Anugerah Juara Lagu 20 : Satu Keputusan Atau?…

Keputusan :
Juara Lagu : Gemilang - Jaclyn Victor
Balada : Gemilang - Jaclyn Victor
Pop Rock : Kata - Hazami
Etnik Kreatif : Aduh Saleha - Mawi.
Vocal Terbaik : Kata - Hazami
Atas sebab sms :
Persembahan Terbaik : Mawi
Detail sila ke : Website Rasmi Anugerah Juara Lagu TV3 ke 20
Ulasan aku :
Menonton juga aku akhirnya Juara Lagu ke 20 nih. Peminat2 fanatik tak bertempat fanatik MAWI pastinya amat kecewa. Sebab gagal menaikkan Mawi sebagai juara, meh aku gelakkan korang Muahahaha (Siap effect bergema!) ..
Nasib baik laaaa lain2 kategori tuh dan jugak Juara Lagu tuh takder unsur2 kebodohan SMS yang terlampau. Kalau tidak, sudah tentunya Juara Lagu menjadi Juara SMS atau Juara Fanatik atau Juara Popular tak bertempat.
Sebenarnya.. bagi aku, kemenangan Jac mengatasi yang lain itu dah ada dalam pikiran.
MENGAPA Jac mengatasi yang lain? Jika saya seorang juri (Orang kampung aku ada sorang juri tersohor situ yer :p). Saya ulangi, jika saya seorang juri… saya sudah pasti TIDAK AKAN membuat perkara bodoh seperti :
- Memberi kemenangan JUARA LAGU kepada Mawi.
- Memberi kemenangan kepada bukan lagu Gemilang
- Memberi kemenangan vocal terbaik bukan kepada Jacyln Victor.
Sebab apa? Adakah bodoh untuk memberi kemenangan kepada orang lain sedangkan Orang Luar sudah mengiktiraf Jac is the best singger before? ..
Asian Music Festival yang berlangsung di Shanghai baru-baru ini telah mengiktiraf Jac sebagai penyandang gelaran JUARA yang mana pernah juga dicapai oleh Siti Nurhaliza (orang kampung aku.. huhu) dan Deja Moss!!!(ntah ada ketidak peminat dia nih..).
Jac juga membawa lagu Gemilang semasa di Shanghai. (Ke korang rasa dia bawak lagu Saleha? Hehe.. nyata korang fanatik tak bertempat tuh..) Sebenarnya aku nak taip aku punya tilikan semalam. Apakan daya aku penat… Jadi, kini sudah jelas mengapa Jac dan Gemilang menjadi JUARA. Senang Bukan?
“RUMAH SIAP PAHAT MASIH BERBUNYI MACAM SELALU..”
Selalu camtuh laa paper esok hari atau seminggu nih punya tajuk
..
Pertikaian mungkin berlaku keatas Hazami. Mengapa? Mengapa lagu Katakanlah itu menyaingi segala lagu yang lain bahkan mendapat Vocal Terbaik? Aku pasti inilah Pahat dan penukul yang paling kuat berbunyi selepas ini. Dan fanatik Mawi pun berkata, rasanya lebih bagus dan sedap suara Mawi! Sepatutnya Mawilah dapat vocal terbaik jika tidak Jac!.. Yer.. korang mmg fanatik kalau berkata begitu, saya maksudkan.. benar benar fanatik, apatah lagi jika anda melenting mendengar kata2 saya ini.
Pada penilaian saya, vocal mawi bagus.. tapi tidak sebagus mana juga. Pada dendangan Saleha yang dialunkan masa itu.. saya sendiri tidak buta untuk berkata Mawi boleh nyanyi live. Dan walaupun rata2 calon berwajah tertekan, sama jugalah Mawi… Wajah yang tertekan. Tekanan walaupun bukan mati pun kalau tak menang. Cuma pada kali ini saya sedikit berpuas hati kerana buat pertama kali saya melihat Mawi menyanyi bersungguh-sungguh. Tidak sambil lewa seperti selalu. Congrats Mawi, bangga makcik2 dan pakcik2 felda.. Banyakkan lagi kesungguhan tuh, walaupun lakonan.. kerana ramai yang tidak suka gaya sambil lewa anda itu.
Berbalik kepada persoalan, mengapa Hazami? Sedangkan lagu itu sendiri tidaklah menonjolkan sebarang special pada vocal. Apatah lagi lagu tersebut banyak ‘repeat phase’. Dimanakah kekuatan vocal? Menurut rasa hati hamba (ceh). Inilah kelebihan menjadi penyanyi yang perform last sekali. Barangkali semua keputusan juga adalah dalam perkiraan yang kedengaran semacam ADIL dan SAKSAMA. Tapi kita tidak nampak, semua ada kebarangkalian bukan?
