Nizam Ahamad

As Known As Mysticmind
 

Motion Graphic Montage Maskulin Party 2008

Dulu-dulu… aku mungkin ‘beragan’ nak buat bende2 tak senonoh camnih. Tapi berangan jer takkan hasilkan apa2. Dengan beberapa upaya aku berusaha nak faham sendiri-sendiri software After Effect, so then aku bleh la buat mende2 simple dan bodo2 jer dulu.

Kemudiannya diajar perkara asasnya dapat aku faham dengan lebih baik menggunakannya… oleh seorang bekas teman sepejabat yang bernama Rafi Jupri yang kini bekerja di AirAsia. (Aku rasa dia mungkin akan baca pos aku nih.) Well… Rafi, ko tetap sorang guru terawal aku lam bidang mende alah nih. Huhu..  Walaupun ko selalu kata… “Ape la sangat, eh manade”.. Tapi mmg dari ko gak aku start belajor mende nih supaya lebih faham.. OK! Hasilnya…

Montaj nih adalah ‘opening montaj’ aku buat untuk event Majalah Maskulin sabtu baru-baru ini. (2 Ogos 2008). Mula petang, abis malam… so jangan kata aku larat sangat nak pegi ke Gath WangCyber atau buat mende-mende lain. Lagipun takde pun aku bagi nama… sebab aku tahu, aku bukanlah orang yang bleh merancang awal nak pegi mana. Aku tak sukalah hidup aku terlalu dijadualkan. Orang lain, lain cerita lah.. :D Lagipun.. aku nih bukanlah orang sosial sangat.

The Return of Maskulin Party 2008 (Party ulang tahun ke 7 Majalah Maskulin), bertempat di The Funtheque , The Ship Bukit Bintang KL (ko gi clubbing ke Mistik? A ah.. yelah tuh) . Yup, depan bukit Bintang Plaza tuh, merangkap kawasan segi tiga emas Malaysia atau kawasan yang paling mahal setiap inci tanahnya di Malaysia nih. Mula lewat petang dan habis malam. Penat seh, dah la aku yang wat montaj tuh sorang-sorang sekian harinya.. err.. seminggu kot.. tuh pun hari Jumaat baru leh siap btul2. Ada 2 montaj sebenarnya….

Semasa event tersebut, aku yang juga merangkap CamcoderMan (bawah sket dari kameraman la kot, kalau ngan ultraman tuh lagi la merepek… hehe). Adalah amat melenguhkan tangan dan bahu mengeshoot handycam Sony tersebut sepanjang event. Tak kisahlah.. janji enjoy.. Erm.. event tuh gak bleh lah dikatakan meriah dengan kehadiran lelaki-lelaki sasa PLM (Pencarian Lelaki Maskulin) dan bleh kata ramai dah jadi model belaka serta ramai koleksi gadis-gadis melayu 3GP genit²  heehehhe .

Tidak lupa juga berpuluh-puluh (tak kire sangat) artis lelaki dan perempuan hadir sama. Nantilah aku update later gambar2 aksi panas pada pos seterusnya. Nikmatilah hasil montaj gue.. Abaikan music pilihan ‘last minit’ tuh kalau tak best. Lagipun music tuh tak pakai, sebab pakai Live Audio dari DJ NAS-T (Pelakon Drama KAMI tuh).

Ok!!! Sapa mahu order sama aku visual montaj untuk event besar² jangan malu². Sediakan beberapa ribuan ringgit ya!… Hahahaha. Calos..




12 Responses to “Motion Graphic Montage Maskulin Party 2008”

  1. Sham Razi Says:

    Hampeh jer… Aku rasa mcm baru smlm jer ko buatkan video effect nama aku… Tup2 dah boleh buat montaj… cehhh… susah nak kejar nih…

  2. jack_sparow Says:

    fuh.. sempoi ah brader..
    susah ke nak guna after effeck tu?
    gua nak guna photoshop pun terkial-kial lagi ni.

  3. Nizam Ahamad Says:

    @sham : Ye ke? bukan mmg semalam ker? hehe. dah setahun lebih dah ko balik kelantan kot? :D huhuhu

    @jack : Biasa2 jer tuh, a ah, guna after effect la.. kan dah tulis kat atas tuh . :D Photoshop? pejam mata jer.. kene rajin pakai baru pandai..

  4. rezki benbego Says:

    kerenzz! kamu yg buatkah?

  5. Ana Says:

    Lama xdengar lagu black machine tu.. lagu yg saya suka skitar tahun 90an..

  6. Nizam Ahamad Says:

    @rezki : wah!. dari indonesia ya pak. Mekasih kujungi web ini. Biasa-biasa ajah montaj itu. :D ngak keren sangat.. haha

    @Ana : Aaaa.. mmg lagu lama la tu..

  7. My First Motion Graphics. - Webmaster Malaysia Forum Says:

    [...] last minute. This one was done by 1st august 08. For a company magazine events. Detail here : Motion Graphic Montage Maskulin Party 2008 Anyone here involved in motion graphics / video? I think it still related, many website nowaday [...]

  8. jack_sparowz Says:

    dah bersawang dah blog bro ni.. update la bro. :D

  9. jack_sparowz Says:

    dey brader! update la.. kekekekke

  10. Nasrun Says:

    Ko memang otai design.. lama tak update blog yer.. banyak keje..

  11. » Aku sudah menjadi menjadi seekor tikus? Dan snippets ke - 2 Says:

    [...] Nizam Ahamad a.k.a Mysticmind Sudut Ke Tujuh!   « Motion Graphic Montage Maskulin Party 2008 [...]

  12. kipas_terbang Says:

    alah… biasa je tuh… xde la hebat sgt bro… tp tulis mcm dah 20 thn uat menda ni dan otai giler2…

    sume effect tu mmg already dah ade dlm after effect, sama mcm ulead video… u take any image, put the effect and place in the time line… then you get all like what he’s done…