Web Developement And Tips

10 Sebab Untuk Blog

10 sebab mengapa anda mesti buat blog!!!
Saya menulis artikel di dalam Majalah PC (isu Februari 2008) terbitan karangkraf tentang mengapa setiap orang perlu mempunyai blog! Wajib baca!

10 sebab untuk blog
klik untuk besarkan cover yang best ini. :D

Berikut adalah petikan (untuk promosi) daripada artikel tersebut.

NOTA : Ini adalah teks asal yang raw, yang huru hara, yang berbahasa pasar, iaitu tidak di edit lansung dan ia tentunya tidak sesuai sama sekali untuk terbitan. So, nih kire ekslusif laaa untuk kengkawan dan pelawat setia blog aku. Hehehe.

10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog.

Oleh – Muhamad Nizam Ahamad untuk majalah PC

“Jika anda tidak mem-blog, anda tidak wujud”.

Apakah itu blog? Apakah beza antara blog dan laman web?
Sebenarnya, blog adalah salah satu dari jenis laman web yang ada. Antara laman web lain ialah forum, portal dan sebagainya, semuanya masih laman web. Cuma sasaran dan juga rupanya berbeza.

Blog itu sendiri juga mempunyai beberapa jenis. Selain blog biasa yang bersifat jurnal dan peribadi, ada juga photoblog, vblog, podcast dan banyak lagi. Photoblog lebih memaparkan gambar berbanding isi, tambahan pula untuk mengambil gambar pada masa ini adalah amat mudah. Rata-rata handphone memiliki camera digital. Vblog atau disebut juga vlog pula adalah blog terkini yang memaparkan Video sebagai isi utamanya. Podcast pula adalah blog dengan keutamaan audio.

Blog juga dibina biasanya berdasarkan kepada tajuk-tajuk tertentu, seperti blog automotif, blog teknologi, blog fesyen, blog gajet-gajet terkini dan sebagainya. Walaupun begitu, blog peribadi biasanya mendahului senarai yang paling banyak dibina.

Tidak kiralah, yang mana satu anda mahu. Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog!

1 – EMOSI :
Hidup di lokasi Urban juga metropolitan ini selalunya berada dalam keadaan sibuk, terkejar-kejar, banyak kerja, tidak cukup masa dan bermacam masalah pada setiap hari. Manakala masih belajar pula dengan masalah di tempat belajar dan kawan-kawan. Setiap orang ada masalah. Masalah harian samada yang lazim mahupun yang jarang berlaku, akan membawa kita kepada satu pembunuh senyap iaitu tekanan! (Stress!). Semakin banyak tekanan semakin parahlah emosi sehingga membawa kepada masalah psikologi!

Pada kebiasaanya, kita meredakan tekanan dengan meluahkan pada kekasih, keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja? Bagaimana jika semua mereka tidak ada berdekatan, atau mungkin kita sendiri tidak mahu memberitahu mereka?

Ya! Menaiplah di blog anda, luahkan perasaan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan ini, tekanan anda mungkin sudah berkurangan. Walaupun tidak sebanyak mana mungkin, tetapi pasti ada kesannya.

Apatah lagi apabila ada maklumbalas(comment) dari kenalan online anda ataupun sesiapa yang anda tidak ketahui yang memberikan kata-kata peransang dan semangat untuk anda. Memberikan anda tip-tip mengatasi sesuatu masalah yang mungkin pernah dilalui mereka.

Selain itu, perasaan gembira juga anda boleh hebohkan di blog anda untuk di kongsikan dengan sesiapa sahaja. Bagus bukan? Blog adalah terapi emosi. ;)

2 – EKONOMI :
Ketika ini, dimana-mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah? Ramai juga yang terjebak dalam kancah ini dan kecewa, kerana blog-blog mereka gagal mendatangkan duit. Materialistik sungguh dunia hari ini.

Membuat blog yang boleh menghasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda fikir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang-bidang berkaitan. Blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga, anda perlu berfikiran seperti seorang ‘businessman’. Seorang peniaga yang mempunyai perancangan dan bertindak berdasarkan keadaan.

Ada banyak cara menghasilkan pendapatan dengan blog, secara ringkasnya begini:
Bina blog yang menarik dan mengemaskininya dari masa kesemasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai dari masa ke semasa, anda boleh menyertai program-program pengiklanan yang ada yang mana memberikan anda komisyen atau menjual iklan terus kepada sesiapa yang mahu. Selain itu, menjual blog anda kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang tinggi. (sudah tentu bukan blog peribadi anda)

Tahukah anda, wujud satu kerjaya baru digelar “ProBlogger” iaitu ‘pemblog profesional!’

