Cerita Puasa, Dadah, Gaduh dan Ore Klate

Saturday, October 28th, 2006 | Life stories and bablings, Motivasi, Something To Remember


Tajuk cambest? Baca sampai Habis pos yang terlalu panjang ini!.

Ada kawan aku bising2… Afsal ko malas update blog? aku masuk jer takder update baru.. masuk jer pos lama.. :D . Lalu ku berkata dengan bergayanya “Biasa la beb. Gua tak meletakkan sesuatu sebagai Primary yang berpanjangan” Keh keh… Dalam satu2 masa, kene komitmen pada satu2 perkara. Erm.. banyak benar cerita ghairah yang nak aku ceritakan. Terlebih dulu baik aku balik kepada tajuk aku…

Puasa berlalu dengan selamatnya. Aku rindukan puasa lebih dari beraya. Walaupun puasa aku penuh… Tapi aku amat yakin puasa aku compang camping. Peh… bleh gitu? Entahlah.. selalu hajat tinggal hajat jer. Aku KONONnya nak puasa aku arituh berjaya Khatam baca Al-Quran. Ternyata tak berjaya gak. Terawih? Sibuk dengan kerja, penat dan segala bagai!.


Bulan puasa ternyata sibuk. Tugasan yang cam biasa, kerja sibuk mengejar dateline. Stayback sampai jam 3 pagi. Semua kerja hendaklah dibereskan seminggu sebelum raya, supaya majalah boleh dipasarkan sebelum Hari Raya. Alhamdulillah, walaupun aku langgar stengah hari dateline, siap lambat juga. Nak buat camner bai… tinggal aku sorang jer kerja aku.. Letih juga aku menyusun kerja. Kantoi jua kerana masa, serta mungkin terlebih yakin diri.

Erm.. ada banyak lagi cerita yang berlaku dalam puasa nih. Selain dari membeli Air Tebu dan Murtabak, serta ayam percik. Tapi ayam percik sini tak best, semua kuah sos, aku suka ayam percik kuah santan putih keorenan. Susah bebenor nak jumpe kat sini. Oh ya, aku nak bercerita tentang kawan rumah sewa lama aku dulu. Yup, panjang ceritanya. Begini…

Tajuk : Kawan aku penagih

Dengar tajuk tuh? Ganas? Memalukan? Ape saja…
Dulu, aku duduk dengan adik aku(Eri), dan sorang lagi kawan aku(Lan) di sebuah rumah sewaan di jajahan ini. Masa aku mula duduk dengan diorang tuh, aku mulanya bergaduh dengan adik ipar aku, gaduh2 mulut jer, then jadi tak bertegur. Agak lama juga. (so far sekarang dah ok). Jadi by that time… aku pun pindah laa kerumah tuh, lagipun adik aku dah duk situ. Sewa agak mahal, (yang aku rasa.. kawan aku tuh tipu sewa = dia amik untung)

Memula aku tak tau pun dia nih ngisap. Bila dah lama aku duk situ, makin ramai pulak kawan2 haramjadah dia datang ngisap. Last2 rumah tuh jadi port diorang laa.. Memula diorang layan sayur (ganja), diorang punya secret kod = korak (aku pun tak tau ape kebende). Lepas tuh, dah nak masuk setahun aku duk situ.. Semakin teruk peelnya diorang nih. Sampai bile aku tido, siap layan sebelah aku lagi.. Babi betul laa..

Sorry to say laa, diorang nih almost Kelantanese. Bukan nak memburukkan orang kelantan, aku dulu duk kelantan gak, 4 tahun kawe ngaji sano. Tapi macam yang aku fahami. Orang kelantan nih, kalau yang baik, mmg baik giler.. Best fren aku kat kelantan masa aku skolah dulu adalah salah sorang best fren yang aku paling ingat sampai sekarang walaupun dah lost contact. Hatta bos besar kompeni aku keje punn orang kelantan, bekas awek aku pun pun orang kelantan.. Bekas pak mentua mak mentua hampir jadi dulu2 pun ore klate gok. Dan aku mmg suka kat sorang awek online klate yang dah hilang tah kemana2 dah tuh, sampai skang aku masih ingat kat dia.. Errr. aku rasa, aku mmg suka gewe klate pun (yang tak pekat sangat la kelantan language) .. hahaha.. Kawan best fren paling baik aku sekarang si solidmind pun orang asal kelantan..

