Acheh
List of contents with tag above.Padang Jawa, Shah Alam, Klang
Pagi! Seperti semalam, aku teruskan rutin harian semenjak dua menjak ini. Padang Jawa yang bersifat ala-ala Kampung Baru di KL adalah umpama ‘Kampung Baru’ versi Shah Alam. Dulu, Padang Jawa ini letaknya didalam daerah Klang tapi kini diserap masuk ke dalam Shah Alam seperti beberapa kawasan yang berhampiran. Dikenali kerana kos sara hidup lebih murah berbanding Shah Alam.
Untuk perbandingan mudah, sewa rumah di Shah Alam adalah sekitar RM 600 – RM1200 bergantung saiz dan lokasi. Tetapi di Padang Jawa masih boleh ditemui rumah sewa pada kadar RM300 – 600. Makan tengaharinya (meal) murah 10% dari Shah Alam. Bagi mereka yang suka menunjuk ‘lifestyle’ atau gaya hidup, berbanding kesederhanaan, ini bukan tempat anda! Tapi perlu di ketahui, yang di sini bukan setinggan tetapi tanah2 lot adalah bergeran dipunyai oleh wak wak jawa yang rata-ratanya kaya raya dengan duit sewaan rumah. Bahkan, ada wak jutawan! (arwah) memiliki hampir 300 buah rumah sewa (yang kini dah diagih2kan pada anak2nya kalau x silap).

Seperti juga semalam, hari ini di sini sudah mula kembali sibuk. Apa yang aku sedari ada 2 kali ‘gelombang’ marhain berpusu-pusu keluar. Di awal pagi sekitar jam 6 – 7, banyak kereta dan orang keluar. Kemudian gelombang kedua ialah jam 7.30 keatas. Aku andaikan… yang keluar awal itu adalah mereka2 yang berkerja agak jauh, samada di KL atau sekitarnya bagi mengelakkan kesesakkan trafik (susah dowh dalam BM, kalau dalam English : jammed – walaupun ramai eja : jem
). Manakala yang lewat itu cuma berkerja di sekitar Shah Alam. › Continue reading
Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of