*Blog yang menjana pendapatan adalah merupakan bab yang besar dan memerlukan huraian yang jauh lebih panjang dan ruang lingkup yang luas. Saya akan buat artikel menyeluruh pada masa hadapan jika berpeluang..

3 – DIARI
Kita menulis segala yang berlaku setiap hari di dalam diari. Lazimnya perempuanlah!. Tetapi lelaki juga boleh mempunyai diari, “Diari Seorang Lelaki” mungkin.

Ingatkah kita… apa yang berlaku pada hari ini, tetapi setahun yang lalu? Sudah tentu tidak bukan? Nah.. alangkah baiknya jika semua hidup kita ada catatan. Kadangkala, saya sendiri membaca apa yang saya lakukan pada tahun lepas didalam blog saya. Ada masanya saya ketawa sendiri, juga gembira dengan perkara-perkara menarik yang dilakukan bersama kawan-kawan, ada masanya kita mungkin kagum dengan diri kita sendiri dengan apa yang kita lalui beberapa tahun lalu!.

Oh Ya!, apa yang lebih menarik, ada juga blog ibu-ibu yang merakamkan cerita dan gambar-gambar anak mereka dari saat dilahirkan, merangkak, mula bercakap perkataan pertama sehinggalah boleh berjalan mahupun sudah mula bersekolah!.

Blog mungkin ‘public diary’, bermaksud boleh di baca oleh sesiapa. Tetapi jangan bimbang, sesetengah blog mempunyai fungsi pos peribadi (private). Ada yang memerlukan kata laluan untuk dibaca!.

Setiap hari kita akan jumpa keyboard dan monitor. Kita lebih mengenal keyboard daripada pen dan buku. Jari kita lebih pantas menaip daripada menulis menggunakan pen di kertas. Atas sebab ini… tiada keraguan bahawa blog adalah diari terkini!

Seterusnya!!!! › Continue reading

Tags: , , , ,

10 Domain Termahal Di Dunia 2007

Wednesday, December 5th, 2007 | Tips Dan Tutorial, Web Developement And Tips | 7 Comments

Aku dah jumpe ramai orang yang asik tanya, beli domain apa bagus? dot com ke.. dot net ke.. dor org ke? Sampai para penjual dot info pun asik duk kompang diorang bagus.. dot biz pun sama.. BANGANG!!!..

Apa domain korang patut beli?
1 – dot com..
2 – dot com..
3 – dot com
pilihan ke empat? takkan dot com lagi?
4 sampai 10 – dot com jugak laaa!!!..

kalau dah takde pilihan baru la dot net dan org .. .my? bantai lah korang…

MENGAPA? NIH! SEBABNYA! MELAWAN LA!! AKU LEMPANG KANG.. Wakaka!

TOP 10 – EXPENSIVE DOMAIN IN THE WORLD

- poker.com 27,000,000
- sex.com: 14,000,000
- porn.com: 9,500,000
- business.com: 7,500,000
- beer.com: 7,000,000
– diamond.com: 6,000,000
- casino.com: 5,500,000
– asseenontv.com: 5,000,000
- korea.com: 5,000,000
– wine.com: 3,300,000
- vodka.com: 3,000,000

Nota : Semua harga dalam USD 

Ah.. darab sendiri la USD 1 = RM 3.3* dan berubah dari masa kesemasa.. BUKAN PASAL RINGGIT MENGUKUH LA ! Tapi USD dah nak karam. )

*setakat 2007 sahaja.. aku malas kaji lebih2.. korang pegi cari sendiri la kalau nak puas hati lagi..

Now.. tell me.. where the hell is other .net and .org!???
Muahahahahaha.. wanna fight more?
The price speak itself!!!!!! F*&%® :D

// ntah.. kuat mencarut plak jari aku skang…
// hidup tuh cuba rajin mengkaji sikit lah….

Tags: , , , ,

Apakah saiz web yang paling sesuai pada masa sekarang?

Theme baru aku akan datang bulan Disember.

Hehehe.. set dateline pada diri sendiri. :D .Dah lama dah aku pakai theme nih, dah setahun lebih rasanya..

Nuffnang? Bagus atau tidak?

NUffnang Pastinya dah ramai yang nampak banner nih kat site aku. Bahkan Nuffnang juga sudah semakin dikenali oleh para-para blogger di Malaysia umumnya. Ramai juga yang sudah me-review-nya di blog masing-masing. Saya tidak begitu pandai untuk me-review secara panjang lebar.

Bagi mana² kenalan yang punyai blog hebat eloklah apply nuffnang. Saya syorkan daftar dan letakkan ads nuffnang di blog anda untuk meraih sedikit pendapatan.