Tapi… ore klate… bile berada diluar kelantan, akan jadi terbahagi pada 2 jenis. 1, orang klate yang benar2 baik. 2, orang kelantan yang benar2 hancur. Yang baik2 nih keluar kerana nak memajukan diri… Berniaga sehingga kaya raya dan membina empayar perniagaan, atau setidak2nya mencapai sesuatu dalam hidup… (aku jadi minat berniaga juga kerana pendedahan awal usia aku dengan ore klate!). Yang spesis tak baik nih plak, kerana dah tak boleh nak buat jahat kat kampung atau kat kelantan, maka mereka pun keluar.. Bahkan ada yang sudah direject oleh rakyat kampungan mereka.

Mengapa diorang lebih menonjol dari orang2 jahat rakyat2 negeri lain? Senang.. cukup senang, kerana ke-kelantan-nan mereka, yang mana mereka tetap berpuak. Atau lebih istilah hormat, kadar ke-ukhuwah-an mereka sesama mereka amat kuat :D . Aku amat pasti ttg itu.

OK!.. tolong baca dalam key tune paling rendah ayat2 diatas. Sambung balik. Baiklah.. lama2 aku duk rumah tuh aku makin tidak selesa. Kadang2 duit aku hilang.. Pernah gak ilang Rm50 sekeping, pernah gak ilang 30 dan beberapa ringgit. yang ringgit2 tuh aku tak kisah sangat. Kekadang adik aku sendiri selalu cilok duit aku time dia sangap. Aku tau.. buat2 tak tau.. tapi adik sendiri nak wat camner… tapi dia mmg tak berani amik banyak. Kalau banyak dia nak, dia mesti mintak. Kadang2 kata pinjam, tapi tak pernah pulang pun… Hampeh..

Hilang2 barang takde sangat, sebab aku masa tuh takder barang berharga. Motor aku p un aku susah nak bagi diorang pakai. Sebab kang diorang pakai motor aku pi beli menatang tuh, tak ke pepasal polis ‘mark’ motor aku. :o … Lepas tuh.. makin naik lemak plak. Ada sorang tuh, kerja pun tidak, duduk 24 jam kat rumah tuh, sewa tak pernah bayar, dekat 3 bulan gak dia duk situ. Member2 dia bukan nak marah pun. Siap bagi makan pelihara macam kucing plak kat umah. Lama tuh bai.. naik tensen aku…

Lepas tuh, jadilah satu insiden.. Aku balik keje.. penat2.. nak baring kat ruang tamu.. tgk diorang tengah dok ‘ngoya’ (khayal). BABI! dah la kat ruang tamu.. open2 selak pintu sikit pun sesapa bleh nampak. Aku on the spot sound. Woiii!!! nak ngisap jangan la berlagak sangat, kat depan2 pintu, pegi la kat dapur!. Pehtuh siap nak bertumbuk lagi.. Aku kire ape time tuh. Tumbuk pun tumbuk laa. Walaupun aku badan slim, bukan la aku penakut sangat nak bergaduh. Kalah belakang cerita (pikir aku masa tuh).. Sorang kawan dia duk ngapi2.. sorang lagi buat muke bodo. Sorang berdiri.. aku pun dah standby… Then, kawan aku Lan tahan… Dan marah balik kawan2 dia… Ye lah.. agak2 laa.. nih depan depan pintu duk bunyi botol air ganja tuh!..

Lepas kes nak gaduh tuh aku pun blah laa.. duk rumah adik ipar aku yang on that time projek kolam pancing kat kampung dah nak jalan. Adik ipar, adik aku dan anak2 buah aku pun balik kg. So.. aku duduk laa umah diorang.. sampai ke laaa nih..

Berbalik kepada masa puasa harituh.. RUMAH TERSEBUT telah diserbu oleh pihak polis, kawan aku tuh diangkut ke balai. Dengan beberapa orang temannya lagi. Lebih kurang 10 hari sebelum raya. Sesapa yang melawat rumah tuh juga diheret ke balai. Selang beberapa hari, mak ayah dia datang nak pegi jamin.. lepas tuh berjaya laa kuar sehari. Apa yang bodohnya, lepas keluar dari lokap, dia berani cakap ” kat rumah tuh ada lagi 10kilo korang tak jumpe”. Petang tuh jugak kene ‘igat’ (tangkap semula). Tuh laa.. mana2 penagih nih, diorang bangga diorang mengisap dadah, dari 10 orang, ada 9 orang bangga dia isap dadah.. cuma 1 orang saja yang kerana benar2 tak bleh lari. Ada juga yang bangga main kejar2 dengan polis. Raya dalam lokap laa si member aku tuh.. tak rugi aku kalau takde kawan camtuh pun.. Letih dah nasihat..

Actually.. dia dah nak swith dari pengisap dan penagih kepada pengedar.. Last2 aku duduk arituh pun (setahun lalu), dia dah beli stok banyak… untuk diri dia.. dan jual pada kawan dia yang lain.. tuh yang aku blah cepat2 tuh.. tak pasal2 aku subahat.. Ikut hati dan dan jer aku nak pi balai buat report… tapi kang.. susah aku gak.. Bukan senang nak buat report2 nih. Tentu aku pun jadi susah… Sibuk nak ke balai, kerja jadi susah… bila kerja jadi susah.. sape lagi nak tolong keluarga aku kat kampung kalau bukan aku si anak sulung nih kan..

Ermm.. Oh ya.. Adik aku, aku pi amik dia duk ngan aku lebih kurang 2 bulan selepas aku pindah.. Si LAN yang duk ngan aku skang nih pun adalah salah sorang dari yang duk umah lama tuh. Dia baru masuk 3 bulan. Mujur dia kata. Dia pun tak tahan, kes dia dah sound dah bdak2 tuh semua.. last2 si kawan aku yang kene tangkap tuh.. (waris dia gak, sekampung lak tuh).. sound dia balik.. “Mu bising gapo gak? Abah nge Ma aku pun dok kisoh dok maroh kak aku pun eh”. Panas hati dan terkilan. Si Lan nih cari aku malam tuh jugak.. Dia kata, kalau boleh nak tumpang sekejap, sementara cari rumah lain.. Aku cakap.. duk jer la ngan aku Lan.. Lagi pun Lan nih bagi aku budak baik.. Kerja pun sungguh2 (skang drebar lori), dia kata.. abis dah masa nak berfoya-foya. Dan sesungguhnya Lan juga adalah Ore Klate (yang baik)!

Mujo Ley (lan) tok reti main internet, kalu dio baco crito nih tok tahu laa.. hahaha.. sori Ley deh!

Related posts:
  1. Cerita Antara Impian, Nasib dan Takdir.
  2. Cerita Ghairah Di Hari Raya.
  3. Projek menjejak kawan-kawan lama

Comments Closed

6 Comments to Cerita Puasa, Dadah, Gaduh dan Ore Klate

Solidmind
October 29, 2006

Tapi serius… aku pun bengang ngan budak umah ko hari tuh…
Ada satu hari (kalau kau ingatlah) aku ada pergi lepak umah ko sesambil nunggu ko bersiap nak pergi makan chow kuew tiow kerang kat seksyen 7.. Ada ke patut tgh aku dok layan merokok kat ruang tamu umah ko dia ajak aku hisap ganja… kurang ajar punya budak… Anak polis di ajak nya hisap benda tuh… tuiii… kalau ikutkan hati mahu jer aku penampar sorang2 ingat apa semua orang macam dia ke…

Tapi bagus lah ko pindah umah… kalau tak silap2 ngan kau2 sekali jalan hari tuh…

Nizam Ahamad
October 30, 2006

takper.. dah masuk dalam dah.. walopun begitu.. aku harap… jgn laa dia kene mandatori punye hukuman dah ler..

Solidmind
October 30, 2006

Biar kan dia… orang cakap besar nih itu jer cara nak ajar dia…

ramzwatcher
November 1, 2006

wow…entri yang panjang.

Saya pun orang Kelate…hehe

Mintak2lah saya tergolong dalam ketegori “Kelantanase Maju”. Amin..

x gewe klate
November 18, 2006

dulu aku bergewe dgn ore klate..
aku plk org jauh..mak die reject aku sbb aku ore jauh la..
bile dgr je n terkenal je dgn ore klte..aku alergi..
huuhu…tp aku tetap suka die smp skrg..
kn naya gitu..lantak la..

mohdazam
April 3, 2009

hai ngah buat ape tu….

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Will blog for money :D

Hoi! The Box

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.