What?
Me at Sepang Formula One 2010 Raceday Grandstand
Nak beli sendiri ticket Diamond Grandstand(nama pun berlian) berharga RM2600? Pikir 10 kali pun konpom tak jadik bro. Pikir 20 kali laaagi la tak jadi. Tapi kalau ada tiket tuh di-offer pada maksima RM500, gua bayar, gua pegi beb!… Apatah lagi tiket free macam yang aku dapat nih. Konpom la pegi.
Ongkos2 sampingan lain tuh pedulikkan… Aku ingatkan tiket nih tak la mahal sangat, semak2 balik… rupanya nih lah tiket paling mahal pun kat sepang.
Tapi kalau aku dah ada income ratus2 ribu sebulan, antara bende yang mungkin aku akan pegi selalu, mende nih la…
Sewaktu ramai2 orang gilakan bolasepak EPL tuh, aku langsung tak minat. Aku minat F1 nih dah bertahun2 dah. Dah lama dah. Tiap2 race live atau tak live aku tgk kat tv. Tapi kadang2 miss gak. Jenis2 yang bawak kete cam hantu nih selalunya mmg suka la lumba2 nih. Bak kata member aku ‘Midon’, ayat kitorang sama2… “Masa muda2 dulu tak merasa bebende camnih, dah kalau boleh, ape la salahnya”. Bukan tua ya! Cuma dilahirkan lebih awal. Orang jiwa tua adalah orang yang lemah. Mudakan jiwa anda. Contohnya, masuk lumba kat litar, macam yang aku buat bulan lepas. Hahaha.. pedulikkan.. (eh.. aku tak post lagi bab tuh.. nanti aku post later2.

” Do Not Touch, Do Not Cross. ”
But I Do Sit On It!!!! lol.
wtf wtf wtf….aku baca tuh time aku dah nak balik, tak nampak pun ada sebelah sini tulis warning tuh. heh.. lantak!
Nih booth kat luar tuh, lotus punya stock2 kete lumba lama dia. › Continue reading
Already Gone, Live! Kelly Clarkson yang GEMUK.
Gambar diatas adalah benar, Kelly Clarkson adalah perempuan gemuk sekarang. Sekiranya dia adalah artis di Malaysia, nescaya dia susah nak dapat show. Dan kalau dia masuk AF, dia akan tersingkir awal2 macam Aizat. Itulah Malaysia.
Jika diperhatikan, Juara Program Realiti lazimnya hanya beberapa siri awal saja yang hebat, yang kemudian2 lazimnya Indah Khabar dari rupa. Kadang2 lelakinya dah tak macam lelaki, macam pompuan dan macam bapuk pun ada contohnya (ya! kao pun taooo sape!) . Bluerkkkk….
Nikmati kehebatan suara Kelly Clarkson live ini, tetap power! dan yes.. aku minat suaranya sejak dia slim lagi, dan aku rasa bila dia berisi nih dia masih nampak comel. Oh! Bukan semua gemuk adalah comel, banyak yang hodoh macam kamu kamu kamu dan kamu yang gemuk juga! Hahaha..
Already Gone : Kelly Clarkson Live!
Mantap, hebat, tarik power, tak gerak bibir pun vocal jelas.
“Benar, dia sudah pergi, aku pun dah pergi, semua pun dah blah! yang tinggal hanya memori. Terima itu!”.
Download MP3 dan liriknya? › Continue reading
Adzakael dan Astina Turbonya
Siapa adzakael? Wahahaha.. best tul letak tajuk nama member nih.

Oh.. ini bukan adzakael punya Astina. Adzakael punya warna hitam sebab adzakael fanatik kaler hitam hahaha. Tapi astina kunen atas ini adalah kereta yang bukan2 calang2 punyaan seorang kenalan juga. Champion car juga. Fikir 10 kali la kalau jumpe ini mahu ajak fight aaa..
Aku tak ingat, ape yang best sangat hari Khamis nih, sebab rasanya sama cam rutin harian lain kat opis. Ada sajelah kerjanya kan, cam korang gak.
Itu malam, aku balik lepak kampung Padang Jawa juga. Lepak2 makan, adzakael call aku, ajak makan. Masalahnya aku baru lepas makan. So aku suh la dia turun padang jawa untuk makan kedai2 kat sini. Lepak2 borak2.. pompang pompang dah kol berapa tah malam.
Kete dia dah masuk enjin yang sangat power, jeles gue. Tapi kelakarnya kete dia masih… › Continue reading
Ambil sijil gantian SPM, PMR, STPM yang hilang
Anda hilang sijil SPM? PMR? STPM? atau sijil ape2 pun? Jangan bimbang!, anda boleh dapatkan salinannya. Fuh! Ayat cam salesman. Hehehe.

