Graphics
Awek Tudung Baik Punya!
Awek tudung merupakan keyword popular carian internet. Entahlah apa dalam ingatan si pencari, rasa-rasanya tidak dengan tujuan yang baik di fikiran. Itu fakta.

Klik untuk skala besar dan file 3gp awek tudung ini.
Artwork diatas, adalah hasil kerja en. Edy [facebook beliau] , dan diwarnakan oleh saya [facebook saya]
Artwork ini bertujuan untuk web komikniaga.com a part of flarebiz network , tapi tidak jadi barangkali kerana masalah selera atau saya yang sudah tidak kena temanya. Jadi artwork ini tidak digunakan, cuma mungkin akan digunakan untuk ilustrasi hiasan barangkali. Jadi saya letakkan disini untuk anda nikmati.
Sudah lama saya meninggalkan bidang › Continue reading
Merah Biru Hijau Kuning, Adalah Penantian
Aku kurang pasti, dari manakah asal usul perkataan “hitam putih kehidupan”. Barangkali wujudnya kerana dahulu orang melihat cerita hanya di tv dan layar panggung yang berwarna 2 itu. Mungkin pencipta ayat tersebut malu2 sekarang ini kerana sudah banyak warna yang ada.
Tetapi, ayat2 berikut yang punyai tambahan warna diantara keduanya iaitu kelabu. Mungkin bermulanya era grayscale atau monochrome. Ah… tapi kalau dilagu nyanyikan ayat diatas, tentu saja yang paling di ingati adalah dari lirik lagu kumpulan tersohor iaitu XPDC.
Cuma… aku juga hairan dalam liriknya ada… “merah biru hijau kuning adalah penantian”? Apakah ia pasti bukan Lampu isyarat? Dari mana datangnya warna biru? Signboard-kah barangkali.
++ Tapi malam tadik, didepan mata, ada orang mmg nyaris di sondol tabrak oleh lori treller yang tak berhenti pada warna merah, dan si-nyaris pula terlalu kalut nak memecut motor sebaik lihat lampu hijau. Ada masanya kita perlu kembali ke asal, iaitu… pandang kiri, pandang kanan, kiri lagi dan melintas. Kerana tidak semua orang peduli warna.
Kalau kena tadi, confirm warnanya merah.
Kita hari ini, adalah hasil dari apa yang kita lakukan dahulu!
Lama tak update blog aku, sangat2 lama. Sibuk segala bagai, nak mengarang pun malas.
If you don’t blog, you not exist in this cyberspace.
Bulan mac adalah bulan ke 3 dalam setahun, tiada bulan yang special, tiada jugak bulan yang sial. Ia tergantung atas apa yang kita lakukan samada dilakukan 1 masa dahulu, semalam, mahupun tulat.Yang paling penting ialah kita melakukan sesuatu yang bermakna.
Justeru, KITA HARI INI adalah hasil dari APA YANG KITA LAKUKAN SATU MASA DAHULU!
Happy Deepavali Valthukkal
To Hinduism, Sikhism, and Jainism, all around the world. Happy Diwali.
It was Public Holiday in Malaysia today. Last night, fireworks shoot in the sky everywhere. I was in Padang Jawa, the place in-the-between-of Shah Alam and Klang. It started at 12 midnight untill 2.00 am at least. It sound loud… but it’s OK.
Selamat Hari Malaysia yang pertama!
Hari ini , 16 September 2010, merupakan 1 sejarah, tidak kira siapa pencetus dan siapa pelaksana, tidak kira asal usulan dari politik mana, individu mana ataupun atas sebab apa. Akhirnya, hari penubuhan Malaysia ini menjadi cuti umum untuk tahun-tahun mendatang. Jadi hari ini apa kata kita menjadi patriotik sikit. Kadar patriotik rakyat Malaysia saya percaya masih ada walaupun grafnya sudah banyak menurun.

