Life stories and bablings

Padang Jawa, Shah Alam, Klang

Thursday, January 26th, 2012 | Life stories and bablings | No Comments

Pagi! Seperti semalam, aku teruskan rutin harian semenjak dua menjak ini. Padang Jawa yang bersifat ala-ala Kampung Baru di KL adalah umpama ‘Kampung Baru’ versi Shah Alam. Dulu, Padang Jawa ini letaknya didalam daerah Klang tapi kini diserap masuk ke dalam Shah Alam seperti beberapa kawasan yang berhampiran. Dikenali kerana kos sara hidup lebih murah berbanding Shah Alam.

Untuk perbandingan mudah, sewa rumah di Shah Alam adalah sekitar RM 600 – RM1200 bergantung saiz dan lokasi. Tetapi di Padang Jawa masih boleh ditemui rumah sewa pada kadar RM300 – 600. Makan tengaharinya (meal) murah 10% dari Shah Alam. Bagi mereka yang suka menunjuk ‘lifestyle’ atau gaya hidup, berbanding kesederhanaan, ini bukan tempat anda! Tapi perlu di ketahui, yang di sini bukan setinggan tetapi tanah2 lot adalah bergeran dipunyai oleh wak wak jawa yang rata-ratanya kaya raya dengan duit sewaan rumah. Bahkan, ada wak jutawan! (arwah) memiliki hampir 300 buah rumah sewa (yang kini dah diagih2kan pada anak2nya kalau x silap).

Seperti juga semalam, hari ini di sini sudah mula kembali sibuk. Apa yang aku sedari ada 2 kali ‘gelombang’ marhain berpusu-pusu keluar. Di awal pagi sekitar jam 6 – 7, banyak kereta dan orang keluar. Kemudian gelombang kedua ialah jam 7.30 keatas. Aku andaikan… yang keluar awal itu adalah mereka2 yang berkerja agak jauh, samada di KL atau sekitarnya bagi mengelakkan kesesakkan trafik (susah dowh dalam BM, kalau dalam English : jammed – walaupun ramai eja : jem :D ). Manakala yang lewat itu cuma berkerja di sekitar Shah Alam. › Continue reading

Tags: , , , ,

Semoga tahun 2012 ini cemerlang dan Happy Dragon Year

Ok aku gagal… mengemaskini blog setiap hari. Cabaran 100 hari aku adalah amat gagal disempurnakan. Apa2pun, tak bererti gagal terus. Apa yang positifnya, blog aku ada post baru dan juga ada layout baru. Juga trafik blog ada banyak penambahan. Jadi, antara faktor menambah trafik blog anda, ialah dengan rajin menambah pos baru!

Alasan aku mudah, aku sangat sibuk. Semua orang sibuk, kamu2 juga. Tapi memang itulah alasan paling lazim. Tapi aku memang lah sibuk T_T. Aku balik kampung hampir 2 minggu sekali, menguruskan pelbagai hal. Antaranya menghantar adik aku balik ke Politeknik Sultan Idris Shah, menghantar adik aku yang lain ke Sekolah Menengah Teknik Kuantan dan macam2 lagi. Tanggungjawab anak sulung dari 11 adik beradik :) . Sibuk kan? Tak mengapalah… Aku boleh mulakan balik atau qada’ jer post2 yang terlepas. Tapi biarlah. Let start it again. over and over again.

Tahun 2012, dunia akan berakhir? haha… ramai ingat ayat tuh dari iklan tv. Sebenarnya, ramalan dunia akan berakhir 2012 nih adalah dari kalendar kaum Mayan yang dah pupus. Tak perlu la kita percaya itu, lari akidah islamiyah lak nanti. :D  Erm…kalau kaum Mayan pun korang tak tahu, makna dia hidup korang dah terlebih hiburan dan kurang membaca. Hiburan terlebih menjadikan otak manusia malas mencari ilmu. Hiburan terlebih adalah senjata paling ampuh (juga senjata zionist?) untuk melemahkan sesuatu bangsa.

Sebab itu orang yang asyik sangat melayan hiburan atau berhibur, lazimnya adalah orang2 yang kurang daya inteleknya! › Continue reading

Tags: , , , ,

Proton Iswara Not-So-Executive, Kereta Ayoh!

Baiklah, lanjutan daripada post sebelum ini. Yang dihantar khusus untuk Proton VIP program. Tak kisahlah samada dapat atau tidak. At least I do tried. Aku nak post dan nak hantar bende nih sejak seminggu dua dulu, tapi dek kerana sibuk dan keterbatasan masa maka lewat tadi baru hantar (aku hantar submit contest jam 11 pada 28hb maa.. kire valid la last day. :P ) . Haih… nasib la…

NOTA : POST INI ADALAH TERLAMPAU PANJANG!!!

