Tips Blog
Bila tidak update, trafik blog pun mula turun.
Tips trafik untuk blog. – Updatelah selalu!
Mungkin itulah ‘nature’ ber-blog. Saya kurang pasti, adakah salah satu dari Google Algorithm dalam membaca blog. Adakah ia mempunyai algorithm membaca tarikh terakhir post dalam sesuatu blog atau tidak.
Ini kerana, walaupun 1 masa blog kita mempunyai kedudukan yang tinggi bagi sesuatu keyword, lama kelamaaan rank tersebut akan jatuh dengan sendiri. Barangkali kerana lebih banyak info berkaitan keyword tersebut di blog yang baru dikemaskini memungkin ia membaca info tersebut sebagai lebih terkini. Juga berdasarkan content pada keyword tersebut yang mungkin belum ada duplikasinya.
Apa2 pun, blog yang dah lama usianya, ada penuh dengan pelbagai perkataan yakni juga keyword. Sudah tentu blog yang bertahun2 dan punyai lebih banyak pos mempunyai lebih banyak perkataan daripada blog yang usianya 2 bulan. Namun faktor kekerapan ber-blog juga akan menjadikan blog berusia setahun mempunyai lebih banyak pos dari blog yang sudah 5 tahun tapi update sebulan cuma sekali. Heh! (cam blog aku lah.. ala.. blog korang pun mungkin sama).
Jadi, selain faktor tersebut, tambahan trafik akan berlaku apabila blog2 yang selalu dikemaskini berbanding yang terbiar. Kerana trafik dari regular reader akan kerap melawat. Jika harapkan pada Organic User (dari search enjin dan link2 contohnya), ia masih membantu tetapi jika digabungkan keduanya maka hasilnya tentu jauh lebih besar.
Soooo…. konklusinya…. updatelah setakat termampu huhu..
Merancang cara menaikkan trafik ke web
Jika dalam dunia penyiaran seperti TV dan radio, biasanya di nilai dalam kiraan rating (complicated sebenarnya). [ TV rating system ] . Dalam dunia penerbitan bercetak pula di nilai berdasarkan ‘circulation’ ataupun kitaran unit jualan (kot?). Dan dalam dunia web pula, sudah tentu berdasarkan TRAFIK! (Sebenarnya barangkali diluar sana sudah ada banyak web membicarakan hal trafik ini, anggaplah ini adalah versi saya yang lazimnya berbeza dari stereotype kat luar sana
)

Selain trafik, pagerank juga merupakan 1 perkara lagi, tetapi boleh dikatakan pagerank nih tidaklah sehebat trafik. Ada mengatakan pagerank adalah sebagai benchmark ‘nilai isi’ atau kualiti sesebuah web, juga sejauh mana ia disenaraikan di enjin carian. Google pagerank lazimnya diutamakan. [ Check pagerank ] Web ini misalnya pagerank 3, dulu pernah cecah 4, tapi sebab terbiar lama mestilah jatuh. Kadang-kadang tukar hosting pun boleh jatuh. Traffik juga ada kaitan dengan pagerank walaupun tak selalunya sama.
Beberapa bulan lepas, atau lewat tahun 2010, web saya Pergh.com (dulu pagerank 5 – sekarang 2?) mempunyai traffik yang cukup baik dan tinggi. Mencecah ribuan trafik unik sebulan, dan ratusan ribuan page view sebulan. Mungkin tidak sehebat sesetengah web lain yang cecah ribuan unik dan jutaan pageview sebulan, namun perlu difahami kerana web saya adalah bersifat NICHE market atau dalam bahasa orang tak faham english-nya ialah ‘pasaran-khusus’.
Berikutan penggunaan server yang terlalu tinggi dan kerapkali mysql error atau lost connection to database kerana kemampuan terhad SemiDedicated server ketika itu (sampai kadang2 naik bosan restart server dan fix error – Iklan : forum masalah bagi kat aku troubleshoot – harga leh nego hehe), maka saya mengambil keputusan menutup room kepada public view. Cuma kena login untuk lihat isinya pada ketika itu. Trafik saya secara drastik telah merudum lebih 70%! Yang lebih memeritkan ialah, banyak google listing telah diremove kerana di ibarat bounce link atau page error, padahal semuanya telah dipointkan kepada login page sahaja. Web yang lama tutup atau tidak diupdate juga akan berlaku hal yang sama contohnya blog ini hahaha.
