Nizam Ahamad a.k.a Mysticmind

Sudut Ke Tujuh!
 

Review Kelas Google Adsense, Affiliate dan SEO

Ulasan, review ikhlas dari saya yang menyertai kelas Adsense dan Affiliates anjuran WangCyber.com
Tutor : Shuth, Kidino + Sunny Tan + GobalaKrishnan

kelas.jpg
(Yay! dapat doh gambo, curi dari blog shuth. hehe.. )

Review kelas dari aku..
aku nih suke sangat buat kecoh dan kejam tau.

*******

Kelas bermula agak lewat, biasalah melayu. Hahaha . Sebab aku pun lambat dalam 5 minit. Walaupun aku duduk shah alam. tempat tu aku jarang pergi, kalaupun pergi Tesco tu aje. Melilau juga aku mencari lot mana. Mungkin sebab tak check betul2 alamat. Jadi aku masuk orang dah pun ramai. Yang belum masuk dalam 5,6 orang jer. Kelas mungkin start pada tepat masanya. Cuma tergangu2 dan sangkut2 oleh orang lewat sket cam aku.

Pengisian kelas… Aku kutuk dulu aaa.. campur2 laa..

Ada beberapa perkara aku rasa boleh diperbaiki NEXT TIME.
4 Orang Sifu besar BERLAGA TOPIK. Ini patut dielakkan. Dan aku faham, bahawa dengan kedatangan BONUS Sunny Tan dan Gobala, maka perkara yang sama ada banyak kali repeat. Ini membuatkan PEMBAZIRAN MASA. Yang sepatutnya boleh dijimatkan.

Ketiadaan TAG perserta bagi aku BAGUS. Sebab tak la exsposed si Perahsia dan Pemalu cam aku. Hahaha..

MAKAN OK. Minum kureng.. 2 kali nescafe juga. Small Matter la. TEMPAT cantek. Selesa.

Alangkah baiknya jika ada Tampalan Poster sedikit dari simpang masuk tesco tu untuk ke tempat Seminar.

*******

Apa yang menariknya kelas ini. Saya personally rasa, wujud beberapa pertelingkahan pendapat antara 4 sifu besar.. no… Shuth tak cukup besar lagi :p Razz Lagipun shuth simply on the adsense basic dan part2 yang mungkin dah banyak diketahui. Walaupun sebilangan besar lagi peserta sebenarnya masih belum menguasai bab tersebut. Tidak kisahlah, kerana ianya memang perkara yang BAIK DAN PATUT untuk di ULANGI. Tapi tanpa shuth takkan wujud wangcyber.com ni kan….

Saya kembali kepada menceritakan “siapa lebih power” dikalangan Sifu2. Bila 3 sifu besar memberi ucapan, adakalanya masing2 mengatasi atau persaingan tidak nampak yang ujud secara semula jadi. Dan ianya bagus, kerana sesetengah skill rahsia ada yang terkeluar. Dan ini saya dapat curi. Hehehe…

Kursus ini akan LEBIH BERJAYA jika anda masukkan 1 tajuk UTAMA : ASAS SEO dan TIPS2 nya sekali. Ini tiada dalam silibus korang. Rugi, sebab ramai sangat yang nak belajar SEO nih. Next time make sure masukkan perkataan tu.
So saya nak bagitahu ramai bahawa, apa yang diajar berkaitan SEO (yang tidak dinyatakan dalam tajuk seminar) , adalah tahap INTERMEDIATE dan ianya BUKAN SESUATU YANG MURAH DAN MUDAH untuk korang dapat.

…….

So far kursus ini AMAT BERBALOI. dan ditambah dengan BONUS SIFU. Maka ianya lebih bernilai dari RM 300.00 yang saya bayar , ianya mungkin dalam RM 1K + SEO CLASS bernilai 2K = nilainya RM3K keatas. Terpulang pada penilaian setiap orang.

Kewujudan kursus2 sebegini bukan sahaja untuk mencari duit pada pihak2 terbabit, tetapi baik untuk pertukaran ILMU dan MAKLUMAT serta Business Link between Us. Selain itu ianya merupakan satu SUMBER INSPIRASI atau spirit dan desire dalam diri saya yang kini sudah memulakan proses untuk “Wang mengalir bagai air kedalam akaun anda”. Tapi jalan yang betul. Hohoohoo..