Kereta ini, usianya dah 15 tahun. Walaupun mungkin di tangan keluarga kami, ia cuma kira-kira 7 atau 8 tahun. Aku nih mmg jenis susah ingat nombor… T_T . Apa2 pun, kereta ini dah banyak sangat kenangan dengannya, bukan saja pasal soal ia kereta pusaka ayah, tapi menjangkaui lebih dari itu. Kata orang2 kaki kereta juga, selalunya orang lelaki kalau bercerita soal kereta, ia adalah sesuatu perkara yang boleh… mengharukan… yang boleh membuatkan lelaki2 bergenang air mata. IT IS, indeed!

Aku personally, aku rasa banyak kenangan2 manis yang kekal dalam otak tentang ayah pun ialah tentang kereta. Tentang apa2 yang kitorang bualkan dalam kereta dan sebagainya. Contohnya macam aku pernah patahkan spring belakang kereta toyota lama ayah dulu. (aku tak tau orang kata masa tuh main sliding tayar belakang tuh drift! aku dah buat dulu2… sampai patah spring ahaha) Toyota Corona Deluxe Super Salon dengan rupa yang macam BMW itu kerana lampu kembarnya. Kemudiannya dengan kereta Galant Sigma ayah yang aku juga pandu sampai jadi lori sayur, juga sebagai ‘van’ mengangkut komputer. Ah… yang paling aku ingat sekali ialah semasa aku mula2 ‘memandu kereta’… iaitu duduk di riba ayah dan memegang stering pada saat aku Darjah 6 dalam kereta datsun 1200 coupe ayah. Itu lah… betapa KERETA, AYAH, dan ANAK LELAKI mana2 pun ada ingatannya tersendiri.. aku percaya itu. Kau orang juga?

Keluarga kami yang besar!!! (itupun gambar Ani, adik #2 takde dalam gambar)
*dari kiri : Fadhil, Duan + Firdaus , Arwah Ayah, Nor, Hafiz, Mirul, Mak, Hairi (belakang) , Hafizan dan aku.. ^_^ -Tapi nih gambor 3 tahun dulu rasanya.

Berbalik kepada kereta iswara KAMI. Aku anak sulung dari 11 adik beradik ini, adalah sorang2nya anak yang ada lesen yang sah (skang adik pompuan aku ada lesen, adik lelaki aku tgh buat lesen, dan yang lain2 berangan nak lesen gak. ). Jadi sebagai orang yang ada lesen, secara tak lansung aku gak la jadi drebar keluarga. Kereta Iswara ini, pada aku adalah kereta yang paling banyak kenangan… mungkin pasal aku dah besar dan boleh mengingatinya.. :D

ISWARA KAMI YANG LUARBIASA!


Adik bongsu aku Firdaus possing bersama kereta :D Dia pantang nampak kamera terus posing. 

Arwah ayah… biasanya membeli kereta terpakai. Selalunya berharga cash sekitar RM5000. Arwah ayah mmg tak suka berhutang. Hari itu, ayah mencari kereta terpakai di Kuala Lipis. Dengan bajet yang ada, ayah cari2 kereta tapi tak ada yang berkenan. Ayah nakkan kereta yang luas. Akhirnya ayah tertarik pada kereta iswara ini kerana LUARBIASANYA ialah ia PANJANG dan LUAS!. Seriously. Rujuk gambar dibawah.

Iswara Executive.. ntahlah aku tak sure sangat.. tapi mmg panjang dan lain macam. (baru2 nih check Puspakom sebab nak tukar nama mak, abis di kopek sana sini check ingat kete potong. Ade ke… kete nih mmg RARE le walaupun iswara ada banyak, tapi mmg tak banyak iswara executive, cuma yang nih versi dah not-so-executive jer T_T  - dulu pernah kene langgar tepi, ayah aku dah cuak takut cermin pecah or pintu tak boleh pakai.. sebab mana nak cari pintu belakang panjang dan cermin panjang tu :D ). Ayah beli kereta ini secara ansuran dengan jaminan tokey kelapa sawit tmpt ayah jual kelapa sawit. Ayah peneroka tanah rancangan sawit, jadi tiada payslip. Cuma dengan jaminan tokey sawit yang banyak duit :D dan kepercayaannya pada ayah so kereta ini lepas loan bank. Aku ingat lagi, masa kereta nih bawak balik, kami sekeluarga happy tgk kereta ni kerana kepelikkannya.

Walaupun ini lah kereta Nasional pertama ayah beli, tapi aku amat pasti… ayah juga sangat sukakan kereta ini. Dia kata LUAS, senang nak naik ramai2. Minyak jimat, sparepart murah bertambun2 diluar sana.

» Klik untuk teruskan baca cerita panjang aku yang penuh dgn perasaan dan emosi ini!