Selepas saya bertukar kepada dedicated atau colocation server kira2 hampir 5 bulan selepas ditutup, saya berusaha menaikkan kembali trafiknya ke asal. Sudah tentu ia tidak akan secara semula jadi naik semudah itu. Perlu difahami, turunnya mudah, naiknya susah. Bayangkan saya hilang beratus2 atau mungkin beribu2 backlink, beribu2 keywords dan segalanya yang menyumbang trafik. Daripada unik visit sekitar 1200 sehari, saya cuma tinggal 250 unik sehari. Lihat rajah dibawah. (saya suka gunakan sitemeter dan sengaja di open-to-public. Diketahui ada juga webmaster menyorokkan trafik mereka dan mendakwa trafik mereka sangat2 tinggi padahal ada yang menipu!)
Nah ini dia webmaster-webmaster penipu trafik… › Continue reading
Majalah IM #2 – Isu Mac 2008 Designed By Me!
Lewat bulan lalu (Februari) , aku mmg dilanda kesibukkan. Sementelah sibuk dengan beberapa kerja2 design berkaitan pilihanraya. Dituruti juga sibuk dengan pelbagai perkara lain. Penyusunan waktu menjadikan saat dan minit amat kritikal.

Dalam ketidakcukupan segalanya, siap juga majalah IM ini aku design sepenuhnya walaupun waktu yang diperuntuk amat sesak. Menerima bahan mentah dalam tempoh masa seminggu mungkin tiada masalah dalam skala waktu lengang. tapi dalam sesak aku sendiri terpaksa aku yang kemampuan jasad aku terhad. Kepenatan, ketidakcukupan tidur, kekurangan rehat, dan sebagainya membuatkan kadang-kadang tahap kreatif dan motivasi juga turun.
Nikmatilah majalah IM isu mac 2008 ini baik dari persembahan design naif aku dan ilmu-ilmu hebat dari pakar-pakar Internet Marketing yang sudah punya atau cecah setidak-tidaknya Puluhan Ribu Ringgit Sehari, Seminit, Sesaat, dengan goyang kaki duit masuk kepala bapak kau! menjalankan perniagaan tubuh badan Internet sebenar!
Oh ya.. agak lewat review ini sebab… sebab.. sebab ape2 je lah.. ![]()
Aku tak mahu review panjang-panjang. Bleh baca review merata-rata yang menyatakan cara mendapat kepuasan seks peringkat tertinggi yang amat membaca majalah ini! Cari sendiri kat google or pegi ke site diorang : Flarebiz
Download EMajalah Percuma Ini Di www.majalahIM.com
Terbitan Kumpulan Team Flarebiz Sdn. Bhd
10 Sebab Untuk Blog
10 sebab mengapa anda mesti buat blog!!!
Saya menulis artikel di dalam Majalah PC (isu Februari 2008) terbitan karangkraf tentang mengapa setiap orang perlu mempunyai blog! Wajib baca!

klik untuk besarkan cover yang best ini.
Berikut adalah petikan (untuk promosi) daripada artikel tersebut.
NOTA : Ini adalah teks asal yang raw, yang huru hara, yang berbahasa pasar, iaitu tidak di edit lansung dan ia tentunya tidak sesuai sama sekali untuk terbitan. So, nih kire ekslusif laaa untuk kengkawan dan pelawat setia blog aku. Hehehe.
10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog.
Oleh – Muhamad Nizam Ahamad untuk majalah PC
“Jika anda tidak mem-blog, anda tidak wujud”.
Apakah itu blog? Apakah beza antara blog dan laman web?
Sebenarnya, blog adalah salah satu dari jenis laman web yang ada. Antara laman web lain ialah forum, portal dan sebagainya, semuanya masih laman web. Cuma sasaran dan juga rupanya berbeza.
Blog itu sendiri juga mempunyai beberapa jenis. Selain blog biasa yang bersifat jurnal dan peribadi, ada juga photoblog, vblog, podcast dan banyak lagi. Photoblog lebih memaparkan gambar berbanding isi, tambahan pula untuk mengambil gambar pada masa ini adalah amat mudah. Rata-rata handphone memiliki camera digital. Vblog atau disebut juga vlog pula adalah blog terkini yang memaparkan Video sebagai isi utamanya. Podcast pula adalah blog dengan keutamaan audio.
Blog juga dibina biasanya berdasarkan kepada tajuk-tajuk tertentu, seperti blog automotif, blog teknologi, blog fesyen, blog gajet-gajet terkini dan sebagainya. Walaupun begitu, blog peribadi biasanya mendahului senarai yang paling banyak dibina.
