Sakit kepala. Rasanya mahu pecah!

Friday, August 4th, 2006 | Life stories and bablings


sakitkepala-headache.gifSakitnya kepala, macam nak pecah. Itulah yang terjadi pada aku dalam seminggu nih. Semuanya menyebabkan aku hilang mood, hilang fokus, stress dan segalanya. Aku tak pernah alami bebende camnih sebelum nih.. Nih first time jadi camnih, sakit kepala gile babi punya sakit.

Aku takde rekod sawan, migrain dan sebagainya, tiada sebarang sakit jenis nih dalam salsilah keluarga sekalipun. Kalau ada pun sakit kepala teruk mungkin sebab darah tinggi. (sebab keluarga belah ayah aku mmg ada sakit tuh , tapi belah mak aku takder. Aku harap gen belah mak aku banyak la kot. Lagipun aku banyak ikut gen mak aku.. hehe ).

Aku pegi klinik, check semua2 siap dengan blood pressure ape, doktor kata everything is normal. Aku siap tanya aku ada darah tinggi? takder… Dan aku cuma diberi ubat tahan sakit warna oren, dan juga ubat pening2 kepala warna pink. Lebih kurang seminggu sebelumnya, aku pegi klinik yang sama, aku diberi ubat Selsema dan Batuk. Tapi sakit kepala time tuh takder lagi. Sakit kepala nih jadi sangat kuat 2 3 hari nih. Tiap kali bangun pagi, aku akan rasa lain macam kepala aku. Bangun nak pegi mandi pun rasa cam nak nangis aku sakit kepala nih. Nak jer aku hantuk kepala aku kat dinding. Oh God! What happen to me? Am I dying? Tolonglah, aku taknak lagi mati, bukan sebab aku takut mati, tapi sebab jasa orang tua aku pada aku aku tak dapat balas banyak lagi. Adik2 aku pun ramai lagi nih.. Aku pikir macam2 lak, brain tumor laa.. brain cancer la.. nooooo…. :( Sampai satu tahap aku ada pikir nak botakkan kepala aku jer… woooo… aduss..

Hari nih, (Jumaat 4hb) lepas antar adik aku Heri pi keje, aku terus pe gi klinik tuh tadik. Dalam nak sampai klinik tuh pun nasib baik tak pengsan jer aku. Lepas amik ubat semua tuh tadik, balik umah kalau langgar bonggol2 jalan tuh pun, aku rasa otak aku terhenyak sikit pun aku dah rasa lain macam punya sakit.

Sampai umah, aku tanpa makan apa2, (just minum milo 0 gelas semasa nak tunggu klinik bukak 8.30).. aku telan terus ubat tuh 2 biji. Ubat tahan sakit ngan ubat pening. Aku cuba tido.. haram tak bleh.. makin sakit ade.. AKu pun bantai lah 3 biji panadol tambahan sendiri (4 biji tak berani). Ape nak jadi pun jadilah.. Then aku tertidor… Tanpa sedar apa2 sampai laa jam menunjukkan kol 4.30 ptg. Check 2-2 henpon aku, dan baper banyak mesej, dan missed call. Sib baik aku dah sms ketua department bagitau aku MC sehari nih.. Malam2 nih sikit brader Kartekana nak tgk2 kan aku jarak jauh plak. Mungkin gak aku kene try dari sudut kebatinan sekali sekala, walaupun aku nih kategori susah sikit dari bebende camnih. Cuma aku harap satu jer. SIHAT. Aku taknak laa MC MC nih walaupun ianya beerti cuti rehat.

Sebab aku banyak lagi bende nak dibuat, kerja2 sampingan, kerja2 opis yang aku suka. (aku suke kerja aku – aku tak pernah benci lagi). Duit2 luar aku, project2 online aku selepas waktu kerja, dan macam2 lagi. Aku tak suka dan tak selesa yang amat dengan tahap kesihatan aku camnih.. Aku juga nak balik kampung. Tapi nampaknya minggu nih tak bleh laa.. Tgh sakit nak balik kampung? No way!..

Saat aku menaip nih pun aku dalam separuh mamai, aku rasa pengaruh ubat amat kuat. (aku dah makan nasi secara paksa-diri lepas bangun tadi, kol 5 tadik aku makan, balik dan terus makan ubat lagi.. sendawa pun bau ubat!.. ).. Aku rasa, elok aku baring tidor lagi.. kol 9 malam kang aku bangun balik kot.. dan Kepalaku saat ini masih berdenyut2 dan dahiku jua berkerut2..