Ingat lagu Malaysia berjaya yang dinyanyikan di perhimpunan sekolah 1 masa dulu? Nah nikmati. (abaikan kebarangkalian ada yang tidak sepertinya pada masa sekarang).
MALAYSIA BERJAYA
Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya
Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu bahasa
Malaysia berjaya
Dari perlis hinggalah ke sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya
Dengar semboyan kita berjaya
Gemuruh di angkasa
Satu bangsa satu bahasa
Malaysia berjaya.
Sekian… Selamat Hari Malaysia!
Doing AAE – Montage Designer Malaysia
Warghhhhh!!!, another 7 scene to go! Penat weh… Malam nih musti mau siap.
Start scene complete. Detail scene not yet. Sound not yet. Voice over? Reconsider as an option. Suara aku?
Update : 4.10 siap semua scene dan + edit movement sket2. Nak main camera tak sempat ah nih gayanya, berat pun dah besar giler. test render nak check semua.. total2 6GB!
Tak bleh nak speed dah…
MiniNiaga Prelaunch Video
Actually no secret, it’s from premium paid template, but i do need to customize, edit the sound etc etc and surely has to render it. My PC just not though enough to do the works.
Watch here : http://prelaunch.mininiaga.com/
Enjoy!
Now back to works mystic! The next launch video (no template) hahaha. Damn stress.. Will blog better after this.
Meanwhile kindly you all can visit my new latest project. Autorotik.com – Keghairahan Dunia Automotif! .
MARS – Designed by me
Design terbaru. Kerjasama antara ILuvIslam dan Flarebiz Network . Aku kembali bersama team flarebiz selepas kerjasama terakhir beberapa tahun dulu dengan Majalah IM. Kejap betul masa berlalu.

Mujurlah, dalam kesibukan kerja rutin harian, aku masih berjaya menyiapkannya sebelum lanching day. Cuma sejujurnya aku masih belum berpuas hati lagi dengan hasil kerja sendiri. Berharap isu akan datang saya mampu menghasilkan sesuatu yang lebih mengujakan.
Lawati : http://mars.iluvislam.com
Meeting ISO Standard dan 2010 Performance Plan
Hari rabu… semalam masih ada cerita yang aku belum cerita lagi.
Aku dah terlebih membebel jer pos sebelum nih.

Oh.. btw, my pergh.com dah masuk layout baru since last month rasanya. Layout lebih kurang yang nih gak, tweak sana sini jer. Save time…
Semalam pagi, ada meeting pagi, meeting pasal ISO standard, dan jugak meeting bersama sales department. Meeting nih lebih kepada orang-orang berkaitan pengurusan dalam department aku. Aku tak perlu masuk, tapi saja aku nak masuk, nak amik tahu dan aku percaya ada kaitan ngan kerja2 aku juga serba sedikit. Aku kene tahu workflow berkaitan.
Dan mungkin juga perlu tahu supaya tidak nampak poyo. Hehe.. Oh kamon, main stended mended nih, ko tak tau, silap2 kang ko kene. Baik ko amik tau kan. Meeting sampai kol baper tak ingat, tgh ari kot. Tak lama sangat. Petang semalam plak ada kene isi borang performance plan yang dah di isi dari pagi. Ada panjang lagi aku tulis kat forum pergh. Malas nak buh sini.
Tgh hari (Selasa) aku balik Padang Jawa jap, print dan cop 1 invois, pastuh pegi Pejabat Pos Sek. 16 Shah Alam guna express.. Ekspress la sangat, konon sampai esok. Tah ye ke tidak. Pos hantar ke agensi, kemudian diorang hantar ke MDEC. Ada la riban riban sikit. Harap2 bleh la tampung bayar server web-web aku nih. Ikutkan ada masanya perit nak membayarnya… Harap2 3 minggu lagi clear la check tuh.
Hari Rabu…
Aku sambung keje wat design 1 page utk dimasukkan dalam › Continue reading
Aku sudah menjadi menjadi seekor tikus? Dan snippets ke – 2
Wah… dah lapuk dek zaman dah blog gue ini.
