzium W3C : http://www.w3.org/History/19921103-hypertext/hypertext/WWW/TheProject.html
Web pertama wujud pada tahun 1990 (diusahakan sejak 1989).
(Oh! Baru kaoooo tau ke?)
Sekiranya saat saya belajar pasal web itu (circa tahun 1999) cuma ada 500,000 bilangan web, saat ini dilaporkan pihak2 tertentu sudah wujud hampir 300,000,000 (3 ratus juta) web dalam dunia. Dengan anggaran kiraan beberapa TRILLION webpage!
. DAN! setiap mili saat, bilangan itu bertambah! Nah! Bayangkan itu. Sori bro… lu cuma 1 daripada ber-trillion hehe..
(sekadar sumber bacaan : CNN articles - tuh pun tahun 2010 punya)
Jadi tidak perlulah kita nak dapatkan statistik yang tepat sebab ianya agak mustahil…. T_T . Ok! dah melencong, kembali kepada tajuk. › Continue reading
Semoga tahun 2012 ini cemerlang dan Happy Dragon Year
Ok aku gagal… mengemaskini blog setiap hari. Cabaran 100 hari aku adalah amat gagal disempurnakan. Apa2pun, tak bererti gagal terus. Apa yang positifnya, blog aku ada post baru dan juga ada layout baru. Juga trafik blog ada banyak penambahan. Jadi, antara faktor menambah trafik blog anda, ialah dengan rajin menambah pos baru!

Alasan aku mudah, aku sangat sibuk. Semua orang sibuk, kamu2 juga. Tapi memang itulah alasan paling lazim. Tapi aku memang lah sibuk T_T. Aku balik kampung hampir 2 minggu sekali, menguruskan pelbagai hal. Antaranya menghantar adik aku balik ke Politeknik Sultan Idris Shah, menghantar adik aku yang lain ke Sekolah Menengah Teknik Kuantan dan macam2 lagi. Tanggungjawab anak sulung dari 11 adik beradik
. Sibuk kan? Tak mengapalah… Aku boleh mulakan balik atau qada’ jer post2 yang terlepas. Tapi biarlah. Let start it again. over and over again.
Tahun 2012, dunia akan berakhir? haha… ramai ingat ayat tuh dari iklan tv. Sebenarnya, ramalan dunia akan berakhir 2012 nih adalah dari kalendar kaum Mayan yang dah pupus. Tak perlu la kita percaya itu, lari akidah islamiyah lak nanti.
Erm…kalau kaum Mayan pun korang tak tahu, makna dia hidup korang dah terlebih hiburan dan kurang membaca. Hiburan terlebih menjadikan otak manusia malas mencari ilmu. Hiburan terlebih adalah senjata paling ampuh (juga senjata zionist?) untuk melemahkan sesuatu bangsa.
Sebab itu orang yang asyik sangat melayan hiburan atau berhibur, lazimnya adalah orang2 yang kurang daya inteleknya! › Continue reading
Selamat tinggal tema lama, tema baru untuk 2012?
Wah! rasa ganjil sekali bila menyebut tema sebagai gantikata Inggeris untuk ‘theme’. Bahkan berasa pelik juga.
Selamat tinggal theme lama yang dah berkhidmat lebih dari…. rasanya dua tahun. Aku buat theme tuh masa aku masih kerja di Karangkraf .
^o^ Masa keje kat flarebiz aku tak buat web sendiri pun hehe… Memang sah dah lama giler. Begitu pantasnya masa berlalu…
Oh.. malam nih aku akan balik ke kampung. Sebuah tempat di Kuala Lipis, Pahang Malaysia. Esok aku akan update dari kampung, untuk membayangkan konon2nya aku komited nak cukupkan 100 post TANPA HENTI.
Ala… baru 4 post tak payah lah aku sembang lebih hehe..
Sekian pos ke 4 dari 100 tanpa henti!
Susahnya nak update blog setiap hari. Pos ke 3 dari 100!
Takde apa yang mudah dalam dunia nih… Stakat nih, aku baru mula 2 daripada 100 post. Harap2 aku berjaya habiskan sampai 100 post.