Walaupun usianya masih begitu baru dan masih dalam peringkat Beta, apa yang saya dapati, ianya agak menjanjikan (promising) :p. Saya sendiri sudah mendapat sekitar RM20 untuk bulan lalu (Better than nothing what?). Lantaran web saya mempunyai pengunjung yang ramai dari Malaysia, Google Adsense kurang menjadi , sebaliknya Nuffnang lebih berkesan. Sedikit pengiraan.

Domain + Hosting (paling low cost) = Lebih kurang RM60 – RM100.00
Jika blog saya menghasilkan RM15 sebulan = 15 X 12 = RM180.00
Bermakna, blog saya sudah hidup berdikari. Kan Kan?

Nuffnang juga bukan hanya untuk orang Malaysia (walaupun diasaskan di Malaysia), sasarannya adalah pasaran Asia. Saya berasakan beberapa kenalan blog berikut patut mencuba (sebab saya check diorang masih belum mencuba Nuffnang) :D
1 – Sultan Muzaffar : Blog ko semakin power time AF nih :p
2 – Al-Hafiz : Makin power bisnes member nih :D
3 – Uda Iraudzah : Blog mak kepada 2 orang budak yang comel dan lincah. Design skillnya maju banget skang! Buat masa nih, blog designer pompuan paling hebat aku jumpa ada 2 orang jer.. 1, ko kedua ialah..
4 – Dearlova : Lisa yang hebat mendesign… (oh.. kedua-dua pompuan cantik ini adalah isteri orang yerrr – jangan nak mengorat. :D )
5 – DuniaVovin : Si penulis hebat di Artsquare yang mujur menjadi ‘straight’. (sebab dia kata, ramai penulis hebat lelaki yang dia kenal adalah GAY hahaha). Oh ya, tahniah! Anda sudah maju 10 tapak dengan www.dunia-vovin.com! blognya di blogspot.com ditinggalkan begitu saja?
6 – Sham Solidmind : Sahabat gue yang masih belum puas mencuba dan mencuba menjadi kontraktor bumiputera Jutawan yang berjaya!. Sabar sham, akan tiba masanya nanti! Gue yakin sama kebolehan loe!!! Ingat betapa banyaknya yang kita dapat dalam mengejar impian. Kena tipu RM48K tuh adalah kenangan manis ape!.. :D
7 – Lain-lain kawan yang berkaitan. Aku stop kat no. 7 jer.. aku sker no. 7. hehe

Wokeh! Calos.
* Theme baru akan wujud di sini minggu ke-3 May ini. ;) (betul! tak tipu! ). :p
* Aku nak try tambah Advertlets plak.

Beberapa web yang baru aku bina.

Wednesday, September 27th, 2006 | Life stories and bablings, Web Developement And Tips | 6 Comments

Ada banyak, tapi aku tak mahu listkan semua.. :)

Lawati www.wpmalaysia.com : Komuniti Pengguna WordPress Malaysia
Nih plak kenalan baru yang hebat aku. Pakcik Yaakob : www.foshwa.com , serius… uncle mmg best. ( anak dia pun best :D – Wife dia orang turki. Faham2 ler.. ).

Sesapa ada nak amik pekerja asing , atau kilang2 nak amik pekerja asing.. bagitaulah aku.. aku bleh deal ngan korang.. untung2 korang dapat special price dari aku.. huhu.. Korang jadi kaki tukang introduce kepada aku pun bleh.. aku bagi komisyen lagi siap2.. Shah Alam nih aku laa ejen partime dia.. Huhuhu..

Selain dari 2 web diatas, ada 1 lagi dalam perbincangan.
Dan ada satu lagi tuh (dah siap, tunggu full payment), “terlalu GAH untuk disebut”. Jadi biar laa.. tak yah exsposed yang tuh.. :)

Review Kelas Google Adsense, Affiliate dan SEO

Ulasan, review ikhlas dari saya yang menyertai kelas Adsense dan Affiliates anjuran WangCyber.com
Tutor : Shuth, Kidino + Sunny Tan + GobalaKrishnan

kelas.jpg
(Yay! dapat doh gambo, curi dari blog shuth. hehe.. )

Review kelas dari aku..
aku nih suke sangat buat kecoh dan kejam tau.

*******

Kelas bermula › Continue reading

Bagaimana Membina Web Yang Berjaya

webjaya.jpgEbook!.. Mystic Buat ebook siut!.. Orang lain buat ebook, korang pun buat ebook. Aku pun buatlah ebook!.. Ebook nih asas, asas yang dilupakan.. Kata orang, permata yang hilang. Ade ke gitu!..