Ok!.. Sambung cerita. Begini ya. Aku sendiri dah hilang entah kemana sijil2 PMR dan SPM aku, maklumlah, hidup berpindah randah, bertukar tempat rumah dan sebagainya sebelum ini. Jadi aku sendiri pun tak pasti di mana hilangnya. Cuma aku ada rasa macam sijil aku harituh dicuri bersama folio gambar-gambar yang aku ada. Gambar2 tuh yang mahal, sebab pada aku ia merujuk pada kerja2 yang pernah aku buat. Ada dalam 2 file folder gambar tak kurang setiap 1 tuh dalam 30 mukasurat / 3 gambar 1 page. Ralat betul.
Hari Isnin, aku sebenarnya pergi mengambil salinan sijil adik aku Heri. Awal pagi sekitar jam 8, kami ke Putrajaya menuju Kementerian Pelajaran Malaysia. Dulu dia pergi buat naik komuter dari Padang Jawa, turun Serdang dan ambil teksi ke Putrajaya. Tah ler… dia cerita camtuh. Pastuh bile pergi ngan kete aku, dia bleh kata tak ingat tempat, haih… mmg lemah daya ingatan budak nih. Jadi selepas berpusing2 kira-kira 2-3 kali, baru la jumpe tempat tuh. Nak parking kete plak 1 hal. Aku rasa, nih satu kegagalan perancangan. Tempat parking macam takde kat putrajaya area Kompleks Kerajaan nih. Atau mungkin lebih tepat… tempat parking percuma yang takde kot?
Tapi aku tgk, semua kereta pun cam parking berterabur jer, aku pun join la, parking pacak mana2 bleh. Ada la 1 tempat jumpe selepas berpeluh2 mencari. Pastuh kene menapak sikit ke bangunan yang ada seperti rujukan di atas.
. Block E11 Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk memudahkan korang yang cari susah jumpe gak, › Continue reading
Korang nak apa? Macam-macam ada… snippets #3
Tah yer ke tidak snippets ke 3, lebih kot.
1 – Last post aku rupanya dah sebulan dulu, lama benar. Yang pasti mmg selalu camtuh pun. Aku cuba update dengan lebih rajin tapi masih gagal. So aku update suke-suke ajer lah..