Sebenarnya.. saya ingin berkata dan bercerita sesuatu. Realiti di Malaysia ini, rata-ratanya suka pada Pakej. Itu yang Hazami tidak ada. Dahulu, pada masa keluarnya Winter Sonata punya lagu Versi Melayu : “Sonata Musim Salju”. Saya selalu terdengar lagu tersebut di Radio. Alangkah Lunaknya suara itu. Siapakah gerangan penyanyinya. Suaranya unik, lemak dan merdu… Malangnya apabila keluarnya insan tersebut di kaca TV.. Saya pasti, sangat ramai yang berkata baik secara terlepas langsung, atau tidak langsung, atau mungkin dalam hati . “Alahai, tak hensemnya mamat nih”… Aku amat pasti tentang itu.. Apatah lagi gaya dan stylenya pada masa itu AMAT PELIK dimata aku setidak-tidaknya. Tidak kurang juga yang mungkin berkata lebih dari itu.
Apa-apahal pun.. PAHAT PASTI TERUS BERBUNYI walaupun zaman ini orang sudah pakai Jack Hammer dan Drill!.. Yeee.. mmg pahat masih digunakan.. :p
***Sebenarnya aku nak taip panjang lagi. Tapi tak larat laa.. nanti jadi terlalu panjang. Bab juri, bab pengacara etc.. no need i think so .. untuk review2 lain bleh lihat beberapa site yang aku suka lawat :
- SultanMuzaffar (Woo.. dah glamer dia skang, seingat aku sejak layan ttg AF1/2 dulu..)
- JavardKent :Saya rasa blog ini agak berlapik sikit cakapnya, tidak macam yang lain.. hehe
- Aku Belum Gila Lagi Tau : Hahaha! Yang nih plak langsung tak ada lapik2. Aku kasi 3 eye shadow tambah dengan berlian-berlian tumpah itewww!
- Klubbkidd
* Update tambah link *
Bonus! MP3 Download (ini adalah hasil carian saya menggunakan google okeh! - pada saat saya pos nih link ini adalah aktif ) :
Hazami : Kata .mp3 *
Jacyln Victor : Gemilang.mp3 *
Mawi : Saleha.mp3
Hazami : Sonata Musim Salju.mp3 - Dengarkan kembali lagu ini ..
* - Aku update bila jumpa. hehe

February 6th, 2006 at 3:37 am
‘pahat pasti terus berbunyi’ .. ya betul !!
terpukul sket , sbb saya antara org yg tidak bersetuju ngn keputusan juri bile hazami menang .. suaranye sedap , tp pada pendapat telinga saya nih , rasanye ning lagi layak .. telinga saya bukan telinga juri , tapi hak utk memperkata tetap ade kan? dani kalo pahat berhenti berbunyi , nanti sunyi la pulak kan ? hehehe ..
psl mawi , menang org kata , kalah pun org kata jugak .. org mmg suke cakap pasal die agaknye
apa2 pun tahniah la kepada pemenang ..
and nice site dude ! my first time here …
February 6th, 2006 at 8:48 am
kalau ko jadi juri, ko nak bagi ke yang masih saingann ko untuk menang vokal terbaik. oleh itu mari kita pilih lelaki yang menang kali ini. jgn bagi wanita menang…:)
spekulasi sahaja…:)
orang kampung ko kan…? tak pasal2 aku plak kena yang ban kat sini nanti….hahahhahahaha
February 6th, 2006 at 8:59 am
Saya berasakan.. Lagu awan yang terpilu seakan-akan sudah amat lama berada di pasaran dan carta. Jadi itu yang membuatkan orang bosan kot? .. Saya juga seperti berasakan lagu awan yang terpilu telah ujud sejak 2004. Tak tahu mengapa… Tapi kelihatan vocal ning pada malam tuh agak hambar. Ada macam terkurang tahapnya..
itu saya rasa.. Gimik montaj biasa dengan baju kurung, kain batik dan tikar mengkuang kelihatan kurang menjadi.. 
aku rasa.. persembahan terbaik Kak Ani punya lebih baik dari yang lain dan agak Happening dan look happy . (sebab kali nih tak melampau dengan usung berusung.. ) Tapi pun.. itulah kuasa SMS.. Hahaha
Thanks for ur comment Kre.
February 6th, 2006 at 11:05 am
*salah plak.. ade plak montaj.. ‘props’ sebenarnya kot*
Eh.. SM ade masuk laa plak..
Tahun lepas lelaki dah menang (Spider : Relaku pujuk.
mp3) heheh.. bubuh mp3 kat ujung bagus untuk enjin carian.. hahaha.Adil la tuh.. tahun nih plak pompuan..
Errr. walaupun siti orang tempat aku.. tak bermakna aku sokong dan suka sesuka hati.. Huhu..
February 6th, 2006 at 11:38 am
Cuba pertikaikan hubungan anggota juri dengan setiap penyanyi, for better or worse. Banyak cerita….