Download lah. di section ebook yang aku baru saje wujudkan. Kearah web aku yang lebih banyak contents terlampau!

Download di sini : Mystic Free Ebook

Apa itu PHP?

Friday, July 14th, 2006 | Tips Dan Tutorial, Web Developement And Tips | Comments Off

Actually aku banyak dapat Private message, dan juga aku rasa nih soalan2 lazim yang tidak termaktub dimana2… Selain itu juga aku perhatikan ramai sangat yang tak faham English. So aku buka thread nih dan stickkan dia. Anggaplah nih untuk orang-orang Melayu yang malas nak faham bahasa inggeris. (Kalau dah sedar malas tuh rajin2 lah!.. )

INTRO!
- Pertama-tama kalinya aku akan tanya korang soalan lazim. Adakah korang dah pandai setidak-tidaknya 80% HTML?. Kalau tak pandai pegi belajar dululah!.
Pandai HTML disini bermakna bukannya anda tahu guna software untuk buat 1 laman / page ber dotkan HTML. Sebaliknya faham sepenuhnya setiap fungsi kod2 html itu sendiri!. Dan sebaik-baiknya, bab BUTANG (button) dan FORM pun anda dah faham. Jangan tanya “Mengapa!”, buang sikap bodoh bertanya sesuatu yang tidak patut! Sebaliknya cuba pandai sesuatu dengan usaha sendiri, kecuali dah tak mampu sangat-sangat.

SOALAN LAZIM SIPEMALAS BERTANYA DAN BUAT-BUAT BODO tak faham. (Aku mmg kejam ok?)
Tapi aku cuba jelaskan dalam bahasa dan perumpamaan yang paling mudah korang faham.

Apa itu PHP? .
PHP adalah Bahasa Pengaturcaraan bagi web. Ia adalah server side languange iaitu diproses di SERVER, bukan dibrowser seperti HTML.

Apa itu MYSQL?
Mysql adalah pengkalan data. (aku taknak beratkan kepala korang.. so aku declare camtuh. )

EasyPHP, PHPDEV, PHPTRIAD?
- Baik.. ini mmg masalah.. kepada mereka2 yang tak rajin membaca keterangan yang dijelaskan disetiap web mereka.. Main download saje.

Ketiga-tiga bende diatas, adalah merupakan Software, iaitu untuk menjadikan pc anda sebagai server yang boleh baca kod php. Lazimnya dalam software ini ada 3 program utama, iaitu : Apache Server, Mysql.exe, Php.exe
Iaitu 1 pakej lengkap untuk menjadikan pc anda LOCALHOST atau server buatan.

PHPMYADMIN?
Phpmy admin adalah script php yang sediabina, untuk kemudahan anda mengemaskini, membina, menambah dan sebagainya DATA kedalam MYSQL database anda.
Merupakan Interface web berasaskan php language /script.

Ape KEJADAHNYA pula :
PhpNuke, PhpBB dan beberapa nama php lagi tu? .

- Inilah masalah lazim sama seperti mereka yang taknak cuba faham dan baca berkali2 segala penjelasan MEREKA (pembina) di FAQ dekat website mereka.

PHPNUKE, PHPBB adalah SCRIPT PHP yang sudah siap. Atau lebih senang dikatakan sebagai…. Satu sistem berasaskan kod-kod php yang telah dibina sepenuhnya. Untuk dilarikan (run) diserver yang boleh baca PHP.

Jadi perbandingannya adalah seperti berikut.

Subjek 1 : PHP (Bahasa pengaturcaraan )
Subjek 2 : EASYPHP, PHPDEV, PHPTRIAD ( Software/Alatan )
Subjek 3 : PHPBB, PHPNUKE etc ( Script )

Perumpaannya..
Subjek 1 : Huruf ABCDE – Z
Subjek 2 : Kertas, Buku latihan, Pen, Pensil, Dakwat, Berus, Warna
Subjek 3 : Hasilan kerja yang siap!..

Contohnya..
ABU!, menggunakan huruf A -Z (S1) untuk menulis/melukis sebuah cerita bergambar dengan menggunakan Pen (S2). Katakanlah.. dia menyiapkan 10 keping catatan, dan 10 keping ilustrasi. Catatan/hasil kerja ini DIJADIKAN BUKU lalu ditajukkan ia : ARNAB DAN KURA-KURA (S3) .

Boleh faham?
tak faham? Ulang baca sampai 20 kali!.. Tak boleh juga? Ulang lagi 50 kali..

Kalau tak faham juga.. elok laaa, besok pegi suruh tukang gali kubur buat 1 lubang baru..

* Pos asal aku kat : http://www.webmastermalaysia.com

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Will blog for money :D

Hoi! The Box

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.