Untuk permulaan nih aku nak merapu2 saja dulu. Belum ada point2 menarik yang aku boleh pikirkan lagi. Arah tuju yang baru pun sedang di kenal pasti. Boring lah asyik baca blog ataupun post2 pasal perniagaan internet saja.. Tuh pun cuma 15% jer bleh percaya, ramai yang lain tuh KOMPANG JER LEBIH! Wahahaha. Seriously!
Aku perasan gak, tak ramai yang rajin blogging skang. Semua duk layan FB. Sebenarnya banyak gak perkara yang ada di blog sendiri, tidak ada di FB. Mungkin seseorang perlu buat sesuatu macam…. 10 kelemahan FB? We will see then.
Sadly… banyak blog2 menarik yang aku suka baca, dah tak berupdate. Agak mengecewakan la kot?
Ok!… aku punya design baru dah siap, walaupun tak sepuas hati seperti design sebelumnya yg aku dah sneak peak lagi…. skang dihilangkan tah kemana dalam hard disk yang problem itu. Untuk memberi semangat baru, maka aku perlu tukar layout yang baru, harap2 ada feelnya lebih sket!
Cabar Diri Sendiri! 100 Hari Update Blog! Tanpa Henti!
Hari ini, aku nak cabar diri sendiri, update blog setiap hari selama 100 hari!
Adakah anda rasa saya akan berjaya? Ya / Tidak?
Anda mahu cabar diri anda jugak? Anda rasa saya tak akan berjaya? Anda rasa mahu join cabar diri?
You Choose!
Hotfile aku tak pernah expired… ye lah tuh…
Wah weh.. heaven rasanya… premium akaun tak pernah expired…

Dalam tak sedar, kadang2 kita terkena gak bebende camnih… even orang yang berjaga2 seperti aku dan kamu… Dulu, aku ingat, ada la tak expired sebab aku tak pakai sangat, kire point macam banyak. Lepas aku selidik2… OMG! WTF… dia charge kredit card aku dah 2 bulan!
Tak la banyak.. dalam USD9 / Rm30 sebulan… tapi camner aku bleh tak perasan… so lepas aku sedar, aku pun cari la kat mana nak disable auto renewal monthly tuh.. xde kat website hotfile! Panas beb… So.. untuk itu belek page FAQ dia, atau soalan lazim ditanya… This is the answer :
Q. How do I cancel my Hotfile subscription?
A. You can easily cancel your Hotfile monthly subscription at any time. When you cancel, your account will continue to be Hotfile premium until the end of the term that you have already paid for. Customers using PayPal should note that subscriptions are maintained and controlled by PayPal and not by Hotfile, but you can cancel your subscription with them at any time. Customers using SegPay as payment method for monthly subscription should contact them by email. To cancel subscription contact them at help@segpay.com To cancel your subscription click here
page : http://hotfile.com/faq.html
Disini dia mem-point back kepada paypal, so dia kata tuh semua kene edit setting subscription kat paypal.. demn it..
Pusing2, korang berdua gak dapat duit, paypal dan hotfile. ceh! Whatever it is, we are still the victim without our concern.. sigh…
So aku dah berjaya cancel subscription tuh… dan akan lebih beringat lepas nih… kita manusia, kadang2 kita lupa dan leka juga.. hermm…
So why do i subscribe hotfile at the first place? Heh… just like your own reason tooooo…
*btw.. juga senang untuk hantar file 100MB above kepada client guna hotfile
.
more detail ada bgtau sini : https://www.paypalobjects.com/en_US/ebook/subscriptions/cancellations.html
Domain ini sudah 4 tahun woh~!
Wah.. tak sangka… Pejam celik dah 4 tahun aku beli domain ini. Kalau ikutkan lebih dari tuh…
Dulu mula2 seingat aku, blog mula2 asalnya kat subdomain pergh.com, iaitu mysticmind.pergh.com sekitar tahun 2000 hingga 2005. Lepas tuh aku migrate ke domain mysticdreamworks.com , then aku beli domain nama sendiri plak. Sejak tuh semua content pindah belaka ke domain nih…
Jika merujuk pada arkib, ada post di blog sejak tahun 2005. Seingat lupa aku, aku tak pindah dari blog lama sebelum tuh 2000-2004 punya , sebab masa tuh aku jahil lagi sistem2 dan import export mysql database (tak semudah macam zaman sekarang).
Erm.. seronok gak kadang2 baca post sendiri lama-lama punya. Ada coretan kisah2 dulu, bila baca balik, boleh mengingatkan apa yang berlaku dan sebagainya… Susah payah, suka duka, semuanya dah direkodkan oleh diri sendiri. Tulis diari tak cool.. diary online merangkap blog adalah terbaek!..
17 April lalu adalah ulangtahun ke 3 domain ini, aku saje letak 4 hehe, padahal dah lebih kalau campur semua… tah pening tah. wakwakakwaka eh eh… calos!
Masalah blog bersawang?
Blog dah berzaman tak update…. dah bersawang dah, mujur takde labah2 jer merayap-rayap kat dalamnya.