February 6th, 2006 at 12:13 pm
ialah betul apa kata joe….
kenapa amik juri tue ek (terbaca komen SM psl jury mlm tadi)
apepun aku sukong 1001% hazami menang..best apa performance dan nyanyian dia…….tuelah asyik pikir yg nie tup2 yg lain menang..hahahahahahahahahah……
hazami aku sukong ko……mawi RAJA SMS nak buek camno…
February 6th, 2006 at 1:18 pm
jac tak menang pasal nyanyi lagu melayu slang omputih
dah tu gaya nanyi cam mak itam… meluat aku nengok
org melayu yg memuja bangsa asing jer yg rasa jac tu best
sgt mengatasi penyanyi melayu seperti ning n hazami
tahniah hazami..ning next time cuba lagi
mawi - satu percubaany yg baik..semoga lebih improve diamsa depan.. pada ja byk kan bercakap melayu supaya sebutan melayu anda lebih bagus.. jgn nak perasan jadi minah itam.. awak tu penyanyi di malaysia n menyanyi lagu2 melayu…
byee
February 6th, 2006 at 5:53 pm
Ko nie buat komen…mcm ko pro jerk…poyo pun ade..hmm…ntahla..
February 7th, 2006 at 7:50 am
i’m not a singer but i hav a basic vocal knowledge n now im embarking upon vocal and music course in UK. n recently i managed to watch AJL20 from internet. from what i saw, i think Hazami deserved the best Vocal. Some people might misunderstand, thinking that Best Vocal is only for people that can reach very high note while singing, like jaclyn victor. yes its true, she was fabulous that night with all those high notes that she could reach. But Hazami managed to show all variations of vocal techniques n he applied it well in the song. n from my point of view that was y he won the title.. reaching a high note perfectly, is just one single technique in vocal singing. we have LOADS more, n thats what Hazami managed to express in his song
February 7th, 2006 at 8:37 am
Pernah le belajar basic vocal in masa ambik supplementary subject untuk degree masa kat US dulu. Overall rasanya memang Hazami deserve best vocal tu. Org mungkin tak setuju sebab mungkin rasa suara tarik-tarik Jac tu superb. Antara rules yang paling penting bila nyanyi ialah kena pelihara authenticity of the language. Kalau menyanyi lagu Melayu, nyanyi betul-betul macam lagu Melayu. Jangan nak ubah jadi lagu Whitney Houston ke apa ke….. Jac did that big mistake. Dia kena improve pronounciation dia dan jgn tarik sampai over dose. Anything that is too much will spoil the taste……
Best song pula I think should go to Ning…. makna lagu ini sebenarnya lebih mendalam. Tidak ada apa yang istimewa dgn Gemilang…..Just a simple song.
Mawi……well org boleh kata dia raja sms tapi in reality dialah juara di hati pendengar/peminat/fanatik or whatever yang kita nak namakannya. We can put the best singer according to what we think best singer should be but if that does not sync with the people, apa gunanya……..? Forget about the issue of educating the public…..sebab most of them are educated. Quality itu subjektif sebenarnya sebab kita yang meletakkan cara mengukurnya. Tapi macam selalu org akan sentiasa bercakap about this boy. Menang salah, tak menang lagilah salah……
Anyway Juara Lagu ini bukan berkaitan dengan penyanyi tetapi lebih kepada recognition to the composers and lyricist. Kalau dilihat dari segi legendnya maka M.Nasir patut menang lagu terbaik malam itu. So far I have never hear and see any other composers that can write a song that is so different but yet can be listen to.
February 7th, 2006 at 12:50 pm
MysticDreamworks Studio!
Sebenarnya andalah yang bodoh kerana memberi komen yang keterlaluan seolah-olah Jac ini adal;ah the best of the best.
Komen sebegini meletakkan seolah-olah artis-artis yang lain seperti kelas kedua atau ketiga.
Tahukah anda bahawa vokal yang tinggi dan menjerit-jerit tidak semestinya bagus. Apa yang orang perlukan ialah kemerduan suara. Tetapi dalam konteks ini, suara Jac tiada kemerduannya. Janganlah disebabkan Jac menang kat Shanghai dah lupa pada asal usul kita. Apa benarkah yang masuk bertanding tu bagus-bagus belaka. Jangan lupa Siti Nurhaliza dan Misha Omar pun pernah memang kat luar sana tak da nak heboh.
Kita mengiktiraf lagu berdasarkan kemerduan suara, populariti, jualan album yang tinggi dan penghayatan sessebuah lagu apabila dibawa.
Tetapi ini tiada pada Jac. Lihat saja bila Jac menyanyi tiada langsung conection antara dia dengan pendengar.Setakat mengharapkan menjerit…tak payahlah…lama-lama orang pun menyampah.
Lagu Gemilang ini pun bukanlah hebat sangat mutunya.Hanya kerana ia merupakan hasil anak didik TV3 boleh lah.Sepatutnya Awan yang Terpilu dipilih kerana gubahan dan melodinya yang boleh meruntun jiwa bila kita dengar.
