Karangkraf
List of contents with tag above.Print Ads, Uprint, ILuvIslam, Sinar Harian. I’am DTP designer too!
Lepas cuti panjang, rasa malas-malas tuh biasa la bagi tiap2 orang. Tapi kadang2, nak diistilahkan malas pun tak kena gak. Lebih tepat kalau kita katakan sebagai.. mencari tune mood. Tanpa mood yang baik, kerja mmg tak menjadi. Apatah lagi kalau korang keje bidang creative.

My ads design on Sinar harian paper. Tapi aku tak hingat nih date biler nyer.
Kelakar gak kadang2 dalam beberapa hal, orang mengganggap designer yang lepak termenung atau hisap rokok itu buang masa semata2 dan takde faedah. Terutama orang2 HR deparment dimana-mana syarikat pun… Kah kah.
Sebenarnya begini, sebagaimana sesetengah wanita OBSES pada shopping, begitu juga obses seorang lelaki menengok perempuan dari atas, tengah, tengah, kaki dan tutttt… (oh itu soal ghairah hehe). tapi kalau dalam kerja plak.. sebagaimana obses orang2 Human Resources mencari salah pekerja baik disiplin kedatangan masalah kecil2 remeh waimma tak bagi staff merokok, maka begitulah obses seorang designer dengan termenung dan … yang mana hisap rokok, mmg la.. hisap rokok sambil otak berputar2.
Faktor logik… ada ke logik? Nikotin merangsang minda. Khayal? tak de la.. tapi mungkin menjadikan otak separa sedar? unconcius mind? oklah.. 10% dari unconcius mind, membolehkan khayalan wujud ilham inspirasi. Bleh gitu? Kalau ikutkan, jarang benar jumpe designer tak merokok, kalau ada pun, diorang tak lah sekreatif mana sangat. heh!. Designer pompuan lain citer… diorang spesis lain, tapi ada ramai gak designer pompuan merokok aku kenal. Ape2 pun rokok tetap tak baik untuk kesihatan OK.
OK, last week sebelum cuti tuh, aku citer wat printed ads design. nih sebahagian snap. Paiseh.. cam nampak besar lak teks dalam tuh . Lantak pegi la besar jadinya, lagi jelas nampak. Lagipun hilight utama aku adalah URL tuh, sebab core business adalah order dan bayar online (walaupun payment option lain ada gak). Aku pun jarang wat ads untuk paper sinar nih, tak berapa fasih lagik. Oh.. atas tuh yang versi snap. Bawah nih gambar-gambar-gambar versi ori.
› Continue reading
Balik Kuala Lipis kejap lagi. Cuti 3 hari.
Kerja hari ini agak sibuk, sebab aku kene setelkan keje2 sebelum cuti. Tadik menyiapkan print ads untuk internal ads beberapa majalah. Promote website dept. aku dalam beberapa majalah syarikat .
Ada 6 ads. Majalah Nona, Seri Dewi Keluarga, Pengantin, Nur, Rasa dan Pa & Ma. Print ads web company yang jual online benda2 bercetak iaitu : www.uprint.com.my . Aiseh, aku tak ada copy jpg plak nak buh sini. Aku bubuh later2.
Semalam ads utk sinarharian paper dah kuar, half page. Same design, tweaking, change color dan resize je untuk magazine, ada sikit2 tukar teks gitu. Nanti round seterusnya baru wat new design lah. Kalu setiap magazine nak wat design baru, matilah susah. Mana sempat hehe. Turut menyiapkan 1 bisness card member. Dah diambil dan dibayar pun, bleh la untung 10-20 inggit. Jadilah.
Petang ini nasib baik tidak hujan lebat seperti semalam, semalam I call you, you tak answer aku balik memula tak hujan, sampai sekerat jalan, tuh dia, putih hujan turun punya lebat. Mmg kuyup la.. abis kasut2 baju semua basah. Malas dah nak berenti2 stop kat bas stand, redah jer, sampai umah mandi.
Hari ini cuaca ok, aku pun pi amik kete kat bengkel, baru tukar clutch baru dan ada beberapa mende lain lagi direpair. Habis kira2 RM500. Kire murah la tuh dengan power otai abang Zaidi. Zaifa motorspot. Pomen segala jenis kereta dan pakar volvo dan pakar gearbox. Ini pun rege kawan2 agaknya, kalu orang lain, mungkin lebih sikit tapi still murah berganda2 dari orang lain.
Bikinannya tip top. So aku takleh me-rem kete aku lebih2. Mau kasi itu clutch ‘masak’ dulu kata orang. Jadi kejap lagi nak balik lipis, aku kene slow2 ah, takleh sampai 180 cam biasa. Hahaha.. Nampaknya lebih 3 jam la baru sampai Lipis.
Kemudian pegi beli 2 tiket ke Perlis utk adik aku nak balik sana nanti. Tiket habis! Kecuali ada Ahad, 10 pagi. Nampaknya plan aku lari la sket nih, ingat nak rileks2 kat kampung dulu hari Ahad pagi tuh, baru balik ptg, diorang balik bas malam. Takper la… musim cuti semester semua, mesti la tiket sold out. Patut2 beli 2 3 hari dulu lagi baru betul.
Ah.. balik lipis, sebenarnya aku tak lalu pun bandar lipis tuh. Ikut sinun pun jauh. Aku cuma lalu jalan Shah Alam – Bentong – Raub – masuk Sg. Koyan – sampai la rumah aku. Balik nih untuk wat kenduri tahlil arwah ayahanda tersayang, 100 hari pergi menemui Allah penciptanya. Sebenarnya jatuh hari isnin, tapi sebab semua dah ada, cuti pun nak abis, percepatkan sikit hari saja lah.
Alfatihah untuk arwah ayah, Ahamad bin De.
Karnival Karangkraf 2010
Copy dari site Pergh.com :
http://pergh.com/details/karnival-karangkraf-2010-29-jan-1-feb.html
Karnival ini bermula 29hb Jan – 1 Feb 2010, bertempat di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
Pada tahun lepas, Karnival ini di panggil Karnival Mini. Namun atas sambutan yang menggalakkan, pada tahun ini karangkraf membuatnya lebih besar!. Gambar lebih besar sila ke site dia pergh.com
Berikut adalah peta dalaman susun atur booth, carilah booth pilihan anda!.
Turut sama dalam Karnival ini tentunya beberapa syarikat besar dalam Kumpulan Karangkraf, iaitu :
Karangkraf (majalah-majalah), Akhbar Sinar Harian, Alaf 21, Ultimate Print, Buku Prima dan beberapa lagi!Datanglah beramai-ramai!
Bleh jumpe gue dia booth I-Gen / Ultimate print.
Tapi tak tau la aku ada ke tak. hehehe…
Pencarian Lelaki Maskulin 0809 dan aku nak rehat!