Proton Iswara Executive 1996 – Kereta Ayah

Wednesday, December 28th, 2011 | Life stories and bablings | No Comments

Saya akan menceritakan tentang kereta arwah ayah kami. Kereta yang kami sekeluarga sayangi disini, aku pun baru submit contest ProtonVip untuk try luck pada last day, closing date.

Cuma situ, masalah dia cerita cuma teks sahaja, gambar cuma gambar dengan short description yang pada aku tak cukup. So aku buat post disini :

Quote : Paste yang aku send dulu.

Saya, (kami lebih tepat) sayang kereta ini kerana, inilah kereta suka dan duka sekeluarga kami.

Proton Saga Iswara Executive / Tahun 1995 / Kuala Lipis Pahang / WEK 5269 / Kapasiti tempat duduk : 8 (walaupun sebenarnya 5 )

Ini adalah kereta arwah ayah. Kami 11 adik-beradik punyai cerita yang pelbagai dari kereta ini. Oleh kerana ruang yang terhad 1500 patah perkataan, saya ceritakan secara ringkas yg penting sahaja :

Kereta ini, menghantar hampir kesemua adik2 saya yang belajar di IPT :
1 – Adik no. 4 Khairi : IPT di kota bharu – sekarang bekerja.
2 – Adik no. 5 Noraini hayati : Uitm Seri Iskandar sekarang di poli sabak bernam. (dan kereta dimana dia belajar mendapatkan lesen)
3 – Adik no. 6 Hafizan : Uitm Arau perlis
4 – Adik no. 7 Fadhil : Uitm Arau perlis, sekarang di poli sabak bernam
5 – Dan adik yang bongsu firdaus : beberapa kali setahun perlu ke HKL untuk checkup (adik bongsu ini kanak2 istimewa)

Arwah ayah membeli kereta ini kerana saiznya yang panjang dan luas. Jadi kami adik beradik yang ramai ini boleh pergi. Tradisi emak dan ayah, setiap kali menghantar abang/kakak, adik2 perlu ikut sekali supaya tertarik untuk belajar tinggi.

6. Arwah ayah, meninggal dunia 2 tahun lalu. Kereta inilah kira2 dua kali beliau pandu sendiri dan parking di depan bahagian Kecemasan Hospital Daerah Lipis, kemudian terus di masukkan ke wad, anak2nya semua duduk jauh2… Dan kereta inilah juga menghantarnya buat kali terakhir ke hospital…

So aku akan tulis detail post selepas ini.

» Lagi gambar selepas ini… (klik)

Banyak yang berlaku tapi tak banyak yang berubah…

Thursday, December 15th, 2011 | Life stories and bablings | No Comments

Selalunya kita manusia nih… tak pernah puas…
Kadang2 kita buat macam2 untuk bermacam2. Tapi susah nak jadi menjadi…

Dalam minggu nih… erm.. dalam sebulan 2 nih, banyak bende aku dah buat…
Tapi tak banyak yang mengubah yang bleh merubah.

Usaha tak putus hampir putus asa.

Kadang2 bukan soal kita.
Cuma menyampah soal orang yang … macam bagus tapi tak sebagus mana…

Ok caus…

CPB 2011 aka Akta Pengkomputeran Professional?

Wednesday, December 14th, 2011 | bodoh, Life stories and bablings | No Comments

Mende nih joke of the world lah kah kah kah…
(walaupun lambat ( aku sibuk byk hal) aku nak tumpang heboh gak).

Tolonglah pihak2 berkenaan, jangan buat lawak camnih… tak kirelah sape punya usul, tapi buatlah bebende lain yang lebih patut.

Kalau akta2 camnih diwujudkan di negara2 lain… kita mungkin takkan ada :

Microsoft
Apple
Linux
dan sepertinya…

Bahkan kita mungkin lansung takde komputer!

(Oh come-on.. sangat banyak No-Formal-Education inventor dalam bidang ini!)

Owner Microsoft – Bill Gates manade sijil pengkomputeran professional. Kah kah…

 

*Jangan dihalang genius orang, ubati kebodohan sendiri dulu .

Dan bila esok…

Tuesday, December 13th, 2011 | Life stories and bablings | No Comments

*sambung dari hari semalam….
Dan bila esoknya (pagi tadi) aku bangun, aku tak tau pukul berapa… aku bukak tv, anggaran jam 10… lebih kurang lah tuh. why? Sebab aku takde jam… sejak ada henset, aku tak pernah beli jam tangan. Jam dinding pun aku takde haha… sejak rosak aku tak beli.

