Ikan Keli
List of contents with tag above.Hari seterusnya…
Semalam aku tak boleh merayau2 malam2. Lepas abis tahlil tuh, just lepak rumah jer, nak kuar minum cam biasa pun rasa xde mood. Selalunya aku lepak sampai kol 3 pagi kat sg. koyan atau aku merayau2 bandar Lipis malam2 tuh.
Nenek aku yg aku amik sebelum maghrib tadi join kat rumah aku. Dia pun tak jadi tido rumah aku, sebab adik ipar aku ada bawak balik ekstra 2 beg anak ikan puyu dalam lori. Ada beberapa ratus ekor atau dekat seribu ekor dalam tuh rasanya, nenek aku suka tgk anak2 ikan nih kalu baru lepas. Sebab bagi makan pagi2, dia punya makan macam ape punya riuh. Bila nenek aku cerita bab2 camtuh, aku paham, aku nampak nenek aku sangat sangat happy.
. Mungkin esok pagi dia nak bagi makan ikan2 tuh, sebab tuh dia malas nak lepak rumah aku. So dia ikut adik ipar aku balik ke rumah dia.

Didalam kanvas ini ada beratus2 anak puyu sebesar jari kelingking. Patut amik gambar nih waktu bagi makan, baru nampak meriah dia makan. Err.. ini gambar amik masa siang hari. Sesapa nak benih puyu pada harga terbaek bleh kontek aku. Aku kroni terbaek ngan adik ipar aku. hahahaha..
Ahad…
Sebenarnya aku malas nak merayau2 sebab aku kene cukup rest. Aku kene berkejar balik Shah Alam seawal jam 6 pagi. Sebab bas ke Arau perlis dari stesen bas sek. 17 S.Alam tuh bergerak kol 10 pagi. So aku ada kurang dari 4 jam la untuk sampai sana dari pahang. Tidak boleh terlalu yakin bleh sampai dalam masa biasa, maklum la.. mana la tau kot2 ada aral melintang. Sementelah kereta aku masih berpantang.
So lepas subuh, kitorang gerak. 4 orang lam 1 kete. Masa balik kg cuma 3 orang, since sorang lagi adik aku mmg dah kat kg. Isi minyak full tank di Petronas Sg. Koyan, tepat jam 7 gerak. So bajet aku kol 9.30am bleh la sampai S.Alam. AKu limitkan speed 100-110kmh sebab ye lah, dalam pantang. haih… Perjalanan kali ini non stop selagi tak sampai destinasi. Selalunya aku benti minum2 kat genting sempah sambil menikmati cuaca sejuk, secawan kopi, sebatang dua rokok dan melihat gelagat manusia sejam dua situ. Tapi tidak kali nih, aku perlu berkejaran.
Baiklah, aku pun masuk hiway karak, matahari mula naik memedihkan mata ada masanya. Aku maintain bawak 110kmh… Tapi pastuh mula la bawak 120kmh pastuh 140kmh pastuh… › Continue reading
Sehari di kampung bersama sawit, getah, ikan keli dan tahlil.
Hermm.. nak kata lama tak balik kampung, baru gak balik kampung. Raya cine dulu aku tak balik, aku balik minggu berikutnya, tapi bagus gak, aku tak sangkut jem cam orang lain hehe.
Baiklah. Aku sambung cerita dari hari.. sabtu, walaupun aku dah pos semalam. Tapi shortly sebab guna phone via GPRS. Sebenarnya kampung aku ada ICT desa, tapi tutup kol 6 ptg. Walhal aku sangat sibuk juga hari sabtu tuh. RIngkasnya begini.
Bangun pagi, mak aku bising2 kat adik aku yang sorang itu, ajak pegi kutip getah kat kebun tak mau. Rela tidur balik lepas minum pagi. Adik aku yang itu entah kemana hati perutnya. Aku plak pagi2 itu try pegi cari bende nak dimakan, mak aku tak masak, jadi aku pun ronda la kedai2 kat atas tuh, semuanya tutup. Malas pula nak pergi yang jauh. Kemudiannya adik aku Duan #2 pun pegi la ke kebun getah berhampiran rumah nenek aku dgn kete arwah ayah.
Oh.. Duan dah bleh bawak kete kerana terpaksa. Nak taknak dia kene bawak. Lagipun dia kata nak mahirkan diri dulu baru wat lesen. Dulu dia wat lesen gagal hehe. Dia pegi berempat dgn kereta arwah ayah (iswara executive UK spec). Emak aku dan adik aku pizan pegi kutip getah, mahal benar getah sekarang, sekilo RM5 lebih!. Patut la ada orang2 kampung yang kebun getah besar boleh beli kereta cash!