Dah 2 bulan sedar tak sedar sejak pos terakhir!
“Pemalas tul la ko nih mistik!” – kata encik F.
“Dah bukan stakat bersawang dah nih bro, dah berhantu!” – Miss U kata.
“Bro! bile mau apdet blog? ” kata pakcik C pulak.
“Ko membebel apa2 je, merepek ape2 je laa.. suka gak aku baca…” kata datin K plak.![]()
“Gampang~~~” - Kata aku dengan lancang (tapi diorang mana dengar, sebab semua tuh kat YM atau kat komentar saje… Hehehe. xoxoxo (tah mende kejadah xoxoxo bdak2 manga. macam sial xoxoxo)
Sebenarnya…. nih la tebiat aku, atau mungkin kebanyakkan manusia juga… Masa takde, nak gak ada… tapi dah ada… tak reti plak nak jaga awek sampai dah kawin dengan orang lain. Tuh ler pasal… Kadang2… cakap kemain la.. nak buat itu.. nak buat ini.. akhirnya…. wassalam.. Mmg, susah nak komitmen bende2 camnih. Mungkin.. mungkin sebab blog nih tak menghasilkan ribuan RM sebulan. Cuma RM80,000 puluh2 ringgit sebulan kalau ada. Itupun kalau ada la…. rasanya takde.
Blog personal ini, seperti taglinenya… “Aku punya suka lah!”. So… gitu la… Blog personal ini kononnya nak letak portfolio.. tapi lazimnya tempat meracau aku. (well.. itu sepertimana artikel aku ‘10 Sebab Untuk Blog‘ dalam Majalah Pc dulu = Blog sebagai terapi emosi. Betul la tuh kan! Tapi takde la maksudnya aku sedang sakit mental nih…
)
So.. nih lah snippets bulan2 lalu : )
Julai 2008.
1 – Aku pun dah tak ingat sangat apa aku buat bulan Julai. Aku rasa.. aku agak down bulan Julai.. dan bulan Ogos juga.
2 – Tak ingat dah.. kecuali pergi dan balik kerja je.. Oh God! What a tipical life I had now!. What? A racer in a ‘Rat Race!’. Just like others?.. My desire to do something for my future life’s now getting weaker! DAMN! I hate this.. It’s just not me! Noooo… I have to find myself back!

3 – Buat design Emagazine Majalah IM macam biasa dan lambat siap jugak (duh!).
4 – Tak ingat dah.
Ogos 2008.
1 – Sibuk dengan kerja2 opis jugak. Terutamanya montaj kat pos bawah nih. Dah sibuk dengan events tersebut tentunya.
2 – Semua orang di seluruh pelusuk Malaysia sibuk dengan Permatang Pauh. Yang menang berkokok merata2 macam beruk dapat bontot bunga. Yang kalah tersipu2 malu dengan berwajah ‘bera dan kanyor’ (pahang slang yang bermaksud, muka naik tebal setengah inci dan terasa kebas. Yang pasti sangat juga, ramai orang jadi buah bidak catur yang digerakkan dipapan bernama ‘mind game’.
Yang kemudiannya.. dia punya komen analisis! Peh.. kalau tak mencarut atau mengkritik ala-ala drama telenovela bawang merah bawang putih (yang wataknya bodoh2 belaka tuh lah!)… mesti dia menyumpah sana dan sini sambil menjerit2 marah dengan pitching terlampau!. (tahap akal budak terencat yang terencat)
3 – Kalau dah fanatik tuh.. fanatik gak.. tak kire la duk sebelah mana yakni, anal-isis berkiblatkan parti mana dia duduk bukan anal-isis fakta apatah rasio-nal tapi mengaku mereka sangat anal-itikal. (seperti mana ulasan Dr. Aisar Yee Abdullah dalam Akhbar Sinar Harian yang sentiasa amat menarik untuk dibaca)
Sebenarnya, pada pihak mana kita berada, kita bersikap tidak rasional. Kita cenderung mengenepikan kebenaran. Kita lebih berat untuk berpihak kepada pendirian parti pilihan kita.