Aku & Duan menunggu di Jabatan Kecemasan
2 – Bulan May, aku malas nak sambung cerita balik kampung tuh, sebab ape yang jadi aku dah tak ingat sangat kecuali beberapa perkara jer antaranya ialah ;
- aku hantar ayah aku ke hospital Kuala Lipis pada pukul 1 pagi.
- aku dan adik aku Duan #2 masa tuh tgh berpoya-poya makan kat kedai makan terus balik serta merta.
- aku, Duan, mak aku se-kereta antar ayah aku ke hospital,
- jarak dari kampung aku Kuala Lipis kira-kira 35km. Aku memecut selaju 220kmh › Continue reading
Balik kampung dan kereta kancil bodoh – Snippets style
Wah!.. sedar tak sedar dah lama benar aku tak balik. Rupa-rupanya, aku last balik kampung adalah Raya Haji 2008!. Iaitu kira2 hampir 6 bulan dulu atau dalam bahasa yang lebih menyayat hati ialah setengah tahun dulu!. Patut lah mak aku telepon asyik tanya bile nak balik, bile nak balik. Hehe…
1 – Arituh masa cuti Tahun Baru Cina, masa semua orang balik, aku tak balik. Sebab duit dah habis. Lepas tuh susah nak balik sebab banyak sangat kerja hatta di hari minggu seperti mana yang aku dah ceritakan sebelum2 ini.
2 – Jadinya aku mengambil cuti dari 1hb Mei hingga ke 5hb Mei dengan menggunakan cuti ganti berkursus ESQ165 pada 2 minggu lepas sebanyak 2 hari iaitu digunakan pada Isnin dan Selasa.
So aku dapat 5 hari straight!.
3 – Aku nak balik pada malam 30 April, tapi firasat aku mengatakan, jalan Karak Hiway akan menjadi amat sibuk sebab ramai orang balik ke pantai timur sempena cuti 3 hari (Hari pekerja + sabtu + ahad). Dan ternyata ia adalah benar seperti yang disangka. (Orang kelantan pantang cuti panjang sikit, mesti balik
). Aku merancang balik pada 1Mei malam. Tapi…
4 – Kereta aku tengah sakit, yakni tayarnya tidak stabil menjadikannya macam kuda. Jadi aku ke kedai tayar pada petang 30 April malangnya nak ke Jalan Kapar Klang itu jammednya tahap tak bleh percaya! Dan aku sampai lewat ke kedai tayar yang mana sudahpun ditarik pintu. Ada beberapa kedai tayar lain, malangnya harganya berbeza mak datuk. Aku tanya “Esok ada bukak ka?”. Itu olang kata : “Esok cuti loooo… Sabtu pagi pukul 9 balu bukak looo…!” Aiyaaa!!!
5 – Jadi aku rehat2 aja dirumah pada hari Jumaat 1 Mei itu. Malam itu aku pegi cucuk duit 1K sebab nak tukar tayar dengan Rim sekali alang-alang. Tapi banyak mesin Maybank Out Of Service! Mungkin semua orang keluarkan duit sebab nak balik kampung. Yang tinggal nasib baik ialah maybank besar kat BlueWave hotel tuh jer. ![]()
› Continue reading
Porfolio tak terkumpul dan banyaknya hingga tak terkira!
Aku ada banyak folio kerja. Tapi semuanya bertebaran merata pelusuk bumi. Err.. maksud aku di dalam hd sana, hd sini, cd sana, cd sini dvd itu ini, usb sana sini, email sana sini dan segala bagai. Ah!. persetankan!.
Aku cadang nak kumpul setempat dan kategorikan . Susun cantik-cantik supaya senang dilihat. Aku cadang camtuh la. Tapi errr…
Rupa-rupanya, itu cadangan aku pada tahun 2007.
Koleksi Gambar Panas Elizabeth Wong!
Panas! Panas! Hot!. Tebabooo…
Download koleksi2 gambar Elizabeth Wong disini!.
Adun Bukit Lanjan Skandal dengan ex-boyfriend?. Fuh!
Who is Elizabeth Wong? BTW?
Elizabeth Wong
ELIZABETH WONG (黄洁冰) has been involved in human rights since her student days in Sydney and subsequently during her work in Nepal. She was the secretary-general of the National Human Rights Society (Hakam) (全国人权协会)from 2000-2006 (now sitting as a member of the Ex-Com), a member of the Suaram (大马人民之声) secretariat and was a human rights fellow of Carnegie Council for Ethics and International Affairs (2002-03). She is also a political consultant and has been involved in the setup of the Asean Inter-Parliamentary Myanmar Caucus for Democracy and Solidarity Campaign for Human Rights in Aceh.
more here : Elizabeth Wong Blog
Mahu gambar panas?
› Continue reading
Ini Iklan Namanya
Membebels
: celcom broadband macam sial line lembab...
: time ksh dgn ilmu ini..yup...ilmu kne cari.."ilmu akn dpt bile kite rajin" =)
: lama x jmpa kwn lama rindu pula kt ko
: sy ijam dkk muar
: salamalaik ya akhawat fillah, sila layari : http://marhainiyus off.blogspot.com/ S yukran jazilan, wassalam
: setuju dengan bro nizam. bagi pancing je da cukup... kalau pandai guna, bnyk la dpt ikan.
: Layari http://www.vitaminco llagen.blogspot.com/ untuk tampil jelita!! "CERAH,P ercayalah"
Categories
- After Effect
- ebook
- Graphics
- Hiburan Terlampau!
- Internet Scam
- Lagu Ngetop
- Life stories and bablings
- Lirik Dan Lagu
- Melayu Boleh
- Motivasi
- percuma
- Print Design
- Projek Jejak Kawan
- Review
- Sesuatu Yang Bermakna
- Something To Remember
- Tips Blog
- Tips Dan Tutorial
- Uncategorized
- Video
- Web Developement And Tips
- What?




Nizam 'Mysticmind' Ahamad. A Web & Multimedia Designer. A multimedia freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of