Related posts:
  1. Insomnia, Pecah Kepala, Takde Idea = Tertekan?
  2. Aku sakit… Sindrom Keletihan Terlampau.
  3. Cuti 4 hari, kerja sehari, cuti balik 4 hari.

17 Comments to Sakit kepala. Rasanya mahu pecah!

hasrul
August 4, 2006

Aku doakan ko cepat sihat. Dia suruh ko rehat tu sekali sekala. Asyik bz jer memanjang. Hehe

ringgithit
August 4, 2006

Sahabat,

Ubat tahan sakit tak akan berkesan kalau telan tanpa makan apa2, malahan boleh menyebabkan gastrik. Jangan amalkan sangat macam tu ya.

Satu lagi…. Panadol tu dos nya hanya 2 biji je sekali telan…. telan banyak tak bermakna lagi bagus!

Sakit kepala (migrain) ni ada penyebabnya atau punca2nya. Cuba sahabat selidik. Antara punca2/penyebabnya ialah:
1) kurang tidur
2) stress
3) lapar
4) silau matahari
5) cuaca panas
6) masalah mata
7) batuk & selsema

Bila sahabat dah tahu punca kepada sakit kepala sahabat itu, maka sahabat kena lah cuba mengelakkan daripadanya.

Penggunaan suplemen/pemakanan tambahan juga boleh membantu.

rdylez
August 6, 2006

alahai…kesiannya…ada slh makan apa2 kot?

Nizam Ahamad
August 6, 2006

thanks everyone.. atas doa2 korang.. :)
sehari nih rasa dah ok sikit.. tapi masih lagi sakit kepala sebelah pagi.
Kurang tidur? tah ler.. time aku sakit2 nih, aku selalu terjaga malam dan susah nak tidur.. tapi sakit kepala tak cukup tido dia lain.. tuh aku tau.. :D Stress? rasanya takde sebab2 tuh yang accurate dengan situasi nih.. ntah laa..
Aku harap dari hari nih ke besok dan seterusnya tak teruk sangat dah.. Merana aku dibuatnya.. Mungkin gak aku perlu suplement skang nih.. Vitamin etc.. ye laa.. sibuk manjang, sistem badan huru hara agaknya.. tak cukup banyak itu dan ini.. Hermmph .

surfaddict
August 8, 2006

bro mysticmind..betul kata hasrul tu..dia suruh pergi rehatkan minda dan tenangkan fikiran..lagi satu..sakit tu menghapuskan dosa2 kecil dan mengingatkan kita pada yg esa..

ramzwatcher
August 10, 2006

saya pun penah rasa macam tue..setelah difikirkan..i works like machine..buat itu, buat ini..abes coding, buat keja lain pula..

so skang saya dah tau and i will not works like machine again coz nobody can fix me, cause im not a machine..err..bukan terminatorlah maknanya..hehe :)

Munzir
August 10, 2006

semoga ko sihat cepat2 sikit. risau aku kat ko neh… hu~~

linn_comel
August 12, 2006

Jaga kesihatan..yang penting, take a really good rest, mkn ubat kalau tahan sakit warna kuning rasanya ponstan 500 tu..dah kuat tu..yang penting rehat betul2 ……..

napi
August 14, 2006

kalau ko sakit kepala tangkap kat gigi ngan mata…pastu sampai nak terberak ngan muntah tu migrain. jgn makan coklat.jgn makan kacang..tu je..

migrain ni sbb komputer..aku kena dr 2003 start kerja duduk depan pc hari2.kalau nengok tv sampai pening pun ye.

tapi kalau pakai LCD jarang nak kena.

napi
August 14, 2006

lupa nak ckp..kena spare ubat migraine – cafergoat. kalau takde makan panadol 4bijik sekaligus. maximum 8biji sehari. aku biasa mkan 4 biji ni.