Malang sungguh bagi anda membuta tuli menyalahkan orang lain bila pilihan hati tidak berjaya.
Boleh dikatakan sebenarnya yang bodoh ialah anda sendiri menilai dengan emosi, tak pasal-pasal menyalahkan Mawi . Bila menang dikatakan Juara SMS, bila kalah dikutuk. Janganlah dibiarkan hati menjadi hitam
February 7th, 2006 at 2:14 pm
Kepada ENTAH : walau siapa pun adan, terimakasih sebab komen.
Terserah juga kepada anda untuk mengatakan saya bodoh. Saya tidak mendewa-dewakan penyanyi. Dan saya mengulas secara jujur atas apa yang saya pikirkan. Saya juga tidak kata Jac adalah Superbagus. Saya ujarkan diatas “Jika saya menjadi juri”.. iaitu satu perbuatan selamat untuk menjadi seorang juri, supaya tidak ada cakap2 belakang yang saya juri tidak adil.
Jac sebelumnya menyanyi dengan baik, saya akui dia menyanyi kali ini saya pun rasa menyampah, dengan terlebih BUNGA SUARA dan TERLEBIH JERIT!.. dan akibatnya dia tidak memenangi pun kategori vocal. Saya lebih kecewa pada lagu Wajah yang dibawanya… sepatutnya dia BOLEH MENANGIS(atau berlakon menangis) dan Menyebabkan orang lain juga menangis kalau betul dengan Moodnya.. Tapi dia mungkin sengaja tidak mahu buat demikian… Mungkin orang lain akan sedih.. atau mungkin orang lain kata dia mengada-ngada plak kan? So dia pun tahu Play Safe.
Mengapa pula kata saya lupakan siti? Saya pun notiskan disitu siti pernah menang bukan? Kita jangan lebih Melayu dari Melayu.. Susah.. Takkan orang bukan melayu nyanyi lagu melayu kita rasa terhina?. Sedang dia tah2 kene kutuk dengan Bangsa dia (Jac) sebab ada ke patut nyanyi lagu MELAYU = Gemilang (dan boleh menang? Di Shanghai?! (Dan adakah kat Shanghai tuh dia menag sebab TV3?) haa.. pikir gitu plak bleh? ) Sepatutnya Melayu berbangga.. dan tolaklah semua fahaman ortodok perkauman tuh.. Tak hilang pun “Bangsa Inggeris” sebab bahasa Inggeris digunakan “bukan Inggeris” samada nyanyi dan bercakap bahasa dia..
Tentang mawi Juara SMS? (anda mesti peminat Mawi kan “entah”?) Paper/Suratkhabar hari nih (7 Februari) pun dah kata macamtuh.. bukan aku yang kata aa..

Tidak semua orang suka pada lagu awan yang terpilu, sama seperti tidak semua orang suka pada mawi, begitu juga Jac, dan begitu juga… tidak semua orang suka apa yang anda tulis DAN AKU TULIS juga..
Dan atas sebab KETIDAKSAMAAN itulah juga wujudnya INDAH dunia ini. JIKA SEMUA SAMA, semua kita akan BOSAN yang amat.. Kan?
Thanks again for ur comment ‘Entah’
February 7th, 2006 at 3:07 pm
time AJL20 tu bersiaran langsung aku tengah bersiap2 nak tidor. sebab siangnya aku penat drive (penat drive slow ikut had laju … aku nak autobahn kat malaysia!) so bagi aku AJL20 tu buang masa jer … sebab aku mengantuk dan nak tidor.
tapi aku tengok jugak
sekerat … sampai time mawi nyanyi aku tarik bantal terus tidur .. sedap sungguh suara mawi menjadi dendangan tiidur aku.
pengacaranya aku tak suka. tak suka cheryl. tak suka farah fauzana. tak suka semua. tapi time lagu mix yang dinyanyikan oleh penyanyi lama tu … dejay dave ek? fuhh … sedap mendengarnya

komen aku. mawi tak patut menang. jac pun tak menang. hazami pun tak. aku sokong ning
February 7th, 2006 at 5:01 pm
MysticDreamworks Studio!
Terima kasih di atas penerangan dan teguran yang diberi.
Persoalan yang ingin saya utarakan ialah bukan pasal Mawi atau Jac tetapi sikap orang kita yang belum apa-apa sudah meletakkan orang kita terlebih rendah tarafnya.Kita jangan lebih Melayu dari Melayu.. Susah.. Takkan orang bukan melayu nyanyi lagu melayu kita rasa terhina?.
Ini bukan soal rasa terhina, tetapi soal maruah penyanyi yang yang lain di Malaysia. Mentang-mentang Roslan Aziz panggil Jac super singer maka bila bertanding dah tentu Jac menang.
Silaplah bang……U cakap soal..Sepatutnya Melayu berbangga.. dan tolaklah semua fahaman ortodok perkauman tuh..