Tidak kiralah, yang mana satu anda mahu. Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog!
1 – EMOSI :
Hidup di lokasi Urban juga metropolitan ini selalunya berada dalam keadaan sibuk, terkejar-kejar, banyak kerja, tidak cukup masa dan bermacam masalah pada setiap hari. Manakala masih belajar pula dengan masalah di tempat belajar dan kawan-kawan. Setiap orang ada masalah. Masalah harian samada yang lazim mahupun yang jarang berlaku, akan membawa kita kepada satu pembunuh senyap iaitu tekanan! (Stress!). Semakin banyak tekanan semakin parahlah emosi sehingga membawa kepada masalah psikologi!
Pada kebiasaanya, kita meredakan tekanan dengan meluahkan pada kekasih, keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja? Bagaimana jika semua mereka tidak ada berdekatan, atau mungkin kita sendiri tidak mahu memberitahu mereka?
Ya! Menaiplah di blog anda, luahkan perasaan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan ini, tekanan anda mungkin sudah berkurangan. Walaupun tidak sebanyak mana mungkin, tetapi pasti ada kesannya.
Apatah lagi apabila ada maklumbalas(comment) dari kenalan online anda ataupun sesiapa yang anda tidak ketahui yang memberikan kata-kata peransang dan semangat untuk anda. Memberikan anda tip-tip mengatasi sesuatu masalah yang mungkin pernah dilalui mereka.
Selain itu, perasaan gembira juga anda boleh hebohkan di blog anda untuk di kongsikan dengan sesiapa sahaja. Bagus bukan? Blog adalah terapi emosi.
2 – EKONOMI :
Ketika ini, dimana-mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah? Ramai juga yang terjebak dalam kancah ini dan kecewa, kerana blog-blog mereka gagal mendatangkan duit. Materialistik sungguh dunia hari ini.
Membuat blog yang boleh menghasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda fikir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang-bidang berkaitan. Blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga, anda perlu berfikiran seperti seorang ‘businessman’. Seorang peniaga yang mempunyai perancangan dan bertindak berdasarkan keadaan.
Ada banyak cara menghasilkan pendapatan dengan blog, secara ringkasnya begini:
Bina blog yang menarik dan mengemaskininya dari masa kesemasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai dari masa ke semasa, anda boleh menyertai program-program pengiklanan yang ada yang mana memberikan anda komisyen atau menjual iklan terus kepada sesiapa yang mahu. Selain itu, menjual blog anda kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang tinggi. (sudah tentu bukan blog peribadi anda)
Tahukah anda, wujud satu kerjaya baru digelar “ProBlogger” iaitu ‘pemblog profesional!’
*Blog yang menjana pendapatan adalah merupakan bab yang besar dan memerlukan huraian yang jauh lebih panjang dan ruang lingkup yang luas. Saya akan buat artikel menyeluruh pada masa hadapan jika berpeluang..
3 – DIARI
Kita menulis segala yang berlaku setiap hari di dalam diari. Lazimnya perempuanlah!. Tetapi lelaki juga boleh mempunyai diari, “Diari Seorang Lelaki” mungkin.
Ingatkah kita… apa yang berlaku pada hari ini, tetapi setahun yang lalu? Sudah tentu tidak bukan? Nah.. alangkah baiknya jika semua hidup kita ada catatan. Kadangkala, saya sendiri membaca apa yang saya lakukan pada tahun lepas didalam blog saya. Ada masanya saya ketawa sendiri, juga gembira dengan perkara-perkara menarik yang dilakukan bersama kawan-kawan, ada masanya kita mungkin kagum dengan diri kita sendiri dengan apa yang kita lalui beberapa tahun lalu!.
Oh Ya!, apa yang lebih menarik, ada juga blog ibu-ibu yang merakamkan cerita dan gambar-gambar anak mereka dari saat dilahirkan, merangkak, mula bercakap perkataan pertama sehinggalah boleh berjalan mahupun sudah mula bersekolah!.
Blog mungkin ‘public diary’, bermaksud boleh di baca oleh sesiapa. Tetapi jangan bimbang, sesetengah blog mempunyai fungsi pos peribadi (private). Ada yang memerlukan kata laluan untuk dibaca!.
Setiap hari kita akan jumpa keyboard dan monitor. Kita lebih mengenal keyboard daripada pen dan buku. Jari kita lebih pantas menaip daripada menulis menggunakan pen di kertas. Atas sebab ini… tiada keraguan bahawa blog adalah diari terkini!
Seterusnya!!!! › Continue reading

Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of