KITA TIDAK BERSIKAP RASIONAL <klik sini>
4 – Buat design Emagazine Majalah IM macam biasa dan lambat siap jugak (duh!).
![]()
5 – Tak ingat dah! cuma… ada 1 lagi… Merdeka yang sangat suram!.
Bulan september plak… ah… aku buat pos lain lah!
Motion Graphic Montage Maskulin Party 2008
Dulu-dulu… aku mungkin ‘beragan’ nak buat bende2 tak senonoh camnih. Tapi berangan jer takkan hasilkan apa2. Dengan beberapa upaya aku berusaha nak faham sendiri-sendiri software After Effect, so then aku bleh la buat mende2 simple dan bodo2 jer dulu.
Kemudiannya diajar perkara asasnya dapat aku faham dengan lebih baik menggunakannya… oleh seorang bekas teman sepejabat yang bernama Rafi Jupri yang kini bekerja di AirAsia. (Aku rasa dia mungkin akan baca pos aku nih.) Well… Rafi, ko tetap sorang guru terawal aku lam bidang mende alah nih. Huhu.. Walaupun ko selalu kata… “Ape la sangat, eh manade”.. Tapi mmg dari ko gak aku start belajor mende nih supaya lebih faham.. OK! Hasilnya…
Montaj nih adalah ‘opening montaj’ aku buat untuk event Majalah Maskulin sabtu baru-baru ini. (2 Ogos 2008). Mula petang, abis malam… so jangan kata aku larat sangat nak pegi ke Gath WangCyber atau buat mende-mende lain. Lagipun takde pun aku bagi nama… sebab aku tahu, aku bukanlah orang yang bleh merancang awal nak pegi mana. Aku tak sukalah hidup aku terlalu dijadualkan. Orang lain, lain cerita lah..
Lagipun.. aku nih bukanlah orang sosial sangat.
The Return of Maskulin Party 2008 (Party ulang tahun ke 7 Majalah Maskulin), bertempat di The Funtheque , The Ship Bukit Bintang KL (ko gi clubbing ke Mistik? A ah.. yelah tuh) . Yup, depan bukit Bintang Plaza tuh, merangkap kawasan segi tiga emas Malaysia atau kawasan yang paling mahal setiap inci tanahnya di Malaysia nih. Mula lewat petang dan habis malam. Penat seh, dah la aku yang wat montaj tuh sorang-sorang sekian harinya.. err.. seminggu kot.. tuh pun hari Jumaat baru leh siap btul2. Ada 2 montaj sebenarnya….
Semasa event tersebut, aku yang juga merangkap CamcoderMan (bawah sket dari kameraman la kot, kalau ngan ultraman tuh lagi la merepek… hehe). Adalah amat melenguhkan tangan dan bahu mengeshoot handycam Sony tersebut sepanjang event. Tak kisahlah.. janji enjoy.. Erm.. event tuh gak bleh lah dikatakan meriah dengan kehadiran lelaki-lelaki sasa PLM (Pencarian Lelaki Maskulin) dan bleh kata ramai dah jadi model belaka serta ramai koleksi gadis-gadis melayu 3GP genit² heehehhe .
Tidak lupa juga berpuluh-puluh (tak kire sangat) artis lelaki dan perempuan hadir sama. Nantilah aku update later gambar2 aksi panas pada pos seterusnya. Nikmatilah hasil montaj gue.. Abaikan music pilihan ‘last minit’ tuh kalau tak best. Lagipun music tuh tak pakai, sebab pakai Live Audio dari DJ NAS-T (Pelakon Drama KAMI tuh).
Ok!!! Sapa mahu order sama aku visual montaj untuk event besar² jangan malu². Sediakan beberapa ribuan ringgit ya!… Hahahaha. Calos..






Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of