Siapa sebenarnya yang perkauman…jangan lupa kisah Moorty, Nyonya Tahir.Tepuk dada tanya selera.Saya sebenarnya bukan mahu membicarakan soal perkauman tetapi soal mutu suara dan lagu.
Lagu gemilang sebenarnya lebih merupakan lagu bercorak patriotik.Sebab itu soul lagu itu kurang melekat di jiwa pendengar berbanding dengan lagu Awan terpilu, atau sekadar di pinggiran atau Ghazal Untuk Rabiah.
Apa yang menjadi pokok persoalan ialah sejak dari tahun 1986 hingga tahun lepas , anugerah juara lagu pasti memiliki ciri-ciri seperti popular, jualan album meletup, majoriti meminati dan mengingati keindahan lagu yang bergelar juara. Siapa yang tidak ingat Isabela, Zaiton Sameon menaruh harapan, Rmlah Ram kau kunci hatiku dan lain-lain yang mana penjualan albumnya meletup=letup bang.
Bayangkan AJL 20 gemilang album tak lagu…promosi hanyalah TV 3.
Cuba ingat kata M.Nassir baru-baru ini…mau bikin lagu pop ka atau apa…tiada hala tuju
Akhir kata jangan maraaaaa aaaaaa
February 7th, 2006 at 5:01 pm
wah..meriah komen nampaks.
aku, walaupun aku minat mawi (bukan fanatik ok), tapi aku tidak la kata dia deserve utk menang juara lagu atau best vocal sekalipun. untuk persembahan terbaik, kalau aku juri pun aku tak kasi mawi menang. mungkin aku kasik hazami jugak atau pun adam. hazami perform gempak per.
bab hazami. he deserve the best vocal. aku tidak setuju sama sekali dengan kata2 engkau, bahawa jac seharusnya dinobatkan sebagai vokal terbaik hanya kerana dia diikhtiraf di negara luar. cuba kau dengar suara hazami betul2. tone dia sangat sedap berbanding jac. dan sangat smooth, also colorful *tiru kata sifu m.nasir*. suara jac pun sedap juga, dan power. tapi tak ada salahnya gelaran itu jatuh pada hazami.
ning- vokal dia mcm berterabur jek malam tu. performance pun kureng. lagu tu dah cukup strong dah sebenarnya.
ok, pendapat aku je. ok la result malam tu. cuma aku rasa persembahan terbaik, tak sepatutnya pada mawi. hey, aku peminat yg rasional taww. ahaks
February 7th, 2006 at 6:25 pm
Entah :
. Samada Jac mahupun sesiapa. saya kirakan pos ulasan saya itu juga adalh nampak selamba tapi saya amat berhati-hati. Mohon perhati betul2.. 
Saya tetap rasa gemilang lagu yang bagus. jangan kerana terlalu suka pada awan yang terpilu kita kata awan yang terpilu adalah bagus.
saya ulangi, saya tidak mendewa-dewakan penyanyi
Ghazal untuk rabiah juga bagi saya tidak melekat langsung dihati saya, ini yang saya maksudkan tentang tiada persamaan.
Mengapa anda katakan suara jac tidak sedap? Mengapa pula orang kata suara ning sedap?.. Jika tidak sedap, mengapa jac yang dinobatkan sebagai 1st malaysian idol? Adakah kerana semua melayu takda redit nak vote melayu? tidak bukan, yang pasti pasti ada ramai melayu juga yang bersemangat lebih ke Malaysiaan. Yang membuat perkiraan pada tahap wajar dan menilai sebaik mungkin.
Saya satu masa pernah minat ning. Lagu Pasti?. sebenarnya.. dalam turun naik pasang surut dunia hiburan atau artist itu sendiri adalah perkara yang tak dapat dinafikan. Ning orang lama, sudah mula pudar cahayanya.. sebut saja, persoalan USIA, persoalan GLAMOUR, persoalan apa saja.. semuanya akan ada kait mengait.
Bagaimana jika Siti Masuk Juara lagu sebagai Calon? 10 tahun lagi mungkin Siti juga sudah tidak di pandang bukan?. So personally i think.. Ning sebenarnya sudah mulai kehilangan ‘zamannya’. Kedengaran agak berat bukan? tapi kadang-kadang itulah hakikat yang perlu diterima..


Kalau ikutkan, saya masih suka pada suara Uji Rashid berbanding Ning, Jac, (siti kelas lain). Ataupun suara Sharifah Aini semasa mudanyaa.. Lemak, manis dan berkrim.. tapi kini?.. Biasalah.. putaran hidup.
Uda : Yang jack tuh saya palang/strike kemudian .. sebab salah satu dari tekaan saya salah. saya tidak hipokrit.. Kesalahan tetap kesalahan..
Paper hari nih jugak (Utusan dan berita) ada mempertikaikan kemenangan Hazami. Bukan saya aa.. saya cuma membuat andaian. (SILA BACA DAN FAHAM). Tapi kat paper mmg keluar macam tuh..
