design

List of contents with tag above.

Sneak peak Mysticmind’s new blog design

Design yang ada nih dah lebih setahun rasanya guna, aku pun dah lupa, bila aku designkan blog aku nih. So dah sampai masa untuk refreshkan dengan design baru. Berikut adalah sneak peak. :P

Sementara tuh jugak, eloklah aku amik kesempatan untuk ucap thanks kat member lama aku, cik Ani Nadila iaitu pembantu editor kat Majalah PC kerana menggunakan screenshot blog aku pada majalah PC keluaran Februari ari tuh.  Dah banyak beza Majalah PC dulu dan skang, dah bleh lebih bernafas dengan ada banyak iklan juga. Congrats. :D

Here’s the screenshot.

Aku juga dengar khabar majalah PC dipiratekan secara tak bermoral oleh pihak2 yang tak bermoral juga. Diorang tak tau susah payah sesebuah majalah tuh nak survive kat market, jangan mudah sangat pikir semua bende untung besar.

Tags: , , , , , ,

Google Sketchup untuk Interior Design huh!?

Friday, March 4th, 2011 | Artworks, Graphics, Life stories and bablings | Comments Off

Aku buat nih utk 1 proposal business of my friends. Actually I’m a part of it. :D A gaming room in a Club House. Well… not much for now that I can tell you.

Dah lama tak main sketchup, dah banyak bezanya sketchup lama dan baru. Budak2, civil engineering, arkitek (of course), Interior design, dan segala berkaitan design wajib belajar nih… Enjoy!.

Tags: , , , ,

Kerana semalam sudah pun berlalu sementara esok masih boleh dirancang.

Friday, October 29th, 2010 | Life stories and bablings | 2 Comments

“Sudahlah, yang lepas itu sudahlah… tiada gunanya untuk diangankan wujudnya mesin masa” kata Dato Pujangga.

“Justeru apa salahnya jika saya mencipta mesin masa Dato? Bukankah itu wawasan yang agong!” sanggah Prof. Saintis  sambil membetulkan spek matanya.


(gambar sekadar hiasan :p )

“Ya! Sememangnya jika kamu berjaya menciptanya, 1 dunia mengaguminya…. Tapi jangan lupa, barangkali kamu juga adalah sebahagian dari berjuta2 saintis diluar sana yang MEMBUANG MASA mencipta mesin MASA itu!” Dato’ Pujangga berujar tegas dengan jelingan sinis.

“Ah dato’ mengapa perlu fikirkan pasal mereka yang gagal. Sudah adatnya dalam 1 kejayaan ada beratus-ratus kegagalan dibelakangnya… Dengan mesin masa prototype versi 76.0.3 beta ini, saya yakin keberhasilannya dalam masa terdekat.” balas Prof. Saintis dalam getar suara sedikit tidak puas hati.

“Jika berjaya nanti, saya mahu mengubah sejarah dan perkara lepas, banyak yang boleh saya lakukan dato…”  tambahnya lagi kerana masih tidak puas hati…

“Saya tidak menghalang kamu berjaya, saya menyokong sepenuhnya. Masakan tidak, sudah berbillion wang saya sumbangkan kepada Fakulti Saintis Genius Negara ini…” potong Dato Pujangga sebelum Prof. Saintis sempat menghabiskan ayatnya… dan menambah lagi,

“Cuma.. saya kurang faham 1 perkara…”

Prof. Saintis berpaling memandang Dato’ Pujangga beriak wajah ingin tahu dan tertanya-tanya tentang apa yang mahu dinyatakannya.

“Saya kurang faham 1 perkara…, Mengapa semua bercerita mahu kembali ke masa silam, untuk membetulkan KESILAPAN dan KESALAHAN, sebaliknya pergi ke masa depan untuk… ”

Kaboooommmm!!!….

p/s: *sebenarnya nak bercerita blog dah lama tak update, jadi takmo guna mesin masa yang dah siap nih untuk kembali ke masa lalu. hahaha

Tags: , , , ,

MARS – Designed by me

Sunday, April 4th, 2010 | ebook, Graphics, percuma | 2 Comments

Design terbaru. Kerjasama antara ILuvIslam dan Flarebiz Network . Aku kembali bersama team flarebiz selepas kerjasama terakhir beberapa tahun dulu dengan Majalah IM. Kejap betul masa berlalu. ;)

Mujurlah, dalam kesibukan kerja rutin harian, aku masih berjaya menyiapkannya sebelum lanching day. Cuma sejujurnya aku masih belum berpuas hati lagi dengan hasil kerja sendiri. Berharap isu akan datang saya mampu menghasilkan sesuatu yang lebih mengujakan.

Lawati : http://mars.iluvislam.com

Tags: , , , , , , , , ,

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Will blog for money :D

Hoi! The Box

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.