Eh? mana enset aku? rupanya aku yang tertinggal kat kedai member malam tadik. Sebab charge bateri yang dah flat out. So… mandi2 kuar2 amik enset… dan dan la plak ada barang lain nak dibeli. So aku kuar lagi, ajak member follow. Pi shopping TESCO…

dah selesai barang di beli, balik semula, pastikan stall2 dibuka. Dan malam ini, macam biasa, tidor lambat lepas check semua collection dan report. Esok nak pegi beli barang lagi…

Dan bila esok!

 

*lagu nih xde kaitan pun, saja jer buh. Aku sker gak lagu nih. :D

Ok, aku gagal update, aku qada post. :D

Monday, December 12th, 2011 | Life stories and bablings | No Comments

Ok… mengapa aku gagal.
Sebab ada emergency punya hal.
Aku pergi Penang pada pagi Isnin 12 Disember 2011 ini.
(ini adalah post cover huhu )

Jam 4 pagi aku bertolak ke Penang…
(padahal penat balik kampung dan  ahad tuh kuar beli barang lagi ape lagi tak hilang lagi penatnya.)

Kol 8 pagi sampai area Bukit Mertajam.
Tido sejam setengah… gerak cari barang2.

Jam 1 lebih kurang, gerak semula drive ke Shah Alam.
Ada jammed di beberapa tempat kat hiway.
Pada aku, adalah bodoh membaiki jalan di siang hari di hiway (under propel) ditambah lagi dengan orang Selangor cuti umum, so semua orang  aku expect balik kampung jumaat dulu, hari isnin balik semula ke KL. Jadi… hiway jammed, hampir sejam terperangkap in total at least.

Diorang takmo bayar lebih orang kerja malam. Tapis anggup menyusahkan para pembayar tol diorang sampai jem lebih 5km. Sungguh tak efisyen cara mereka kerja. Sungguh gagal orang2 mereka buat kerja. Takde prediction waktu manakan lebih tepat dan baik untuk buat kerja!

Lewat jam 6 petang, sampai gak Shah Alam. Lewat 2 jam dari time jangkaan. (kerana ada juga hujan di 2 3 tempat = takleh speeding sket).  Dan selepas setel hantar barang2 ke stall.. aku alik rumah kejap kononnya.. akhirnya aku tertidor….

Balik kampung lagi… dan makan macam-macam.

Sunday, December 11th, 2011 | Life stories and bablings | No Comments

Aik? Dalam keadaan yang teramatlah Eko-NO-Money nih… lagi balik kampung ka? Bulan lepas dah balik kampung, bulan nih lagi balik kampung. Haiyaa…

Itulah… dalam keadaan parah camnih pun… lagi balik kampung. Nak wat camner, ada urusan keluarga kene lah balik. Nak kata penting tak penting, penting jugalah. Nak kata tak penting… penting lah juga. Khamis aku kena ada kat kampung…

Kali nih aku balik sebab mak aku suh balik. Short notice, tak la short sangat. dalam seminggu awal gak, cuma aku jer konpom tak konpom balik.  Aku plak last minit plan nak balik (poket… sangap), tuh pun mujur pasal adik pompuan aku noor (no 5) ada bawak kete ke Poli sabak bernam tuh, katanya ada sukan (main ping pong kalah heh! ). Jadi kitorang 4 beradik gerak balik sekali 1 kereta.  Gerak kol 12 malam dari Shah Alam, sampai jam… 3 pagi kot. Kuala Lipis shah alam 300km lebih kot, tapi kampung aku nih tak lalu pun bandar lipis tuh. ;)

Hermm… di kampung aku nih, ada giliran rumah setiap bulan akan diadakan lawatan, jamuan dan sebagainya. Aku taknak detail la pasal tu. Keutamaan balik nih kerana ada kenduri kecik kat rumah, merangkap tahlil arwah. Dan jugak jumpa adik beradik ramai2.  Panjang sangat post nih, kalu nak baca lagi klik laa »

Ok! dah sampai Shah Alam!

Saturday, December 10th, 2011 | Life stories and bablings | No Comments

Ok… lewat jam 9.30 tadi, aku dah sampai semula ke Shah Alam dari kampung. Dan dah ngadap pc beberapa jam, sampai lupa aku nak update blog aku nih tadi (hari semalam) so aku adjust tarikh supaya jadi hari semalam (sabtu) semula hahaha.. :D

Dan… aku masih tengah ‘ralit’ mengedit theme nih.. :D

Masih di kampung… Esok pagi baru balik.

Friday, December 9th, 2011 | Life stories and bablings | No Comments

Nak pos 1 post pun susah giler, apatah lagi nak buat mende2 lain.

Ingatkan nak balik ptg tadik, tapi kandas la plak. So esok pagi (sabtu) baru la aku balik Shah Alam.

Ok.. aku kat kampung… line internet GPRS jer

Thursday, December 8th, 2011 | Life stories and bablings | No Comments

That’s all for today. :D

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Ini Iklan Namanya

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.