Perhatikan Andaian saya :
Jadi harap faham apa pendirian saya… Saya tak mahu jawab lagi lepas nih… Cuma kerana anda mengatakan saya bodoh, jadi tak wajar saya tak jawab bukan? ..
terima Kasih lagi sekali..
February 8th, 2006 at 4:06 am
haa .. makin kuat pahat2 nih berbunyi ..
kan meriah namanya tuh !! baru la werrllll …
hehe ..
February 8th, 2006 at 8:10 am
MysticDreamworks Studio!
Terima kasih sekali lagi dalam membalas komen saya ini.
Sebelum terlambat, saya nak clafify bahawa saya sebenarnya bukan maksudkan anda bodoh tetapi sekadar menjawab balik ulasan…..Jika saya seorang juri (Orang kampung aku ada sorang juri tersohor situ yer :p). Saya ulangi, jika saya seorang juri… saya sudah pasti TIDAK AKAN membuat perkara bodoh seperti :
- Memberi kemenangan JUARA LAGU kepada Mawi.
- Memberi kemenangan kepada bukan lagu Gemilang
- Memberi kemenangan vocal terbaik bukan kepada Jacyln Victor.
Sebab apa? Adakah bodoh untuk memberi kemenangan kepada orang lain sedangkan Orang Luar sudah mengiktiraf Jac is the best singger before? ..( Jadi kalau misunderstood maaf dipinta)
Mengapa anda katakan suara jac tidak sedap? Mengapa pula orang kata suara ning sedap?.. Jika tidak sedap, mengapa jac yang dinobatkan sebagai 1st malaysian idol? Adakah kerana semua melayu takda redit nak vote melayu? tidak bukan, yang pasti pasti ada ramai melayu juga yang bersemangat lebih ke Malaysiaan. Yang membuat perkiraan pada tahap wajar dan menilai sebaik mungkin.
Memang suara Jac tak sedap. Dia menang kerana vote……sama macam Daniel 2nd Malaysian Idol.
Jangan terperanjat beruk bang kalau 3rd Malaysian Idol nanti mungkin nama-nama seperti Shawn atau Stefanie atau David yang menang.
Saya kasihan melihat lagu Gemilang di gospelkan secara langsung….(Maklumlah ramai juga Melayu yang vote)
Percayalah lama-lama orang menyampah …….
Jangan lupa kita sepatutnya mengikut majoriti…….
Namanya lagu, mestilah yang sedap telinga kita dengar.
Pagi tadi dalam radio Era ketika K n K ke udara ada diselitkan pertandingan meneka lagu.Ketika irama Gemilang dimainkan
kedua-dua peserta tak dapat meneka tajuk lagu tersebut. Bayangkan baru saja dinobatkan sebagai juara lagu , orang tak tahu apa tajuk lagu. Ini menandakan orang tak ambil peduli kerana…..melodinya tidak lekat di jiwa.
Bang dalam Berita Harian pun ada komen positif mengenai kemenangan Hazami. Maknanya ramai juga yang bertepuk tangan dan bersorak gembira bila Hazami diumumkan sebagai pemenang.
Cuma saya rasa terkilan lagu gemilang cuba di Gospelkan dengan barisan koir ala-ala gereja….
February 8th, 2006 at 5:11 pm
laaaa…lagu digospelkan pun..nak dijadikan isu..rilek aaa..tak tergugat iman pun bila dengar.itu kan namanya kreativiti..
mcm kak ani..dibawaknya rombongan cik kiah..takpe..itu kan kreativiti..
mcm mawi..joget sket..takpe..kreativiti..
pendek kata,kreativiti laa
apa2 hal pun,saya agak kesal sebab lagu seindah ‘WAJAH’, tak menang..kan best kalau ada kategori lirik terbaik..memang tip top nukilan Kak Chah..
February 9th, 2006 at 10:49 am
La Cakpong…memanglah tak tergugat iman bila dengar lagu di gospelkan tapi lama-lama nanti jadi lain.Kalau tak percaya cuba singkap sejarah Nyonya Tahir.Mula-mula dulu duduk aje ngan nenek kat umah orang Cina. Lepas tu agaknya tak ada orang tegur jadilah dia orang …..Kita ni bab agama tok leh remeh temeh. Sebab kita remeh temehlah orang cuba perlekeh agama kita. Cuba ingat isu memo 9 menterei pada Pak Lah..n isu karikatur kartun yang menghina agama Islam.
Jangan marah aaa sekadar ingat mengingati. Hiburan-hiburan juga tiang agama mesti dijaga
February 11th, 2006 at 1:38 pm
Sedih betul dengan kecelaruan industri hiburan kita. Menang salah, kalah salah. Terima saja keputusan yang dibuat.Mereka yang mengadili lagu-lagu yang dipertandingkan bukan calang-calang juri. Lihat pencapaian mereka. Selagi keputusan yang diberikan adalah ikhlas dan beretika, walau apapun jua natijahnya diharap akan membeli laluan positif kepada industri hiburan.