Virus blog bersawang nih adalah perkara lazim, yang bleh berlaku pada ramai blogger. Kadang2 ada blogger yang hebat dan rajin giler update sekalipun, tiba2 blog dia jadi bersawang.
Sungguh!
Apatah lagi la yang tak serajin mana macam aku nih… sah2 lebih dari sawang lagi adanya… (ah.. korang pun lebih kurang jugak heh!). Ada masanya kita cemburu tgk blog2 member yang selalu update hampir tiap2 hari. Kita cuba nak update macam diorang… tapi tak pernah menjadi. Padahal, blog kita pun ada follower tetap – yg kemudiannya jadi tak tetap sebab ketidak-tetapan update kita tuh.
Kadang2 kita rasa rajin nak update, dan selalu update. Cuma bile kita post selalu, hampir tiap2 hari pun ada kadang2.. tapi bile orang tak masuk baca dan komen. Jadi malas nak update. Ada yang sekadar komen kat facebook share link kita di facebook jer. Pun bolehlah.. kira ada respon, tapi tak sebest kalu orang komen kat blog kita. Aku rasa.. nih masalah lazim masa skang.. facebook effect.
Jadi mungkin terserah pada tujuan ape kita wat blog. Jadi populis? Saje2 nak blogging? Entah, kalu aku tanya pada korang korang dan korang blogger pun.. korang pun tak tau nak jawab. Alah… korang pun lagi suka komen kat facebook jer… walaupun korang lebih suka orang komen kat blog korang hehe. (dah tuh jangan marahkan orang sebab tak komen kat blog korang tapi komen kat shared link blog update di FB jer muehehe.)
Well… it’s ok.. as long, peoples read it.
Azam lagi.. nak update tiap2 hari bermula hari ini… harap2 berjaya… erm.. ape aku nak tulis kat sini aa.. ada idea2?
Sneak peak Mysticmind’s new blog design
Design yang ada nih dah lebih setahun rasanya guna, aku pun dah lupa, bila aku designkan blog aku nih. So dah sampai masa untuk refreshkan dengan design baru. Berikut adalah sneak peak.
Sementara tuh jugak, eloklah aku amik kesempatan untuk ucap thanks kat member lama aku, cik Ani Nadila iaitu pembantu editor kat Majalah PC kerana menggunakan screenshot blog aku pada majalah PC keluaran Februari ari tuh. Dah banyak beza Majalah PC dulu dan skang, dah bleh lebih bernafas dengan ada banyak iklan juga. Congrats.
Here’s the screenshot.
Aku juga dengar khabar majalah PC dipiratekan secara tak bermoral oleh pihak2 yang tak bermoral juga. Diorang tak tau susah payah sesebuah majalah tuh nak survive kat market, jangan mudah sangat pikir semua bende untung besar.
Google Sketchup untuk Interior Design huh!?
Aku buat nih utk 1 proposal business of my friends. Actually I’m a part of it.
A gaming room in a Club House. Well… not much for now that I can tell you.
Dah lama tak main sketchup, dah banyak bezanya sketchup lama dan baru. Budak2, civil engineering, arkitek (of course), Interior design, dan segala berkaitan design wajib belajar nih… Enjoy!.







Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of