benih ikan keli

List of contents with tag above.

Sehari di kampung bersama sawit, getah, ikan keli dan tahlil.

Hermm.. nak kata lama tak balik kampung, baru gak balik kampung. Raya cine dulu aku tak balik, aku balik minggu berikutnya, tapi bagus gak, aku tak sangkut jem cam orang lain hehe.

Baiklah. Aku sambung cerita dari hari.. sabtu, walaupun aku dah pos semalam. Tapi shortly sebab guna phone via GPRS. Sebenarnya kampung aku ada ICT desa, tapi tutup kol 6 ptg. Walhal aku sangat sibuk juga hari sabtu tuh. RIngkasnya begini.

Bangun pagi, mak aku bising2 kat adik aku yang sorang itu, ajak pegi kutip getah kat kebun tak mau. Rela tidur balik lepas minum pagi. Adik aku yang itu entah kemana hati perutnya. Aku plak pagi2 itu try pegi cari bende nak dimakan, mak aku tak masak, jadi aku pun ronda la kedai2 kat atas tuh, semuanya tutup. Malas pula nak pergi yang jauh. Kemudiannya adik aku Duan #2 pun pegi la ke kebun getah berhampiran rumah nenek aku dgn kete arwah ayah.

Oh.. Duan dah bleh bawak kete kerana terpaksa. Nak taknak dia kene bawak. Lagipun dia kata nak mahirkan diri dulu baru wat lesen. Dulu dia wat lesen gagal hehe. Dia pegi berempat dgn kereta arwah ayah (iswara executive UK spec). Emak aku dan adik aku pizan pegi kutip getah, mahal benar getah sekarang, sekilo RM5 lebih!. Patut la ada orang2 kampung yang kebun getah besar boleh beli kereta cash!

Adik Duan dan Fadhil plak pegi ke kebun sawit kat gemang (ape nak cakap lam istilah lain pun tak tau), nih ladang lagi 1 la senang citer, ada 2, 1 ladang 6 ekar stengah, 1 lagi (gemang) ada dalam 3 ekar kot.  Sawit pun rege tengah ok. Yang gemang nih pokok kecik2 lagi. Diusahakan oleh arwah ayah slow2. Tanpa pinjaman tanpa apa2 skim tanam semula. Arwah ayah mmg tak suka berhutang2 nih. Duan dan fadhil pegi potong sawit, beberapa hari sebelumnya diorang membaja sket kebun sawit tuh.

Aku plak pi kedai makan kat kampung sebelah, lepak2… pastuh adik pompuan aku 2 orang (Nor dan Ani) datang benti amik duit ngan aku sket, diorang berdua pegi pasar K. Lipis, › Continue reading

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Hoi! The Box

Ini Iklan Namanya

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.