Adik Duan dan Fadhil plak pegi ke kebun sawit kat gemang (ape nak cakap lam istilah lain pun tak tau), nih ladang lagi 1 la senang citer, ada 2, 1 ladang 6 ekar stengah, 1 lagi (gemang) ada dalam 3 ekar kot. Sawit pun rege tengah ok. Yang gemang nih pokok kecik2 lagi. Diusahakan oleh arwah ayah slow2. Tanpa pinjaman tanpa apa2 skim tanam semula. Arwah ayah mmg tak suka berhutang2 nih. Duan dan fadhil pegi potong sawit, beberapa hari sebelumnya diorang membaja sket kebun sawit tuh.
Aku plak pi kedai makan kat kampung sebelah, lepak2… pastuh adik pompuan aku 2 orang (Nor dan Ani) datang benti amik duit ngan aku sket, diorang berdua pegi pasar K. Lipis, › Continue reading
Snippets – Catatan Bulan Jun Yang Panjang
Snippets tuuuuu! Fuh, rasa cam Ayahanda Chedet plak guna perkataan snippet nih.
.(ceh! semua orang suke2 plak panggil Tun M ayahanda – Tapi tak kisah la, sebab Tun M kan BAPA Pemodenan Malaysia – Aku, anak zaman pemodenan.. bleh camtuh? ).
2 – Aku nih, bukan la orang yang pandai sangat English, akupun takde formal belajar BI melainkan sekolah rendah dan menengah, tapi aku jamin, aku pandai lah cakap BI dari beberapa ratus ribu orang lepasan ‘U’ yang terhegeh² speaking pun tak pandai tuh.
3 – Well…. I do learn and use to talk in English a lot when I was in Seremban (back to 1998 lah). Because… when i’am working in a very – very – very few Malay environment… I must know English lah… Tak kire lah, poor English ke, manglish ke.. what ever english ke… But i can speak… at least.. people can understand me.
4 – Kekurangan tidakkan menjadi satu kelebihan kalau kita tak menambah nilai diri. Belajar bahasa english tak bagus ke? Aku kalau bleh, nak belajar banyak2 bahasa lagi. Sayangnya Kantonis aku dah lupus ditelan zaman, dulu diorang cakap… aku bleh tangkap.. Lagu2 cine pun ada yang masih bleh aku layan tau… sekarang.. tah ler..
5 – Snippet: Bererti, potongan kecil. Atau bahagian2 dokumen, ataupun perenggan2 satu topik dibawah tajuk yang satu. (macam aku tengah buat nih)
6 – Bulan Jun, aku dah tak berapa ingat sangat apa yang berlaku. Kecuali beberapa perkara kot. Antaranya – Banyak orang kawen dimana-mana. Termasuk salah sorang yang…
8 – Dah setahun lebih aku tukar department dan meninggalkan posisi Digital Colorist dan Majalah G3 kepada seorang Web & Multimedia Designer. Dan dah dekat setahun jugak la aku meninggalkan Macintosh dan bertukar kepada PC. Dan dah setahun gak la aku tak sentuh Wacom Intuos 3 tuh, sebab ia bukan milik aku lagik.
. Dan dah setahun lebih jugaklah encik Apai tidak menjadi Head Department aku lagi. Juga… dah setahun lebih jugalah… aku tidak lagi duduk berhadapan Encik Gayour Rambut Mengerbang itewwww….. Muehehehe (dah cukup.. cukup!)
9 – Hujung bulan Jun jugak, aku melakukan lagi sekali Journey Jarak jauh berbanding dulu. (aiseh, aku kene wat balik topik journey dulu yang best tu lepas nih). Journey kali nih ialah menghantar adik aku Pizan (adik #6) ke Uitm Arau Perlis.
*Adik aku Hafizan, Nor, dan bonda tersayang.
10 – Kisah bermula hari Jumaat 27hb Jun 2008. Aku berada di beberapa negeri dalam masa 1 hari!.. › Continue reading
Ini Iklan Namanya
Membebels
: @farah. saya tak tahu sangat la. just pergi Putrajaya, it's all about.
Let say, turun komuter somewhere berhampiran, then ambil teksi pergi situ. Mmg banyak kos. lagi baik ajak kawan2 ke, bf ke... isi minyak kete diorang dan belanja diorang makan. ^_^
: camne nak amik transport awam dr wangsa maju g kmtrian plajaran
: Zs - orang koyan ke? aku tak la koyan sangat. sg. ular jer. tapi selalu la lepak koyan sebab sedara mara ramai.
: koyan brp?
: sf : pakai photoshop.
: cane ko edit saga oren nie?
: Just changed to the new one. Huh!



Nizam 'Mysticmind' Ahamad. A Web & Multimedia Designer. A multimedia freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder of