Pencarian Lelaki Maskulin 0809 dan aku nak rehat!

Sekarang jam menunjukkan pukul 10.45 minit malam, dan aku masih di opis. Nih tgh stress nih render montaj tapi asyik crash beberapa kali. Bengang betul. Tuh yang relaks kejap 15minit nih taip blog nih… Aku harap kol 12 kang siap ah. Macam biasa, keje jadi orang multimedia nih, semua bende bagi last minit, nak siap cepat2 lepas tuh plak! nak best tahap channel MTV punya level. Kejadah!… Kalau gagal siap, ada la yang berani cakap2 belakang macam la kita nih pemalas la, main2 la, beruk la, kambing laa…
Padahal mana2 orang yang wat keje camnih, tau la susah payah.. jauh lebih payah dari diorang tuh yang perasan keje diorang dah cukup susah dan dah bagus. Orang belakang tabir mmg selalu dilupakan, dipersalahkan dan juga termasuk kenaikkan gaji ataupun elaun tak pernah rasa ‘cukup bagus’ dan dihargai!. Betul! Tanya la kawan-kawan korang yang wat mende2 cenggini (kecuali yang kerja kompeni multimedia dan advertising yang super besar laaa = yakni di khalayak yang mmg paham job2 diorang). No!! aku tak salahkan apa2 dan sapa2 pun..
Aku diassignkan buat montaj opening dan beberapa video editing (termasuk effect) untuk Anugerah PLM nih. Sebab aku adalah orang yang handle Maskulin site dan perkara2 berkaitannya. Web minisite khas nya juga aku yang buat dan coding Fully CSS sendiri dengan gembiranya. Tapi Video montaj tuh please!!!… not only 1 week or less than 7 day dateline… If I’m the boss, i might reject this kind of request. I’m suffer to death (lebih-lebih plak) and surely letih, penat, tak cukup tido! After Effect dan Premier bukan macam Microsoft Words la deeeeyyy! Yenna po! Tuh camner tuh… Keje opis bawak balik umah. Hai… nasib laa…
2 minggu lepas, aku sibuk di Bank Negara Malaysia outstation kat sana keje 9mlm-9pagi. Seminggu lepas punya cuti plak, aku menyiapkan job freelance uncle Musa dan beberapa lagi, dan minggu ini plak Sabtu Ahad aku tergadai lagi sebab sibuk ngan event PLM0809 kat Aswara KL. Esok pagi (kol 10 aku plan) aku kene join raptai dan test run multimedia montaj nih semua sekali.. Pagi ahad ada full rehearsal semua candidates sekali bersama Rosham Noor sebagai pengacara
. Petang Ahad jam 2 bermula la aku duduk dalam konti menjaga multimedia kat dewan aswara tuh…
OK.. aku nak bancuh Nescafe dan sambung keje… selagi tak siap, aku tak balik gayanya.. walaupun aku dah sorang-sorang kat sini. Duh!.. Kalu tak siap gak, aku balik umah sambung kat umah sampai 3pagi.
*Lepas nih aku nak cuti seminggu lepak kampung.. tapi…. minggu lagi 1 aku ada kursus la plak!!!!!
Comments Closed
10 Comments to Pencarian Lelaki Maskulin 0809 dan aku nak rehat!
giler bro, tu busy mengalahkan menteri tu..nasib2~~~
good luck bro.
April 13, 2009
Erm busy erk..jom McD..mesti cepat jerk ko rempit..hahaha
April 21, 2009
wah… awek ajak pi mcD tuh..
April 21, 2009
(^_^) yo bro… slm prkenalan.gua dpt merasakan kesengsaraan lu wat montaj & video untuk event Pencarian Lelaki Maskulin tu kat ASWARA. & sebagai satu-satunya tutor & editor di ASWARA, gua diberikan assignment untuk edit rakaman tu beserta grafik…arrgghhh! Blum siap & agak mereng skit skrang ni sbb kerja bertimbun-timbun, dengan nk ajar student yg x pandai2 hehe…
April 22, 2009
mdpai : menteri bz2 diorang duit masyuk. Aku bz2 tak masyuk la.. haha
catz : ala, ko tuh, aku jer yang ajak ko. hehehe. tuh pun konon2 kene bagitau awal
jack : awek?.. awek orang kot. huhu
Nahl Alias : haa.. tau takpe.. Muntah2 la edit video pendek kata. PC hang tuh perkara lazim tuh.. Lempangkan aje student2 yang bengap tuh.
Event tuh, semua dvd dan cd aku tak playable kat sana, try burn balik kat aswara pun sama gak. ada 1 jadi tapi bunyi tak kuar. Bagitau la bdak aswara handle mende tuh. Cockpit system atas tu punye la advanced tapi takde sorang pun tau nak cucuk output dari laptop kat mana. Buang masa betul!.
April 22, 2009
(^_^) hwua hwua hwuaaargh (x_x)… bro mintak tulun skit…gua perlukan logo ‘Pencarian Lelaki Maskulin 08/09′ dlm bentuk Ai/Ps…xkan gua nak trace buat balek…kerja brtimbun haaa. bley send kt email gua… kaka_limau@hotmail.com
April 23, 2009
wahh dahsatt btul skrg lu aaa..
bra.. lu guna pe coding site..DW ? montaj plak.. AE?
tp mmg cayokk ko skrg nih.. lepas ni kalu x bukak prod house .. tak tau la aku .. heheh
April 24, 2009
Nahl Alias :
gua dah send dah. tapi file kecik jer.. ada raw sampai 40 – 50MB, mati aa tak lepas via email. So rasanya yang send tuh dah cukup saiz utk buat movie yg tak pakai hi res selalunya.
Emio :
Biase jer, gua kan dari dulu coding manual . Hobi, lazat.
Montaj pakai AE, tapi aku tak la hebat pun. setakat bleh la buat..
. Otai Rosh tuh lg hebat, dah bukak production house. Amik job wat VFX movie lagi.
April 26, 2009
(^_^) thankz bro…bukan gua xleh trace buat balik… tpi kerja amat la byk.event dlm jadual dah la byk,tambah lagi ngan event mengejut cth cam Maskulin nie.rasanya lu sindri bley paham kerja sebagai editor+graphic designer… kekadang xde life,dpan PC jer. kat ASWARA tu gua sorang jer,xder apprentice,gaji ciput. Luahan hati lu diatas mmg best, & gua tiap hari merasai, sampai awek pun lari, baru-baru ni… waarrrggghhh…! Maskulin nie gua buat lebey kurang jer…pasal $ token/saguhati. nak bagi student buat, xder sekor pun kreatif, xtau After Effects plak tu. hancur lak kang ngehaha…! ada rezki bley la kita lepak minum sama..k
April 28, 2009
Selamat berjaya la Nahl Alias.
Aku pun tak tau ko yang mana sorang nih. Ke yang sama2 terkejar2 burn CD ngan aku tuh? hahaha.
Aku cuma sempat kenal sikit2 ngan Nasrun jer. Huhuhu…

Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of
April 9, 2009