Jangan anggap bila satu-satu penyanyi menang di luar mampu merajai industri tempatan. Contoh, Deja Moss pernah menang di Shanghai begitu juga Dina. Di mana mereka sekarang? Walaupun mereka aktif tetapi kehadiran mereka seolah-olah dinafikan oleh media kita sendiri.
Terlalu banyak penyanyi kita yang mempunyai vokal yang meremangkan seperti Adibah Noor, Farahdiya (sekadar menyebut) yang memberi kita pilihan supaya jangan obses pada yang satu.
Saya pernah menyaksikan Jac menyanyi secara life begitu juga Ning dan Siti Nurhaliza namun kedua-duanya tidak mampu menandigi kekuatan persembahan Siti dari segi Vokal kerana lagu Siti jauh lebih sedap di dengar secara life daripada yang dirakamkan berbanding Ning dan Jac.
Masalahnya mentaliti kita yang membayangkan satu-satu keadaan. Bila kenyataan menyimpang jauh daripada apa yang dibayangkan jadilah rumah siap pahat berbunyi. Seperti juga mengenai Melayu malas.Itu sebenarnya mentaliti yang ditanamkan zaman penjajah lagi. Kita berfikiran sempit. Tak ingatkah kita bagaimana mak bapak kita bangun seawal 3-4 pagi nak pergi menoreh getah dan siangnya membuat kuih untuk membesarkan kita, tapi bila besardah pandai sedap cakap Melayu malas.Tak terasa bersalahkah kita?
Akhir sekali, beri laluan kepada mereka yang pakar membuat penilaian. Saya bukan hendak menafikan hak kita bersuara kerana ia adalah satu cara yang terbaik untuk menyedarkan mereka yang menyimpang. Kepada para juri sekiranya adanya unsur-unsur bias dalam penilaian anda seperti yang dicakap-cakapkan ini adalah peluang anda dan juga yang lainnya supaya lebih profesional dan sekiranya ianya desas desus sahaja anggaplah ianya satu cabaran untuk menjadi lebih baik dan telus.
February 17th, 2006 at 4:25 am
mawi menang…baguss..jac menaang bagusss…hazmi menang….bagussss…..aper yg penting…semua merasa….yg tak menang…rilex lah…tingkatkan usaha lagi…kalo tak bole dah…pencen jer…bagi org lain lak….kalo rasa bole pi lagi….teruskan…..jgn ader hasad…dengki..irihati…terima jeee…pada peminat 2 jac ke..mawi ke…atau sape2 lah yg terlibat juara lagu…ko org aper nak sedih sgt…nak sokong sgt …fanatik sangat…ha aper lagi ..beli le lagu dier org..yg original…labor duit skittt..ckp jerrr bole laaa….
ko tau…aku punyer le nak tau..sapa juara..aku ne dah lah keja kat pakistan..terpaksa buka web sana..web sini..nak tau sapa menaang….tup .. tup…jac menang….mmg dier punyer suara ok…tapi kdg2 tak semua org suka cara nyanyian dier..tapi aku suka tgok bibir dier….makoiiii….mawi…pada bagi pujian kat dier..baru nak mula…dah angkut macam2 anugerah…pasal aper…mmg dier berbakat..tapi nak buat camner..rezeki simawi ne mmg banyak…bagi lah can kat dier…..mmg dier ok pun…hazami…aku suka cara dier kawal vokal dier…okey aper..mmg ader talent…boleh laaa…
aper2 pun ….yg tak menaang tu..kepada penyokong dier orrg tu..nah..ne le masanyer..nak naikkan org kata’icon’..idol penyanyi impian..belile keset ke…cd ke..tapi beli le yg original…
kat mesia ne…..tak bole buat aper2..kalo dah suka..buatlah cammaner….sedapke..sumbang ke…nampak pak lawak ke…artis tu tetap jadi pujaan..anyway…
aku tak sokong maner2 sebab aku takj tgok..aku kat pakistannnn…baik aku tgok si asywara rai tu…fuhhhh ..
ok semoga berjaya kepada semua peminat2 saya.