Terimakasih buat Shuth, Farid, Kidino, Sunny Tan, Gobala for all of this

Rating : 9.7/10 out of 10 .




9 Responses to “Review Kelas Google Adsense, Affiliate dan SEO”

  1. amrul Says:

    hmm,ulasan iklas,sy brminat gak nak g klas tu tp xde kesempatan baru2 nie…

    drpd ulasan mystic nie.kirenye kelas tu bagus la ek? cuma slack dlmpembahagian pembentangan la?

    so bg mystic,kelas shuth nie sbnrnye utk sape? beginner /intermediate? kalo beginner,yang tahap mane? rsnye takkan la beginner yg xtau ape2 pasal adsense sanggup mellu masukkan?

    if shuth bwat kelas lagi…nak bwat yg tahap beginner ke tahap lain?

  2. mysticmind Says:

    a ah.. kire kelas nih bagus la. Lagipun ianya buat julung2 kali di ada kan. Jadi walaupun tak bleh nak expect banyak sangat. Kelas nih kalau ikut untuk intermediate.. saya saja suka menyibuk.. hehehe
    tak laa.. dalam banyak yang kita tahu tuh,…. kadang2 ada part yang kita tercicir atau tak tahu.. so banyak juga yang saya dapat apa yang saya tercicir dan tak tahu.. :) serta lebih faham pada beberap perkara.

    Nih kelas nih.. kalau kira, kelas ORANG YANG DAH TAHU BUAT WEB tapi tak tahu sangat ttg adsense.. so, bagi yang tak tahu buat web tuh, belajar lah buat web dulu.

    harapnya diorang buat lagi. Sebab kalau tgk pun ramai yang nak datang tapi tak dapat nak daftar. Maklum laa.. hari sibuk lain2. Aku rasa kalau diorang nak buat pasnih, mungkin buat kat KL plak..

    kalau tanya aku.. tahap beginer atau tahap lain?.. Tahap beginer sampai intermediate lagi bleh cari makan.. Tahap advanced susah sikit.. samada dari segi harga dan sambutan orang. Anyway.. Datang jer.. berbaloi, sekurang2 kalau korang nak mencuba something, korang daha ada kenalan yang pakar kan..

  3. c4stello Says:

    kira ok apa… dapat gak ko nilai sejauh mana persembahan kelas nie… yang paling penting ko dapat kenal dan belajar apa yang nak dipelajari!

    aku teringin gak nak join tapi masa yang selalunya tak mengizinkan… saper tak nak duit eheh

  4. Farid Says:

    Terima kasih diatas pandangan dan cadangan anda.
    Akan dijadikan panduan untuk memperbaiki kelemahan yang ada…pada masa akan datang…itu pun kalau sifu-sifu ni nak buat lagi….he…he..

  5. Miclee Says:

    Helo mysticdreamsworks this is my 1st time ter’surf’ing web ngkau ni. Honestly i really like to read every words here heheh .

    - Thank You -
    Miclee Of Keningau , Sabah

    P/S esok i klik lagi web ni .

  6. Nizam Ahamad Says:

    thanks alot miclee.
    but i never update my blog everyday yet :P once a month perhap.

  7. ikram_zidane Says:

    dude.. bayar rm 300 untuk kursus ni.. macam membazir.. SEO boleh belajar fully through the internet.. its always about good practice..

  8. Nizam Ahamad Says:

    dalam banyak yang kita tahu..
    banyak juga yang kita tak tahu.

    bagi aku, 300 tuh bukanlah sesuatu yang terlalu berat..

    macam aku cerita kat atas tuh.. bukan sebab aku tak tahu langsung.. tapi selain aku nak jumpe diorang.. aku pun dapat laa bende2 yang aku tak dapat..

    mmg aku sorang yang self study. lebih dari orang lain pun.. :D tapi macam aku kata laa..
    Dah banyak yang kita tahu, ada lagi yang kita tak tahu dan baru terjumpa kemudiannya..

  9. Angel Serrano Says:

    I dont understand very well your language.

    The people of the photo seems to be good persons.

    Have you heard about the keyword “compuntoes” ?
    It is a web positioning contest and you can win 2000 euros or more.

    You can get more engish information at:
    http://www.mind-graph.net/creator/2006/09/compuntoes.html

Leave a Reply