Nizam Ahamad
August 15, 2006

thanks.. ramai gak sayang kat aku.. huhu
sebenarnya aku dari dulu tak ngamal makan ubat.
since ayah aku dulu dari 1 ubat biasa, ke ubat makin kuat, then makin kuat, then gitu..
skang ayah aku stop makan ubah kalau sakit sikit2.
aku just makan panadol jer.

napi. aku kat opis mmg monitor besar gedabak .
kat umah lcd 17 jer.

so far getting better dah.. kadang2 ada sesikit.. but i can handle it. 4 bijik panadol tuh tak berani la aku sekali makan. mmg kalau ikut tuh max sekali makan. tapi badan aku bkan badan cam ko.. hahah..

aku badan typically moderate.. keh keh.. 3 dah cukup banyak.
weh napi, camner pojek kite..senyap jer..
aku nak pi lepak umah ko 2 3 hari bleh.. amik cuti.. release tensen.. aku rasa aku sakit nih tekanan banyak kot.. hoho

rina
September 10, 2006

amacam cik nizam.. dah ok ke.. lama senyap je.. merajuk ke :-)
Sakit kepala dah ok? semua penyakit dalam dunia ni kalau nak senang- minta dari Allah agar sembuhkan- kalau pk ubat yg sembuhkan- takut jatuh syirik pulak sebab menganggap ubat lebih berkuasa menyembuhkan daripada Allah. Apapun.. i doakan u sihat selalu :-)

zira_ishak
September 21, 2006

saya pun skag nih kerp sgt pning pale..tme chck kt hsptal kjaan die bkan chck dalam2pun,ala kdar jer..gram sy dbtnyer…sblan lgi nk fnal exm bt sy stress gk,maslh ngn sorag roomte2pun wat sy skt pale n kdg2 sbk..nthla sush nk kte ble kite ni makin lame mkin besr mkin byak maslah n tgjwb sbab2la kte strss.olh2 kt kne pndai kwalnye.jagan emoc spti saya nih…tapi kdg2 saya tkut gk klu saya memg da mslah pale nih…mtk2 djauhkan…oklah apepun skg nih…kte mesti berfkir scra pstif,ha2la nshat PA saya…k take cre n doa byak2 smga chat slu…insyalah…amin…

nrfeyza
July 3, 2007

aku rasa cuba ko try baca surah al fatihah sampai amin & baca surah al ikhlas,lps tu minum air masak @pun sapu pada tempat yg sakit.insya allah boleh baik..sentiasalah amalkan..

irda
October 8, 2007

Saya pun skrg ada mengalami sakit kepala. tapi saya kerap ambil cafergot, sehinggakan sekarang bila sakit saja teringatkan cafergot, risau pulak saya. baru-baru ni saya mengalami stress yang teruk dan kini saya tak mau makan cafergot, saya cuba lawan dan kuatkan semangat. saya lebihkan berdoa pada Allah supaya sakit kepala saya dapat berkurangan dan sembuh. Saya amalkan membaca Al-Quran dan saya dapati memang dapat mengurangkan stress dan sakit kepala pun di elakkan. oh…ya lupa saya nak beritahu pada kawan-kawan yang pernah mengambil cafergot hendaklah cuba elakkan kerana kesannya tidak baik pada anggota badan yang lain seperti buah pinggang dan telinga akan merasa sakit.

buzu
November 20, 2007

tgh usya artikel pasal miigrain, kluar lak website ahli pergh.com ni.. hehehe…

begitu kontra sekali dgn website2 ubat migrain gamat emas heheheheh

wanie
March 10, 2008

aduuuuuuuuuuuuuuuu aku x tahan arrrrr bagun tido je kepala aku pusing 360′clsius yaAllah ia aje yg tahuuuuu sakittttttttttttttttt wey ni pun sakit gleeeeeeeeee

Who Am I?
Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. A Web & Multimedia Designer. A multimedia freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. A Pekomik Committee. Supermoderator at WebmasterMalaysia. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]
Catch me? :
Location : K.Lipis - Klang - Shah Alam
Working : Karangkraf / Sinarharian
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Ini Iklan Namanya

Membebels

Previous Next
Latest on Fri, 17:00

iela: salm u all

zul: askum

jalang: celcom broadband macam sial line lembab...

fid Da: time ksh dgn ilmu ini..yup...ilmu kne cari.."ilmu akn dpt bile kite rajin" =)

nizam: lama x jmpa kwn lama rindu pula kt ko

nizam: sy ijam dkk muar

Ati: salamalaik ya akhawat fillah, sila layari : http://marhainiyus off.blogspot.com/ S yukran jazilan, wassalam

» Hantar Pot Pet



 

Arkibs

Statistiks

Ada ekor makhluk sedang merayau-rayau dalam web ini.


Subscribe?

Dapatkan pemberitahuan apa-apa yang menarik dari Mystic?

E-mail:

Subscribe
Unsubscribe

Get this Wordpress newsletter widget
for newsletter software