kereta lama
List of contents with tag above.Lumba di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak
Oklah! aku ceritalah ape yang aku bagitau kat pos sebelum nih. 1 benda yang aku rasa ramai orang sekadar cakap tapi tak pernah buat. Bawak kereta hebat, cakap macam pernah masuk litar tapi tak pernah. Jadi aku tak mahu cakap saja. Jadi aku masuk litar!
Dalam hidup, aku mahu mencuba pelbagai bende sekurang-kurangnya sesekali (atau beberapa kali). Dan aku telah pun berjaya lumba di track buat pertama kalinya dalam hidup aku dengan kereta lama aku. Well, don’t ask me why aku tak ada kereta baru. Sebab aku tak mahu walaupun mampu berhutang bank dan bayar tiap2 bulan cam orang lain!. And.. everybody had their own reason for what they do. Lagipun sebab kereta lama camnih lah aku selamba kaw kaw lenjan.
. Kalu kete baru sah2 rasa kesian nak lenjan, keh keh.
Oh. Oklah back to race.
Info Ringkas :
Killerbees Trackday 2010
Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, PErak
14hb Mac 2010 – 7am to 6pm
My Beloved Mazda 323 Familia GTX Sedan

Kete nih aku beli dalam keadaan dhaif, restoration masih lagi berlaku sampai skang. Latest dah siap ketuk body, pasang bumper dan spoiler. Nak hantar cat sket lagi. Coming soon nak dump under the hood with B8T / 1.8 turbo (kalau ada duit lebih lah sebab enjin nih mahal nak mampus lo nih) atau option lebih murah 1.8 NA dari siri Mazda Lantis tapi rasanya lebih berat nak masuk KFZE 2.0 NA dari juga siri Mazda Lantis.
Litar Dato’ Sagor Perak adalah pilihan utama ‘low budget racer’ yang tak mampu bayar sewa mahal litar Sepang (khabarnya RM15K untuk 3 jam! ) Ye ah, litar power, mesti la kene jaga standard. So kalau dulu mungkin arwah litar Batu 3 Shah Alam pilihan ramai mat rempit kereta, skang dah takde tempat, tuh yang ramai rempit kereta atas jalan raya biasa je. haha!. No worry, aku nak lumbe, aku pegi litar.
Sikit shoot litar nih pernah aku post dah dulu, so letak balik je la.
Nk tgk gambar lebih besar sila ke gallery aku, klik gambar bawah nih.

Race nih dianjurkan oleh komuniti peminat kereta Mazda Ford & Mazda iaitu Killerbees , satu komuniti yang aku join kira2 setahun dulu. Boring duk forum sendiri, layan la forum lain jugak ye dak? Lagipun nih ‘the other side of me’ huhu. Trackday nih berlansung sehari suntuk dengan kehadiran ahli serata pelusuk bumi Malaysia, dengan penyertaan lumba hampir 100 biji semuanya! Dan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut : 1.6 turbo, 1.8 turbo dan NA Open (1.6/1.8/2.0 Natural Aspiration – non turbo ). Race juga 2 kategori, CCT (main lap) dan ST (Sprint Test).
Ermmm… aku nak wat ‘snippets’ je la :
- It was a very fun day to me.
- Very-very hot day, aku yang ‘tanned’ menjadi rentung. › Continue reading
Hari seterusnya…
Semalam aku tak boleh merayau2 malam2. Lepas abis tahlil tuh, just lepak rumah jer, nak kuar minum cam biasa pun rasa xde mood. Selalunya aku lepak sampai kol 3 pagi kat sg. koyan atau aku merayau2 bandar Lipis malam2 tuh.
Nenek aku yg aku amik sebelum maghrib tadi join kat rumah aku. Dia pun tak jadi tido rumah aku, sebab adik ipar aku ada bawak balik ekstra 2 beg anak ikan puyu dalam lori. Ada beberapa ratus ekor atau dekat seribu ekor dalam tuh rasanya, nenek aku suka tgk anak2 ikan nih kalu baru lepas. Sebab bagi makan pagi2, dia punya makan macam ape punya riuh. Bila nenek aku cerita bab2 camtuh, aku paham, aku nampak nenek aku sangat sangat happy.
. Mungkin esok pagi dia nak bagi makan ikan2 tuh, sebab tuh dia malas nak lepak rumah aku. So dia ikut adik ipar aku balik ke rumah dia.

Didalam kanvas ini ada beratus2 anak puyu sebesar jari kelingking. Patut amik gambar nih waktu bagi makan, baru nampak meriah dia makan. Err.. ini gambar amik masa siang hari. Sesapa nak benih puyu pada harga terbaek bleh kontek aku. Aku kroni terbaek ngan adik ipar aku. hahahaha..
Ahad…
Sebenarnya aku malas nak merayau2 sebab aku kene cukup rest. Aku kene berkejar balik Shah Alam seawal jam 6 pagi. Sebab bas ke Arau perlis dari stesen bas sek. 17 S.Alam tuh bergerak kol 10 pagi. So aku ada kurang dari 4 jam la untuk sampai sana dari pahang. Tidak boleh terlalu yakin bleh sampai dalam masa biasa, maklum la.. mana la tau kot2 ada aral melintang. Sementelah kereta aku masih berpantang.
So lepas subuh, kitorang gerak. 4 orang lam 1 kete. Masa balik kg cuma 3 orang, since sorang lagi adik aku mmg dah kat kg. Isi minyak full tank di Petronas Sg. Koyan, tepat jam 7 gerak. So bajet aku kol 9.30am bleh la sampai S.Alam. AKu limitkan speed 100-110kmh sebab ye lah, dalam pantang. haih… Perjalanan kali ini non stop selagi tak sampai destinasi. Selalunya aku benti minum2 kat genting sempah sambil menikmati cuaca sejuk, secawan kopi, sebatang dua rokok dan melihat gelagat manusia sejam dua situ. Tapi tidak kali nih, aku perlu berkejaran.
Baiklah, aku pun masuk hiway karak, matahari mula naik memedihkan mata ada masanya. Aku maintain bawak 110kmh… Tapi pastuh mula la bawak 120kmh pastuh 140kmh pastuh… › Continue reading
Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of