May 2nd, 2007 at 3:45 pm
JUARA LAGU ADALAH PLATFORM ARTIS BERSAING DAN BERTANDING.SAMA ADA SUKA ATAU TIDAK ADALAH LUMRAH BERTANDINGAN.KEMENANGAN JACYLN SUDAH DI DUKA.KEKUATAN VOKAL TIDAK DPT DISANGKAL LAGI.RAMAI YG NAK MENANG.TAPI SATU JADI PILIHAN.SEMENJAK JUARA LAGU BERADA DI PERSADA SENI SEJAK 1986 ZAMAN FRANCISSCA PETER HINGGA ADIBAH NOOR.BANYAK DAH BERUBAH.STAGE DAN CARTA.KATGRI DIWUJUDKAN.INI MEMBERI PELUANG PADA ARTIS YANG TAK PERBNAH JEJAK JUARA LGU BERTANDING.YG X POPULAR JADI POPULAR.BEGITULAH SEBALIKNYA.ANTARA ARTIS YG SERING KE FINAL ADALAH M.NASIR ,SITI NURHALIZA,NORA,NORANIZA IDRIS,ZIANA ZAIN,LIZA HANIM,SHIMA,ROHANA JALIL,RAMLAH RAM DAN RAMAI LAGI.JIKA ANDA PERASAN.ARTIS AKAN BUATA APA SAJA UNTUK MENANG.ADA YG ALA KADAR SEBAB DAH TAHU TEWAS AWAL AWAL KERANA ADA ARTIS ITU DAN INI.KATEGORI YG ADA MEMBERI PELUANG ARTIS MERAIH POPULARITI DAN KUALITI PADA SEORANG PENYANYI.APABILA MEREKA LAYAK KE FINAL,TENTU MEREKA BUAT YANG TERBAIK.DENGAN KEMANTAPAN VOKAL DAN PERSEMBAHAN DGN MENGHEMPAS PULAS.KALAH ATAU MENANG LAIN CERITA.JUARA LAGU JUGA MENCARI LAGU YANG JARANG KITA DENGAR DAN UNIK.LAIN DARI YANG LAIN.KEKUATAN LIRIK,MELODI DAN VOKAL MAIN PERANAN.PERSEMBAHAN PASTI YANG TERBAIK.SEMENJAK JUARA LAGU NI,ARTIS PASTI BERGAYA SAKAN BILA MENYANYI.SETAHUN SEKALI KATAN.TAPI BERBALOIU KERANA NAMA MEREKA AKAN DIUKIR DALAM SEJARAH JUARA LAGU.TENTANG COMMENT PAKAIAN ARTIS ADA JUGA YG TIMBUL.CONTOHNYA NING BAIZURA MEMAKAI DBAJU KURUNG.TAPI JIKA ANDA PERASA,FRANCISSCA PETER JUGA PERNAH PAKAI BAJU KURUNG AWAL JUARA LAGU 1986.SO,JURA ADLAH MILIK NYA MELALUI LAGU SEKADAR DI PINGGIRAN.ARTIS PERTAMA BUKAN MELAYU,LAGU DAN ARTIS WANITA YG RAIH.FRAN JUGA RAIH TMPAT KEDUA MELAUI LAGU SAAT AKU KEHILANGAN MU,PADA PERTANDINGAN YANG SAMA.HEBATKAN.RAMLAH JUGA SERING KE FINAL.ANTARA LAGU BELIAU ADALAH KAU KUNCI CINTAKU,CINTAKU HANYUT DI LAUTAN SEPI(AJL 89)SELAMAT JALAN ROMEO,ZAPIN YANG TINGGAL.ROHANA JALILI DENGAN LAGU RAYUANKU(1988)RESAHKU(1989)JANGAN MAIN MATA,NALURI CINTA(1999)YG TERBARU LAGU TAAT.BERSAING KETIKA JACYLN VICTOR SELAKU JUARA.PERTANDINGAN INI ADALH TEMPAT ARTIS MENCARI REZEKI DAN MERAIH POPULARITI.NASIHAT AKU PADA ARTIS SEKARANG,EWAH,JGN MUDAH MENGALAH,SENTIASA HASIL YANG TERBAIK.CARI LAGU YG UNIK DAN LAIN.AKU SETUJU ADIBAH NOOR MENANG DAN JUGA JAC.LAGU GEMILANG MENAMPAKKAN SEMANGAT DAN KEKUATAN VOKAL PERLU ADA.LAGU TERLALU ISTIMEWA ADALAH LAGU YANG PUNYAI MESSAGE YANG MENDALAM UNTUK INSAN YG KEHILANGAN ORG TERSAYANG.YELAH,ASYIK LAGU CINTAKAN.JADI,MEREKA KENA CARI LAGU YANG ADA MESSAGE,MELODI YANG INDAH,UNIK DAN TAK PERNAH ADA LAGU MCM NI.TAHUN 2007,SEKATAT INI AKU RAMALKAN ANTARA YANG BOLEH TERCALON SEBAGAI JUARA ATAU FINALIS JUARA LAGU SEPERTI IZINKAN AKU PERGI(KAER)DRAMA(NING)BISAKAH(SITI NURHALIZA)JOGET LAMBAK(ADAM)SAMUDERA(NORA)JANJIKU(SOFAZ)PERCAYALAH SAYANG(VINCE) .RAMALAN JE.TAPI HASILKAN YG TERHEBAT.TERUS MAJU ANUGERAH JUARA LAGU YANG BERPRESTIJ.0194897980
January 19th, 2008 at 12:51 pm
hrummmm..menggelabah arrr penulis blog pasal sape menang.. nie menang tuh fanatik. tuh tak.. ape kejadahnyer…..
banyak mende lain nak difikirkan beb…..