Kampung Gajah
List of contents with tag above.Lumba di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak
Oklah! aku ceritalah ape yang aku bagitau kat pos sebelum nih. 1 benda yang aku rasa ramai orang sekadar cakap tapi tak pernah buat. Bawak kereta hebat, cakap macam pernah masuk litar tapi tak pernah. Jadi aku tak mahu cakap saja. Jadi aku masuk litar!
Dalam hidup, aku mahu mencuba pelbagai bende sekurang-kurangnya sesekali (atau beberapa kali). Dan aku telah pun berjaya lumba di track buat pertama kalinya dalam hidup aku dengan kereta lama aku. Well, don’t ask me why aku tak ada kereta baru. Sebab aku tak mahu walaupun mampu berhutang bank dan bayar tiap2 bulan cam orang lain!. And.. everybody had their own reason for what they do. Lagipun sebab kereta lama camnih lah aku selamba kaw kaw lenjan.
. Kalu kete baru sah2 rasa kesian nak lenjan, keh keh.
Oh. Oklah back to race.
Info Ringkas :
Killerbees Trackday 2010
Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, PErak
14hb Mac 2010 – 7am to 6pm
My Beloved Mazda 323 Familia GTX Sedan

Kete nih aku beli dalam keadaan dhaif, restoration masih lagi berlaku sampai skang. Latest dah siap ketuk body, pasang bumper dan spoiler. Nak hantar cat sket lagi. Coming soon nak dump under the hood with B8T / 1.8 turbo (kalau ada duit lebih lah sebab enjin nih mahal nak mampus lo nih) atau option lebih murah 1.8 NA dari siri Mazda Lantis tapi rasanya lebih berat nak masuk KFZE 2.0 NA dari juga siri Mazda Lantis.
Litar Dato’ Sagor Perak adalah pilihan utama ‘low budget racer’ yang tak mampu bayar sewa mahal litar Sepang (khabarnya RM15K untuk 3 jam! ) Ye ah, litar power, mesti la kene jaga standard. So kalau dulu mungkin arwah litar Batu 3 Shah Alam pilihan ramai mat rempit kereta, skang dah takde tempat, tuh yang ramai rempit kereta atas jalan raya biasa je. haha!. No worry, aku nak lumbe, aku pegi litar.
Sikit shoot litar nih pernah aku post dah dulu, so letak balik je la.
Nk tgk gambar lebih besar sila ke gallery aku, klik gambar bawah nih.

Race nih dianjurkan oleh komuniti peminat kereta Mazda Ford & Mazda iaitu Killerbees , satu komuniti yang aku join kira2 setahun dulu. Boring duk forum sendiri, layan la forum lain jugak ye dak? Lagipun nih ‘the other side of me’ huhu. Trackday nih berlansung sehari suntuk dengan kehadiran ahli serata pelusuk bumi Malaysia, dengan penyertaan lumba hampir 100 biji semuanya! Dan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut : 1.6 turbo, 1.8 turbo dan NA Open (1.6/1.8/2.0 Natural Aspiration – non turbo ). Race juga 2 kategori, CCT (main lap) dan ST (Sprint Test).
Ermmm… aku nak wat ‘snippets’ je la :
- It was a very fun day to me.
- Very-very hot day, aku yang ‘tanned’ menjadi rentung. › Continue reading
Korang nak apa? Macam-macam ada… snippets #3
Tah yer ke tidak snippets ke 3, lebih kot.
1 – Last post aku rupanya dah sebulan dulu, lama benar. Yang pasti mmg selalu camtuh pun. Aku cuba update dengan lebih rajin tapi masih gagal. So aku update suke-suke ajer lah..

Aku & Duan menunggu di Jabatan Kecemasan
2 – Bulan May, aku malas nak sambung cerita balik kampung tuh, sebab ape yang jadi aku dah tak ingat sangat kecuali beberapa perkara jer antaranya ialah ;
- aku hantar ayah aku ke hospital Kuala Lipis pada pukul 1 pagi.
- aku dan adik aku Duan #2 masa tuh tgh berpoya-poya makan kat kedai makan terus balik serta merta.
- aku, Duan, mak aku se-kereta antar ayah aku ke hospital,
- jarak dari kampung aku Kuala Lipis kira-kira 35km. Aku memecut selaju 220kmh › Continue reading
Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of