Cerita Ghairah Di Hari Raya.

kadrayathumb.jpgBiaseeeee… tajuk mmg kontrovesi. Kalah kisah2 sensasi artis melayu bogel (sebenarnya nih saja nak tangkap hasil carian terbanyak – nak lawan shuth ngan smartusaha :D ) Kita tgk sape terel main SEO. :D

Ok!.. Hari nih aku nak pos sampai 5 Cerita ghairah!. Amik ko… tapi bukan cerita yang tak senonoh macam, intai janda anak satu , layan awek bohsia, minah di rempit, dan sebagainya, mungkin lagi best. Siut jer.. Sebenarnya, dengan buat ayat2 dan perkataan diatas, selain menangkap enjin carian… aku juga mendedahkan site aku kepada SPAM. Itu yang aku tak suka tuh. Sedangkan aku taip perkataan bogel dan seksi pun dah ada hasil dari enjin carian. Ape laaa.. Baik!.. Sambung pos no #2.

Raya.. aku cerita masa aku start plan nak balik raya laa erk. Ok! lagi sekali… Kampung aku di R.T.P Sungai Ular.. RTP tuh singkatan Rancangan Tanah Pemuda Sungai Ular. Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur, Malaysia . Dah! Cukup!!!… jangan kaitkan aku dengan Siti Nurhaliza tuh.. Kitorang se-Daerah jer tau.. Biarlah dia bahagia bersama Dato’ K tuh. Badan dia, body dia, suke dia laa dia nak bagi kat sape pun! Hahahaa.

Jadinya, ada beberapa option untuk aku balik kampung.

1 – Naik Bas Ekspress.
2 – Naik bas loncat-loncat
3 – Naik kereta kawan atau sedara mara.
4 – Merempit dengan superbike superempit aku.
5 – Tak balik kampung. Oh tidakk!!!!..

Semenjak jadi miskin nih (dulu tak kaya jugak). Kalau nak balik sekejap2, aku suka guna option no 1. Yang lebih aku suka sekali. Aku dari Shah Alam akan beli tiket sehala ke Kota Bharu. Tambang seingat aku RM33.00 dari Stesen Utama Bas Ekspress Shah Alam Seksyen 17 (blakang kampung aku duduk). Bayar tambang penuh, dan turun dipertengahan jalan, iaitu simpang ke bandar Lepih (orang kuala lipis tak sebut lipis, tapi lepih!). Pastuh, pandai2 aku laa menyusahkan kawan atau cari teksi hantar aku kat memana hotel kat lipis. (hotel murah2 dalam RM30 semalaman). Tapi selalu aku menyusahkan kawan laa.. hahaha.. apa gunanya kawan kalau tidak disusahkan. Selalu aku call sham anak sarjan trafik lipis amik aku dengan kete ayah dia laa… , pegi minum2 dulu pastuh antar balik umah aku. Ini hanya berlaku jika aku amat berlorat utk balik kampung. Dari shah alam dalam jam 8.00 Malam, aku bleh sampai sebelum jam 12 di Kuala Lipis.

Tapi selalunya option aku ialah option no. 2. bas loncat. Atau bas sambung2. Dari Sini ke KL Sentral by KTM Komuter. Lepas tuh amik LRT ke pekeliling, amik Mara Liner : KL – Sg Koyan (jika ada tiket) atau terus meloncat2 dari KL – Bentong – Raub – Pilihan = Sg. Koyan Atau K.Lipis. Lepas tuh pandai2 la nak sampai kerumah.

Option ke-3 tuh ada aje.. aku tak pernah plak nak guna. Abaikan option ke 5. Aku mmg nak balik kg punya. Raya Maaaa… Jadi raya nih aku balik dengan Option ke 4. Merempit!.. Ntah laa.. aku bukan mat rempit. Aku Bikers. BIKERS IS NOT REMPITERS!. tapi sebab istilah rempit lebih glamer.. aku sukelah guna rempit gak. Nih gambo REMPIT MACHINE aku!.

motoakuthumb.jpgAaaaaa… Klik gambar untuk tumbesaran sempurna jika anda ghairah mahu melihatnya. Ini jer laa aset yang aku ada sekarang selain dari ilmu yang sudah separuh dada (tak penuh yer). Insyallah, tahun depan aku akan kembali dengan 4 tayar. Sekarang pun mampu. tapi aku taknak asik2 makan maggi.. asik2 tak cukup duit.. asik2 pening kepala nak membayor bulan2 sampai 5 – 9 tahun. Terasa lama amat. Aku lebih suka bayor kejap dah abis. So possibly aku akan cari kereta seken. Continental car taste aku, walaupun aku tahu re-sale value mmg takder. Mystic tak kisah. Orang tgk sedap pakai kereta, tapi yang membayornya kite. Abis bayor 7 tahun, kereta dah tua. Ye dak.. Sesapa nmpk motor nih, aku ler tuh.. tegur je la.. aku tak sombong, tp pemalu jer.. :D

Hidup nih, aku lebih berpuas hati dengan melaburkan atau mungkin meleburkan duit untuk sesuatu usaha yang aku harapkan membuahkan hasil lebih baik. Daripada tiap2 bulan habis kepada kenderaan yang akan expired. Why not aku invest some money for something that can generate more money for me what. Risk is my game. You afraid taking risk, your life’s is plain, typically as others. Like a dead meat. Your life had no value at all. Since you haven’t tried any challenge, you wont ever feel hows the RISK is sooooooooo lovely and good thing!. Pehhh.. Nanti aku citer dlm pos seterusnya…

Tengok tuh, ko cerita ke lain pulok doh. Cerita pasal balik raya laaa..!!!
OK!.. Jadinya.. sebelum raya, dalam 3-4 hari puasa, aku dah cat moto aku tuh warna putih. Since bosan dengan typically Modenas Kristar Warna Oren emas tuh. Dah banyak sangat orang pakai. Aku cat moto aku kat kedai. Aku cakap nak putih mutiara (pearl white). Apek cibet tuh kedekut plak Pearl punya cat. So putih aku tak nampak begitu pearl. Sehingga time aku balik kuar minum malam2… semua mat rempit akan memperlahankan kelajuan jika nampak aku dari depan, dan akan menambahkan kelajuan jika nampak aku dari belakang. Thehehehe.. :D. Nasib baik takde stiker biru jer kat depan motor aku, dan nasib baik juga helmet aku bukan warna putih. Kalau tak putih tayar diorang lari.

Lepas tuh aku beli absorbers yang best sikit, supaya lap boleh cecah telinga. Tapi selalu sangkut pada pemijak kaki depan. Kene tukar racing foot race (foot peg?) baru sedap lap. Tayar standard TT100 sejak mula beli, bunga pun tak luak, padahal letih dah aku mengasah tayar kat roundabout2 shah alam nih. Mungkin sebab aku lightweight (bukan featherweight kot). jadi tayar tuh tak luak la kot. Sayang plak nak tukar tayar. memula cadang nak tukar Dunlop TT900 80X90 lebar sket.. tapi bazir laa.. tayar ok lagi. Dah setahun luaknya tak sampai 15%. :D

Tukar sproket dan rantai, 14 Depan blakang 39 (dari 42), bodo Modenas nih, punya la karut ratio. Lepas tukor 39 tuh.. rupenye tak sedap lagi, sepatutnya aku tuko sproket blakang 33. Bior bleh naik 150KMH :o moto aku. nih kang 130 enjin dah meraung. Tapi balik ikut karak highway kire ok laa.. sebab banyak layan bukit. :D Oh ya, cat oren tuh aku bantai sendiri jer.. ingat nak pi tembak clear kat kedai, tak sempat lak. Tuh pun tak siap lagi. Ada beberapa area perlu di cat oren. Aku mmg gile kaler oren kot? Lantak lah. RempitMachine aku, aku punye suke laa.. Sportrim dibeli sehari sebelum balik kg. Memula nak tukar aloi. Tapi jalan sini banyak lubang. Kang jahanam tak sampai sebulan plak . Rim aloi lembut.

Stiker2 di beli di merata2 tempat. Baik kedai runcit, bengkel bahkan di Uptown Shah Alam di Seksyen 24 jua. :D . Stiker Sonic Hedgehog tuh 2 kiri kanan tambah 20hp. Laju sket… keh keh.. Enjin standard, tiada perubahan. Ekzoz pun standard, ingat nak pasang AHM Racing Exhaust. Tapi kang asik2 berkejar dengan trafic susah gak. Dah laa hari2 lalu JPJ Padang Jawa nih. Tengok lah dulu… Aku nak bikin ini motor satu kali ini saja. Kemudian pakai laa camtuh.. Yang pasti tahun depan punya raya 4 tayar. Lebih hebat dari sepupu2 aku yang lain dan mak sedara2 aku yang kerek2 giler tuh. Kah kah.. Tak ler.. Janji ada kete tahun depan. Cadang2nya samada Peugeot Taxi 406, Citroen Volcane 1.9 , Or any other continental car. Kalau tak, mungkin proton perdana first model. Yang bleh dapat bawah RM 20K. Atau yang tidak melalui 15K. kah kah. Ye lah, aku kan lain sikit.. Takmo la membayar kete sampai 7 – 9 tahun. Pecah kepala wooo.. Miskin buat cara miskin, walaupun aku percaya aku akan kaya satu hari nanti. Aminn.. insyaallah..

Ko ape kelas mystic!. Nama hebat! Pakai moto!. Ah.. dulik ape aku.. aku pernah bawak lori trailer ape!. bas pun aku pernah. traktor, backhoe, kete macam2 aku pernah bawak. Orang punya laa.. Bulldozer rantai, kete kebal ngan kapalterbang tak pernah laa… Korang? Kete jer? Yang penting, hidup aku tak sakit kepala, minyak pun save. :D. Kan dah melalut lagi…. ape daaa….

OK!.. selepas motor aku siap di-facelift. Kire ok la kot.. Brenti pam minyak orang duk jeling2 motor aku. Mungkin diorang pelik, motor ape aaa nih? Oh, kristar… Ingat motor ape tadik. Isi minyak jer orang pandang… Pelik pelik.. OK!.. siap semua minyak hitam shell advanced vsx di-isi dan filter ditukar ganti. Ready to rempit.

Sabtu malam minggu 21 hb aku pun berkonvoi sekali ngan budak2 satu lorong rumah aku nih balik kelantan. Dari 11 orang, last2 tinggal 7 orang kot yang jadi balik mlm/pagi tuh. Dari plan pukul 2 pagi nak gerak, last2 pukul 1 pagi dah nak gerak. 2 bijik Nuovo tak jadi ikut sekali. Agaknya sebab motor2 lain 125Z ngan RXZ kot. Ahh.. pdulik. motor aku power perr… Bleh jer aku cucuk 125 tuh masa dia tak out throtle. Dan 1 RXZ naik gendong (2 orang). Jadi tak ler laju diorang.. sebab kalau diorang nak top speed pun, mana bleh… jalan banyak kete. So bergeraklah kitorang ikut kesas hiway.

Kuar tol gombak, lepak2 dulu. Sebijik RXZ ada masalah, 2t macam tak jalan. Jadi tak bleh speed sangat. Pastuh gerak lagi, nak naik genting sempah dari sini jumpe plak moto sebijik bocor tayar.. brenti jap menolong.. Dekat 45 minit kat situ.. Pastuh gerak lagi, benti kat bentong plak. Aku isi minyak. Pastuh gerak balik.. sampai lipis dah nak menjelang 6 pagi. Lembab la diorang nih.. harap motor jer power.. speed tak pernahnye lebih 110. Pastuh sampai laa aku kat rumah aku pada jam hampir 6.30 pagi!.. Pehh.. biasa 3jam setengah jer.. nih tak guane lambat gitume.. dah laa sahur minum jer..

…. lalu aku pun tidur dengan ghairahnya menjelang pukul 7 pagi! bangun plak kol 2 petang…

14 thoughts on “Cerita Ghairah Di Hari Raya.

  1. Solidmind

    pastuh mlm tido awal… cakap nak turun lipis tak turun…

    tapi betul mystic… hidup kalau tak ambik risiko takde feel atau takde maknanya dalam hidup kita… selalunya orang yang suka mengambil risiko nih akan mengakhiri kehidupan beliau dgn penuh kejayaan… tak kira la jadi kaya ke, dapat bini lawa ke, ada umah besar ke dan lain2…

    raya tahun nih merupakan raya yang paling hampeh dalam hidup aku… apa tak nya… abg mana yang tak terasa ngan perangai adik2nya, pabila pagi syawal yang indah tidak bersalam-salaman antara adik-beradik… cehh!!! apa diorang ingat diorang dah besar… nak kena aku yang pergi terhegeh2 menghulurkan tangan depan diorang nak mintak maaf!!! Aku bukan ego… cuma kalau aku berbuat begitu di mana letaknya maruah aku sebagai seorang abg… tentu mereka takkan respek aku, mesti pada diorang aku bnyk membuat salah terhadap diorang sekiranya aku yang meminta maaf dari diorang dulu…

    dah la kali nih memang aku nekad… tahun depan takkan ada lagi aku di rumah kedua ibu bapa aku nih untuk beraya… biarlah aku beraya sensorang… drpd beraya kat umah nih… apa yang dapat? setakat sakit hati jer…

    minggu depan aku akan ke melaka… aku dapat projek baru kat sana mystic… ambik sub ngan Menta (company lama aku) projek buat jambatan (estimate harga almost RM700k) aku akan handle projek nih betul2… taknak dah jadi cam projek2 yg lepas… kalau ada sedikit keuntungan dari projek nih aku nak ambik lesen kelas ‘D’…

    bape bnyk aku membebel la kat sini… ok chow… selamat bekerja…

  2. Imo Imora

    Wah..sempoi la mistic. Saya pun suka yang simple2 jer. Kalo rasa x mampu pakai kereta lagi buat apa pakai. Bukan mendesak pun dan bukan ada bini+anak2.

    Mistic..r anda selalu turun Kuantan x? Agak2 berapa kali ek?

  3. mysticmind

    dik catzer yang comel :
    hehe.. biasa.. time raya jer mesti kene buat ucapan dalam majalah. :D
    ada 2 majalah ada gambo aku. majalah g3 dgn majalah e-baca. :D

    danbytes:
    Biasa laa.. apa lah makna hidup tanpa rasa ghairah. kah kah.

    Imo Imora:
    biasa laa.. meskin skang nih.. buat la cara meskin..
    kekayaan ilmu orang tak nampak.. kekayaan pengalaman juga orang tak pandang..
    kekayaan fizikal jua yang dilihat orang.. walaupun berhutang tak abis2.. :D. Arituh aku ingat aku nak buang tebiat.. isi minyak motor aku dalam 6 inggit pakai Citibank credit card yang jarang2 aku pakai… agak2 apa laa pandangan atendan pam minyak tuh yer (pompuan).. :D.. mamat naik kapchai, rambut panjang, muka tak hensem, swipe credit kad RM6 ingit.. kah kah.. Apakah dia akan berfikir aku sorang budak loaded yang pura2 miskin? TIDAKKK!!

    Tidakkk!! yang aku amat pasti.. dia mesti dia cop aku mat rempit amik kad kredit hasil ragut.. cilakak.!.. dia pandang aku saspek woo… kalo kat bandar, layan diri orang tak nampak sangat.. ada sesetengah pam pakai atendan lagi. ;) last2 aku kuar duit seploh inggit jer.. hehehe

  4. arejae

    ehehe….panjang nyer citer ghairah mystic nie.
    Insya-Allah..mudah-mudahan makbul lar doa mystic nak jadi kaya.juga doa-doa aku dan kengkawan kat sini.Insya-Allah.amin..

  5. Sangat Ghairah

    Aku punya kedudukan ‘cerita ghairah’ sudah gugur ke halaman kedua.
    Pernah menduduki tangga ke-2. yang aku pelik mengapa sixpointzero tu tak pernah jatuh2.
    Dia guna apa punya cara? Memang kena belajar dengan dia.
    Mungkin dia guna blogspot ataupun backlink ke akhbar online.

  6. Furido

    Salam bro! bro pakai moto kristar ke? teman pon pakai kristar gak. ni teman nak citer pasal moto teman, lepas buat top overhaul moto teman jadi x best la…enjin cepat panas, top speed 100 je, pick up semput, minyak makin kuat, naik bukit kelajuan menurun tahap ekstrem….sprocket tukar 14 38. way say u bro? Emel me ye… Arigato gozaimas!

Comments are closed.