Sekarang jam menunjukkan pukul 10.45 minit malam, dan aku masih di opis. Nih tgh stress nih render montaj tapi asyik crash beberapa kali. Bengang betul. Tuh yang relaks kejap 15minit nih taip blog nih… Aku harap kol 12 kang siap ah. Macam biasa, keje jadi orang multimedia nih, semua bende bagi last minit, nak siap cepat2 lepas tuh plak! nak best tahap channel MTV punya level. Kejadah!… Kalau gagal siap, ada la yang berani cakap2 belakang macam la kita nih pemalas la, main2 la, beruk la, kambing laa…
Padahal mana2 orang yang wat keje camnih, tau la susah payah.. jauh lebih payah dari diorang tuh yang perasan keje diorang dah cukup susah dan dah bagus. Orang belakang tabir mmg selalu dilupakan, dipersalahkan dan juga termasuk kenaikkan gaji ataupun elaun tak pernah rasa ‘cukup bagus’ dan dihargai!. Betul! Tanya la kawan-kawan korang yang wat mende2 cenggini (kecuali yang kerja kompeni multimedia dan advertising yang super besar laaa = yakni di khalayak yang mmg paham job2 diorang). No!! aku tak salahkan apa2 dan sapa2 pun..
Aku diassignkan buat montaj opening dan beberapa video editing (termasuk effect) untuk Anugerah PLM nih. Sebab aku adalah orang yang handle Maskulin site dan perkara2 berkaitannya. Web minisite khas nya juga aku yang buat dan coding Fully CSS sendiri dengan gembiranya. Tapi Video montaj tuh please!!!… not only 1 week or less than 7 day dateline… If I’m the boss, i might reject this kind of request. I’m suffer to death (lebih-lebih plak) and surely letih, penat, tak cukup tido! After Effect dan Premier bukan macam Microsoft Words la deeeeyyy! Yenna po! Tuh camner tuh… Keje opis bawak balik umah. Hai… nasib laa…
2 minggu lepas, aku sibuk di Bank Negara Malaysia outstation kat sana keje 9mlm-9pagi. Seminggu lepas punya cuti plak, aku menyiapkan job freelance uncle Musa dan beberapa lagi, dan minggu ini plak Sabtu Ahad aku tergadai lagi sebab sibuk ngan event PLM0809 kat Aswara KL. Esok pagi (kol 10 aku plan) aku kene join raptai dan test run multimedia montaj nih semua sekali.. Pagi ahad ada full rehearsal semua candidates sekali bersama Rosham Noor sebagai pengacara
. Petang Ahad jam 2 bermula la aku duduk dalam konti menjaga multimedia kat dewan aswara tuh…
OK.. aku nak bancuh Nescafe dan sambung keje… selagi tak siap, aku tak balik gayanya.. walaupun aku dah sorang-sorang kat sini. Duh!.. Kalu tak siap gak, aku balik umah sambung kat umah sampai 3pagi.
*Lepas nih aku nak cuti seminggu lepak kampung.. tapi…. minggu lagi 1 aku ada kursus la plak!!!!!
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Siapa dia?
Aku rasa.. ramai orang yang cari detail MB baru selangor nih. So, aku letak lah keratan dari akhbar SinarHarian kat sini. Here it is, Tan Sri Khalid Ibrahim’s profile.

Power kan? Power lah tuh.. nak best camner lagi. Mari kita lihat kemampuan diorang dalam masa 5 tahun ini. Mampu atau tidak? Atau cakap saja lebih?
Oh ya, belilah SinarHarian setiap hari. Ia akhbar terbaik untuk anda di Selangor.



Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of