Hari seterusnya…

Sunday, February 21st, 2010 | Life stories and bablings


Semalam aku tak boleh merayau2 malam2. Lepas abis tahlil tuh, just lepak rumah jer, nak kuar minum cam biasa pun rasa xde mood. Selalunya aku lepak sampai kol 3 pagi kat sg. koyan atau aku merayau2 bandar Lipis malam2 tuh.

Nenek aku yg aku amik sebelum maghrib tadi join kat rumah aku. Dia pun tak jadi tido rumah aku,  sebab adik ipar aku ada bawak balik ekstra 2 beg anak ikan puyu dalam lori. Ada beberapa ratus ekor atau dekat seribu ekor dalam tuh rasanya, nenek aku suka tgk anak2 ikan nih kalu baru lepas. Sebab bagi makan pagi2, dia punya makan macam ape punya riuh. Bila nenek aku cerita bab2 camtuh, aku paham, aku nampak nenek aku sangat sangat happy. :) . Mungkin esok pagi dia nak bagi makan ikan2 tuh, sebab tuh dia malas nak lepak rumah aku. So dia ikut adik ipar aku balik ke rumah dia.


Didalam kanvas ini ada beratus2 anak puyu sebesar jari kelingking. Patut amik gambar nih waktu bagi makan, baru nampak meriah dia makan. Err.. ini gambar amik masa siang hari. Sesapa nak benih puyu pada harga terbaek bleh kontek aku. Aku kroni terbaek ngan adik ipar aku. hahahaha..  :D

Ahad…
Sebenarnya aku malas nak merayau2 sebab aku kene cukup rest. Aku kene berkejar balik Shah Alam seawal jam 6 pagi. Sebab bas ke Arau perlis dari stesen bas sek. 17 S.Alam tuh bergerak kol 10 pagi. So aku ada kurang dari 4 jam la untuk sampai sana dari pahang. Tidak boleh terlalu yakin bleh sampai dalam masa biasa, maklum la.. mana la tau kot2 ada aral melintang. Sementelah kereta aku masih berpantang.

So lepas subuh, kitorang gerak. 4 orang lam 1 kete. Masa balik kg cuma 3 orang, since sorang lagi adik aku mmg dah kat kg. Isi minyak full tank di Petronas Sg. Koyan, tepat jam 7 gerak.  So bajet aku kol 9.30am bleh la sampai S.Alam. AKu limitkan speed 100-110kmh sebab ye lah, dalam pantang. haih…  Perjalanan kali ini non stop selagi tak sampai destinasi. Selalunya aku benti minum2 kat genting sempah sambil menikmati cuaca sejuk, secawan kopi, sebatang dua rokok dan melihat gelagat manusia sejam dua situ. Tapi tidak kali nih, aku perlu berkejaran.

Baiklah, aku pun masuk hiway karak, matahari mula naik memedihkan mata ada masanya. Aku maintain bawak 110kmh… Tapi pastuh mula la bawak 120kmh pastuh 140kmh pastuh…  demmnn.. rosak clutch aku camnih. Belum matang maa.. ini kereta lama aaa.. manyak suka dipandu laju. Tanpa sedar dah cecah 140, 160, 170 tanpa apa2 goyang dan getaran macam kete Iswara atau kete2 lain yang aku bawak sebelum ini. Sangat puas hati walaupun rupanya tidak menarik. Senang2 bleh rapat meter standard jepun 180, samada berani atau tidak jer.. selalunya 170kmh aku dah ada gigil sket, sebab absorber belakang aku belum cukup best. Then aku maintain balik 110 – 120 je la..

Keluar karak higway, masuk tol gombak, masuk DUKE, keluar shah alam. Kete buruk compang camping (luaran – yang penting enjin happy handling ok) tapi masuk Touch N Go. hahaha..

Sampai2 di shah alam, atau setepatnya Stesen bas sek. 7 S.Alam dalam TEPAT JAM 9.04 minit pagi! Termenung jap congak… Eh. laju ke aku bawak? Kire2 balik jarak dia dari rumah aku ke Shah alam agaknya ada la 240km lebih – 300km? Ok.. mungkin sebab maintain speed kot.. korner laju tuh, turun bukit laju tuh, naik bukit pun maintain laju tuh… 2 jam nih kire cepat benar la. (Tapi rekod terpantas ada lagi). So.. sempat breakfast kat kedai dulu. pastuh mak aku tepon adik aku, “korang sempat sampai ke sebelum bas bertolak?” Errr.. dah sampai setengah jam tadi adik aku jawab… mesti mak aku cakap “pepalih, lajunya bawok kete nizam nih… “. 

Dan adik2 aku 2 orang itu, fadhil dan pizan pun aku tinggalkan di stesen kol 10 pagi. Aku pun balik dan… menyambung tido kejap.. bangun tgh ari. Hari ahad aku banyak rehat2kan badan dan diri sahaja. Tapi malam tuh sempat lagi main Dota sampai kol berapa pagi ngan bdak2 padang jawa nih. 

Esok pagi (ISNIN) aku akan ke Putrajaya plak. huh!

Related posts:
  1. Balik Kuala Lipis kejap lagi. Cuti 3 hari.
  2. Snippets – Catatan Bulan Jun Yang Panjang
  3. Hari Raya Aidilfitri 2009

Tags: , , , , , , , , , , ,

Comments Closed

4 Comments to Hari seterusnya…

jacko_sparrow
February 24, 2010

bro pakai kereta apa? macam laju je. enjen 2.0 ke bro?

Nizam Ahamad
February 24, 2010

Cukup la aku kata kete buruk saja. :P Takmo la pening2 kepala bayar bulan2. Lagipun aku banyak komitmen lain. Dan kereta lama aku lebih laju dari kereta2 baru. hahaha.. :P

Wan Ardiles
February 27, 2010

Ayat ko tu mengingatkan aku kepada van Nissan Vanette pak mentua aku. Plet ABR (lama gila). Tapi tip top enjin, bebila pun sampai ke KL, Pahang dan Terengganu.

Nizam Ahamad
March 1, 2010

Weh.. mana ko ilang skang ardiles? berblog dah tidak ke?

ABR? terus terang, kire muda sket dari plat kete aku, aku pun plat perak. Hahaha..

Kereta lama belum diganggu gugat dengan terlalu banyak eletronik punya equiptment menjadikannya simple dan mudah. :) . Nissan jugak mempunyai ketahanan dan tahap jimat minyak yang tinggi.

Tapi Toyota adalah tetap overated pada aku. Hahaha..

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Hoi! The Box

Ini Iklan Namanya

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.